BUKAN DIA | 05
Time skip.
Ayrez Hernandez POV
"Arvie.. Apa semua ni?" Aku menyoal dalam keadaan bergetar. Aku sendiri tidak pasti sama ada suara aku keluar atau tidak.
"Macam yang kau nampak. Tapi jangn risau Ayrez~."
Dia menghampiri. Tangan yang berlumuran darahnya, mengelus pipi aku. Seluruh badan aku seakan tidak mampu untuk bergerak lagi. Aku terlalu terkejut dengan apa yang aku lihat..
Dengan apa yang Arvie dah buat.
"Kenapa..?" Suara aku melirih.
Aku tak suka Arvie yang ini.
"Kenapa?" Dia tersenyum.
Aku tak kenal abang aku yang ini.
"Sebab diorang bunuh kita?"
"Tapi tak bermakna kita boleh bunuh mereka!" Tanganya aku tepis. Mata aku pedih. Cairan jernih mengaburkan pandangan aku.
"Oh?"
Kenapa kau buat semua ni?
"Tapi kakak kata.."
"!!!"
Arvie mencengkam leher aku tanpa sempat aku memberi riaksi. Red Flame, gadis naga yang aku jumpa disebuah hutan dahulu, tergamam. Dia yang melihat di celah pintu cuba untuk bertindak. Namun sempat aku membuat isyarat agar tidak melakukan apa-apa tindakkan.
".. Darah dibalas darah? Salah ke abang turut apa yang dia kata? Hurmm?"
"A-Arvie.."
"Oh Ayrez."
Bam!
Badan aku, dia hentak pada dinding.
"Aku cuma nak mereka rasa apa yang kita rasa. Salah ke? Kau sepatutnya gembira. Aku buat demi kau kut?"
"Kau..Bergurau apa. .Sial?"
"Sial?"
Cengkaman semakin kuat membuatkan aku sukar bernafas. Mata Arvie yang kini bukan lagi heterochromia, menatap tajam kedalam mata aku. Irisnya yang merah, bercahaya seakan marah.
"Don't you dare said that word to me Ayrez. Kakak tak ajar benda tu pada kita."
"I said.. Whatever i want..!"
"Ayrez Hernandez!"
BAMMMM!
"Argh!"
Aku mengerang sakit apabila tubuhku menghampas dinding sehingga tertembus keluar! Ngauman naga Red jelas kedengaran disebalik hujan yang mulai melebat .
"Ayrez! Ayrez!"
Red berada di sisi aku. Tubuh aku dia dakap seakan melindungi bersama kulit yang mula bersisik. Mata naganya menatap tajam kearah abang yang tersenyum kepuasan.
Macam mana semua ni boleh terjadi?
"Ayrez..Kau memang dah besar ya?"
***
Beberapa jam sebelum..
Genap setahun aku dan Red Flames berjumpa. Dan setahun jugak hubungan aku dengan abang semakin renggang. Aku tak tahu puncanya. Tapi sejak sebulan lepas, abang asyik mengelak daripada aku. Pernah juga kami bergaduh tapi pergaduhan kami kali ni agak 'extreme' daripada kebiasaan.
Waktu tu, entah macam mana..
Aku nampak mata tu. Mata merah yang pernah memberi trauma kepada aku.
"Haa..Dah 20 tahun pun masih muncul dalam memori aku apahal?" Rungut ku sendiri.
"Ayrez, awak okey?"
Kepala aku terpesong pada Red, dragon-shifter yang aku jumpa di sebuah hutan. Hampir setahun jugak aku dengan dia. Ada lah jugak Arvie merungut itu ini dengan Haze. Tapi abang Aires chill aje. Aku jaga naga ni pun sebab kontrak aku dengan someone. Bukan apa pun?
Yang pasti aku hampir mati dengan Heira. Tak tahu lah kenapa dia tak suka Red. Comel apa cicak ni? Lagi-lagi bila marah.
Biru jugak arh badan aku.
"Ayrez, awak nampak abang awak?"
"Huh? Tak. Kenapa tanya?"
"Saya..Cuma tak sedap hati lah dengan dia."
Aku mengerut dahi.
"Sebab?"
"Macam.. Ada benda nak jadi. Macam dia akan buat sesuatu yang agak gila?"
"Ha? Abang aku memang gila lah. Gila kan aku hahaha-Aww.."
Red mendengus geram namun aku tahu dia risau fasal aku sebenarnya. Apa-apa kaitan dengan Arvie, ianya agak sensitif bagi aku. Red tahu masa silam aku dan dia tahu Arvie sahaja keluarga sedarah daging aku.
"Awak tak nak cari dia?"
"Nope. Abang aku okay aje lah Red. Dah, jangan fikir lah." Aku bangkit daripada duduk. Tangan dihulur pada naga merah itu.
"Jom jalan-jalan? Aku bosan."
***
"Ayrez."
"Hurm?"
Ayrez hairan dengan panggilan Red yang jelas seakan risau. Tangan kecilnya menunjukkan satu arah. Mata si lelaki melirik pada arah yang ditunjukannya .
"Kenapa semua panglima perang bersiap? Aku tak rasa Tempests ada lancar apa-apa perang." Bisik Ayrez bersama perasaan yang tidak enak.
"Haze, Grant, Lizz dan Roxy.. Heira pasti bersama abang Aires.."
"Tapi mana abang awak? Arvie?"
Semakin bertambah perasaan risau Ayrez. Tidak seperti dia yang mengembara di seluruh dunia dan dimensi, Arvie merupakan salah seorang Panglima di Yggdrasil.
Tapi mana dia?
Tangan Red digenggam tanpa sendar membuatkan gadis naga tergamam.
"A-Ayrez?"
"Aku rasa-"
"Ayrez."
Terus mereka berpaling kebelakang apabila suara Heira menengur. Senyuman ngeri jelas terpahat pada wajah wanita itu. Lebih-lebih lagi apabila melihat Ayrez dan Red berpegang tangan.
"First of all, berhenti pegang tangan wanita yang bukan milik awak." Ujar Heira membuatkan pegangang mereka terlepas.
"Second.."
Senyuman Heira hilang. Diganti dengan wajah yang serius.
"Mana Arvie?"
"Huh?"
"Kakak tanya lagi. Mana Arvie?"
Ayrez meneguk liur. Suara Heira lebih tegas, lebih keras daripada biasa.
"Ayrez.. Tak tahu. Ayrez tak cakap dengan dia dekat seminggu."
"Seminggu.. Jadi Ayrez tak tahu apa-apa.."
"Tahu apa?"
Heira terus menggeleng kepalanya tanda tiada apa-apa. Terus dia beredar mendapatkan empat panglima perang Yggdrasil yang setia menunggunya. Namun, ketika berselisih, Heira sempat berbisik sesuatu kepada Ayrez.
"Pergi ke bilik Arvie. Kalau Ayrez tahu sesuatu, terus jumpa akak. Faham?"
Ayrez terkaku ditempatnya. Mulut mahu bertanya lebih namun, apabila mata empat panglima menatapnya, Ayrez kaku sendiri.
Mata mereka seakan menghukum dia.
Tapi Kenapa?
"What the hell..?" Ayrez menyumpah sebelum menarik Red pergi. Dia perlu pergi jauh daripada situ.
"Ayrez?"
"Kita pergi ke bilkk Arvie. Mungkin..Mungkin apa yang kau rasa tadi betul."
***
Pintu bilik Arvie dibuka perlahan. Ayrez menampak masuk bersama Red yang membuntuti. Tiada apa yang berubah. Bilik abangnya tetap bersepah.
"Haa.. Dia ni lah. Dulu kata akan bersihkan bilik dia. Ini apa? Cakap orang, bilik dia dah macam tempat kucing mengawan. Terdesak jugak abang aku ni nak tengok por-"
Pap!
"Aww.. Apa?!"
Red buat tak tahu sahaja sebelum meneroka bilik Arvie. Ayrez pula sudah mencebik tak puas hati.
"Eh? Tu.."
Terus Ayrez berjalam ke arah meja kerja Arvie. Matanya membulat apabila melihat sekeping foto lusuh namun masih cantik gambarnya diatas sebuah buku. Tanganya pantas mengambil gambar tersebut bersama senyuman kelat.
"Aku tahu kau tak benci Arbielle.."
Di dalamnya, gambar seorang gadis yang cantik tersenyum. Rambutnya yang lurus, beralun ditiup angin.
Dia nampak naif.
Hakikatnya..
Ayrez meletakkan kembali gambar itu. Cairan jernih yang mengalir dipipi, dilapkan sebelum Red menyedarinya.
Sakit.
Itu apa yang Ayrez rasa.
"Ayrez."
"Ya?"
"A-apa jadi kalau.. Kalau Immortal Ghost bunuh manusia biasa tanpa sebab?"
Mata Ayrez membulat. Jantungnya seakan berhenti berdetak. Red.. Gadis naga itu memegang sehelai surat khabar yang mempuntai satu gambar.
"Dalam gambar ni.. Kalau manusia biasa lihat, mereka memang tak akan nampak Immortal Ghost. T-tapi ini abang awak bukan?"
Terus Ayrez merampas surat khabar itu daripada Red. Nafasnya tersekat dikerongkong. Gambar diatas surat khabar itu .. Adalah gambar seorang lelaki tua yang mati. Disebelahnya pula..
Arvie?
Malahan, salah satu artikel yang menarik perhatian Ayrez ialah..
'Dia seakan dibunuh oleh benda ghaib dan bukanya manusia.'
"T-tak. Tak mungkin abang buat tu. D-dia mungkin tersesat?" Ayrez cuba menyedapkan hati.
"Ayrez."
"Kita cari dia. Aku yakin dia tak buat benda bodoh ni."
Terus surat Khabar itu dilemparkan. Tangan Red ditarik sebelum sempat gadis itu memberi balasan.
"T-tapi kita nak ke mana?" Soal si gadis naga.
"Hell."
"Huh?"
"My human birth place. The most hellish place for a slave and my family worst nightmare."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro