Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SYT 50

SYT 50

Song : Haqiem Rusli - Pesan (tekan video atas)

Sanggupkah kau lukai,
Sekeping hatiku yang retak ini?

...

SUBUH aku diimami Ayyan. Tetapi, tiada doa-doa dipanjatkan kepada Ilahi untuk aku aminkan. Dia sekadar membaca al fatihah dan mengakhirkan solat begitu sahaja.

Tangan juga tidak dihulurkan untuk aku kucup seperti isteri-isteri lain di luar sana.

Kecewanya.

Dia masih dingin seperti semalam.

Adakah hari mendatang dia tetap berkelakuan begini?

Aku. Tiada jawapan untuk itu.

Akhirnya, aku pujuk hati ini dan mengerling sekilas Ayyan yang sudah berbaring semula di atas katil. Matanya terbuka, merenung atas siling. Entah apa yang bermain di dalam kotak pemikirannya.

Hendak aku tegur, tetapi untuk apa? Pasti dia sahut dengan tiada perasaan.

Aku tidak mahu pula dicop sebagai pengganggu ketenangannya pagi-pagi buta begini. Lebih baik aku ke dapur, laksanakan tugas sebagai isteri.

Menyediakan sarapan.

Itu lebih baik buat masa sekarang.

Setelah telekung dan sejadah aku sidai, kakiku mula melangkah ke pintu. Derap kakiku longlai memikirkan rasa sedih ini.

"Nak pergi mana?"

Aku kerut dahi. Kenapa tanya?

"Dapur. Nak masak."

"Tak payah, nanti Ayyan pergi kedai beli sarapan."

Badanku masih menghadap pintu. Nak membazir beli makanan buat apa? Akukan boleh memasak. Kaya sangat ke, dia tu? Eh, mengata suami pulak aku ni.

"Biar Reen masak je, jimat." Tanganku mula memulas tombol pintu.

"Bukan ada bahan sangat kat dapur tu. Tak payahlah nak rajin sangat."

Aku pusing juga menghadap kebelakang. Nampak Ayyan duduk di birai katil, tidak lagi berbaring. Dia pandang aku sambil berpeluk tubuh. Tajam pula tu pandangan dia. Macam tak puas hati dengan aku aje gayanya.

"Reen masak nasi goreng je. Tak masak lain pun kalau dah takde bahan kat dapur tu," jelasku agar dia tidak persoalkan lagi tujuan aku untuk kedapur.

"Suka hatilah! Nak sangat masak, masaklah sana! Degil sangat, tak nak dengar cakap suami!" Keras Ayyan membentak suaranya. Dia menghempas tubuhnya kekatil. Bantal kecil di tepi diletak atas muka. Buat hadang muka.

Keluhan dibibir aku lepaskan. Tersentak aku dengan perangai dia. Tiba-tiba nak marah pulak. Nak masak aje pun, itu pun nak cakap aku degil! Sabar ajelah layan suami tak matang ni. Haish.

...

NASI di dalam periuk nasi aku korek dengan senduk lalu dimasukkan ke dalam mangkuk sederhana. Tumisan di dalam kuali, aku gaul guna sudip. Setelah aroma bau kuat menyengat hidung, aku masukkan nasi kedalam kuali. Semua bahan itu aku gaul hingga sebati.

Bibir tersenyum senang bilamana nasi ini aku rasa. Sedap! Pandainya isteri Ayyan ni masak, ya!

Tergelak aku dengan pujian acah perasan sendiri.

Api gas aku tutup.

Mata mula tercari-cari bekas kaca bersaiz sederhana di dalam almari kecil dapur. Aku duduk mencangkung untuk menjayakan misi dengan lebih pantas.

"Masak apa ni? Nasi goreng aje? Takde benda lain ke?"

Terkejut aku mendengar sindiran tiba-tiba mendesir menerjun ke dalam deria pendengaran. Sehingga, aku terhantuk kepala pada bucu almari. Pergh, sakitnya terlalu sedap. Macam nak menangis berlagu-lagu!

Aku teguk air liur, sebab rasa gerun mula tercampak dalam diri. Suara itu... suara itu kemungkinan datangnya dari abang Ayyan. Si Ash. Atau nama panjangnya. Ashriq Irfan. Sebut nama pun aku dah kecut perut.

"Woi! Kau buat apa mencangkung lama-lama? Aku cakap dengan tunggul ke dengan tong gas sekarang ni?!" Jerkah Ash kegeraman. Sebenarnya dia sengaja nak menjerit pagi-pagi buta ni, tujuan nak menyakitkan hati orang. Siapa lagi, yang dia benci kalau bukan Ayyan! Biar aku bahasakan sikit bini tak malu dia ni. Serius jijik dengan perempuan bermaksiat dengan budak mentah macam tu. Hish, najis betul!

Aku bangun dan membalikkan tubuh. Mataku menangkap riak kurang senang yang tercela pada paras lelaki itu. Dalam diam, aku mengaku paras Ash ni kacak juga. Tetapi, mata dia tu garangnya dan menakutkan macam mata helang. Hish, perempuan mana-mana pun boleh larilah kalau lelaki ni bermuka perenggus begini.

"Saya masak nasi goreng je," jawabku sambil mata sibuk memandang lain. Kang tenung lama-lama jadi lemah jantung aku.

"Gatal nak kahwin tapi tak reti nak masak! Apa benda kau, ni?! Baik blah ajelah dahlah tua dari jantan tu, tapi sibuk menggatal! Apa yang kau hadap dengan dia? Kau dapat duit ke kahwin dengan dia, hah?! Ish, jijiklah aku tengok muka kau! Meluat!" Penghinaan Ash mencalar balarkan perasaan aku. Aku tergamam menerima cacian sebegini daripada mulut itu.

Tak tahu hendak bereaksi apa. Belum pernah aku temui jantan menghina aku seteruk ini. Ya Allah, adakah ini dugaan baru untukku?

"Aku tanya apa yang kau carik dengan perangkap Ayyan, hah?! Kau dapat apa?! Asal kau tak perangkap lelaki kaya, anak dato' - dato'?"

Lahar amarah menitik dalam sanubari. Pedihnya umpama api mencucuh hati. Sakit dihina begini. Kenapa, kau diam Reen? Kau lawan saja, jangan biar dia pijak-pijak lumat muka kau macam kau tiada maruah!

"Saya tak perangkap dia. Saya hanya tolong dia, Ayyan sakit masa tu. Itu saja," jawabku dengan nada terkawal. Sedaya upaya aku susun ayat biar tidak beremosi seperti lelaki itu. Sabar wahai hati. Sabar. Pujukku tidak lepas.

"Eleh, nak menipu agak-agaklah! Kau dah gatal sangat, kan? Mengaku ajelah! Apa dia aku dengar kau ni kakak angkat Ayyan? Serius? Kau orang berangkat-angkat? Lawak gila! Bohonglah, sangat bohong! Kau orang ni saja sembunyikan hubungan menjijikkan dengan gunakan benda lawak adik kakak angkat, right?! Eww, serius bodoh dan najis! Entah kenapa ek, loya tekak aku tiba-tiba. Aku meluat nak jamah nasi kau ni, entah-entah dah dikasi ubat guna-guna biar semua tunduk kat kaki kau! Wah, malang nasib Ayyan dapat bini perangai menjijikkan!"

Gelap duniaku saat setiap butir kata-kata hinaan itu menderu masuk menghentam dan merobekkan jantungku. Nafasku sesak. Serius terlalu sesak. Aku terlalu sakit hati. Aku tak boleh bersabar, tangan kananku naik ingin menampar muka Ash. Tetapi, satu tumbukan kuat mengena pipi itu. Secara tiba-tiba, umpama kilat menyambar.

Aku terpaku menonton babak Ayyan menumbuk pipi Ash. Tangan itu naik lagi menghentam rahang Ash.

"Kalau kau cari pasal dengan aku. Aku masih boleh kawal! Silap besar kau hina isteri aku! Silap besar, bodoh!"

Ayyan duduk di atas badan Ash. Apabila Ash melawan, dia menumbuk lagi pipi itu sampai berdarah bibir Ash.

Aku tak mampu berbuat apa-apa. Serius, gerun melihat aksi kasar mereka. Belum pernah aku lihat Ayyan bertindak kasar sebegini.

"Kau tak puas hati sangat, gaduh dengan aku! Jangan babitkan Reen! Jangan babitkan dia, bodoh! S×××! B×××! Kau memang dah lama, nak mati, kan?! Biar aku bunuh kau! Biar aku bunuh kau sampai mati! Baru puas hidup aku! Baru puas!"

Tumbukan mengena lagi di pipi. Hancur lumat pipi itu sampai kebiruan. Aku kaget lagi. Takut hendak bertindak, hendak menghalang jauh sekali.

Ash berusaha menolak tubuh Ayyan. Dengan kudrat yang ada, dia tolak tubuh Ayyan sampai tergolek tubuh itu ke lantai. Kini, giliran dia menumbuk wajah bersih adiknya. Dia ketawa berdekah apabila adiknya itu meludah darah hasil dari penangan tumbukan Ash.

Aku panik tika ini kerana Ayyan menjadi mangsa tumbukan bertalu-talu. Segera, tanpa fikir panjang aku capai penyapu dan pukul kuat kepala Ash. Dia masih utuh, tidak mengalih daripada melepaskan sasaran pada wajah Ayyan.

"Reen! Jangan masuk campur!"
Amaran Ayyan aku tidak peduli. Aku pukul lagi belakang tubuh Ash. Entah bagaimana keberanian itu hadir. Aku tak boleh hanya melihat Ayyan luka berdarah. Aku tak boleh.

Ash bangun, dia mara mendekati aku. Batang penyapu itu disambar dari pegangan aku dan dilontar jauh.

Peluh merenik tidak berhenti. Aku takut kalau dia apa-apakan aku. Ya Allah, tolong sedarkan Ash daripada dirasuk syaitan. Tolong aku, Ya Allah.

"Kau! Berani kau pukul aku, kan!?" Jerkah Ash lantang. Bergema sampai rentak jantung sudah jauh terkasar daripada normal. Macam nak tercampak keluar. Tubuhku mula menggigil ketakutan.

"Kau jangan sentuh, Reen! Aku cakap jangan sentuh, dia!" Laung Ayyan tersekat-sekat. Kemudian, dia mengaduh kesakitan.

Air mataku tidak segan untuk mengalir apabila suara dia mengaduh sakit semakin bergema.

"Biarlah aku sentuh, dia bukan suci lagi, right?! Perempuan murah macam ni kau nak simpan sorang-sorang nak buat apa?!"

Ash semakin dekat hingga dia hadang tubuhku ke dinding. Bibirnya tercarik dengan senyuman sinis. Aku teguk air liur pahit, tanganku meronta-ronta menolak tubuhnya. Tetapi, tubuhnya masih kuat bagaikan tolakan aku tidak berkesan langsung.

Tatkala wajah Ash makin merapat, aku tutup bibirku kuat dengan tangan. Sumpah, tubuhku tidak berdaya terus longlai apabila Ash menarik tanganku.

Belum sempat Ash lakukan perkara bukan-bukan. Tubuh Ash terdorong ke belakang.

Ayyan muncul lagi menumbuk sekali lagi pipi Ash sehinggalah Ayyan terkulai layu apabila tubuhnya sudah tidak berdaya untuk melemparkan tumbukan lagi. Ash bangun apabila Ayyan sudah terbaring lemah lalu dia menyepak tubuh Ayyan dua tiga kali.

Setelah dia turut kepenatan, dia bangun. Sempat lagi, dia melemparkan pandangan tajam kepadaku sebelum dia keluar meninggalkan kami.

Aku menangis teresak-esak meluru mendapatkan Ayyan. Kepala dia aku pangku.

"Ayyan... Bangun!" Bahunya aku goncang sedikit. Air mataku luruh mengena pipinya yang membengkak.

Ayyan buka mata, lemah mata itu ingin tertutup sekali lagi.

"Jangan nangis..." Bisik Ayyan perlahan, hampir tidak kedengaran.
Aku mengusap pipinya. Bibirnya yang pecah dicela dengan kesan darah bagai menghempas jantungku ke lantai.

Sungguh, berat menanggung emosi melihat dia berkeadaan lemah begini.

"A... yan..." Dia bersuara. Mencuba.

"Reen... A... yan..."

Suaranya terputus tiba-tiba.

...

BANTAL aku betulkan dibawah kepala Ayyan. Dada Ayyan yang berombak tenang itu, aku tenung lama. Mujur Allah masih beri nafas untuk dia. Hampir putus nafas aku tika itu tatkala Ayyan pengsan tiba-tiba.

Darah yang melekat di bibirnya aku bersihkan dengan tisu. Kemudian, luka itu aku sapu ubat.

Ya Allah. Tak sampai hati melihat ada kesan bengkak melata di bahagian pipinya. Pasti dia menanggung kesakitan yang amat sangat. Kenapa abang dia kejam sangat?

Berketap-ketap bunyi gigiku berlaga angkara marah memuncak mengingat tindak tanduk ganas Ash terhadap Ayyan. Sungguh, Ash itu bukan manusia. Sanggup dia perlakukan adik dia sebegini rupa? Apa dendam dia sebenarnya?

Aku pandang Ayyan. Ada peluh merenik di rambutnya. Aku kesat pula dengan tuala berwarna biru cair.

Dahi Ayyan mula terlakar kerutan. Kepalanya sedikit bergerak-gerak. Aku dekatkan wajah dengan dia.

"Ayyan... Ayyan dah sedar?" soalku risau.

Kelopak matanya dibuka perlahan. Ayyan merenung aku lama tanpa mengeluarkan sebarang suara.

Aku juga membalas renungan dia. Air mata terasa bergenang, tunggu masa sahaja untuk luruh. Sebakku makin bertimpa-timpa meronta ingin melepaskan diri apabila Ayyan masih berdiam, tidak mahu bersuara.

"Ayyan... Kita pergi hospital ye?" Aku bersuara apabila terfikir kesakitan yang ditanggung oleh Ayyan.

"Reen... Reen tak apa-apakan? Dia... Ash tak sentuh Reen, kan?" Dalam getaran, suara itu lemah terlontar.

Aku segera menggeleng. Dalam sakitnya dia, masih lagi Ayyan memikirkan perihal aku.

Pipiku ternoda mutiara.

Tangan Ayyan perlahan bergerak, semakin dekat di belah kiri pipiku. Dia usap penuh perlahan air mata ini. Aku semakin sebak. Luruh air mataku.

"Jangan nangis. Ayyan tak suka. Ayyan minta maaf, jadi perkara macam ni. Tadi, Ayyan dah ingatkan jangan masak. Kenapa degil, sayang. Kan jadi perkara tak elok. Nasib baik Ayyan ada, kalau tidak macam mana sayang."

Luruh lagi. Aku gigit bibir tahan esak.

Aku pegang tangan Ayyan yang berada di pipiku.

"Lain kali dengar cakap Ayyan. Ayyan suami, Ayyan tahu mana yang baik untuk Reen. Please, if something bad happen to you, I will never forgive myself, dear. Please, listen what I'm saying."

Aku angguk laju. Aku terharu.

Dia menyentuh belakang kepalaku lalu ditarik sedikit ke arahnya. Tanpa diduga, dahiku dikucup lembut.

"Ayyan sayang Reen... Sayang sangat. I'm sorry for what I have done before this. Yesterday. I know, I'm hurting your heart. I'm sorry, sayang."

Aku mengucup pula belakang tangannya ditemani air mata. Luluh hati mendengar kata maaf dari bibir Ayyan. Akhirnya kata maaf yang aku dambakan telah Ayyan tuturkan luhur untuk diriku. Aku mengucap syukur kerana Ayyan sedar tentang kesilapan dia, tetapi aku turut diusik penyesalan kerana tidak mahu mendengar arahan dia.

"Reen minta maaf... " Aku tuturkan penyesalan.

"Ayyan dah maafkan. Dah, jangan nangis lagi. I'm hurting when look your eye with tears."

Aku hapuskan air mata ini laju-laju. Dia tersenyum kepadaku dengan susah payah. Nampak manis walau dia dalam kesakitan. Aku turut tersenyum, ada rasa bahagia menginap dalam hatiku.

...

Writer's comment : Jahatkan Ashriq Irfan. Nama dia yg bagi ..
Unikkan nama tu. Huhu. Thanks sara. ❤️Btw, cepat ke perangai Ayyan jadi elok? Adakah tetap elok atau berubah lagi? Seperti berubahnya musim sejuk dan panas? eh, ape bende aku merepek.

...

13 oct 2019

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro