Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SYT 36

SYT 36

vote dan komen amat dihargai

BEG kertas berwarna coklat yang ditinggal sepi, dibawah laci meja solek itu membuat aku termenung sebentar. Aku meletak sikat, tanganku menjalar menarik keluar beg kertas itu. Habuk yang sedikit melekat, aku tiup-tiup perlahan.

Aku bangun daripada mencangkung, terus aku duduk di birai katil. Isi dalam beg kertas itu aku jenguk. Nafasku terasa tersekat, payah. Mengingatkan kembali ini pemberian daripada Ayyan. Hatiku memberat dengan berbagai perasaan. Susahnya melepaskan rasa ini.

Aku tekadkan hati, aku perlu tahu juga apa pemberian Ayyan ini. Tak usah dilayan rasa yang menjengah. Daripada tertanya-tanya lebih baik aku buka sahaja. Lagipun, aku sedang dilanda kesunyian sendirian, memandangkan Firshad sejak kebelakangan ini sibuk menyiapkan manuskrip. Dan aku pula, sudah selesai tugasan itu, tunggu esok sahaja untuk memilih manuskrip seterusnya. Kalau bukan hari ini, bila lagi akan aku lakukan?

Bercerita perihal Firshad. Sejak dua menjak ini, dia tidak banyak bercakap. Melayan aku tidak seperti selalu. Hendak kata dia berubah, tidaklah sangat. Tetapi, boleh dikatakan dia sekarang kurang mesra denganku. Mahu bertanya apa sebabnya dia berkelakuan begitu, mulut sangat memberat. Alih-alih aku biarkan sahaja dia.

Puas juga aku berfikir apa penyebabnya, namun sebab yang hadir adalah kerana Ayyan. Kerana kemungkinan dia berkecil hati gara-gara bicara Ayyan. Mungkin itu benar ataupun tidak. Geram juga kepada Ayyan, tetapi perasaan geram itu seakan sirna apabila resahku kembali mendaki puncak perasaanku kini.

Kotak kecil berwarna merah hati kecil aku tarik keluar daripada beg kertas itu. Debaran menyinggah lagi, sungguh hatiku sudah melonjak-lonjak menantinya jari jemariku untuk membuka isi di dalam kotak kecik itu. Aku pejam mata, menggali nafas dan cuba mengawal pernafasan supaya kembali tenang daripada memikirkan perkara yang menyimpang.

Tak. Tak mungkin! Dalam kotak itu, cincin! Tak akan berlaku sama sekali!

Ya Allah, kuatkan aku.

Dengan lafaz bismillah... mata aku celikkan dan... jemariku membuka perlahan kotak itu.

Aku diterpa kecewa kerana anganku musnah bagaikan abu hancur!
Bukan cincin terhias di dalamnya tetapi...

kad memori handphone!

Argh, Ayyan jahat! Sampai hati bagi harapan palsu! Kenapa letak kad memori dalam kotak kecil ni?! Buat aku terberangan aje!

Kerana geram bercampur hampa, aku campak kotak itu sampai tergolek-golek di atas lantai. Tubuhku segera terhempas atas katil, telefon di bawah bantal aku kaut pantas. Kebosanan mula melandaku, apabila di skrin tiada terpampang notifikasi. Tiada panggilan, tiada mesej. Argh, bosannya hidup!

Badan aku iringkan, merenung kosong kotak yang terbiar sepi di atas lantai. Otakku ligat memikir fungsi Ayyan memberi kad memori itu. Sedang sibuk menggali idea, aku dikejutkan dengan satu panggilan. Kus, semangat betul! Tiba-tiba aje. Aku pandang skrin.

017788......

Siapa pulak ni?

Aku diamkan sahaja diri, hendak menjawab terasa malas. Tetapi, sekali lagi telefon berdering. Dengan kerutan dahi yang timbul, aku tekan sahaja kerana curious. Mana tahu, number kawan-kawan sekolah dulu ke?

"Hello, Assalamualaikum... siapa di sana?" soal aku pantas.

Senyap. Tiada balasan. Hanya kedengaran nafas halus yang agak kalut menerpa halwa telingaku.

"Dengar tak ni? Siapa ni?" soalku lagi dengan tidak sabarnya. Apa kenalah telefon orang tapi tak nak jawab. Baik jangan telefon! Hish, sakit pulak hati ni.

Senyap lagi! Tiada sebarang suara kedengaran. Aku ditemani suasana sunyi sepi bersama cengkerik.

"Saya kira sampai tiga. Kalau tak nak cakap, saya matikan panggilan ni!" ugutku setelah nafas aku tarik. Geram dijiwa cuba aku kawal. Mood memang tengah tak elok, siaplah kalau orang kacau waktu ni!

"Waalaikumussalam..." jawab si pemanggil ringkas, sekadar menjawab salam.

Aku kerut dahi, cuba menganalisis suara pemanggil. Seakan pernah dengar. Tetapi, siapa?

"Siapa ni???" ulangku lagi. Siaplah kalau dia tidak mahu menjawab. Kali ini, aku akan menjerit kuat-kuat dan mengulang soalan macam mesin rosak!

"Er, kau tak kenal suara aku?"

Suara itu. Siapa dia? Macam kenal! Siapa yang selalu bahasakan diri aku dan kau! Tolong otak, sila bekerja!

"Siapa??? Beritahu ajelah!" bentakku geram. Aku tak ada masa nak berteka teki. Hendak mengharapkan otakku ini, silaplah. Satu idea pun tidak mahu timbul!

"Aku Ian," lemah suara itu memecahkan kebuntuanku.

Aku segera jarakkan telefon, untuk melihat number yang tertera. Eh, lain! Ni number lain, bukan macam hari tu! Apa kena pulak dia guna number lain lepas tu telefon aku ni?

"Apahal telefon? Asal guna number lain?" sergahku garang. Mataku sibuk membayangkan wajahnya yang bertutup itu. Sakitnya hati! Segala lagak menjengkelkan dia kepadaku terlayar-layar di tubir mata. Kalau depan mata ni, memang kena hempuk sekali lagi!

"Just rindu... nak dengar suara merdu kau tu..."

"Gila! Kau ni sibuk nak mengacau aku lagi, kenapa?!" jeritku tidak puas hati. Kata rindu dia tu, umpama api membakar jiwa. Bukan hati nak tersentuh, malah nak tercuit pun tidak akan sesekali berlaku.

"Aku serius, rindukan kau... dah sebulan tak dapat tengok kau, sekarang ni aku jauh... jauh sangat dari kau, aku dah tak tinggal kat Malaysia..."

"Ingat aku kesah ke? Lagi bagus kau jauh, lagi elok jangan datang Malaysia lagi!" semburku dengan nada kejam. Hendak berkecil hati, argh! Lantaklah! Sekali aku dah benci, berkali-kali aku lontar rasa benci! Takkan aku berlembut dengan lelaki yang sudah aku blacklist ini.

"Pergh, sakit hati dengar kau cakap macam tu. Lepas sebulan, marah masih belum hilang ke? Susahnya, nak pujuk hati kau," luah Ian kecewa.

"Siapa suruh kau sakitkan hati aku? Dah lah, malas nak bertekak lagi. Kau jangan cuba-cuba telefon aku lagi dengan number lain!"

Jariku sudah bersedia untuk menekan end calling. Tetapi, jadi terbantut, gara-gara suara Ian menjerit nyaring.

"Kejap je, aku janji tak kacau kau lagi. Just give me a chance to talk with you. Just, 5 minute pun okay!"

"Aku kira 5 minute je. Cakaplah!"

"Aku... aku tahu kau dah benci kan aku sangat. Dan, aku tahu... kau mesti tak nak tahu apa yang terjadi pada aku, sebab apa aku pakai mask... sebab apa aku samakan kau dengan Arisa... sebab apa kata-kata aku selalu berkasar... sebab apa aku sukakan kau, dan mungkin lebih daripada tu. I know, it's too fast. Aku confess terlalu awal dan masa yang sama aku lukakan hati kau... It's a bad timing sampai kau dah tak nak pandang aku langsung and kau fikir aku lelaki yang teruk, jahat!" Ian menggantung ayat. Deruan nafas kasarnya kedengaran berat. Aku yang mendengarnya seakan terkaku. Jarang hatiku untuk tersentuh kerana dia, tetapi kali ini lain. Luahan dia benar-benar kedengaran meluluhkan. Luhur dan tiada terselit penipuan. Argh, kenapa hatiku lembut sangat?

"Arisa... Arisa tinggalkan aku sebab perangai aku, Reena! Before she left, she said she hate me so much! Kau tak tahu, macam mana hidup aku selepas itu. Kosong, sepi, tiada arah! Aku benci kan diri aku sendiri sebab lukakan dia. Lukakan wanita yang aku cintai sepenuh jiwa raga aku! Tetapi, Reena... aku sangka semua salah aku sebab dia tinggalkan aku... tapi, dia rupanya... terpaksa tinggalkan aku semata-mata ikut pilihan keluarga dia, kahwin dengan lelaki lain! She don't trying to explain to me, and she just said hate me so much! Sanggup dia buat aku merana macam ni. Nak tahu macam mana aku tahu semua ni, dari kawan baik dia sendiri! Selepas 2 tahun, baru aku tahu kebenaran, Reena!"

Aku kemam bibir. Ya Allah, rupanya lelaki bernama Ian ini hidupnya sengsara juga. Di tinggalkan kekasih semata-mata kerana berkahwin dengan lelaki lain? Beratnya dugaan hidup dia. Sakit dia mesti lagi dalam daripada sakit aku memendam perasaan terhadap Ayyan. Sakit mana lebih perit daripada itu?

"Aku tak nak simpati kau, Reena. Cukuplah kau memahami sengsara yang aku tanggung selama ni. Aku... aku nak keluar dari rasa terseksa dan kesunyian ni..."

"Muka... muka kau tu kenapa tutup?" pangkahku dengan pertanyaan, aku tak boleh tahan diri daripada mengetahui penyebab di sebalik wajahnya yang bertutup.

"Aku... aku belum sedia nak cerita pasal tu, Reena... boleh kau dengar dulu cerita aku sampai habis?"

Aku mengeluh kecewa. Hampa pula kerana tidak dijawab persoalan yang sering menjelajah fikiran. Kalau dah dia tak nak cerita, nak buat apa dipaksa?

"Kau marah? Aku tak beritahu sebabnya?" soal Ian lagi kerana aku berdiam diri.

"Nak buat apa marah?"

"Kau dah tak marah aku ke, Reena?"

Aku diam. Masih marah lagi ke, aku pada dia? Of course, tetapi... mungkin sedikit luntur bahang amarahku kepada dia. Sebab apa? Mungkin kerana ceritanya mengubah persepsi benciku. Dia juga sengsara dan manusia... tak lepas daripada membuat kesilapan.

"Reena... please, answer... Kau marah lagi tak?"

"Entah!" terluncur sepatah kata itu. Aku sendiri tak tahu hendak memberi jawapan apa.

"Aku tahu kau masih marah, tapi kau dah sejuk sikit kan? Hmm, ni dah lama lebih 5 minit. Aku dah janji, hanya 5 minit je. So, for now. Aku harap kau bahagia, Reena dengan sesiapapun pilihan hati kau. Aku minta maaf jika kehadiran aku, membuat kau sakit hati. Aku tak bermaksud nak lukakan hati kau, perempuan yang aku sayang. Er, maaflah, aku dah melebih. Kau mesti benci dengar perkataan suka or sayang dari mulut aku, kan? Serius, aku menyesal berkasar dengan kau, kalaulah perangai aku elok macam Shad tu, mesti kau dapat terima aku sebagai kawan. Ralat betul perasaan aku sekarang ni, Reena. But, benda dah jadikan... Mungkin, aku tak layak untuk kau, perempuan sebaik kau."

Perasaanku menjalar sebak. Entah, kenapa. Rasa bersalah membenci dia sungguh-sungguh sampai tidak memberi ruang untuk dia perbetulkan semua. Kenapa, aku menolak dia seperti itu? Mungkin, hatiku menjadi keras gara-gara kata-kata pedas dari bibirnya kerana memperlekehkan perasaanku kepada Ayyan. Mulut, memang mudah menyakiti tanpa sengaja. Mungkin itu yang berlaku kepada Ian. Dia tak terniat melukai sekeping hatiku yang lemah ini.

"Reena... Aku nak kau tahu something, if satu hari nanti kau perlukan seorang lelaki menjadi peneman hidup kau... Aku... aku sentiasa ada... Mungkin ambil masa bertahun untuk kau pandang aku, tetapi dalam tempoh tu I'm trying the best to change myself for you, dear... supaya kau dapat terima aku dengan diri aku yang baru, diri aku yang menyenangkan kau, bukan jahat macam ni... Okay, itu je yang aku nak cakap... One more thing, jangan block number ni ye, if something not good happen to you, just calling me. Aku akan cuba datang dalam masa secepatnya even kita berjauhan macam ni... Assalamualaikum..."

Tit... Talian mati...

Telefon itu aku campak ke tepi. Badanku telentang semula dan siling atas aku pandang kosong. Dadaku terasa sedikit sesak, sebak menahan rasa bergumpal dalam dada. Luahan Ian, benar-benar menusuk kalbu. Suara dia kedengaran ikhlas dan tiada lagi suara kasar, hanyalah suara lirih. Dan itu, mengingatkan aku tentang Ayyan. Suaranya seringkali meruntun hatiku.

Tiba-tiba aku teringat kad memori itu, terus bingkas bangun untuk mendapatkan kad memori itu. Aku matikan telefon dan memasukkan kad memori ke dalam telefon.

Jantung laju mengepam tatkala ada satu video terpampang depan mata. Aku tekan butang play, dan....

Ada bunyi petikan gitar, suara Ayyan yang merdu berdendang mengalunkan lagu kesukaaanku.

"Dengarlah bintang hatiku,
aku akan menjagamu,
dalam hidup dan matiku,
hanya kaulah yang ku selalu rindu."

Petikan itu terhenti, mata Ayyan memandang ke hadapan.

"Maafkan Ayyan, kak... really sorry for what I have done, Ayyan harap akak terima kata maaf dari Ayyan melalui lagu kesukaaan akak ni. Akak masih ingatkan kenangan lagu ni?"
suara Ayyan menyentuh perasaanku, tembus.

Setitik air mataku jatuh. Ayyan....

....

Writer's comment : lepas ni Ian dah xde, sian dia bawak diri. Ayyan pulak akan datang berkali-kali sampai ke penghujung cerita. Harap maaf kerana lambat update dan jika bab ni tak best. Thanks kerana sudi setia sampai ke bab ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro