
BAB 55
Syt 55
Dengar lagu untukmu ibu - exist :'(
HAMPIR 5 hari berlalu, keadaan Ayyan sudah beransur pulih. Namun, mama masih berkeadaan begitu. Gerakan yang aku rasakan tempoh hari hanya sementara, dia masih belum sedar dan ditempatkan di wad ICU.
Aku termenung memandang Ayyan yang sedang berbaring. Dia turut mengelamun kosong tanpa butir bicara. Puas aku memujuk agar dia makan sedikit hari ini, namun usahaku sia-sia. Dia membekukan diri, memekakkan telinga dan membutakan matanya daripada menyedari kehadiran aku hari ini.
Semuanya kerana doktor tidak membenarkan dia bergerak untuk melawat mamanya. Semalam habis barang-barang di campak sampai doktor mengikat kedua-dua kaki dan tangannya di tepi katil. Itu gara-gara Ayyan degil untuk meninggalkan katil padahal kondisinya masih lemah, kakinya yang lemah itu belum berdaya lagi untuk menampung badannya.
Entah dari mana kekuatan yang dia dapat sampai doktor tak percaya Ayyan hampir bangun semalam. Aku yang kaget pantas menjerit nama doktor dan nurse, ingin menghalang Ayyan. Susah yang teramat untuk aku hadapi dia kerana beberapa kali aku terluka akibat terkena bekas kaca yang berkecai atas lantai.
Hari ini Ayyan diam tidak bersuara langsung, memandang aku pun dia tidak mahu. Resah aku dengannya.
Terluka aku dengan perangainya. Kesabaran aku terus simpulkan dalam hati kerana aku tahu orang yang sakit ini moodnya memang begitu, terkadang sensitif dan tidak memikirkan kita yang menjaganya.
Aku mengeluh pelan. Tidak mengapalah asalkan Ayyan masih dapat menghirup udara dan bernyawa. Aku dah bersyukur kerana dapat lagi menyentuh dia, dan memandang parasnya tiap hari. Itu sudah cukup untuk aku.
"Ayyan... makanlah sikit. Kalau tak nak minum air susu, sikit je buat alas perut..." Pujukku lalu mendekati dia, aku sentuh bahunya perlahan.
Ayyan menutup matanya, tidak memandang aku. Mungkin marah lagi.
"Ayyan... janganlah, nanti sakit lagi macam mana... Ayyan kena makan, da h berapa hari Ayyan tak makan... Badan tu mesti lemah sangat..." Pujukku lagi. Rambutnya aku ingin usap, namun tangan Ayyan lebih pantas menolak tanganku daripada mendekati rambutnya.
Aku terkedu. Mata Ayyan sudah terbuka merenung aku. Merah mata itu tergenang dengan air jernih.
"Ayyan nak jumpa mama..."
Suara Ayyan berbisik halus. Ada nada tekanan menunjukkan dia tegas dengan pendirian dia. Dia sungguh-sungguh maksudkan itu.
Aku segera menggeleng, walaupun aku tidak sampai hati apabila riak Ayyan sudah bertukar memohon simpati kepadaku. Aku tak boleh benarkan, aku bimbang andai berlaku yang tidak elok pada dia.
Sistem tubuhnya masih lagi lemah. Dia tidak boleh banyak bergerak, doktor bimbang Ayyan akan pitam.
"Badan Ayyan sakit lagi..." Ujarku kepada dia. Anak mataku bertembung dia. Air masih lagi bertakung, perlahan-lahan setitik jatuh mengalir di tepi mata Ayyan. Hatiku didendang rasa sayu melihat itu.
"Sakit di hati ni lagi perit daripada sakit di badan. I can't handle it, please Reen... Ayyan mohon... Tolong Ayyan... Ayyan nak jumpa mama, Ayyan nak mohon ampun dari dia. Ayyan berdosa pada dia..." Rintih Ayyan dengan suaranya serak. Matanya masih setia digenangi air mata, titik-titik sengsara menetap di dalam matanya. Mengharap aku memahami derita yang dia tanggung. Sungguh, aku lemah untuk tolak permintaan dia.
Tangannya menyentuh pipiku, diusap perlahan dengan gerakan lemah lalu dia genggam kedua tanganku.
"Please, Ayyan harapkan Reen je yang dapat tolong Ayyan... Reen isteri yang baikkan, tolong penuhi permintaan Ayyan... Ayyan mohon... Ayyan takut, Ayyan tak dapat hidup lama... Ayyan takut tu, tolong beri peluang untuk Ayyan tatap wajah mama Ayyan... Ayyan rindukan dia. Rindu sangat-sangat..." Pinta Ayyan lemah, bibir pucatnya bergetar mengungkap rasa. Sebak yang mendatang aku cuba tekan supaya menjauh, meskipun hatiku telah cair lebur mendengar permintaan dia.
Aku... Aku tak boleh ikutkan permintaan dia, kalau... Kalau jadi apa-apa pada dia bagaimana?
Aku tak sanggup menanggung penyesalan seumur hidup. Perlahan aku leraikan genggaman longgar itu. Namun, tanganku kembali disambar. Digenggam lagi kuat daripada tadi. Tergeleng kepala Ayyan tidak mahu aku meninggalkan dia. Dia masih ingin aku penuhi permintaan dia.
"Tak boleh, Ayyan... Jangan macam ni, tunggu Ayyan sembuh... Sabar kejap je, please..." Aku memujuk dia, kepala aku geleng tanda tidak boleh. Aku tak boleh melanggar peraturan hospital.
"Sembuh? Sampai bila nak tunggu Ayyan sembuh? Sampai bila?" Rintih Ayyan, tangan sebelah memukul dadanya.
"Nak tunggu bila, Reen? Nak tunggu sampai Ayyan takde nyawa? Atau mama..." Esakan kuat menampar deriaku. Rambutnya sudah kusut diselerakkan. Wajahnya tidak setenang tadi, riaknya berubah tegang ditemani air mata kekecewaan.
"Jangan pukul dada tu, Ayyan masih sakit... Ayyan... K-kita doa, jangan putus asa. Mama akan sedar semula nanti, jangan putus asa... Ayyan..." Nasihatku berbaur pujukan, untuk memujuk hatiku juga yang terdera dengan tingkah Ayyan. Aku turut mengalirkan air mata, tak dapat tahan lagi kolam yang sudah memberat.
"Tak nak! Ayyan nak jumpa mama... Reen takde hak nak halang! Kalau Reen tak nak tolong, biar Ayyan pergi sorang! Biar Ayyan pergi jumpa, mama!" Ayyan sudah terjerit dalam nada yang sedikit tenggelam. Dia lepaskan tanganku dan tolak tubuhku sedikit supaya menjauhi dia. Aku tergamam. Angin amukan bakal Ayyan lancarkan, Ya Allah.
Kenapa Ayyan masih berdegil?
Bibirnya mengerang sakit apabila tubuhnya dicuba bangun sendiri. Jarum di tangan ditarik tanpa fikir sakit lagi. Ada darah mengalir di tempat bekas jarum.
Aku cuba menghalang dia. Tidak seperti semalam, aku cuba sedaya aku menghalang dia. Tubuhnya aku dakap. Dia terhenti tingkahnya dan biarkan aku memeluk dia.
Degupan jantungnya laju mengepam, aku dapat dengari dan dapat aku rasai ketika tubuh kami bersatu.
Ya Allah. Mesti kesakitan yang teramat membuatkan dia tidak menolak tubuh aku tika ini. Mungkin itu sebabnya kelajuan irama detak ini meningkat tinggi.
"Ayyan... demi kesihatan Ayyan... dengar cakap Reen, dengar cakap doktor... Reen tak nak Ayyan sakit, Reen tak nak tengok Ayyan sakit macam hari tu... Reen sakit tengok semua tu, Ayyan... Reen tak boleh..."
Dendangan pujukan penuh kelembutan aku ungkap penuh emosi. Aku cuba lagi menyalur kata, agar dia buang kedegilan dia demi dirinya juga bukan semata hanya kerana aku gusarkan keadaan dia. Jikalau dia menderita lagi, mungkin kesakitan yang terpaksa aku tanggung akan mematikan segala rasa bahagia yang pernah menetap dijiwaku selama ini.
"A-yyan cu...ma... nak jumpa mama... itu je, itu je Ayyan mintak... jumpa kejap pun takpe... kejap je, Reen... Tolong Ayyan..." Semakin lirih, semakin menyentuh rayuan Ayyan tembus di dalam ulu hatiku.
Aku tewas.
...
"Ayyan... nanti kalau ada nurse. Just diam. Jangan cakap apa-apa..." bisikku memberi pesanan di tepi telinga Ayyan. Wajah Ayyan ditutup dengan mask berwarna putih. Sungguh, aku buat kerja gila dan berani mati seperti ini. Aku terpaksa demi dia.
Puas aku pujuk sampai menangis hampir meraung dengan seorang nurse di wad tadi.
Meminta kebenaran untuk membawa Ayyan keluar sebentar ke wad ICU. Mulanya dia serba salah, namun puas aku menerangkan keadaan yang darurat dan terpaksa aku telan seorang diri ini, dia merelakan dan bersetuju untuk berbudi kepada kami.
Aku mengucap terima kasih tidak terhingga dan berjanji pada dia perkara ini takkan terbongkar. Dia dengan wajah pasrah mengiyakan sahaja dan menyokong aku dari belakang. Ya Allah, sungguh mulia hati nurse itu. Dia juga sempat berpesan kepada aku, ada seorang nurse akan membantu aku memudahkan bertemu mama, kebetulan mama ditempatkan di satu ruangan bilik khas.
Berkat pertolongan mereka, kini aku bergerak perlahan menyorong Ayyan yang sedang duduk di kerusi roda. Dadaku berdebar, takut melakukan perkara yang dilarang. Ya Allah, lindungi kami. Pintu aku pulas, dan perlahan aku bawa Ayyan mendekati mamanya.
...
Pov Ayyan Irhan
KESEDIHAN tidak aku ertikan bagaimana rasa sakitnya tatkala mata ini menemui seraut wajah mama. Wajah lesu itu dicemari dengan wayar-wayar berselirat, rongga pernafasan mama ditemani wayar. Mesin detak jantung berirama laju menjentik telingaku.
Hatiku dipagut rawan.
Mama... sakit kerana aku! Ya Allah, kenapa bukan aku yang mati?
Tangan mama aku kucup bertalu-talu.
"M-ma...m-ma... Ayyan mohon ampun... Ayyan anak derhaka... Ayyan jahat! Ayyan berdosa pada mama... Ayyan berdosa... Mama... T-tolong... Ampunkan Ayyan... Ayyan anak tak guna, tak guna..." Aku hamburkan tangisan di temani tangan sejuk mama. Aku kucup lagi, memohon keampunan. Rasa penyesalan tika ini sangat kejam merentap jantungku sehingga dirantai bersama rasa kecewa dengan diri ini.
Aku kecewa kerana meletakkan ego ditempat teratas, sehingga aku melenyapkan sisa kebahagian yang perlu aku kutip sementara insan itu masih sudi menghulur kasih.
Ya Allah, kenapa aku tega mengabaikan kasih yang luhur untukku? Kenapa aku tega abaikan itu sedangkan kasih ibu terlalu aku dambakan dan angankan selama ini? Kasih yang membawa aku syurga?
Bahu aku terasa disentuh oleh Reen, diusap perlahan untuk meredakan tangisan aku yang pecah. Esak tangis ssorang lelaki durjana ini keluar memenuhi ruangan bilik bersaiz kecil ini.
Aku anak yang bodoh. Tak kenal erti bersyukur! Ini balasan untuk aku, sepatutnya aku yang berada ditempat mama sekarang ini. Aku yang sepatutnya terlantar sakit, menunggu saat ditarik nyawa. Aku yang sepatutnya!
Dada aku tumbuk sekuat hati. Sakit yang tidak terperi aku biarkan melarat. Segala tulang belulangku digigit sakit mencucuk. Aku tidak peduli.
Aku cuba bangkit sendiri tanpa pertolongan Reen.
"Biar Ayyan bangun sendiri..." Arahku kepada dia. Reen berdiri di sisiku, mendengar dengan setia setiap keluhan anak derhaka ini.
Walaupun kakiku sedikit menggigil ditambah dengan sakit sampai ke tulang hitam, aku kuatkan semangat. Aku jadikan ini sebagai balasan kepada aku. Ini balasan dari Allah untuk aku. Aku kena terima.
Bibir pucat mama aku tatap, perit mencengkam dada tatkala teringat bait-bait penyesalan yang dihulurkan kepada aku dan aku... anak yang tidak berguna ini bertindak kejam melempar kata nista kepada dia.
Ya Allah. Esakku makin bergema. Bergegar tubuhku apabila otak ini kembali imbas semula deraan kata yang aku lontar pada mama.
...
(flashback semasa mama dan ayyan berjumpa semasa accident)
Perempuan tua itu ekori aku, aku sedikit kaget apabila keluar sahaja aku di pintu pagar, ada figura perempuan tidak berguna ini di depan mataku. Emosi yang tidak stabil setelah menghadapi Reen tadi semakin bertambah-tambah. Tak guna betul dia ikut aku sampai ke rumah! Bentakku dalam hati. Tong sampah di tepi rumah aku tendang kuat.
"Kau jangan datang sini! Berambus!" jeritku tidak peduli siapa depan aku.
Dia pandang aku dan cuba meraih tanganku. Pipinya yang sudah lencun dengan air mata tidak langsung menyentuh hatiku, sekelumit pun tidak! Makin bertambah benci dan menyampah adalah!
Aku tidak mahu hiraukan dia. Terus aku bertindak meninggalkan dia. Kaki berkeliaran melepasi kawasan perumahan, tidak tahu lagi kemana arah tuju.
"Ayyan... Tunggu, mama!" Laungan dari kejauhan itu menerima sumpah seranah dari bibirku.
"Kau tak payah panggil nama, aku! Aku jijik! Jijik!" Lantang aku tabur kata nista pada dia. Biar dia sakit hati, biar dia bencikan aku!
"Mama minta maaf, dengarlah semuanya dulu. Mama bukan sengaja bersuka ria tinggalkan kamu, Ayyan! Mama pun ada sebab. Mama terpaksa! Mama terpaksa..." Tubuh dia makin mara mendekati aku. Entah kenapa, aku seperti orang bodoh menghentikan langkah dan menghadap perempuan tua ini. Shit!
"Kau tak payah nak tambah lakonan lagi! Aku tak nak dengar alasan bodoh, kau lagi! Aku tak nak dengar!"
"Ayyan jangan cakap mama macam ni... Ayyan jangan lukakan hati mama, mama tak sanggup dah... Ayyan! Mama tak sanggup!" Dia mengongoi menangis teresak-esak. Matanya sudah lunyai dicemari air mata yang kukira palsu semata.
"Kau patut berhenti! Aku tak peduli semua tu! Aku tahu kehendak kau selama ni nak aku mati aje kan? Biar hidup kau senang! Itu yang kau nak sebab aku ni beban kau! Beban kau! Kalau itu yang kau nak, aku boleh mati. Aku boleh mati, untuk kau bahagia! Kau sukakan tengok aku mati?" Amukan syaitan semakin merasuk aku. Aku lepas segala yang aku dendam ini dengan memilih jalan terakhir. Aku ingin bebas dari penderitaan ini. Aku nak bebas!
"Ayyan... Tolong, dengar lagi mama cakap! Jangan cuba lakukan perkara macam ni... Mama tak nak anak mama jadi binasa kerana mama... Mama tak nak... Mama tak nak Ayyan masuk neraka kerana mama... Kerana ingin tamatkan nafas yang diberi pinjam oleh Allah. Mama tak nak, Ayyan! Mama, tak nak!" Lantang suara mama merayu aku. Dia pegang erat tanganku, memujuk aku. Namun, semua bicaranya hanya sia-sia. Aku takkan dengarkan walaupun sekelumit. Aku takkan dengar! Dengan kudrat lelaki, aku tolak mama. Dia jatuh dan aku biarkan dia terkial-kial mencuba untuk bangun semula.
Aku menjauhi dia. Dan berjalan tanpa arah tuju, mataku kini sedikit berbalam kerana bekas air mata yang mengalir. Kini, aku masih lagi ditujah air mata derita. Kaki ini mula bergerak mengikut rentak arah niatku. Aku sudah pasang niat untuk tamatkan riwayatku sendiri.
Aku dah buat keputusan muktamad!
Kereta yang lalu lalang ditepi jalan aku perhati, kaki aku hentikan sebentar. Kelajuan di tepi lebuh raya ini kadang mengusik jiwaku dengan rasa takut, namun aku tetapkan pendirian.
Aku tak boleh lemah, aku kena akhiri penderitaan ini. Sebab aku dah tiada sesiapa untuk aku sandarkan jiwaku yang sakit membusung sehingga darahnya membuak-buak nanah. Aku tiada sesiapa lagi. Reen pun sudah beralih arah, dia lebih sokong perempuan tua itu daripada aku! Dia lebih percayakan perempuan tua itu daripada aku! Dia lebih utamakan perasaan perempuan tua itu daripada aku!
Dia... dah punah ranapkan kepercayaan aku! Dan, aku dah terlanjur bencikan dia sepertimana aku bencikan perempuan tua itu! Tiada lagi insan yang sudi merawat duka aku, tiada lagi yang tahu betapa deritanya perasaan yang aku tanggung! Aku... Aku tak nak hidup lagi, aku tak nak derita ni! Aku nak mati!
Perlahan mata ini aku tutup. Nafas ini aku tarik dan hembus. Aku lajukan langkah, bunyian hon tidak aku peduli. Tidak aku sangka, ada tangan kuat menolak aku sehingga aku terasa tubuhku dilanggar benda keras.
Sakit. Ya, teramat sakit namun aku lega sakit ditubuhku ini mampu menyaingi sakit di dalam dada ini.
Bumm!!!
Bunyi kuat menghentam sesuatu objek. Aku cuba membuka mata kerana aku diterpa rasa lain macam kerana objek itu menindih tepi tubuhku. Dan... ada aliran darah pekat mengalir pada tubuhku.
Belum sempat aku buka mata, duniaku mula malap seiring dengan sakit yang teramat dahsyat. Dahsyat melebihi sakit dihatiku.
End flashback
...
(Keadaan sekarang di bilik Icu)
"Ayyan... tinggal berapa minit lagi..." Teguran Reen melenyapkan peristiwa kelam dan penuh kesengsaraan itu. Aku usap wajah yang penuh dengan pekat air mata.
Dahi mama aku kucup lama.
'Mama... izinkan Ayyan untuk memohon maaf dan dengar suara mama memaafkan Ayyan dan mengungkap kata sayang untuk Ayyan... Izinkan Ayyan... Mama...' Bisikku lelah dalam hati.
Kemudian, perlahan aku jatuhkan ciuman pada pipi belah kanan mama.
'Mama... Izinkan Ayyan mengucup mama setiap pagi, sebagai ganti kasih kita yang terhilang akibat takdir ini. Izinkan Ayyan, mama. Ayyan mahukan itu semua walaupun satu hari, walaupun separuh hari... Atau paling sedikit satu jam... Untuk Ayyan zahirkan rasa kasih Ayyan untuk mama selama ini...'
Air yang semakin menoda, aku kesat kasar. Aku angkat wajah, pipi mama aku usap penuh kasih. Tubuh mama aku renung sebentar sebelum aku dakap erat.
'Mama... Izinkan Ayyan peluk tubuh mama setiap pagi, Ayyan... Terlalu inginkan dakapan seorang ibu... Ayyan ingin sekali menerima pelukan mendamaikan daripada mama... Tolong izinkan, Ayyan... Mama...'
Aku angkat tubuhku dan mencuba untuk melurus kembali, hampir tubuhku hendak terjatuh. Mujur Reen ada di sisi, membantu aku.
Aku beralih perlahan mendekati kaki ibu. Aku cium bertalu-talu, kaki yang menjadi syurga aku. Syurga impian semua anak-anak di dunia ini.
Titisan kali ini lebih perit. Lebih mencengkam sehingga aku lelah menanggung kesesakan dada dalam relung hati yang terdera ini.
'Mama... Kali ni, Ayyan nak cakap... Ayyan berdosa, Ayyan jahat pada mama. Ayyan mohon ampun sungguh-sungguh. Ampunkan semua kesalahan Ayyan. Kata-kata nista Ayyan. Tingkah kurang ajar Ayyan. Ayyan mohon, sangat-sangat...'
Aku cuba bangkit apabila Reen menegurku lagi. Namun, aku minta dia sedikit masa. Hanya sedikit masa.
Kaki ini aku bawa melangkah di sisi mama lagi seperti tadi. Tangan mama jadi korban ciumanku lagi.
'Mama... Izinkan Ayyan untuk tebus dosa Ayyan...'
Bunyi pintu dipulas mengejutkan aku. Reen pantas memaksa aku duduk di kerusi roda semula. Aku terpaksa lepaskan mama, dan berlalu meninggalkan mama. Ya Allah, andai ini dugaan aku kerana kejahilan dan keegoaan aku. Aku terima, Ya Allah. Tapi, tolong sedarkan mama walaupun sehari ataupun seketika untuk aku mendengar suaranya lagi. Cukup untuk aku dengari suara wanita yang paling aku sayang dan kasih itu. Wanita yang aku tangiskan saban malam itu, Ya Allah.
...
Writer's comment : Kesian Ayyan :'( sye yg tulis pun sdeh sgt.
13 nov 2019
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro