Bab 7
Valiqa mengeluh berat. Teringat kejadian tadi, di mana dirinya bisa bertemu dengan Aldo. Tidak sangka, dunia ini terlalu kecil sehingga Allah menemukan mereka berdua. Sepertinya melarikan diri juga tidak membuahkan apa-apa hasil. Lihatlah, dia masih dapat bertemu muka dengan lelaki tak guna itu.
"Kau pergi mana tadi?" Soal Jessica kini merebah diri atas katil Valiqa.
Pulang saja, dia terus mencari keberadaan Valiqa. Risau jadi apa-apa, lagipun Jessica mencari Valiq sejak tadi. Jessica tinggalkan sekejap aje berborak dengan temannya, tak tahu pulak boleh terlepas pandang keberadaan Valiqa.
"Aku tak sedap badan, terus balik." Bohong Valiqa demi tidak mahu mendengar pertanyaan lebih lanjut dari Jessica.
Tak sangka, mulanya Valiqa menganggap bahawa Arsa akan membawanya ke business dinner malah Arsa menghantar Valiqa pulang. Arsa bahkan tidak menyoal apa-apa. Diam tanpa kata meski Valiqa sedar lelaki itu mengerlingnya beberapa kali. Pasti Arsa nak tahu hal sebenar mengenai hubungannya dengan Aldo.
Buk!
"Kau dengar tak aku cakap apa ni?"
Dengan sengaja Jessica tumbuk bahu Valiqa. Tak kuat pun, biasa-biasa saja. Cukup menyedarkan lamunan teman baiknya itu.
"Aku terfikir sesuatu aje."
"Huh?"
Ting!
Sebuah mesej keluar dari group khas syarikat penerbangan mereka. Pucat lesi muka Valiqa setelah isi mesej itu dibaca nya, tidak cuma itu malah anggota tubuhnya mengigil habis.
Tak sangka, perempuan kotor serupa pelacur rupa-rupanya bekerja dalam syarikat penerbangan terkemuka ini? Kenapa terima perempuan pelacur macam Valiqa? Untuk pengetahuan semua, Valiqa pernah tidur dengan banyak lelaki. Bukan itu aje, Valiqa sanggup bagi badan sendiri untuk semua lelaki yang nak cuba. Tak nak cuba ke? Sesiapa nak cuba, boleh mesej aku. Aku bagi semua gambar indah Valiqa dekat korang semua-Unknown number
Tanpa sedar beberapa titis air mata keluar dari celah mata Valiqa. Teresak-esak dia menangis meratapi hidupnya. Mungkin pelariannya sudah berakhir. Aldo telah berjaya menemui nya.
"Be-betul k-ke kau buat macam ni?" Soal Jessica tak percaya.
Valiqa menggeleng. Dia tidak tahu apa yang patut ia lakukan sekarang. Bahkan dia tidak terfikir untuk call nombor yang tidak dikenali itu. Valiqa takut jika itu adalah Aldo. Jika firasatnya benar nombor itu adalah Aldo, Valiqa tahu lelaki itu akan Melakukan apa saja untuk memalukannya agar mereka kembali melakukan hal jijik itu.
"Kau jangan risau, aku akan sentiasa percayakan kau. Kau jangan nangis tau." Pujuk Jessica lembut sembari menarik tubuh itu ke dalam pelukannya.
"Maaf, aku belum bersedia."
Ya,
Valiqa belum bersedia untuk mencerita semuanya. Hanya itu yang mampu dia berikan jawapan pada Jessica. Allah saja yang tahu betapa dirinya tidak mampu menanggung semua ini sendiri. Valiqa cuba menghindari dosa tapi mengapa hidupnya seakan memerangkap dirinya untuk kembali menjadi Valiqa yang dulu?
"Aku ada untuk kau. Kau jangan risau tau!"
Banyak kali Jessica cuba pujuk untuk menenangkan Valiqa tapi sayangnya getaran tubuh badan itu masih belum pulih. Malah Valiqa jatuh pengsan dalam dakapan Jessica.
"Aku tahu kau kerja jauh-jauh semata-mata nak keluar dari keluarga kau. Aku pun tahu, semua ini terjadi bersebab. Apapun yang terjadi dalam hidup kau, aku akan sentiasa ada untuk kau. Andai semua orang buang kau tapi percayalah, aku takkan sesekali buang kau dalam hidup kau. Aku ada je ni, sabar tau..." Pujuk Jessica lagi.
Namun, tak ada apa-apa jawapan dari Valiqa. Menyedari akan itu, Jessica leraikan pelukan mereka.
"Liqa! Liqa! Liqa!"
Pipi Valiqa ditepuk banyak kali. Nihil, tak ada tindak balas apa-apa. Valiqa pengsan!
Jessica tak tahu nak buat apa. Doa nya semoga ada malaikat baik yang akan tolong dirinya ketika ini. Bunyi nada dering telefon Valiqa membuatkan Jessica menjerit bahagia. Macam tahu-tahu saja dia memerlukan pertolongan sekarang. Melihat nama Arsa tertera di layar, cepat-cepat Jessica angkat panggilan itu.
"Hello? Liqa?"
"Liqa is sick and weak, I can't bring her to the hospital. I don't know what to do-"
Tut.
Tak habis cakap lagi talian telah diputus secara sepihak. Jessica mendengus geram.
"Liqa! Liqa! Liqa!" Jerit suara seseorang yang familiar di pendengaran Jessica.
Jessica berkerut dahi. Macam mana Arsa boleh masuk?
"Sini!" Jerit Jessica lantang.
Arsa merempuh masuk ke dalam bilik Valiqa. Tanpa apa-apa dia mencempung tubuh itu keluar dari bilik. Jessica ikut dari belakang masuk ke dalam kereta Arsa di kerusi belakang.
"You kind of gave me a heart attack Liqa!" Arsa menggeram.
Jessica senyap aje dalam kereta sehingga mereka sampai betul-betul di hospital. Jessica tidak berapa faham apa yang diborak oleh Arsa pada doktor. Bahasa itali kan? Macam mana nak faham?
"Haih..." Keluhan paling berat sekali yang pernah keluar dari bibir Jessica.
Dia buka group yang tadi menjadi penyebab Valiqa pengsan. Terketap-ketap bibirnya menahan marah pada nombor tidak dikenali itu.
"Aku harap kau dapat balasan atas apa yang kau buat ni!" Gumam Jessica penuh dendam.
Arsa duduk di sebelah Jessica. Dia melirik sekilas layar telefon itu. Tangannya menggempal penumbuk menahan amarah. Jadi ini adalah penyebab Valiqa pengsan?
"Would you like something? It's on me."
Arsa menggeleng. Jessica ambil nafas seketika sebelum dia buka mulut.
"Bila Liqa pengsan macam ni, I teringat kenangan pertama kali I bertemu Liqa." Cerita Jessica dengan senyum pahit.
"Liqa pernah pengsan selepas I selamatkan dia dari bunuh diri. Mengambil masa bertahun untuk I dapatkan balik diri Valiqa yang sebenar. Semenjak kejadian dulu, I tak pernah tanya kenapa penyebab Liqa bunuh diri. I tak nak Liqa fikir masa lalu nya sebab tu I tak ada langsung tanya mengenai masa silam nya. Hari demi hari I stay serumah dengan Liqa. I kenal perangai dia. I tahu dia susah percaya cinta. Apatah lagi kaum adam. I terfikir ada sebab kenapa semua ini terjadi dan sekali lagi, I memilih untuk diam dan memerhati. Sampailah hari ini, I dikejutkan dengan mesej dari seseorang tentang masa silam Valiqa. I tak salahkan dia. I percaya, setiap yang terjadi ada sebab dan I tak sepatutnya judge hidup dia sebab I tak ada di tempat dia. I tak rasa kesakitan dan kesusahan tu. Valiqa yang rasa." Panjang berjela Jessica menjelaskan.
Diakui, Jessica seorang perempuan yang liar tapi dirinya belum pernah disentuh. Malah keluarganya selalu menjadi keselamatan bak dirinya permata. Kadang-kadang itu salah satu sebab, Valiqa cemburu dengan hidupnya.
"I promise I'll protect her with everything I have. I will fight for her, protect her and never let her battles alone." Ungkap Arsa tulus di dalam hatinya.
Jessica senyum kecil. Tampak cinta di dalam anak mata Arsa. Dia tidak merasai cemburu malah dia turut bahagia jika Arsa mampu menggembirakan temannya itu.
"No one knew the battle she fought inside of her every day but no matter how dark it got, she kept her smile and shined her light for anyone who needed it, even though she knew she was the one who needed it the most."
"In darkness, she became her own light source." Sambung Arsa lirih.
Jessica diam aje. Dia sempat melirik Arsa yang telah bangun keluar dari hospital dengan telefon pintarnya dilekap pada telinga. Mungkin sedang berbicara dengan seseorang yang penting sebab muka Arsa serius sekali. Bagai marahkan akan sesuatu. Biarlah, Jessica tidak mahu memikirkan itu sekarang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro