SYT 35
"IF something bad happen to her, I will never let you go, Shad," sambung Ayyan sekali lagi memberi amaran. Panahan matanya juga semakin menggerunkan aku.
"Don't worry, Ayyan. You can trust me," jawab Firshad tidak gentar. Suaranya kedengaran yakin. Aku nampak wajah Firshad sudah bertukar lain sedikit, mungkin tidak selesa dengan amaran yang semakin merimaskan dia.
"Shad pergi toilet jap. Eh, lupa pula sayang dah order air ke?" tanya Firshad sambil menoleh kepadaku. Sekali lagi dia memanggilku sayang. Er, kedengaran janggal tetapi aku
ukir juga senyum yang tak berapa nak jadi untuk tatapan dia.
"Ayyan dah siap order, tunggu orang hantar aje," sampuk Ayyan tanpa menunggu aku yang sedang mencari jawapan.
"Okay, Shad pergi toilet. Jangan rindu tau," usik Firshad dengan nadanya sedikit manja. Aku terpaksa tahan muka malu, depan Ayyan dia usik begitu. Haish, segannya. Mesti Ayyan ketawakan aku sekarang ni.
Aku hanya membalas dengan anggukan kecil. Belakang tubuhnya semakin menjauh, tak rasa rindu pula. Tetapi, rasa janggal kerana waktu ini aku berduaan dengan Ayyan. Masaklah aku nak menjawab soalan dia yang bertali arus.
"Duk tenung lama sangat Shad tu kenapa? Dah terlebih angau?" sindir Ayyan dengan nada serius. Aku tersentak lalu terpandang wajahnya yang tiada sekelumit riak ceria. Nampak tengah tahan marah.
"Ayyan tak rasa dia lelaki yang terbaik untuk akak." Suara Ayyan menerjah lagi ke telinga. Kali ini, suaranya ditekankan. Seolah-olah apa yang diperkatakan perlu aku dengar dengan serius mungkin.
Aku telan liur yang terasa berpasir. Dia dah lebih! Aku tak rasa apa yang dia cakap perlu aku dengar, kerana dia melampau! Tak boleh ke dia sokong perhubungan cinta aku dan Firshad sebagaimana aku sokong dia dengan Ainura kesayangan dia, tu?! Ini sesuka hati je cakap ikut sedap mulut. Tak nak jaga hati aku langsung, kan!
"Apa ni Ayyan? Akak tak pernah nak cakap macam tu pasal Ainura, how could you say that, about Firshad?!" bentakku geram.
Kami saling membalas renungan tajam. Masing-masing tak nak mengalah. Ada urat timbul di dahinya, dia sedang mengetap rahangnya berkali-kali.
"Ayyan tak habis cakap lagi, kak! Akak kenapa tak cari yang sepadan dengan akak. Kenapa mesti dia? Fizikal dia pun dah lain dengan akak. He too different with you, kak!"
Terpejam mataku menahan bahang api marah. Berani dia menghina Firshad. Apa masalah dia nak bezakan macam tu sekali, Firshad tu bukan besar sangat berbanding aku. Dia memang sengaja kan nak membakar perasaan aku kerana hendak membalas sakit hati yang aku tebarkan kepada dia sebelum ini.
"Mulut tu kalau tak sayang, cakaplah lagi," balasku dengan suara garang.
"Ayyan cakap yang betul. Akak tak payah nak nafikan lagi kebenaran tu. Kalau akak dah terdesak sangat nak ada kekasih, Ayyan boleh carikan. Ramai lagi lelaki lain kat luar tu."
Aku kepal penumpuk, silap hari bulan kena jugak penumbuk sulung kat muka kacak dia tu. Aku dah tak fikir dah siapa depan mata ni lagi. Kebetulan, pelayan datang menghantar dua cup air ke meja kami. Aku sempat simpan balik penumbuk di bawah meja. Mujur pelayan itu datang, kalau tidak memang senang tangan ni naik nak hempas sakit hati yang sedang bersarang.
Ayyan ambil cawan ditepinya, dengan rakus dia meneguk air sambil merenung aku setajamnya. Gaya dia sumpah menakutkan aku. Belum pernah lagi Ayyan tayang aksi sebegitu. Marah sangat kenapa dia ni?
Dia letak cawan dengan kasar. Bibirnya di kesat pula dengan kasar. Ya Allah, macam lagak pembunuh bersiri. Kecut jantung aku melihatnya.
"Akak percayakan lelaki macam tu? Konon baik, bermulut manis? Akak jangan kak, senang percaya macam tu je mulut lelaki ni. Yang nampak baik tulah kebanyakannya jahat. Bukan boleh percaya sangat. I sense something wrong with him. I swear, I'm not trying to lying you."
"Ayyan! You should stop cakap bukan-bukan! Jangan nak tuduh kalau tak tahu!"
"Ayyan lelakilah kak. Ayyan tak tuduh membabi buta! Ayyan nampak dia bukan nak pandang Ayyan masa dia cakap dia cintakan akak! Mata dia tu sibuk bergerak-gerak tengok benda lain. Ayyan ni tak buta, lagi! Suara dia, pengakuan dia cintakan akak pun langsung tak ikhlas. Macam kata cinta tu percakapan harian. Akak takkan tak dapat rasa???"
Berderau darahku mendengar serangan kata-katanya. Bibirku terketar, dadaku seakan terhenti berdetak beberapa saat. Sanggup dia memperlekehkan perasaan Firshad terhadap aku. Siapa dia nak kata Firshad tak ikhlas ungkapkan cinta itu? Siapa dia?! Apa yang dia tahu, selama ini aku yang bercinta dengan Firshad, bukan dia tahu betapa luhurnya Firshad menghulur salam kasih untukku.
"Akak menyesal kenal kau, Ayyan! Tak sangka, perangai masih tak berubah... You should change, akak takut semua akan tinggalkan Ayyan hanya sebab perangai suka prasangka macam ni. And, nak tahu tak sekarang, akak rasa keputusan nak putus dengan Ayyan dah muktamad! Akak tak nak ada hubungan dengan orang berperangai macam ni. I hate it!" Rasa sebal yang bernanah, aku lemparkan kepada Ayyan. Biar dia tahu, hatiku terlampau sakit kerana kata-katanya. Kalau dia sakit hati, biarkan! Padan muka!
Kulit muka Ayyan yang putih itu sudah berubah sedikit merah. Dia menunduk, menekan pelipisnya. Suasana tegang itu sunyi sepi seketika. Nampak seperti Ayyan sedang dilanda badai ombak perasaan, begitu juga dengan aku.
Ting!
Bunyi pesanan teks masuk. Segera aku kaut telefon di dalam beg tangan. Tertera nama Firshad di skrin. Laju aku menekan mesej yang dihantar olehnya.
From : AdlanFirshad
Sayang. Berbuallah dulu dengan Ayyan tu. Shad ada hal sikit. Balik nanti saing Shad ye. Take care, Reena.
Lama aku merenung, mesej itu. Kenapa Firshad pergi macam tu, je? Ada hal apa? Argh, ini mesti kerana kata-kata Ayyan tadi. Kesian dia, mesti rimas dengan perangai Ayyan. Keluhan terlepas jua, sebal merantaiku kerana sikap Ayyan. Geramnya! Hatiku menggerutu sakit hati. Setelah tenang sedikit, aku kemudiannya, menaip dengan perasaan memberat. Kalau itu pilihan Firshad, apa lagi perlu aku lakukan?
To : AdlanFirshad
Sorry about Ayyan. Reena tahu Shad tak suka dia tanya macam-macam. Reena harap Shad tak kecil hati dgn dia. Okay, Reena tggu Shad ye balik nanti. Take care too.
Aku sedut nafas, dan menghantar pesanan itu. Mataku kembali menghadap ke hadapan. Jiwaku sedikit terusik melihat keadaan Ayyan. Rambutnya sudah tidak terurus. Kusut masai. Matanya juga tidak lagi merenungku tajam. Dia tersandar lemah bersama renungan yang tiada sinar. Muram.
"Ayyan tak nak tarik balik kata-kata Ayyan tadi. But, if you are hurt because of me. I'm sorry... really sorry, Ayyan tak nak akak bencikan Ayyan. Ayyan tak nak... It's hurting me so much... I can't handle it, akak..."
Jeda. Dia berdiam semula, seperti mengumpul kekuatan untuk menyambung kekesalan yang terbuku dalam hati.
Aku kemam bibir, riakku cuba kukawal supaya tidak terlakar simpati buatnya. Aku mesti tayang riak marahku lagi kepada dia supaya dia tidak senang-senang menyakiti hatiku.
"Akak jangan salah sangka... Ayyan cakap semua tu bukan nak menuduh melulu. Ayyan cakap apa yang Ayyan rasa. Ayyan tahu, mungkin boleh jadi firasat Ayyan tu salah... Tapi... kak... Ayyan tak nak tengok akak terluka kerana lelaki..."
Sesak dadaku menampung perasaan sebak yang hadir kerana bicaranya. Kenapa kau buta, Ayyan! Bukan lelaki lain yang hadirkan luka dalam hatiku, tetapi kau! Kau selalu merobek-robek jantungku kerana sikap kau sendiri, sikap prihatin dan mengambil berat kau membunuh jiwaku. Kerana aku dambakan kau sebagai kekasih bukan sebagai adik angkat! Dan kau masih bodoh daripada mengenal cintaku sehingga aku sanggup relakan cintaku terkubur dan aku belajar mencintai lelaki lain. Hanya kerana dirimu, menyeksaku, Ayyan!
"Ayyan tak kan benarkan mana-mana lelaki menyakiti hati akak! Ayyan takkan benarkan! Tolongkan akak faham, Ayyan dah sayangkan akak macam akak kandung Ayyan sendiri. Akak sendiri tahukan bagaimana perasaan seseorang keluarga tu kalau ahli keluarga dia disakiti, macam mana sakit peritnya terasa? Macam tu perasaan Ayyan terhadap akak! Can you please... just understand me?" ungkap Ayyan lirih, matanya suram memohon pengertian daripada aku supaya aku memahami kekusutan yang meracun perasaannya kini.
Aku tidak lagi sanggup melawan renungan matanya yang meremukkan jiwaku. Sukarnya, untuk memahami dia kerana aku benci perkataan akak kandung terlahir dari bibirnya! Terlalu benci!
Kalau diikutkan barah luka ini yang semakin menyengat, ingin sekali aku hamburkan luahan rahsia hatiku kepada dia. Supaya dia tahu, aku cintakan dia! Aku tak nak dia anggap aku akak kandung dia lagi! Aku ingin menjadi suri hatinya... Suri hati peneman hidupnya sepanjang hayat di akhir hujung nafas terakhirnya. Aku tidak mahu menjadi sekadar kakak. Tolonglah faham, Ayyan. Rintihku sendirian.
Firshad, maafkan aku kerana merasai perasaan begini. Aku tahu, tidak sepatutnya aku merungkai semula perasaan bodoh ini. Sepatutnya, aku perlu rejam ia pergi daripada berani memunculkan diri sekaligus menjadikan aku kekasih yang tidak setia. Menduakan perasaan yang tidak seharusnya berlaku kepada diriku.
"Ayyan pernah janji, akan jaga akak selagi Ayyan masih hidup. Akak dah lupa?" lembut semilir suaranya membuatkan aku ditujah keresahan. Janji yang terikat dahulu, tidak pernah luput dari halaman ingatanku. Mana mungkin aku lupakan janji itu, pertama kali aku rasai betapa manisnya rasa disayangi dan dilindungi oleh seseorang. Tetapi, itu dahulu ketika aku masih menganggap dia sekadar adik. Tidak kusangka sama sekali, masa yang bergerak begitu pantas mampu bertindak terlalu kejam sehingga melahirkan anyaman cinta di dalam hatiku. Argh, kalaulah... kalaulah aku yang dulu menolak kemahuan Ayyan supaya terima dia dahulu, mungkin aku tidak menghadapi situasi menyeksakan begini.
"Akak tak ada masa nak melayan Ayyan lagi. Akak banyak kerja, cukuplah Ayyan," kataku tegas. Sudah tiba masanya aku berlalu pergi, daripada terus-terusan menghadapi kekecewaan Ayyan, begitu juga dengan aku. Aku bangun perlahan, dan menapak perlahan melepasi dia.
Tanganku dipegang kejap oleh Ayyan. Terhenti langkahku serta merta. Apa lagi ni, Ayyan?
"Please unblock semula number Ayyan... please, kak..." rayu Ayyan, nadanya lemah kedengaran.
"Tengoklah nanti," balasku senada lalu ku rentap tanganku kasar. Terlerai juga kerana aku dapat rasakan Ayyan sendiri melepaskan pegangan itu.
"Air ni ambil, jangan membazir," ujar Ayyan lagi, sebelum dia pergi meninggalkan aku. Laju sahaja langkahnya. Entah mengapa, aku terduduk semula di situ, merenung cawan itu lama. Sampai bila aku dan dia berkeadaan seperti ini? Dadaku sakit, aku tekan perlahan. Seandainya, aku dan dia ditakdir bertemu sebagai kekasih. Alangkah indahnya hidup ini.
...
Writer's comment : jgn pernah mengalah dear, maafkan author kerana buat anda sakit hati. huhu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro