
SYT 30
SYT 30
"SIAPA call tu, Puan? Kenapa tak dijawab?" tegur pemuda teksi kepadaku. Dia memandang aku melalui imbasan cermin tengah. Aku terngadah sebentar sebelum matikan terus telefon.
"Tak ada apa encik," balasku antara dengar atau tidak. Sebenarnya otakku ligat memikirkan bagaimana untuk menjawab soalan yang pastinya bertalu-talu ditembak oleh Ayyan. Aku dapat rasakan Ayyan tengah berasap satu kepala kerana kata-kata Ian tadi yang ingin hubungan ini diputuskan apabila kami kahwin.
Gila betul Ian, berani dia merepek sampai begitu sekali. Aku yang tak dapat tahan sabar, memang melayang satu hadiah khusus untuk dia. Tapak tanganku kini kulihat sudah sedikit memerah. Pipi Ian pulak pasti berbirat agaknya. Memang padan muka!
"Gaduh dengan suami ke? Janganlah bergaduh lama sangat, nanti takut lelaki cari lain. Perempuan luar tu ramai cantik-cantik."
Aku ingatkan dia sudah habis idea nak berkata lagi. Tetapi, dia dah ke situ pulak memikir. Bila masa pula aku ada suami ni, oi! Awat dia kata perempuan lain cantik-cantik, mesti dia nak kutuk aku buruk ke ni? Ya Allah, memang semua lelaki nak cari pasal dengan aku ke, apa ni?
"Tak encik... saya belum kahwin, dan tadi tu bukan suami yang call tapi bekas suami. Dia tergila-gilakan saya semula, encik. Saya tak tahan nak layan lelaki yang mata keranjang macam tu, nak perempuan cantik aje. Tapi, bila duit takde semua perempuan cun melecun deboom bombastik tu pakat marathon lari. Jadinya, sekarang dia nak kembali kepada saya yang huduh ni bila duit takde, encik. Maka, nasihat saya janganlah jadi jantan gila macam tu!" bebelku terlebih panjang. Idea apa yang muncul terkeluar dari bibir dan nada sindiran aku selitkan sedikit. Entah pemuda teksi ni dapat tangkap atau tidak.
"Lah, macam tu sekali. Takpelah Puan. Jangan hiraukan, cari aje lelaki lain kat luar banyak. Kalau saya pun boleh, tapi dudalah. Anak dua," seloroh pemuda teksi itu.
Aku terbatuk-batuk kecil memberi amaran aku rasa kurang senang dengan kata-kata dia. Haish, ni mesti pesen lelaki macam Ian. Tak ada kerja, nak bermain api dengan aku pula.
"Sakit tekak ke, awak? Nak strepsil?" Tergelak dia membahan aku.
"Cepat sikit ye pakcik, bawak kereta itu jangan slow sangat," sindirku agar dia terasa hati. Hambek kau, kan aku dah panggil kau pakcik.
"Alah, saya gurau je awak. By the way, nama awak siapa?" tanya dia sambil membetulkan topi di atas kepala. Konon macho lah tu. Dia ni tadi panggil puan, sekarang bahasakan saya awak pula. Geli anak tekak ni dengar. Entah-entah dia tu dah tua walaupun suara tak tua mana. Mungkin dalam 35 lebih kut. Tekaku sendiri.
Aku malas nak toleh dan membalas. Mataku terlempar di luar tingkap sahaja. Terlihat ada taman permainan menjadi santapan mata, lebih kurang 5 minit sampailah ke rumah.
"Eleh, sombongnya awak. Nama pun tak boleh? Kalau bagi nama plus number telefon, tambang free aje. Diterima tidak tawaran sekali sekala ni?"
Aku gigit-gigit bibir bawah. Sakit betul hati, satu-satu perangai setaraf syaiton. Apa lah yang ditengok oleh mereka ni pada aku. Aku ni senang sangat ke untuk dipermainkan?
"Sorry, I'm not interested. Kalau encik cakap bukan-bukan lagi, baik turunkan saya tepi jalan ni," semburku geram.
Tak lama, suasana terus diselubungi cengkerik. Tahu pun tutup mulut.
Setelah aku bayar tambang teksi, pemuda itu bersuara. Ada nada kesal dalam katanya.
"Sorry, bukan saya nak mainkan awak. Saya cuma nak berkenalan. But, saya respect awak. So garang dan tak mudah terima kata-kata lelaki. Tapi, satu je saya nak cakap. Kadang-kadang nampak lelaki tu bergurau, tetapi serius diorang betul-betul maksudkan. Macam saya ni. Tapi tak mengapalah, kalau ada jodoh kita berjumpa lagi. Assalamualaikum, miss no name."
Tiada perkataan terkeluar dari bibirku. Tak sangka sama sekali pemuda itu berterus terang begitu sekali. Aku tarik pintu dan keluar dari perut teksi. Terpinga-pinga aku memandang teksi meluncur laju meninggalkan aku.
SETELAH berfikir seribu kali, aku tekad untuk block semula number Ayyan. Aku rimas menerima panggilan dia sampai beratus kali. Macam gaya gila talak pula. Mesej dia pun dah berpuluh-puluh. Ini antara mesej-mesej yang sempat aku baca sebelum aku padam kesemuanya.
From : AyyanIrhan
Kak, jawablah kol ni! Lelaki mana perangai macam tu, sesuka hati je mengaku bf akak? Akak takde bf kan? (6.20pm)
Ian mana tu? Klau btul dia bf akak, hujung minggu ni Ayyan nak jumpa dia. Ayyan tak kira, nak jugak jumpa kalau dia tak nak sekalipun! (6.25 pm)
Akak jgn suka2 terima laki bukan-bukan. Dari suara dia, gaya dia macam kurang ajar. Jgnlah couple dgn jantan tu, kak!
(6.30 pm)
Ayyan takkan izinkan akak kahwin dgn dia. Ayyan tahu akak takkan buat keputusan nak kahwin tiba-tiba mcm tu. takkan couple terus nak kahwin. Dia tipu, kan?
(6.40pm)
Akak... Jwblah kol. Jgnlah sombong mcm ni sekali. Pelease. Ayyan risau ni. (6.52pm)
Akak mmg sengaja abaikan Ayyan, kan?
(7.27pm)
Knpe buat Ayyan resah mcm ni, kak? Susah nak jawab satu kol pun?
(8.01pm)
Serius Ayyan x fhm, akak! Satu pun xnak jwb, mesej pun satu x reply. How selfish are you?
(8.03pm)
Reply satu pun jadilah, kak. Susah ke? Susah nak taip???
(8.05pm)
Semua ni sbb Ian ke akak berubah drastik mcm ni? Sampai hati kan, akak buat Ayyan mcm org bodoh.
(8.10pm)
Ni belum kawen, klau dh kawen mcm mne pulak perangai akak? trjumpa kat luar pun akk buat2 x kenal Ayyan!
(8.14pm)
Itulah mesej terakhir yang mampu aku baca. Setiap bait perkataan yang tertulis membuatkan aku terluka. Kenapa dia nak kesahkan pasal aku lagi, sedangkan dia dah ada Ainura? Apa kemahuan sebenar dia? Argh, patut ke aku terangkan hal sebenar kepada dia? Atau biarkan sahaja, biar dia sakit hati sebagaimana aku sakit hati kerana dia ada Ainura. Perlukah aku berbuat seperti ini?
Lambat-laun nanti, akankah tercalit secubit cemburu dalam hatinya? Ataupun... tidak sama sekali.
KEESOKANNYA, aku pergi kerja macam biasa. Kaki terhenti di depan lif, dari ekor mata aku perasan ada seorang lelaki muncul di sebelah. Kuat haruman maskulinnya menyengat hidungku. Dia ni tertumpah lori minyak wangi, ke apa? Omelku dalam hati, nak sound kuat-kuat macam tak berapa elok pula.
Ting! Pintu lif terbuka. Aku masuk dahulu dan mataku memandang lurus kehadapan. Dan, mataku jelas tertancap pada batang tubuh seorang lelaki. Ketenangan yang aku rasai tadi, hilang serta merta. Alamak, Ian buat apa pulak kat sini?
Baju kemeja dia berwarna putih aku teliti. Nampak lain penampilan dia. Selalu pakai serba hitam. Hari ni, tidak. Dan, mataku terhenti pada butang bajunya, sempat aku kira tiga butang teratas dibiarkan terbuka. Sampai nampak kulit putihnya menyerlah di bahagian dada sedikit. Rasa tak tertelan air liur, apasal aku tengok dada anak teruna orang ni?
Anak mataku pantas bergerak memandang wajahnya pula yang macam biasa bertutup. Cermin mata hitam itu masih terletak elok. Aku tak dapat mencuri reaksi anak matanya di mana kerana cahaya lampu lif sedikit menyilaukan mataku. Tapi yang aku nampak dan aku agak, dia sedang pandang depan. Mungkin, hari ni dia pencen daripada mengacau aku.
Keluhan terlepas tiba-tiba. Mujur juga perlahan. Aku alih anak mata ke arah depan pintu lif. Kan, bagus macam ni. Kiranya semalam tu tiada apa-apa berlakulah, kan? Aku ni hanya perempuan dipergunakan dan dipermainkan hanya dalam sehari untuk mengisi masa lapangnya? Kejamnya.
Pintu lif terbuka, dan dia keluar tanpa menoleh sedikitpun. Serius, dah aman semula hidup aku.
AKU dipanggil lagi ke bilik Puan Suraya. Manuskripku masih berlambak lagi, banyak bab belum habis edit. Jangan bos tanya sudah. Bukannya aku malas, tetapi semalam aku tertidur selepas siap berperang dengan perasaan sendiri. Asyik fikirkan Ayyan sahaja dan Ian pun kadang-kadang mencelah dalam kepala. Haish, janganlah Ian ada kat bilik. Mesti awkward apabila teringat tentang apa yang berlaku semalam. Eh, kenapa aku fikirkan itu, sedangkan dia tak pernah pun peduli dan hanya anggap semalam itu gurauan semata.
Belum sempat aku ingin mengetuk pintu, suara Puan Suraya menerobos masuk ketelinga menyuruhku masuk. Pelik betul, macam mana dia boleh tahu aku depan pintu, agaknya ada CCTV kut depan pintu ni?
"Ian baliklah, dari tadi bertenggek kat meja mama nak buat apa?" suara Puan Suraya menegur anaknya Ian. Mataku terus terpandang Ian yang selamba duduk di atas meja mamanya.
Aku terus alihkan anak mata tatkala dia turut memakukan pandangan kepada aku. Haish, kenapalah dia ada kat sini?
"Puan Suraya panggil saya ada apa, ye? Maaflah saya belum siapkan manuskrip sepenuhnya," ujarku memohon maaf. Mataku fokus kepada wajah Puan Suraya, aku tekadkan dalam hati bahawa dalam bilik ini hanya ada aku dan Puan Suraya sahaja.
"Puan Suraya? Formal sangat, panggillah mama," sampuk Ian tiba-tiba.
Hah?! Apa masalah dia? Bukan ke dia dah buat-buat aku tak wujud kat lif tadi? Apa lagi dia nak sekarang ni?
"Ian jangan kacau Nur. Mama nak kamu keluar, mama ada hal sikit nak bincang dengan dia."
Puan Suraya menjegilkan biji matanya kepada Ian. Serius sahaja wajahnya tertayang. Aku pula rasa seram, nak bincang pasal apa? Pasal prestasi kerja aku tak memberangsangkan ke? Puan Suraya nak marah aku, ke? Fikiran negatif bertimpa-timpa mengusarkan perasaanku.
"Nur, kemari duduk sebelah saya di sofa ni. Tak, bukan pasal manuskrip, adalah perkara sikit saya nak cakap." Tangan Puan Suraya sudah mengamitku supaya duduk disebelahnya. Tiada secalit senyuman pun terpamer di ulas bibirnya. Ini yang buat aku bertambah gerun.
"Mama ni. Nantilah kalau nak bincang tu. Ian ada dating dengan Reena hari ni. Janganlah kacau."
Langkahku jadi beku kerana suara dia menerpa telingaku lagi. Ya Allah, nampaknya dia belum insaf. Sabarlah, sabar. Aku melabuhkan punggung di tepi Puan Suraya.
"Jangan nak mengada sangat eh, Ian! Main-main aje kerjanya! Kamu ni dah kenapa, janganlah kacau Nur ni. Kesian dia," marah Puan Suraya, tegang juga riak wajah dia menimbulkan rasa tidak senang dengan perangai si anak.
Aku tak tahu nak bercakap atau duduk diam. Adakah perlu aku jadi CCTV tak berbayar?
"No, mama... I'm not playing here. I'm serious! Mama pernah nampak ke selama ni selepas Arisa pergi, Ian pernah cakap macam ni? Pernah, ke? Tak, kan? Ian dalam dunia Ian sendiri, and other girl always try hard to win my heart, and you know what. All that girl, not even have the chance to talk with me. And now, she really attract me to talk more! Can you please, give me a space, I need her right now! To talk more about my true feeling!" keras suara Ian tertembus dalam lubuk hati.
Serius, aku terpana. Aku hampir ternganga. Apa yang aku dengar ni? Rasa nak tampar-tampar sahaja muka sendiri biar semua yang aku dengar tadi hilang. Tak mungkinlah aku nak percaya. Ian hanya bermain-main kata, kan?
"Are you really serious Ian? Don't try to lie and make this girl broken. Nur dah sangat terluka dengan bekas kekasih dia. Mama tak nak Ian calarkan perasaan dia pula dengan cara macam ni."
Eh, bila masa aku ada bekas kekasih? Puan Suraya ni pun main agak aje?
"Yes, mama. I'm really serious. But, Reena ni susahlah mama. She don't believe me. What should I do?"
Ya Allah. Ian! Boleh gila, aku duduk sini! Ini tak betul, ini penipuan!
"Nur perlukan masa. Ian pun jangan desak dia. Tapi, mama tak yakin kamu dengan Nur. Mama rasa tak padan," terhenti bicaranya dan dia pandang aku dengan riak sayu dan sedih.
Aku hanya mampu kerdipkan kelopak mata dua tiga kali. Dahiku berkerut, menyoal dalam diam apa yang Puan Suraya maksudkan. Tak sesuai kenapa? Dia nak kata aku tak cantik, dan anak dia handsome ke? Eh, tak mungkinlah Puan Suraya kejam macam tu.
"Apa yang tak padannya, mama?"
"Ian dengan dia lain. Ian perangai tu kurang elok. Bercakap pun lepas aje, tak toleh-toleh orang belakang. Nur pula lembut orangnya, sensitif. Mama tak nak anak mama buat Nur sakit hati. Mama tak nak hubungan mama dengan Nur retak sebab Ian."
"Sayang sangat mama dengan dia, kenapa? Dia pun bukan lembut sangat mama. Semalam tu pipi Ian berbirat sebab dia."
"Dah kamu tu nakal usik dia. Memang kenalah. Kan, Nur?"
Puan Suraya sudah tersenyum memandang aku. Aku diam dan hanya tayang muka blur. Tak tahu nak cakap apa kerana lidah terkelu. Nak cekau ayat kat mana ni? Idea dah hilang!
"Maa... Ian nak pinjam Reena satu hari ni boleh, tak?"
Mata Puan Suraya sudah beralih kepada anaknya yang sudah berdiri ditepi mamanya. Banyak cantik, kau! Aku tak nak!
"Puan, saya busy hari ni. Saya pergi dulu ye," ujarku mendatar, memberi alasan awal-awal agar mama dia tak izinkan anak dia sesuka hati curi masa kerja aku.
"Busylah sangat! Hari ni ajelah Reena. Aku free hari ni je. Please," rayu Ian depan mata Puan Suraya. Tergeleng kepala mamanya melihat tingkah dia.
"Saya pergi dulu." Aku buat tidak endah rayuan dia. Baik aku blah. Aku mengorak langkah dalam kadar sederhana, ikutkan hati hendak sahaja aku berlari. Supaya cepat pergi dari sini.
"Nur pergilah, mama bagi cuti hari ni. Ian jaga Nur elok-elok, jangan pula buat bukan-bukan."
Adakah aku silap dengar, kenapa Puan Suraya dengarkan aje kata-kata anak dia, ni? Tolonglah, aku tak nak pergi dengan dia!
...
Writer's comment : Ian betul2 Serius tak? Ayyan tu dah xsenang duduk. Huhu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro