Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SYT 51

Syt 51

HARI berganti hari, tinggal dua hari saja tempoh aku tinggal di rumah ini. Perangai Ayyan tidak lagi panas baran, namun dia masih dingin. Tidak bercakap banyak, tidak mengusik aku. Kadang-kadang kami hanya berdiam diri di dalam bilik. Tidak berbunyi.

Pagi tadi, Ayyan pesan pada aku. Dia ada hal di luar. Aku tanya dengan lebih lanjut, namun dia tidak berbahas apa-apa. Maka, aku diamkan sahaja dan relakan dia tinggalkan aku seorang diri di rumah.

Perihal Ash. Dia dah blah tak balik ke rumah hampir 5 hari sejak kejadian. Entahlah takut ataupun tidak, itu tidak dapat aku kenal pasti.

Aku baringkan badan. Mata terbuka merenung siling. Bila bosan, aku pusing menghadap ke kiri. Mataku terlekat pada satu kotak bersaiz sederhana.

Seakan terngiang-ngiang amaran Ayyan kepadaku.

"Jangan buka, itu privasi Ayyan!"

Apa agaknya isi di dalam kotak itu? Kenapa perlu Ayyan rahsiakan daripada aku? Tidak berhakkah untuk aku tahu mengenai dia?

Akibat perasaan ingin tahu melonjak-lonjak, aku bangun daripada pembaringan.

Tanganku berani memegang kotak itu, baru sahaja aku ingin membuka penutup kotak itu. Ada bunyi ketukan di pintu.

...

"Boleh ayah tahu semua tentang Suraya? Mama Ayyan?" soal Encik Adam Lee dimuka pintu.

Aku angguk. Dia berhak untuk tahu dan aku bersedia sebagai pengantara bagi memulihkan hubungan mereka sekeluarga.

Semua tentang Puan Suraya aku ceritakan termasuklah mengenai perbualan aku bersama dia di hospital. Tentang penyakit Puan Suraya juga aku bicarakan tetapi tidak terperinci kerana aku sendiri tidak mengetahui penyakit sebenar Puan Suraya.

Riak wajah ayah nampak tenang. Tidak kusut seperti tempoh hari. Mungkin juga, dia cuba memahami keadaan isterinya. Dan, aku pasti dia masih menyayangi isterinya. Lagi satu, aku sedikit terkejut kerana mereka masih kekal sebagai pasangan yang halal. Ikatan mereka tidak pernah terputus.

"Tiap hari juga ayah jenguk rumah lama kami sebab ayah bimbang Suraya datang. Tapi, harapan ayah tak dapat ditunaikan lagi bila ayah kesuntukan masa dengan kerja. Balik kerja lupa segala. Badan dah letih."

Luahan Ayah itu memercik rasa simpati kepada ayah dan mama Ayyan. Kasihan mereka berpisah, dan mereka ditakdirkan berjumpa tetapi agak lewat begini sehingga anak berperangai memberontak. Hati ibubapa mana yang tidak sedih memikirkan itu?

Aku tarik nafas dan bersuara untuk bertanya dengan lebih lanjut tentang mengapa mereka berhijrah ke tempat lain.

"Kenapa ayah pindah?" soalku penuh tanda tanya. Kalaulah tak pindah, kemungkinan mereka dapat berjumpa dengan lebih awal. Dan, mungkin Ayyan tidak akan membenci mamanya seperti itu.

"Ayah terpaksa. Rumah dulu tu tuan rumah hendak jual, ayah tak cukup duit untuk bayar sebanyak yang tuan rumah minta. Bukan ayah tak mahu pinjam bank, tetapi pekerjaan ayah setakat security tak dapat meluluskan pinjaman bank. Ayah putus harapan untuk menjaga rumah tu, ayah terpaksa pindah," ulas Ayah dengan kesal. Sesekali aku lihat dia mengurut pelipis, mungkin tertekan apabila kenangan pahit terimbau di kotak fikiran.

Aku angguk dan hanya berdiam diri, menanti ayah menyambung kata. Aku juga seperti kehilangan kata-kata buat masa sekarang, untuk menenangkan jiwa resah ayah masih tidak mampu aku lakukan.

"Ayyan benci sangat dengan mama dia?" soal ayah pula menukar topik apabila aku berdiam merenung dia dengan pandangan simpati.

"Dia tak terima hakikat mama dia hidup lagi. Sejak akhir-akhir ni dia dah berubah, ayah. Dia dah lain tak macam dulu. Berbual pun kurang." Aku terangkan sedikit sebanyak tentang perangai Ayyan, bukan untuk menjaja aib suami tetapi hanya ingin meminta pendapat ayah.

"Ayyan... Kesian anak ayah..." Ayah tertunduk lemah.

"Dia... susah nak luah pada ayah apa masalah dia. Dia simpan sampai ayah sedar bila dia tak banyak bercakap tu, ada masalah berat dia tengah tanggung. Ayyan jenis perangai macam tu. Kadang-kadang dia senang memberontak bila apa yang dia tanggung sukar dah dihadapi. Ayah boleh rasa, dia ada buat perkara menyakitkan hati Reen, kan?" Pandangan kebimbangan ayah terus buat aku kelu.

"Er, Reen faham perasaan dia. Reen tak salahkan dia, ayah." Itu sahaja jawapan yang mampu aku tuturkan. Aku tak mahu pula ayah Ayyan bersangka buruk tentang Ayyan nanti.

"Reen jangan diam aje, kalau Ayyan ada buat hal ke, beritahu ayah. Reen tanggungjawab ayah juga, Reen kan anak ayah..."

Ayah merenung aku lembut, menyalurkan kasih sayang ayah mertua kepada menantu. Aku tersenyum kerana ada rasa bahagia menginap tatkala merasai luhurnya kasih seorang ayah yang sudah lama tidak aku miliki.

...

AKU kerling jam di tepi dinding dapur. Dah lewat petang, hampir ke waktu maghrib. Mana Ayyan pergi? Kenapa tak balik-balik lagi? Sungutku sendiri.

Api gas aku tutup. Bau harum ikan selar masak sambal menyengat ke rongga hidung. Namun, seleraku tidak memuncak kerana rasa gusarku terus menghimpit aku waktu ini. Aku risau Ayyan tidak pulang lagi. Entah ke mana dia menghilang tanpa titip pesan keberadaan dia.

Pili air aku dekati, dan pulas untuk membasuh tangan. Sunyi betul hidup di rumah ni. Ayah pula sudah pergi ke tempat kerja, pukul 4 petang tadi. Kini, tinggallah aku seorang diri. Mengira detik yang terasa lambat.

"Hei. Aku nak cakap something dengan kau."

Satu suara itu tiba-tiba mencantas lamunanku. Mukaku terus berubah pucat lesi tatkala mataku menangkap wajah Ash. Entah bagaimana, secara spontan aku tercapai pisau kecil untuk potong buah. Aku halakan depan dia.

"Kau... kau... jangan apa-apakan aku!" Kuat aku lontar suara dengan perasaan takut yang mula menginap di hati. Bayangan peristiwa itu mendera kotak ingatanku. Aku dapat rasakan tubuhku sedikit menggigil.

Ash tenung aku dan tersenyum sinis. Dia masukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar.

"Tak payah nak takut sangatlah! Aku tak ada niat nak apa-apakan kau. Aku nak cakap something je. Pasal..."

"Kau pergi, jangan kacau aku!"
Jeritku apabila rasa takut tidak terkawal melihat gaya dia memerhati aku atas bawah. Bibir dia yang tersenyum sinis makin menekan dadaku menjadi sempit. Tidak cukup nafas aku tika ini. Aku takut, mata dah terbayang dia bakal buat sesuatu perkara buruk pada aku memandangkan hanya kami berdua di rumah ini.

"Hei. Sakit telinga aku dengar kau terjerit-jerit!" Ash mula bergerak memasuki ruang dapur. Aku terundur setapak demi setapak. Pisau kecil itu masih aku halakan depan-depan.

"Jangan... dekat!"

"Kau ni kenapa? Aku belum gila lagi nak rogol kau. Aku dah kata, nak cakap aje. Kau tak dengar, ke?!"

Tergeleng-geleng kepalaku tidak percaya. Ya Allah, bantu aku.

Dia tidak hiraukan pisau itu, dia makin dekat sehingga aku tak dapat lari lagi.

"Lepaskan pisau ni. Jangan cuba-cuba kau nak toreh muka aku. Kalau jadi parut kat muka ni, aku tak jamin kau akan selamat."

Aku masih lagi acukan pisau depan muka dia. Ayat amaran itu walaupun menjadikan aku kecut perut, aku tidak akan sesekali buang pisau ini. Kalau apa-apa terjadi, ini jadi perisai aku.

"Relaks lah... Cuba kau tengok muka aku ni, ada macam muka perogol bersiri ke? Sejahat-jahat aku, aku tak pernah sentuh tubuh perempuan. Kau tak payah takut sangat."

Ash tolak kepalaku dengan jarinya. Bergegar tubuhku tahan takut. Berani dia sentuh kepala aku? Nak sangat ke kena cucuk dengan pisau ni?

"Kalau kau buat sesuatu, aku takkan maafkan kau," luahku separa menjerit. Mata dia aku tentang dengan tajam. Seraut wajah dia nampak bersahaja, dia tenung aku sekilas.

"Haish. Perempuan macam ni taste Ayyan? Haha. So..."

"So what?!"

"Penakut, lembik. So boring." Terbeliak mataku waktu ini. Berani dia hina aku?

"Mana ada! Aku tak takut! Tak takut! Tak lembik!" Nafiku sekerasnya.

"Hmm. Aku dah jumpa mama..."

Seakan tidak percaya, apa yang aku dengari. Dia dah jumpa mama? Bila?

"Kebetulan ataupun takdir. Aku jumpa dia lepas gaduh hari tu. Tak tahu, dia dan aku jumpa kat Cafe, tempat aku melepak. Dia risau sangat tengok muka aku lebam-lebam."

Jarinya menyentuh di tepi bibir, kemudian naik di tepi mata yang ada kesan lebam biru. Mimiknya berkerut sedikit apabila kesan luka itu terasa pedih. Itulah habuan sebab mulut bercakap kalah syaitan.

"She crying again and again. Pujuk aku, pujuk lagi dan lagi even aku maki hamun dia. And she never give up, until aku rasa salah dia pada aku macam hilang sikit. I don't know how she did it. Maybe because she is my mother. And maybe because I miss her so much." Cerita Ash tanpa aku pinta. Sinar mata dia kelam dan semakin kelam apabila dia tuturkan kata-kata itu.

Rasa takutku terus hilang. Aku jatuhkan pisau perlahan-lahan. Dia juga sudah menjauh sedikit. Tidak menghadap mukaku lagi. Mungkin dia tidak mahu aku melihat wajahnya yang ada kesan duka.

"She asking about Ayyan. Aku tahu kau dah dapat tangkap, apa yang aku cakap. Make sure Ayyan jumpa dengan mama. Kau mesti tahu how to handle Ayyan? Takkan aku yang kena pujuk dia. Tak pepasal muka aku lunyai. Do your job! Aku chaw dulu!"

Dia meninggalkan aku tanpa menoleh. Aku termenung panjang memikirkan ayat terakhir dia. Pujuk Ayyan jumpa mama? Ya Allah, sukarnya. Mampu ke aku untuk laksanakan itu?

...

BELAKANG tubuh Ayyan aku pandang lama. Dia tengah berdiri di tepi jendela. Sejak balik tadi, sepatah kata pun dia tak cakap. Entah apa yang merasuk dia.

Termenung dan termenung. Itu sahaja yang dia buat. Aku pening melihat keadaan dia seperti ini. Kalaulah begini, susahlah aku nak laksanakan misi memujuk Ayyan untuk berjumpa mama.

Makin rumit jadinya.

Aku bangun dengan semangat. Tak boleh dibiarkan Ayyan. Nanti makin lama aku pula terkenan penyakit bisu macam dia.

Langkahku atur ke arah dia. Bahunya aku sentuh lembut sebagai tanda sapaan aku berada di sisinya. Ayyan menoleh sekilas dan kembali membuang pandang ke luar pekat malam. Gelap.

Aku turut pandang dada langit. Tiada bintang berkerlipan. Kemana bintang itu menghilang? Tidak sudikah bintang untuk menyinari kelam di hati kami ini?

"Ayyan..." Aku seru namanya lembut.

"Hmm..."

Itu balasan dia. Aku mengeluh perlahan. Kenapa dengan dia ni?

Takkan aku kena menyanyi baru dia nak pandang aku?

"Ayyan..." Seruku lagi. Kali ini aku petik jari depan muka dia.

Berjaya. Dia pandang aku juga dan angkat kening sebelah.

"Ada apa?"

Eh. Soalan dia macam nak cari gaduh pula.

"Kenapa diam dari tadi? Ayyan jumpa siapa petang tadi?" Aku soal dia tanpa menunggu lagi.

"Nothing. Just release tension at somewhere."

"Rokok? Ayyan rokok lagi?" Terkeluar perkataan itu. Tak sangka, Ayyan rokok lagi. Padahal dia dah janji, kan tak nak ulangi lagi perbuatan itu. Takkanlah, dia dah mungkir janji secepat ini?

"Mana ada," jawab Ayyan malas. Kedengaran macam acuh tak acuh. Tipulah kalau tak, kenapa dia cakap tak pandang aku.

"Ayyan tipu, kan? Tak pandang Reen pun. Ayyan tipu!" Marahku pada dia. Bahunya aku cubit geram. Entah bila aku jadi berani macam ni.

"Sakitlah!" Keluh Ayyan. Dia pusingkan badan, mula menghadap aku. Rambutku yang berselerak di dahi jadi mainan jarinya.

"Ayyan tak tipulah, sayang. Kenapa tak percaya suami sendiri?"

Alamak. Cair betul dengar suara lembut bak baldu itu. Pandangan dia pun penuh kelembutan.

"Ayyan ada hal luar lepas tu ambil angin kejap sampai lupa dah lewat." Jarinya berhenti bermain di situ. Dia menyulam tangan dia sesama sendiri.

"Hal apa?" Berani aku ujarkan pertanyaan. Aku nak tahu kemana dia menghilang. Kalau boleh, aku nak tahu apa sebab dia sanggup tinggalkan aku seorang diri di rumah. Tak risau ke dia kalau Ash apa-apakan aku? Atau dia ada perkara lebih penting daripada aku?

"Tak penting untuk Reen tahu," jawab Ayyan senada dan mendatar. Mata dia dah kembali merenung dada langit. Aku tidak lagi jadi perhatian dia.

"Sebab Reen ni hanya orang luar?" Luahku kecewa. Baru tadi hati berbunga dengan sentuhan dia, sekarang aku kembali berduka. Kenapa dia tidak mahu berterus terang? Apa sebenarnya yang sedang dia sembunyikan daripada pengetahuanku?

"Bukan. Benda tu yang tak penting."

"Kalau tak penting, kenapa sanggup pergi macam tu? Tak ajak Reen, tinggalkan Reen sorang-sorang. Kalau Ash kacau Reen petang tadi, macam mana? Ayyan mesti tak kesah, kan?!"

Emosiku bergaul berbagai rasa kecewa. Sebak juga turut hadir tanpa diundang. Aku tahu, dia tak cintakan aku tapi perlu ke dia abaikan aku sampai tidak mahu ceritakan apa yang dia sedang hadapi? Aku ini bukan siapa-siapa untuk dia, ke?!

"Ash ada kacau ke?!" Riaknya bertukar risau. Bahuku dipegang kuat.

"Cuba cakap Ayyan jumpa siapa?" Soalan dibalas dengan soalan. Aku pamerkan riak serius. Dia kerutkan dahi. Mungkin geram kerana aku masih tidak mengalah untuk menyoal siasat dia.

"Ash ada kacau ke tidak?"

"Tak."

Dia lepaskan bahu aku. Wajahnya diraup kasar.

"Sorry..." Hembusan nafasnya berat mengusik telingaku.

Bukan kemaafan yang aku mahu. Cuma, beritahu siapa dan kenapa. Itu sahaja. Susah sangat ke, Ayyan? Hatiku berbisik mengharapkan Ayyan sudi memberitahu segalanya.

Dia pandang aku semula. Matanya merenung aku dalam. Aku balasnya dengan penuh pengharapan. Please, beritahu... Pujukku dalam diam.

"Next time... Next time, I will explain... Please, just hear me..." Pujuk Ayyan. Tanganku belah kanan dicapai dan diusap perlahan.

Aku tunduk hampa.

"Reen..." Ayyan berbisik namaku. Cukup perlahan, nada memujuk.

Aku tidak hiraukan, tangan aku tarik dan aku gerakkan kaki untuk melangkah. Aku bagai lupa tujuan sebenar aku mendekati Ayyan tadi. Dah hati sudah berjauh hati, lupa semua.

Jantungku seakan terhenti detaknya kerana tubuhku dipeluk dari belakang. Pinggangku dirangkul kemas sampai aku tak dapat bergerak lagi.

"Apa ni?" Aku ketap bibir.

"Janganlah merajuk. Ayyan dah cakapkan, nanti. Bukan sekarang..."

Nafas Ayyan terasa dekat di tepi cuping telingaku. Dagunya mencecah elok atas bahuku.

"Lepaslah!" Bentakku tapi dalam nada perlahan. Taktik dia macam ni ingat aku boleh cair?

"Reen... Ayyan ada sebab tertentu tak ceritakan pasal ni. Sekali ni je faham keadaan Ayyan. Ayyan sekarang pun tengah kusut..."

"Reen je kena faham kan... Reen je... Reen je kena dengar cakap Ayyan. Reen sebagai isteri takde hak kan? Hanya ikut je telunjuk." Aku hamburkan rasa sebalku ini, biar dia tahu aku sakit hati.

"Jadi isteri memang kena mengalah aje, kan?" tambahku apabila dia senyap. Dah mati akallah tu agaknya.

"Sorry..."

"Sorry-sorry. Sorry naik lorilah!"

"Reen... Jangan marah lama-lama."

"Kenapa tak boleh?"

"Nanti hati Ayyan tak senang..."

Mudah betul dia beri jawapan. Ish, geramnya. Nak lepaskan diri dah tak boleh. Pelukan ni rasa rimas pula, tak debarkan jantung, tapi naikkan darah tinggi.

"Macam mana nak pujuk sayang Ayyan ni... hmm..." Gumamnya seakan bercakap dengan diri sendiri.

"Nak Ayyan nyanyi tak?"

"Tak mahu."

"Betul tak nak?"

"Tak nak!"

"Hmm. Ayyan pun takde feel nak nyanyi. Apa kata esok kita dating?"

"Kat mana?"

"Mana-mana je asalkan sayang suka."

Amboi. Bersayang dengan aku. Suasana kembali sunyi. Dalam kepala, aku menimbang-bimbang ajakan Ayyan. Tiba-tiba akalku memintaku bersetuju sahaja, mungkin aku boleh lancarkan misi aku esok. Dengan separuh rela, aku terima.

"Setuju tak?"

"Tengoklah esok."

...

Writer's comment : Hehe. Meh dating esok.

24oct2019

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro