SYT 26
MALAM itu aku hampir tidak mampu untuk mengulit mimpi. Fikiranku penuh dengan tingkah Ayyan terlebih manja padaku ketika makan. Ada ke patut dia suruh aku suap dia? Aku yang bagai dipukau ini terus sahaja melayan kerenahnya, sampai secara tak sengaja aku mengesat kesan comot di tepi bibir Ayyan dengan jari-jemariku.
Aku hempaskan tubuh, mengingatkan itu semua cukup buat aku tenggelam dalam dunia ciptaanku sendiri. Argh, malunya! Aku pusing tubuhku, meniarap pula. Malunya! Malunya! Pipiku hangat menahan perasaan malu. Aku tekup muka pada bantal, lalu terjerit kecil. Peristiwa tadi menarikku supaya tenggelam dalam lamunan.
"Akak letak nasi lauk ayam gulai ni kat tepi meja. Nanti makan cepat, akak nak basuh pinggan tu lepastu nak naik atas terus. Dah letih badan ni," pesanku sambil mataku masih memerhati tindak tanduk Ayyan yang sedang menyikat rambut. Rambutnya yang masih basah nampak rapi dan kemas setelah disikat. Aku jadi terpegun melihat dia. Kacak dan kemas tidak seperti sebelum ini.
Ayyan meletak sikat di tepi meja, dia sibuk membetulkan sedikit rambutnya. Aku jadi macam patung tidak bernyawa pula menunggu kata balasan dari Ayyan. Bukan bosan menunggu, tetapi tidak betah berdua-duaan dengan Ayyan waktu malam begini. Kang, ada perasaan yang tidak sepatutnya timbul mengikat jiwaku pula. Dan, bila berdua jangan lupa ada yang ketiga. Syaiton tu kalau goda aku, risau juga aku jadi gila ingin mengusap rambutnya yang menawan itu. Mohon, dijauhkan!
"Kacakkan, Ayyan?" Kedua-dua keningnya dimain-mainkan, dengan gaya nakal.
Aku terpaksa telan air liur, debaranku mula rancak. Memang tergodalah senang kata, nampak terlebih kacak tahu tak bila Ayyan angkat-angkat kening macam tu. Khai Bahar pun boleh kalah! Tapi, takkan nak mengaku nanti kembang satu bangunan pulak si Ayyan ni.
"Akak jangan tenung tajam sangat. Ayyan sure akak terpaku tengok Ayyan, kan?"Ayyan mengusikku lagi, ada sengihan semanis lollipop perisa coklat pula menghiasi bibirnya. Matanya tu, separuh sepet membalas renunganku. Aku ingin mencair seperti ais, tetapi nampak gatal terlebih pula perangai aku ni. Baik aku cabut, sebelum penyakit mengeletis sampai.
"Tak payah perasanlah! Akak nak naik atas dulu! Bye!" Cepat-cepat aku lontarkan suara sebelum menjadi-jadi kenakalan Ayyan kenakan aku. Kalau ikutkan perasaan terlebih sayang ini, dah lama aku puji Ayyan melambung-lambung. Namun, itu tidak akan terjadi memandangkan tidak sesuai pula waktu ini untuk aku lagukan pujian dan mendendangkan bisikan hati kepada Ayyan.
"Eh, cakap laju lepas tu blah aje. Tunggulah kejap,kak... Ayyan nak makan macam mana ni? Tak larat..."kata Ayyan dengan nada manja dan meleret-leret.
Terasa meremang bulu romaku mendengarkan itu. Ayyan ni memang sengaja nak menduga aku ke apa? Tak sedarkah dia hati aku ini terusik walaupun sekadar mendengar suara manjanya itu?
"Akak... dengar tak ni?" soalnya sambil mengawang-awangkan tangannya di depan mataku. Siap petik jari dua tiga kali kerana aku tidak mempamerkan sebarang reaksi.
Terkebil-kebil aku memandang dia. Apa nak buat ni? Patut layan aje ke perangai Ayyan, atau blah aje?
"Akak naik dulu..." gumamku perlahan, kaki menapak perlahan untuk pergi dari situ.
Tanganku disambar oleh Ayyan, dia tarik lagi supaya aku mendekati dia. Kemudian, kedua belah bahuku ditekan lembut supaya aku duduk di birai katil, di sisinya. Aku bagaikan terpukau, menurut sahaja tingkahnya.
Pinggan berisi nasi dan gulai ayam di letak atas katil, rapat di tepi tanganku. Sudu di capai dan diletak dalam genggamanku. Sepasang matanya terkebil-kebil meraih simpatiku lagi, bersama senyuman versi kanak-kanak riang. Aduh, siapa tak cair?
"Baca doa makan dulu," arahku seperti melayan kanak-kanak. Aku tergeleng sendiri kerana melayan perangai Ayyan. Takpelah, jika ini dapat dijadikan kenangan? Bila lagi hati aku dapat menyejuk seperti sekarang?
"Bismillahhirrohmanirrohim. Allahummabarik lana... fimaa.. rajaktana... wakina... aza... bannar... Amin..."
Dia membaca doa dalam nada manja, persis budak umur 6 tahun. Aku tersenyum tanpa sedar. Sabar ajelah melayan budak ni.
Mulutnya menganga luas, sambil jari telunjuk mengacah-ngacah aku supaya menyuap dia secepatnya.
Suapan pertama, aku masih dapat kawal getaran perasaan saat mataku bertembung dengan dia, sedekat ini.
Suapan kedua, entah bagaimana nasi melekat comot di tepi bibirnya. Siap ada kesan minyak di tepi bibir. Aku tidak dapat mengawal jariku daripada merayap di situ. Dengan teliti, aku kesat tepi bibir itu dengan jari runcingku, mataku khusyuk lama pada bibir Ayyan. Hal ini kerana ketika itu aku kalau boleh aku ingin sekali menghilangkan noda minyak di tepi bibir. Dan... saat mataku bertembung ke dalam anak matanya, bagai renjatan elektrik menusuk ke jantung. Keadaan sedekat ini dan jariku menyentuh tepi bibirnya. Cukup membuatkan debaran berkompang hebat mengiramakan dendang hangatnya cinta. Matanya terkedip-kedip memandang aku, dan senyuman terukir indah lagi memikat sehingga mengikat pandanganku untuk terus tenggelam di situ.
"Akak? Janganlah sentuh bibir Ayyan lama-lama, Ayyan ni lelaki kak. takut... jadi lain..."
Suara dia menegurku halus, hampir nada berbisik. Walaupun sekadar mengingatkan aku tentang keadaan kami, aku sudah terpasung jauh membayangkan bukan-bukan. Pantas, aku tarik tangan aku supaya menjauh. Pinggan itu aku letak tepi bersama sudu. Apa lagi, laju aku meninggalkan Ayyan keseorangan.
Selama aku mencari,
selama aku menanti,
bayang-bayangmu dibatas senja,
mata hari membakar rinduku,
ku melayang terbang tinggi.
Lagu mendayu-dayu itu terus menyentakku dari terus melamun. Pantas, telefon itu aku capai. Dahiku berkerut, number yang tidak dikenali. Siapa ni?
Aku hanya pandang lama sehingga panggilan itu termati sendiri. Ragu-ragu nak menjawab takut scammer menjelma.
Tidak lama dalam beberapa minit, bunyi mesej masuk. Lantas, aku buka.
From : 01777.......
Hey, miss penakut! Asal tak jawab kol?
Hah? Miss penakut, siapa pula sesuka hati panggil aku gelaran ni?
Aku campak sahaja telefon ke tepi, malas mahu melayan. Entah-entah orang gila tersesat. Dah lah kepala tengah serabut dengan Ayyan, sekarang orang lain pulak sibuk nak kenakan aku.
Ting!
Aku biarkan sambil pejam mata.
Ting!
Aku ketap bibir, menahan sabar.
Ting!
Aku kepal penumbuk, hati dah terasa panas.
Ting!
Eh, tak boleh biarkan ni. Memang nak makan maki penghantar mesej ni.
Laju jari-jemariku menekan skrin untuk membaca pesanan teks.
From : 017777......
Ak Ian, Mr black mask. Hahaha.
From : 017777......
Asal x bls? hey, sombong btul! Kau ingt ak nak sgt msj kau? Ni pun terpaksa psl mama ak, tak abes2 suh msj, kol! X fhm btul ak, xde pompuan lain ke yg lagi helok dye nak kenenkan?
From : 017777......
Kau mrah? Dh ak xsuka xkan nak kate suka lak! Series, ak x nak!
From : 017777.....
Kau ni dh cacat ke xbole nak bls?!
Darahku berderau naik sampai ke otak. Jantungku mengepam darah, hangat mengalir di dalam setiap urat nadi. Amarah melonjak-lonjak ganas menghempas dadaku. Perlahan aku belajar bernafas dalam struktur yang betul, agar dapat meredakan panas hati.
Apa masalah mamat keparat ni? Apa susah sangat, kalau tak suka tak perlu nak hantar mesej bagai, dia ni memang sengaja nak sakitkan hati aku, kan? Agaknya aku dan dia ni tercipta untuk menjadi musuh ke? Tak cukup hatiku letih kerana Ayyan, sekarang kena menghadap perangai syaiton jantan ni. Apalah nasib aku bertemu dengan mak cik tu, kalaulah aku tak...
Telefon kembali mengalunkan lagu, sampai aku tak sempat nak tekan block dan tak disangka aku tertekan answer. Memang nasib malang sungguh kena menghadap jantan ini! Alang-alang dah jawab memang aku akan sembur cukup-cukup!
"Apahal?"
Aku lontar suara ala-ala gangster, kasar dan tinggi.
"Garangnya!" suara garau seorang lelaki itu menerobos ke dalam gegendang telinga. Aku kerutkan dahi. Eh, kenapa suara dia lain, tak macam yang aku dengar? Entah-entah orang lain?
"Kau biasa garang macam ni ke dengan lelaki?" soal Ian dihujung talian.
"Kalau dah tak suka, stop mesej bukan-bukan! Aku pun tak sukalah lelaki macam kau ni, tak ada adab!" serangku tidak gentar.
Dia lancarkan perang, aku akan bom dia. Kau tak kenal lagi bakat terpendam aku, diam-diam mulut aku pun laser jugak kalau sarang tebuan dijolok-jolok.
"Ahahaha... nak buat macam mana, I am rude guy, so I will disturb you again, nur?" gelak Ian, kedengaran mengejek-ngejek.
Aku rasa nak baling sahaja telefon ni, mujur juga baru beli. Kalau tidak, memang dah selamat mendarat ke dinding.
"Apa masalah kau sebenar ni! Habaq aku cepat! Aku tak pernah nak buat kau ni musuh, sebab jumpa 2 hari secara kebetulan tu kau cari gaduh dengan aku! Tak pernah lagi ada lelaki perangai kuang ajaq macam kau tahu tak!" bentakku tidak berpuas hati.
"Are you serious? Takkan tak dak kut? Kalaulah tak dak, biarlah aku... one in million perangai rude macam ni, baru feeling special kan, darling?"
Rasa nak termuntah kuning mendengarkan perkataan darling. Sengaja betul nak sakitkan hati aku.
"Hei, taubatlah daripada terlambat! Kalau aku doakan kau bukan-bukan sebab kau sakitkan hati aku, termakbul nanti kau tak takut?" tegas aku lempar kata-kata, agar dia boleh terima walaupun memang tipislah peratus untuk dia terima. Lelaki macam tu, hati batu!
"I'm not scared anything! Hahaha, but bila kau sebut doa termakbul, aku teringat sorang perempuan ni... selalu aku kenakan dia bukan-bukan masa duk menengah. Entah malang nasib aku, satu hari tu aku...," kata-kata Ian terhenti dan kesunyian menyelubungi kami.
Aku mulai rasa bosan yang teramat, hatiku yang melonjak ingin tahu tidak kuhiraukan. Jangkaku mungkin ada kena mengena dengan muka dia yang bermasking tu. Entah-entah...?
"Aku tekan end calling kalau kau tak cakap sekarang," ugutku sengaja supaya dia buka mulut.
"Serius kau nak tahu? Why?"
"Aku agak kau kena siram dengan acid kan, dekat muka tu?" laju tebakku terluncur di bibir.
"Hei, main kasaq nampak! Kau doakan aku kena acid? Kejam jugak kau ni, ingatkan baik perangai tu!"
Aku mendengus geram, "Bila masa aku doakan kau kena acid! Aku teka je kau kena acid dulu, sebab perangai dajal kau tu!" bantahku sebal.
"You know what, kau mengingatkan aku tentang dia. I wonder how her live now," tiba-tiba suara itu mengendur, tidak tinggi dan melengking seperti tadi.
"But she never be same with you. Dia cantik, baik, caring, dan paling aku suka dekat dia, dia tu bila marah aku, suka sangat cubit-cubit aku. I know she like me, but aku bodoh tak pandang dia langsung dulu," luah Ian kepadaku.
Aku terkaku pula sambil menyandarkan kepala pada bantal. Tidak menyangka sama sekali, lelaki rude ni buka cerita lama dia. Dan, dari suara dah tahu sangat lelaki tu dah gila bayang kat perempuan tu. So, sekarang ni apa motif dia cerita kat aku? Dia nak kata aku ingatkan dia pasal perempuan tu, tetapi cakap tak sama pulak sebab dia cantik! Ini taktik nak sakitkan hati aku ke, apa ni?
"Padan muka, kau! Perempuan sebaik dia tak layak untuk kau! Kau patut hidup membujang seumur hidup dengan perangai dajal kau tu sampai mati!" pedas aku campak kata-kata.
"Pergh, boleh tahan jahat mulut kau... Abis tu, kalau dia tak layak... siapa pulak yang layak, kau ke?" bagai tidak tersentuh hatinya kerana kata-kataku, selamba badak dia menyindir aku.
"Aku lagilah tak layak untuk kau, sebab aku hanya layak dengan lelaki yang baik perangai. Dan, kau tu baik duduk dalam hutan, tinggal dengan monyet lagi bagus!"
Terdengar gelak kasar di talian sana, aku jarakkan sedikit kerana telinga berdesing-desing, ditambah meluat dengar ketawa yang kedengaran cukup annoying!
"Impressive! Wow, sebijik gila ayat kau dengan perempuan tu. Kau skodeng aku, eh dulu?
Tercebik-cebik mulutku menyumpah seranah dia. Memang tak lah aku nak skodeng mamat tak betul ni, makin menjadi tahap merepek dia. Baik, aku matikan telefon dan paling penting block! Babai! Tanpa bersuara, aku tekan off dan gelap terus skrin telefon. Aku campak telefon lalu badanku berguling-guling di atas katil.
Dalam beberapa minit, aku masih tidak boleh lelap. Pantas, kakiku bangkit untuk turun ke dapur. Minum airlah dulu!
CAWAN di atas almari aku capai, lalu ku buka pintu peti sejuk, jag berwarna pink aku tuang ke dalam cawan. Malam-malam haruslah air sejuk, baru lega sedikit hati yang panas tadi.
Aku melangkah perlahan dan melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan. Keadaan pencahayaan yang malap itu tidak aku hiraukan. Biarlah gelap begini, daripada terang benderang takut pula Ayyan terbangun memandangkan area dapur dan bilik itu bersebelahan sahaja.
Pintu bilik yang tertutup rapat itu aku tenung lama. Kemudian, terkeluar nafas berat. Cawan itu aku teguk isinya, perlahan-lahan air sesejuk salji menuruni kerongkongku.
"Dah tidur ke dia?" gumamku sendirian. Aku larikan anak mata memandang kosong cawan yang berada dalam genggamanku. Rindunya pada dia tiba-tiba hadir. Kalaulah dia mempunyai perasaan seperti aku, alangkah indahnya hidup ini.
Krek.
Aku tersentak. Bunyi apa tu? Badanku yang terasa seram sejuk aku gosok-gosok perlahan. Dah mula dah, penyakit penakut aku. Mataku melilau mencari-cari arah bunyi tersebut.
Dan... aku terjerit kecil ketika ada lembaga di tepi kerusi berhadapan dengan aku. Hampir mahu luruh jantung. Ya Allah, tolong jangan munculkan hantu, aku takut sangat. Air mata terasa hangat di tubir mata, takut sampai hendak termenangis.
"Eh, kak! Jangan jerit, ni Ayyan bukan jembalang!"
Suara itu membuatkan semangatku terbang sedikit demi sedikit. Dada ku usap berkali-kali, bagi mengurangkan rasa takut yang teramat.
"Betul ke? Ke... ke... napa... Ay... ayyan... da... tang... dapur?" tergagap-gagap aku menyoal. Dalam hati tidak putus-putus aku berdoa telingaku tak salah dengar dan lembaga di hadapanku ini benar-benar Ayyan.
"Ye, betul. Ni Ayyan. Dah tahu takut, buka lah lampu. Adoi, akak ni pun,"
Pengakuan Ayyan mengurangkan takutku, dan gemuruh itu hilang tatkala lampu terpasang terang benderang menerangi ruangan dapur.
"Akak buat apa dalam gelap ni?" soal Ayyan setelah dia duduk di hadapan aku.
"Minum air..." jawabku perlahan tanpa memandang dia.
"Kenapa tak buka lampu? Kan akak dari dulu takut gelap, yang pi duduk dalam gelap tu pasal apa?"
Jariku bermain-main pada bibir cawan. Nak jawab apa? Ayyan ni pun satu sibuk keluar waktu malam kenapa?
"Ayyan tengah bercakap dengan hantu ke manusia ni?" soal Ayyan, geram dengan kebisuan aku.
"Hmm, malas nak bukak lampu," balasku mendatar. Mataku masih lagi setia pada bibir cawan. Tidak mahu memandang Ayyan, rasa segan pulak menggebu hatiku saat ini.
"Alasan dia tu, curi dari mana? Akak ni... sengaja aje kan tutup lampu supaya Ayyan tak tersedar lampu dapur ni?" tebak Ayyan, mengena tepat ke batang hidung. Ayyan ni memang ada kuasa baca isi hati ke? Kalau ada, kenapa dia tak tahu yang aku menyimpan perasaan apa dia?
"Diam tu betullah tu... Hmm, nampak sangat akak caring kat Ayyan... macam mana nak benci Ayyan, kalau dalam hati dah sayang Ayyan macam ni, kan?"
Aku memilih untuk mendengar dan mendiamkan diri. Dalam hati mengiyakan, betul... jika kau tahu aku amat menyayangi kau, kenapa kau tak tidak dapat menebak bahawa perasaan ini melebihi dari sayang kepada seorang adik? Kenapa kau tak cuba mendalami lebih lagi perasaan aku, Ayyan?
"Kalau akak nak simpan emas dalam mulut, Ayyan tak kesah... asal dapat tengok muka akak lama-lama dan bercakap sorang-sorang pun dah cukup..."
Sunyi.
Aku biarkan kata-kata itu bagaikan hembusan angin malam, sejuk menampar pipiku. Biarlah keadaan kami begini, memandangkan aku tidak dapat bergerak seincipun, bagai kakiku dipaku dan bibirku dikunci serapatnya. Mengapa aku begini? Rentak jantungku berirama rancak, seperti keadaanku bersama dia, jantungku tidak berputus asa untuk bekerja keras. Tidakkah kau mengerti erti penat lelah wahai jantungku?
"Akak ingat tak... waktu dulu, Ayyan selalu teman akak balik sekolah, tak pernah miss satu hari pun, sehinggalah satu hari tu... Ayyan demam, tak datang sekolah... esoknya, akak serbu Ayyan... cakap Ayyan mungkir janji, sebab tak teman akak... bila Ayyan cakap Ayyan demam, akak terus menangis... akak ni memang cengeng, kan? Ayyan tak snagka akak boleh nangis hanya sebab tu, akak terus diam tak tanya Ayyan dah sembuh ke tidak, tapi asyik menangis aje... seriously, Ayyan risau tahap gaban tahu tak, Ayyan tak boleh tengok akak menangis macam tu, it's hurt me so bad..." cerita Ayyan, diselang seli keluhan.
Aku turut terbayang kisah lama itu, terukir senyuman di ulas bibirku tanpa sengaja. Indahnya dahulu apabila dikenang, sifat manjaku memang terserlah dahulu. Argh, perangai aku kadang-kadang kebudak-budakan kalah dia. Nak tahu sebab apa aku menangis? Sebab aku ingatkan Ayyan dah tak mahu jadi adik angkatku lagi, dan aku terfikir Ayyan mungkir janji yang dibuat hanya kerana pertelingakahan kecil sehari sebelum kejadian itu.
"Kita gaduh semalamnya hanya sebab Bella. Sebab akak tak nak layan Ayyan lagi, so... berkali-kali Ayyan minta maaf, tapi akak tak layan... hahaha... macam budak-budak, Ayyan pun menangis esoknya sampai demam kut..."
Aku tersenyum lagi. Mengenangkan peristiwa pertelingakahan kecil kami, memang tak disangka aku rasa bencikan Ayyan masa itu kerana Bella tidak habis-habis menyakitkan hati aku. Ayyan pula jadi mangsa... tak sangka pula hanya sebab aku ingin putuskan hubungan, Ayyan boleh terhidap penyakit demam. Mata aku mencari wajahnya, aku tatap lama. Entah perasaan apa yang menyingah tika ini, dia turut bertentang mata denganku. Tetapi, tiada senyuman di bibir itu.
"Serius, Ayyan takut kehilangan akak waktu tu... dengar je perkataan putus dari bibir akak, I feel my world gelap... hidup pun rasa tak bermakna... itu perasaan Ayyan sampai tak dapat tidur memikirkan kata putus akak, sukar sekali nak membayangkan hidup Ayyan tanpa akak... you know, how important you are to me..."
Dia tenung aku lagi, lebih dalam. Aku diterpa perasaan sayu, dan hatiku juga sudah tersentuh mendengarkan luahan perasaan Ayyan.
"Mungkin Ayyan dah terlanjur sayangkan akak melebihi sayang diri sendiri... Ayyan dah berjanji dari dulu, kebahagian akak... keutamaan Ayyan... jika akak masih marahkan Ayyan, Ayyan tak boleh paksa akak maafkan Ayyan... tetapi... akak jangan lupa, Ayyan bukan mengalah... jauh sekali nak lupakan akak, Ayyan cuma nak berikan masa... supaya akak dapat maafkan Ayyan, sepertimana Ayyan yang sentiasa bersedia maafkan akak... walaupun jujur Ayyan sakit hati dengan kata-kata akak petang tadi... tapi, Ayyan cuba faham... perasaan perempuan lebih sensitif, dia kalau marah tak fikir perasaan orang kan... akak pun macam tu... Ayyan akan cuba memahami akak... jadi, akak jangan cuba-cuba larikan diri dari Ayyan lagi, Ayyan akan kejar juga walau kaki yang melangkah ini lambat..."
Aku terkedu, bait kata-katanya yang panjang lebar itu meragut ketenanganku. Dia membongkar semua perasaan cinta dan rindu ini sehingga berterbangan dalam ruangan hati. Aku rasai bahagia bersulamkan duka.
"Sebelum Ayyan operate, akak nak tahu perkara apa yang berlegar-legar dalam kepala Ayyan? Ayyan cuma... berdoa pada Allah agar nyawa Ayyan dipanjangkan supaya Ayyan dapat berjumpa dengan akak semula... itu doa Ayyan, dan Alhamdulillah... doa Ayyan termakbul... Tapi, bila lepas operation, akak tak ada... hancur hati Ayyan, hancur sangat-sangat... Ayyan rasa akak tak perlukan Ayyan lagi, akak buang Ayyan... Ayyan terpaksa tanggung beban kesakitan tu kak, sampai Ayyan tak kira... Ayyan sanggup datang sini, semata-mata nak tengok muka akak... dan minta penjelasan... tetapi, kecewa yang Ayyan dapat... dan, sekarang ni Ayyan kuatkan hati terangkan semua apa yang Ayyan rasa biar akak rasa apa yang Ayyan rasakan... tengok akak hanya diamkan diri, buat Ayyan lebih sakit hati, kak... tapi, takpe... Ayyan kuat, biarlah... asalkan mata dan bibir ni dapat mengungkap semua perasaan Ayyan..."
Aku tertunduk lemah, sebakku mula mencengkam dada. Usah ditanya lagi, hatiku hancur juga mendengar luahan dia. Dan, memang benar setiap patah perkataan dia aku dapat rasai ada kelukaan dan kepedihan terhulur dari luahan lirih Ayyan.
"Lepas ni, mungkin Ayyan sibuk tak dapat jumpa akak lagi... jangan lupa, walau sesibuk mana pun Ayyan, Ayyan akan setia menunggu panggilan akak dan pesanan teks dari akak macam dulu... terima kasih kak, sudi tumpangkan Ayyan bermalam kat sini... Ayyan akan simpan semuanya dalam ingatan, kenangan manis dan pahit bersama akak... okay lah kak, tak elok berlama macam ni... Ayyan masuk bilik dulu, selamat malam... assalamualaikum..."
Aku terdiam seribu bahasa, ingin membalas semuanya, tetapi tersangat sukar lidah ini menyebut walau sepatah perkataan. Bunyi kerusi ditarik perlahan, aku dapat rasakan Ayyan sudah beredar dari situ. Perlahan-lahan, aku angkat wajah. Benar, bayangan dia sudah menghilang sirna! Aku pegang dada kuat, sakitnya hati kerana terpaksa menyakitkan dia yang aku sayangi sepenuh hati. Ya Allah, beri aku ketabahan.
........................................................
Writer's comment : kali ni sye bagi bab panjang sikit, huhu. Sbb takut lps ni semakin busy.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro