Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

SYT 15

"Sejak kau start kerja... kau dah mula move on ke, dik?"

Rasa tak tertelan air milo yang tengah aku teguk. Cawan itu aku letak atas meja. Aku buat tidak endah sahaja dengan pertanyaan Kak Mina. Mataku tetap lurus menghala kepada siaran drama Thailand yang aku sendiri tidak tahu tajuk. Dalam diam, aku sembunyikan gundah yang mula melanda apabila aku dapat rasakan Kak Mina memandangku tepat. Aku pasti mesti dia akan mengulang pertanyaan sehingga dia dapat jawapan yang dia inginkan. Habislah aku!

"Jangan cakap kau masih cintakan budak mentah tak cukup sifat tu! Kau ingat aku tak tahu ke minggu lepas dia datang dan kau sedap-sedap je ikut dia keluar ye? Kau jangan jadi dungu sangat boleh tak dik!"

Tercalar perasaanku saat ini. Aku tak betah dipanggil dungu oleh dia! Apa hak dia nak panggil aku dungu! Aku pegang kejap marah yang berura-ura untuk melepaskan diri. Aku perlu sabar!

"Jangan suka hati panggil aku dungu kalau tak tahu apa yang jadi! Aku dengan dia pergi klinik sebab aku gastrik."

"Eh, iyeke sebab gastrik je? Kau tak dapat bohong aku dik, aku tahu kau ni lembik tak reti nak move on. Apesal kau macam ni ek? Tolonglah, jadi perempuan tu keras sikit, putus ajelah dengan mamat tak guna tu. Apa yang susah sangat!"

Nafasku turun naik kasar. Aku pejamkan mata untuk mengawasi marah membuak-buak ingin melibas kata-kata si Kakak. Sungguh, tajam kata-kata itu menerkam aku sehingga aku terngadah tanpa kata. Mataku masih membeku menyaksikan siaran di depan mata. Kalau aku pandang dia, pasti kemudiannya aku jadi harimau jadian. Aku pasti akan mencakar-cakar mukanya akibat geramku yang menyulam ketat di jiwaku.

"Kenapalah aku boleh kerja overtime minggu lepas tu ek. Kalau tidak memang aku dah belasah dia cukup-cukup! Hei, menyemak betul budak tu lah! Apa yang bagus sangat dengan dia tu hah! Budak belum habis belajar tu jugak kau tergilakan sampai huduh muka kau menangis siang malam. Aku cakap siap-siap ni kalau dia datang lagi rumah ni, dik... Memang aku takkan biarkan. Kau tengok nanti dik!"

Dengusan keras terdengar di sebelahku walaupun jarak kami tidaklah terlalu dekat. Kenapa dia nak marah sangat ni? Aku ni bukan dah tahap nak bunuh diri sampai dia perlu membasuh aku seperti ini.

"Buat pengetahuan kau, kak! Aku dah putus dengan dia, dah move on! Kau tak payah nak membebel dekat telinga aku ni! And tak perlu kot nak belasah dia, dia pun banyak kerja lagi nak dibuat. Dia dah habis cuti sem, so sampai bila-bila dia takkan datang rumah ni lagi. Baik kau blah ajelah, menyemak je! Aku nak tengok cerita pun tak senang!" bentakku kegeraman.

"Hek eleh kau ni! Aku ni bebel sebab tak mahu kau jadi bodoh, boleh pulak kau menghalau aku. Dasar budak sombong!"

"Kau jangan cari pasal boleh?"

"Tak boleh...,"

Ting!

Handphoneku berbunyi menandakan ada pesanan masuk. Suara Kak Mina terberhenti kerana itu. Nasib baik juga, kalau tidak berasap tebal telinga aku dengari dia.

Aku sentuh skrin untuk membaca pesanan yang tak lain tidak bukan dari Adlan Firshad!

(Reena selalu ke kedai mamak tak?)

Mamak pulak si mamat ini. Apa lagi dia merepek ni? Betul-betul nak tanya atau kenakan aku dengan pickupline dia.

Tengah aku menulis satu ayat, handphoneku di sambar oleh Kak Mina. Ini yang buat aku berang!

Aku menerkam Kak Mina, tanganku pantas memukul-mukul dia.

"Woi! Haram kau baca mesej tu! Haram!" jeritku nyaring.

"Kejap ar! Bagi aku baca sikit je, ni mesti Ayyan mesej kau kan!"

Aku dengan dia bergelut, entah mana silapnya aku tergolek jatuh dari sofa.

"Reena selalu ke kedai mamak ke? Dari Adlan Firshad! Eh, siapa pulak ni? Pakwe baru kau ke wei!" Terjerit-jerit Kak Mina menggambarkan keterujaan.

Aku menggosok punggungku dan pantas bangkit. Mataku membulat apabila terlihat Kak Mina menaip sesuatu dan...

Send!

Jariku mengetam bahunya kuat, sampai dia terjerit kalah suara Pontianak! Aku sambar semula handphoneku dari pegangannya.

Mataku rakus ingin membaca apa yang dihantar oleh Kak Mina. Semakin terbeliak besar mataku apabila menangkap butiran ayat yang tertera di skrin.

(Sye suke mkn dekat mamak lagi2 dgn awk)

What! Bodoh betul Kak Mina ni! Bodohnya!

Kak Mina tengah bergelak ketawa tika ini. Ya Allah, kalau boleh aku nak pulas aje tangan dia sampai tercabut.

Aku cubit bahu Kak Mina sekuatnya sebelum aku pantas melarikan diri. Terdengar Kak Mina menyeringai kesakitan kesan cubitan aku. Padan muka kau!

Sesampai sahaja aku didepan bilik, mesej sekali lagi masuk.

(Wow, Shad tak sangka akhirnya Reena bls ayat sweet gini. I'm melting, Reena... But, the answer why I'm asking you is, Shad dah teh tarik (tertarik) dgn awk. Chia chia!)

Aku tutup skrin, tiada mood untuk membalas ayat manis bergula dari Firshad. Aku melangkah mendekati tilam empukku.

Kepalaku sedikit berpusing, pening memikirkan perangai Firshad yang tidak habis-habis mengusha aku sebegitu. Aku hempaskan tubuhku di atas tilam. Handphone aku campak ke tepi, sipi-sipi hampir mencium lantai. Lantaklah!

Siling atas aku pandang lama. Fikiranku kini kosong. Terngiang-ngiang pula suara Kak Mina tadi, ia semakin memporak-perandakan ketenangan aku. Adakah benar aku bodoh membiarkan laman ingatanku sentiasa dipenuhi oleh nama Ayyan! Aku menggolekkan tubuh kesebelah kiri, tangan kiri aku selitkan di pipi kiri.

Bayangan peristiwa petang tadi turut mencelah di tubir mata. Ayyan dan seorang perempuan.

Ayyan ada perempuan lain ke selain Ainura?

Sudah berjuta kali agaknya pertanyaan itu menghantui aku. Jawapan tidak dapat aku kenal pasti kerana selama ini jika Ayyan couple dengan budak sekolah pun mesti hanya seorang sahaja girlfriend, tak pernah lagi Ayyan buat hal memasang dua wanita dalam satu masa. Jadi, siapa gerangan perempuan itu? Kawan kolej? Or kakak angkat dia yang lain?

Seriously? Dia sudah pasang kakak angkat yang lain?

Dia dah lupakan aku ke? Bukan ke hanya aku kakak angkat yang dia ada selama ini?

...................................................................

"Hai geram betul tali ni, menyesal pulak aku pakai kasut ni."

Aku merungut sendirian. Mataku meliar mencari tempat duduk untuk membetulkan tali kasut. Kalau mencangkung di depan ni tak elok pula gayanya. Akukan perempuan melayu terakhir kena sopan sikit.

Aku lajukan langkah apabila tertangkap ada kerusi kosong di sebalik cermin kaca café. Café itu dinamakan Café Pickupline. Memang terkejut habis bila aku first time terjumpa café ini. Lokasinya bersebelahan dengan pejabat tempat aku kerja iaitu Purnama Publisher. Di sini sahajalah, tempat kami semua menjamu selera jika kemalasan melanda. Nak kata murah tak juga, tetapi bolehlah daripada merata ke tempat lain tetapi kena pakai aplikasi grab car. Inilah kesusahan yang semestinya menghimpit aku apabila tiada kenderaan sendiri. Nasiblah badan, siapa suruh tak nak ambil lesen kereta!

Aku order satu cup air milo. Milo sahajalah pilihan yang aku ada, padahal banyak je air lain tetapi air kopi pulak yang famous di café ini. Minta nahas kalau aku mencuba minum kopi, confirm nanti kepala berpusing lepas tu mamai tahap minum wine. Berpusing-pusing sehingga satu kerja pun takkan siap. Itulah yang akan terjadi nanti!

Malang betul nasib aku! Air teh tak boleh minum, air kopi tak boleh minum, air gas tak boleh minum! Aduhai, kurang nikmat hidup aku.

Aku mengambil tempat setelah membayar harga secawan milo. Air milo itu aku letak atas meja dulu. Tanganku ligat menganyam semula ketat-ketat tali kasut. Tak mahulah nanti terlerai banyak kali. Habis mood aku menjunam melayan tali kasut ni.

"Hai Reena!"

Darahku berderau mendengar sapaan dari seorang lelaki. Walaupun baru sahaja kenal, telingaku cukup peka. Siapa lagi kalau bukan Si hantu pickupline! Aduh, macam mana dia tahu aku kat sini? Ke dia ni owner cafe ni? Pasti! Nama café pun drastic merepek dengan tuan badan yang tak habis-habis berpickup line. Pasti dia pemilik café ini. Aku bermonolog sendirian.

"Nak saya tolong ikatkan tali tu?"

Suara itu menyentak lagi aku. Aku mengeluh perlahan, melepaskan perasaan menyampah yang muncul mencelah di ulu hati.

"Takpe... Shad buat apa kat sini?" tanyaku sekadar untuk berbasa basi. Badanku yang membongkok tadi sudah aku luruskan.

Kalau aku buat sombong nanti jumpa jugak dia. Nak atau tak nak aku perlu juga melayan dia berbual memandangkan tempat duduknya hanya di sebelah aku. Mana lagi aku nak larikan diri?

Aku perhati cara pemakaian dia hari ini. Nampak smart tetapi tidak mampu mengoyahkan imanku. Eh, tiber?

"Reena beli air apa ni?" tanya Firshad sambil menunjuk ke arah bekas cawanku.

"Milo." Sepatah kata aku balas. Mataku mula berlari ke arah lain apabila dia terus-terusan merenung aku tak berkelip. Dia ni kenapa? Tengok aku macamlah aku ni cantik macam Dato' Siti Nurhaliza, penyanyi terkenal tu. Kalau muka memang jauh dari panggang, tetapi kalau suara aku mungkin kut sama sikit macam dia. Pergh, perasaan betul! Minta kena lempang aku ni!

"Reena memang suka air milo ke?" soal Firshad lagi.

Dalam kepala aku, tengah mencari apa idea Firshad kali ini. Janganlah dia buat hal berpickup line lagi. Silalah jadi normal wahai Firshad! Aku membatu sebentar sebelum menjawab apabila idea tidak muncul di kepala.

"Yes, of course. Why?"

Kali ini aku berbahasa Inggeris. Karang cakap Bahasa Jawa dia tak faham pula.

"Mi love you."

Aku ternganga luas, berkerut-kerut dahiku menangani perasaan tidak percaya dengan bicara yang aku dengar. Rasa macam nak ketuk kepala sahaja waktu ini, biar situasi tak terduga ini lenyap. Tolonglah Firshad! Jangan buat aku gila!

"Awak...,"

Aku hentikan kata kerana serba salah pula ingin mengatakan sesuatu di dalam fikiran aku.

"Kenapa? Jap, saya nak order air milo jugak ni."

Firshad bangun meninggalkan aku terpinga-pinga.

Dalam beberapa minit berlalu, Firshad kembali di tempat duduknya tadi. Dia renung aku lagi sambil menyisip air milo. Pandangan mata dia yang dalam itu membuatkan aku membatalkan niat untuk meneruskan kata-kata yang tergendala tadi. Aku diserbu rasa serba salah, hatiku juga bimbang jika dia bakal kecik hati nanti.

"Er, lain kali jelah saya cakap Shad. Saya masuk pejabat dulu ye."

Mataku jatuh pada jam tangan berwarna gold di pergelangan tangan, untuk menunjukkan aku berhasrat untuk memulakan tugas dengan lebih awal.

"Awal lagi, berbuallah dulu dengan Shad. Shad pun nak dengar apa yang Reena nak cakap tu... Can I hear it?"

Aku kehilangan kata-kata untuk membalas. Alasan apa lagi untuk aku tinggalkan situasi ini. Aku malas nak berlama kerana aku ini staf baru, risau melanda aku kerana mengenangkan setengah jam lagi tepat pukul 8.30. Apa pula kata Kak Tiera kalau hari ini aku lambat masuk pejabat?

"Saya ingat nak...,"

Ayatku mati di situ kerana deringan handphone tiba-tiba menjerit minta diangkat. Aku seluk handphone di dalam beg, tertera number tidak dikenali. Akal fikiranku bertelagah antara untuk menjawab atau tidak. Siapa ni?

............................................................

KEPUTUSAN aku adalah mengangkat panggilan itu. Aku menarik nafas sebelum memberi salam kepada entah siapa di sana.

"Assalamualakum, siapa ni?" soalku setelah menghembuskan nafas berat. Perasaan curiga datang menyerbu aku tika ini. Tidak sabar rasanya ingin mengetahui gerangan di sana. Aku kemam bibir menanti balasan.

"Waalaikumussalam... Maaf mengganggu, Puan. Saya nak tanya sedikit sebelum beritahu hal sebenar panggilan saya ini. Adakah Puan kenal dengan Encik Ayyan Irhan?"

Suara perempuan! Aku terngadah, nafasku terasa sedikit sesak. Kenapa perempuan ini bertanya tentang Ayyan tiba-tiba? Siapa pula perempuan ni siap memanggil aku, Puan! Tolonglah, aku belum kahwin okay!

"Hmm, siapa awak ni?"

Aku terperasaan mata Firshad melekat teguh pada wajahku. Lantas, aku bangun meminta diri untuk ke tandas sebelum mendengar lebih lanjut tujuan gerangan di panggilan itu.

"Saya Kaisara, nurse di Hospital Sultan Ismail. Maaf, saya lupa nak beritahu siapa saya sebelum bertanya pada Puan. Puan bernama Arina, kan?"

Aku cuba menggali semampunya nafas yang terasa tersekat. Hampir mahu terlepas handphone yang aku lekap pada telinga. Kepalaku sudah terbayang bukan-bukan tentang Ayyan! Apa yang jadi pada dia, sampai nurse hospital menelefon aku?

"Ye, saya Arina. Tolong nurse, beritahu saya apa yang jadi pada Ayyan?" soalku seakan mendesak. Aku ingin tahu secepatnya, kalau boleh aku ingin sampai di hospital sekarang untuk mengetahui apa yang berlaku pada Ayyan. Kebimbangan mencengkam dadaku sehingga aku sesak mencari nafas yang semakin ingin menghilang.

"Tolong bertenang, Puan Arina. Saya cuma nak beritahu keadaan Ayyan tidaklah teruk, saya berharap Puan Arina datang ke sini secepatnya. Ini pun kerana permintaan Encik Ayyan. Apa-apa berkaitan Encik Ayyan perlu meminta penjelasan dari doctor. Saya hanya nurse di sini, Puan Arina."

Penjelasan yang panjang lebar itu tidak langsung dapat menenangkan aku. Dadaku usah cerita berdegup tanpa henti dan selajunya hingga menjadikan aku terduduk ditepi singki. Kakiku mula terasa longlai.

"Tolonglah nurse! Saya nak tahu apa jadi pada dia!"

Rayuku lemah. Air mata tanpa sedar mengalir di pipi. Aku biarkan air itu membasahi pipiku sederasnya tanpa aku kesat sedikitpun.

"Sabar, Puan Arina. Untuk information Puan Arina, Encik Ayyan sakit perut melampau sampai dia dihantar di zon emergency. Hanya itu information yang saya tahu," balas nurse tersebut.

Jawapan Nurse itu semakin menjadikan aku lemah, selemahnya demi perkataan zon emergency! Ya Allah, tolong selamatkan Ayyan! Aku tak sanggup, Ya Allah! Aku tak sanggup jika dia sakit, Ya Allah! Bibirku terketar-ketar menahan esakan.

"Maaf, Puan Arina. Saya terpaksa matikan panggilan kerana Doctor Lee dah panggil saya. Harap Puan Arina datang segera ye. Assalamualaikum."

Aku menjerit nyaring memanggil nama nurse. Namun sia-sia, panggilan telah dimatikan dan apabila aku menelefon kembali number itu tidak langsung dijawab.

Handphone itu aku hentak-hentak kuat di kepalaku. Aku sangat berang dengan situasi ini, kenapa nurse tu tak jawab panggilan aku? Tolonglah, aku nak tahu lagi apa yang terjadi pada Ayyan! Kenapa dia matikan panggilan begitu sahaja, aku nak tahu kenapa Ayyan sakit! Aku nak tahu! Aku nak tahu! Aku nak tahu! Jeritan itu hanya timbul di benakku, aku tidak mampu bersuara mengenangkan ini tandas awam, aku tidak boleh sesuka hati mengganggu ketenteraman awam. Aku masih waras walaupun luaran sudah seperti kurang siuman dengan tudungku sudah senget kerana aku sebal dengan nurse tadi.

"Kak, okay tak ni?"

Tangan seorang perempuan menyentuh bahuku. Aku diamkan diri dan hanya mampu mengangguk kepala. Lalu, aku memegang erat lututku. Mukaku yang basah dengan air mata aku sembam disitu, aku tidak mahu diganggu! Aku tidak perlukan sesiapa untuk bersimpati kepada aku saat ini.

"Akak ada masalah ke?" Suara itu datang lagi.

Aku gigit bibir sekuatnya hingga terasa ada sedikit pedih menginap dihujung bibir. Mungkin sudah berdarah kerana aku terlampau geram dikacau masa genting aku begini.

"Pergi je! Jangan kacau!"

Aku menempelak perempuan itu agar tidak menghiraukan aku lagi. Tolonglah, faham! Aku tengah serabut sekarang ni!

Beban di hati sangat memberat menindih aku. Perasaan gundah yang menyerang aku saat ini sukar diubati seperti peristiwa lalu ketika aku mendapat khabar berita perihal ayah yang sedang sakit tenat. Tika itu aku sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Sangat terasa betapa sengsaranya aku menghadapi keperitan sebuah realiti bahawa ayahku yang sedia sihat belaka sebelum ini mendapat penyakit yang sangat digeruni oleh setiap manusia. Tidak lain tidak bukan penyakit kanser! Ayahku menghidap penyakit advance kanser yang hanya kami ketahui setelah ayahku koma dalam 2 hari. Kanser yang telah merebak sampai tahap 4!

Saban hari, aku dan keluargaku cuba untuk menanam sifat redha dalam hati supaya menerima ketentuan Ilahi bahawa kehilangan ayah sudah tertulis sejak azali. Kematian seseorang tidak bisa dilambatkan walaupun sesaat! Itu tidak boleh disangkal lagi!

Aku mengongoi memanggil nama ayah. Rinduku pada dia tidak pernah habis mengalir di setiap denyutan nadiku. Aku tidak pernah putus-putus untuk mendoakan kesejahteraannya di sana.

Kepiluan yang terikat erat di dalam jiwa bagaikan tidak tega merungkaikan kesengsaraan aku. Aku terperangkap dalam duniaku sendiri tanpa dapat aku bendung tangisan yang semakin deras mendesak aku tenggelam lebih lama.

Ya Allah, bantu aku insan yang terlalu lemah ini!

............................................................

Air mata yang sudah kering aku kesat dengan belakang tangan. Lemah longlai langkahku menuju ke meja tadi.

Pandangan kosong aku lemparkan buat Firshad. Dia merenung aku tidak berkelip, pasti dia tertanya-tanya mengapa jadi teruk begini sekali keadaan aku. Menangis sampai tudung sudah senget. Tidak pula aku betulkan kembali, lantaklah kalau buruk macam mana pun!

"Reena? Kenapa menangis ni? Apa yang terjadi? Dari siapa panggilan tadi?" Bertalu-talu soalan Firshad menyentuh halwa telinga.

Aku bekukan bibir, tidak mahu membalas satu perkataan pun. Fikiranku berkecamuk memikirkan keadaan Ayyan, dengan berbagai sangkaan negatif yang berlumba-lumba merejam perasaanku sehingga aku jadi patung tak bernyawa. Termenung tidak sudah. Aku tidak mampu berfikiran waras, sesiapa sahaja yang berlaku di tempatku mungkin sudah pergi ke hospital sekarang. Tetapi, kenapa aku masih duduk di sini, membuang masa? Apa lagi yang aku tunggu! Jerit aku memarahi diriku sendiri.

"Hei Reena, say something please? Shad risau ni!"

Air mata menitik satu persatu. Suara prihatin dia aku tidak dapat tolak untuk menyatakan aku tersentuh. Entah kenapa, suara Shad mirip sekali dengan suara Ayyan. Seringkali Ayyan mengungkapkan kata serupa itu. Sebak menambah laraku ke sekian kalinya, membuatkan aku langsung tidak punya tempat untuk merasai sekelumit ketenangan. Ya Allah, selamatkan Ayyan.

"A...a...a...yan..."

Nama itu aku sebut dengan susah payah. Aku tunduk merenung handphone yang tidak menyala, air mata jatuh di situ. Deras! Tangan kananku mengesat kasar air mata yang telah mengaburi pandanganku.

"Hah? Apa dia? Ayyan? Siapa tu?"

Nafasku yang terasa menghimpit di celah dada aku tarik perlahan. Sangat sesak! Aku kumpulkan kekuatan yang sedang menanti untuk berkecai bila-bila masa. Aku perlu juga beritahu pada dia, agar dia dapat mewaraskan kembali fikiran aku yang sungguh tiada ruang untuk perkataan tenteram.

"Adik saya." Laju dan kuat aku paksa suara serakku terlontar dari bibirku yang terketar-ketar. Sesungguhnya, menongkah esakan sangat menyeksakan aku.

"Ohh, adik Reena. So, beritahu Shad apa jadi pada dia?"

Pertanyaan Firshad lagi sekali membuat aku terngadah. Sangat sukar untuk aku berikan jawapan. Jawapan yang aku sendiri tidak pasti! Keadaan Ayyan aku tidak dapat aku kenal pasti lagi! Bagaimana untuk aku terangkan pada dia? Bagaimana! Jiwaku memberontak kuat!

....................................................

Writer's comment : Apa yang terjadi pada Ayyan? ;'(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro