
BAB 58
Syt 58
Sakitnya rasa yang mencengkam jiwa, sehingga mendesakku untuk...
Pov Ayyan Irhan
...
MATA aku buka perlahan, pedihnya mula melata di sekitar mata. Aku gosok dan mohon ia pergi menjauh.
Kepala aku pusing ke sisi, nampak samar-samar wajah Reen tidur nyenyak. Aku sentuh pipi itu, lantas hatiku terdetik sesuatu. Lama juga aku merenung dia sebelum bibir ini aku labuhkan pada pipi Reen. Cukup seketika aku lepaskan dan menjauhkan wajah.
Air jernih mula terbit di pinggir mata. Aku disirami duka tatkala teringat kembali kata-kata Ian tentang aku yang pentingkan diri tanpa memikirkan Reen, isteriku sendiri.
Tidak terniat untuk aku lakukan itu. Aku tidak sedar dimana kewarasanku berada disaat aku diserang kenyataan yang tidak pernah aku sangka akan berlaku.
Ya Allah. Aku tahu aku tidak layak menjadi suami untuk dia.
Maafkan Ayyan, Reen...
...
AKU duduk di atas bangku meja solek. Paras ini aku tatap, ada garis parut melata di sekitar wajah. Aku sentuh hujung bibir yang membengkak. Mungkin ini kesan kemalangan tempoh hari.
Sakitnya mengenang kembali duka itu.
Mama.
Aku seru nama mama dalam keheningan malam. Keseorangan, menatap bayang sendiri ditemani cahaya suram.
Mama.
Ayyan rindu mama.
Macam mana, mama.
Ayyan rindu sangat.
Ayyan nak peluk mama.
Rintihanku sepi tiada siapa mampu dengari. Dahi aku jatuhkan atas meja solek tidak beralas.
Mataku terasa hangat tatkala air jernih berlumba-lumba merembes keluar. Tangan sebelah kanan aku gerakkan untuk memicit kepala yang semakin dicucuk kesakitan, namun entah apa silapnya.
Bukk!
Ada suatu objek terjatuh.
Aku terus angkat wajah, mahu melihat objek apa yang menjadi mangsa tadi.
Buku ataupun lebih dipanggil novel terbuka dua mencium lantai. Aku angkat novel itu, dan hatiku tergerak untuk membaca tajuk itu.
Biarlah Ikatan Ini Terlerai.
"Ini novel yang aku bagi pada Reen, kan?" soalku sendiri.
Bibirku tercarik senyuman tanpa aku sedar, kenangan lalu terimbau kembali di kotak fikiran. Aku selak satu persatu helaian kertas itu, dan mataku terhenti apabila menemui sehelai kertas yang hampir lunyai.
Entah kenapa, hatiku diserang debar tanpa kuduga.
Helaaan nafas aku tarik, debaran itu aku tidak hiraukan. Kertas itu aku buka lipatannya, terpampang abjak tulisan tangan tersalut diruangan mataku.
Assalamualaikum, Ayyan...
Anak mama...
Kakiku terasa tidak jejak lantai tika ini. Mataku mula perit menerima curahan air mata. Aku bangun dan bawa kertas itu di sisi, novel itu aku letak ke tepi.
Tubuh ini aku sandarkan di dinding, aku duduk di atas lantai beralaskan tikar. Surat itu aku salut perlahan, dan kekuatan yang semakin rapuh aku bentengkan semula. Aku kena kuat, demi mama. Mungkin mama ingin beritahu aku segalanya tentang rahsia yang dia anyamkan selama ini.
Anak mama sihat? Mama rindukan Ayyan. Setiap waktu, mama tak pernah lupa nama Ayyan dalam setiap doa-doa mama. Mama sayangkan Ayyan... Mama sayang sangat...
Aku gagal untuk meneruskan pembacaan. Hatiku makin sakit, seolah-olah setiap aksara itu tajam menghiris aku. Penyesalan saling mencakar dinding luka, aku menyesal kerana terlewat. Aku menyesal surat ini aku baca tatkala mama sudah tiada di dunia ini. Tangan aku kepal dan aku tumbuk lantai. Geram dan benci saling bersatu membedil hatiku kini. Aku benci sangat pada diri aku, kalaulah aku tiada agama sudah lama aku tikam hatiku ini berkali-kali untuk menghukum anak derhaka seperti aku.
Menggigil tanganku cuba mencari
kekuatan. Esakan aku cuba kawal. Aku tidak mahu, Reen sedar aku menangis lagi. Aku kena kuat, aku lelaki. Aku kena kuat! Lawan perasaan kau, Ayyan! Lawan!
Aku dekatkan kembali surat itu, aku tatap kembali dan meneruskan pembacaan.
Mama tahu mama tak layak jadi mama Ayyan. Mama dah tinggalkan Ayyan, mama dah jauhkan jarak kita. Mama kejam pada Ayyan. Maafkan mama, Ayyan.
Bibir aku tekup, bergegar tubuhku tatkala ini. Aku tidak dapat kawal tangisanku yang sudah menggila. Tergeleng kepalaku menidakkan semua.
"Mama tak kejam! Ayyan yang kejam!"
Kertas yang renyuk itu aku kucup dengan rasa hiba, lalu aku baca semula.
Ayyan...
Mama tak bermaksud nak lukakan Ayyan sedalam ni, mama tak bermaksud nak tinggalkan Ayyan untuk lihat Ayyan sengsara. Mama terpaksa, sayang. Mama terpaksa! Mama tinggalkan Ayyan sebab mama sakit. Mama sakit kanser rahim.
Ayyan mesti tak percaya, mama kan? Tapi mama tak berbohong. Mama sakit kanser rahim selepas lahirkan Ashriq. Mama dapat tahu daripada doktor, puas mama merayu doktor supaya rahsiakan semua ni daripada ayah.
Ayah tak tahu apa-apa pasal ni, Ayyan. Mama rahsiakan sebab mama takut dia hilang pertimbangan. Mama takut dia risaukan mama. Doktor beritahu mama, kanser ni masih belum dipastikan. Tapi, mama dapat rasakan kanser ni makin merebak bila mama mengandungkan Ayyan dengan Ian.
Tiap malam, mama sakit. Lepas lahirkan anak kembar mama. Doktor beritahu dah ada ketulan daging kanser dalam rahim mama. Mama hilang rasa, mama hampir gila dengar berita ni, sayang.
Mama simpan seorang diri, dan mama mula simpan angan-angan hendak kerja setelah mama habis berpantang. Mama nak kerja untuk rawat sakit mama. Tapi, ayah kamu tak izinkan. Kami bergaduh teruk, dia tak mahu mama bekerja.
Mama kecewa dengan ayah kamu, masa tu.
Malam esoknya, mama tak dapat fikir dengan waras lagi. Mama nak lari rumah, mama tak nak berdiam duduk di rumah sedangkan penyakit mama makin merebak. Kos rawatan kanser tinggi sangat, mama tak nak bebankan ayah kamu. Dia dah cukup sengsara sebab kahwin dengan mama.
Malam tu, mama tengok wajah Ayyan dengan Ian. Mama tak sampai hati nak pisahkan anak kembar mama dengan ayah. Mama teringat muka ayah bila kamu berdua lahir di dunia. Ayah kamu mesti sedih kalau mama pisahkan kamu berdua dengan Ayah.
Tanpa fikir panjang, mama terpaksa bawa salah seorang daripada kamu untuk tinggal dengan mama. Dan, tanpa niat mama tinggal Ayyan untuk berada di sisi ayah. Mama bawa Ian sorang. Ya Allah. Mama, mama menyesal lakukan itu, Ayyan.
Lepas sebulan, mama hilang punca hendak teruskan hidup. Mama rindukan ayah, mama rindukan Ash. Dan mama paling rindukan anak mama lagi satu, Ayyan.
Mama cari rumah lama, tapi tak jumpa. Mama cari keliling berhari-hari. Tapi, tetap tak jumpa. Mama akui ini semua salah mama, mama zalim, mama kejam. Sebab itu Allah balas begini pada mama. Allah hilangkan orang yang mama sayang, mama tak dapat lagi jumpa insan yang mama sayang dan rindu.
Mama cuba bangkit, mama masih ada Ian. Mama cuba kuat demi Ian. Mama kena lawan sakit kanser, mama. Mama kerja setiap hari, untuk lupakan kesengsaraan beban perasaan mama yang sungguh terseksa ini. Sehinggalah, dengan kekuasaan Allah, mama dapat bina kedai kecil dengan bantuan orang-orang yang baik disekeliling mama.
Mama akhirnya dapat tubuhkan syarikat Penerbitan Purnama. Tapi, Ayyan jangan sangka. Setiap malam, mama menangis berdoa disetiap sujud untuk bertemu dengan keluarga mama. Mama tak pernah lupa doa semua itu.
Sungguh, mama bersyukur tak terhingga bila pertama kali mama terjumpa kamu di rumah Nur. Mama bahagia, Ayyan masih hidup, sihat dan jadi lelaki yang sempurna di depan mata mama. Mama rasa bahagia walaupun mama sangat terkilan dengan reaksi Ayyan. Tapi, mama tak hiraukan kebencian Ayyan, mama tetap nak Ayyan terima mama.
Sebab... Mama dah tak lama kat dunia ni, Ayyan. Mama sanggup terima kebencian Ayyan asalkan Ayyan depan mata mama. Asalkan Ayyan ada di sisi, Mama.
Kebenaran yang terpampang depan mata, menghancur lumat dendamku selama ini. Aku pegang dada, sakitnya apabila kebenaran ini tidak dapat aku peroleh sebelum mama pergi. Kenapa aku ego, sangat? Kenapa?
Mama tak bersalah. Dia tersepit dengan dugaan hidup. Mama lagi sengsara daripada aku. Ujian hidup aku ini tidak dapat dibandingka oleh mama. Mama terpaksa melawan penyakit dia dan melawan rindu dia yang telah menjadi barah di dalam setiap detik nadinya. Ya Allah, kasihan mama. Ayyan, Ayyan minta maaf.
Air mata berjuraian jatuh, deras. Makin lama makin laju mengalir. Aku sesak menampung kesakitan yang luar biasa. Rasa sakit ini hampir meragut nafasku untuk teruskan hidup. Aku... aku mahu peluk tubuh mama dan ucap aku sayangkan dia, mama tak pernah bersalah, mama tak kejam, mama ibu yang paling baik di dunia ini. Mama, ibu yang paling cantik di dunia ini. Dan, mama, ibu yang kuat dan tabah di dunia ini.
Aku tatap lagi perenggan terakhir. Aku mesti teruskan pembacaan sepertimana mama kuat, bersusah payah menulis untukku.
Mama rasa mama dah tak lama, Ayyan. Mama sakit sangat, sakit. Malam tu, mama tunggu Ayyan. Mama nak minta maaf nak terangkan semuanya pada Ayyan. Tapi, tapi Ayyan tak balik.
Mama bukan minta simpati, mama cuma nak Ayyan terima mama walaupun seketika. Cukuplah walau sesaat sekalipun. Mama terlalu rindukan anak mama.
Mama tak boleh sabar lagi, mama tak nak tinggalkan dunia dengan rasa terkilan. Mama minta tolong Nur untuk temukan mama dengan Ayyan. Mama harap, mama sangat harap. Ayyan beri peluang kepada mama untuk terangkan semuanya. Dan mama nak sangat dakap tubuh anak mama. Mama sayang Ayyan. Tak pernah sedetikpun, ingatan mama lupakan Ayyan.
Maafkan mama... Kalau Ayyan baca surat ni, mama harap Ayyan terima takdir daripada Allah. Jikalau Ayyan baca masa mama sudah tiada di dunia ini, mama nak Ayyan kuat dan cekalkan hati. Kita hidup di dunia hanya sementara, sayang. Mama ditakdirkan untuk pergi bukan untuk tinggalkan Ayyan kali kedua. Tetapi, mama pergi sebab waktu mama dah tiba. Walaupun mama dah tiada, jangan pernah menyesal dengan semuanya.
Kerana, kita kena redha. Allah beri ujian sebab Allah sayang. Mama nak anak mama kuat. Anak mama anak yang tabah, kan. Anak mama pandai berdikari, anak mama bijak, anak mama kacak. Dan paling mama percaya anak mama, anak yang baik. Sebab tu, Allah satukan Nur dengan Ayyan. Jaga dia, dan sayangkan dia. Mama tahu Nur pun sayangkan Ayyan.
Baiklah, sampai sini sahaja surat daripada mama. Peluk dan cium mama khusus untuk Ayyan Irhan, anak mama yang kacak.
Yang menyayangimu sepenuh hati,
Mama.
...
Writer's comment : Jgn pernah sia-siakan seorang ibu, jika dia sudah tiada. Kasihnya akan kita rindui.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro