Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

"Come Liqa, the party already started."ucap Jessica lalu pimpin tangan Valiqa masuk dewan.

Valiqa tak mampu nak kata apa, sudahlah dress yang dipakainya ketat juga sendat. Hanya separas paha saja. Rasanya macam jual diri pun ada. Semuanya gara-gara rancangan Jessica nak bagi Valiqa mengorat dengan semua lelaki di sini.

"Abyasa, where are you? The party has started and everyone is looking for you. Why you didn't pick up the calls?" Bebel seorang perempuan seksi yang berada beberapa meter dari Jessica. Valiqa dengar aje, malas nak cari. Lagipun dia tak berapa suka pada lelaki bernama 'Abyasa' itu.

"Aku rasa si Arsa tu tak datang." Gumam Jessica perlahan. Cukup dia dan Valiqa aje dengar.

Namun, siapa sangka orang yang dinantikan oleh mereka sejak tadi akhirnya memunculkan diri.

"Weh! Dia datang weh!" Bisik Jessica tepat di telinga Valiqa.

Abyasa, lelaki itu sedang berjalan dengan penuh karisma. Valiqa terpana dengan ketampanan lelaki itu. Dua butang baju kemeja dibuka dari atas berserta lengan kemeja dilipat hingga ke siku menampakkan semua urat yang ada pada lengan sasa itu. Sungguh seksi!

Valiqa menelan air liur kasar tatkala lelaki itu meraup rambutnya ke belakang, menjadikan terampilan itu terlihat lebih tampan dari biasa. Ditambah peluh yang merenik menambahkan aura kejantanan lelaki itu. Semua ini gila!

"Sir, we need you on stage."

Perempuan yang sejak tadi bebel akhirnya tersenyum lantas merapati Arsa. Berjalan mengiringi lelaki itu naik ke atas pentas. Arsa mengangguk sebagai balasan. Sempat anak matanya beradu dengan anak mata Valiqa sesaat. Lekas Valiqa meleraikan.

"Bunga-bunga cinta dah berkembang setaman ke?" Usik Jessica tersengih lebar.

"Diam!" Tegas Valiqa beriak biasa meski wajahnya telah bertukar warna.

Valiqa hilang fokus. Sejak bertemu mata dengan Arsa, degupan jantungnya berdetak laju. Ada perasaan aneh yang dirasainya meski banyak kali ditepis. Valiqa tahu, tidak sepatutnya dia keluar begitu saja dari majlis. Namun, dirinya terlampau gusar akan perasaan sendiri. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk duduk di bangku yang tersedia di depan dewan megah itu.

"You buat apa dekat luar?" Sergah seseorang.

Nyatanya, malang sekali hidupnya. Valiqa cuba lari dari Arsa namun kini dia menemui bekas kekasihnya. Makin serabut kepala bila harus berdepan dengan lelaki ini. Valiqa tidak mampu berpura-pura, kerana itu dia pura-pura buat tak dengar aje apa yang Aldo katakan.

"You sombong sekarang eh? I tegur pun tak nak jawab." Tanpa mengendahkan jelingan tajam Valiqa, Aldo melabuhkan duduk di sebelah perempuan itu.

"Liqa?" Suara itu memanggil lembut.

Valiqa tidak menyedari bahawa dirinya sedang tersenyum. Lekas, dia bangun lalu merapati Arsa.

"Where are you going Liqa?" Soal Aldo terdengar kecewa juga sendu.

"We're going to have a nice family dinner and spend quality time together." Jawab Valiqa bersama senyum manis.

Lengan kemeja yang berlapik itu dipegang lalu diheret mengikuti langkahnya. Baru tiga langkah, tangannya telah direntap dari belakang.

"Dia boyfriend you?" Soal Aldo dengan anak mata berkaca. Pura-pura bersedih agar dapat perhatian dari Valiqa.

"Future husband."

Valiqa bersuara tenang seakan apa yang dikatakannya bukanlah beban. Malah terdengar bangga keluar dari ulas bibir itu.

"You curang dengan I?"

"Kita berdua dah lama putus semenjak you memilih perempuan yang berharta." Valiqa berdecak sinis. .

"Arsa berharta, tak salah untuk I bercintai dengan Arsa. You boleh curang dengan orang berharta, takkan I tak boleh?" Sinis Valiqa menatap jijik Aldo.

"You dah lupa apa yang pernah kita berdua lakukan? I masih ada gambar-gambar tak senonoh kita berdua." Suara itu sinis ugut Valiqa.

Valiqa mengetap kuat giginya. Matanya berkaca mahu menangis. Belumpun sempat mengeluarkan apa-apa kata, Arsa terlebih dahulu mencempung tubuhnya. Sepertinya Arsa tahu Valiqa mahu menangis. Valiqa mengemam rapat bibirnya lalu menyembunyikan mukanya pada dada bidang itu.

"Agaknya kalau you tahu masa silam Liqa, you still nak lagi ke dekat perempuan murah macam dia?" Soal Aldo ketawa kecil seakan mengejek.

Arsa tersenyum sinis. Jika bukan dirinya mencempung tubuh Valiqa, sudah pasti muka hodoh Aldo menjadi mangsa tumbukannya. Arsa bencikan menatap lelaki tak guna seperti Aldo!

"I don't care about her past. I'm here for Liqa now and I plan to stay."

Arsa menggeram ketika air mata membasahi baju kemejanya. Tahulah dia bahawa Valiqa sedang menangis.

"If there are a hundred million reasons to leave, she's the only reason I'II ever need to stay."

Usai menghabiskan kata, Arsa bertindak keluar dari situasi itu. Dia sedikit tergesa bawa Valiqa masuk ke dalam kereta miliknya. Tanpa kata apa-apa, pintu kereta ditutup. Bibirnya tersungging senyum penuh makna apabila lelaki tak guna itu masih berada di sana.

"Hye," sapa Arsa tak bernafsu untuk bermesra.

Ketika ini dia berada betul-betul di depan lelaki itu.

"Apa-"

Buk!

"Don't touch my girl! Don't worry about her. She's mine and I can take care of her. If you touch her, I'm crazy enough to kill you!"

Masih belum puas,

Buk!

Tumbukan paling kuat Arsa berikan pada Aldo sampai terteleng kepala itu ke kanan. Keluarlah darah pekat dari bibir itu. Nyatanya bukan itu saja, Arsa yakin gigi lelaki itu ada yang patah kerana perbuatannya. Biarkan saja, ini padahnya menganggu Liqa nya!

"You don't deserve her!"

Sebaik saja memboloskan diri masuk ke dalam kereta, Arsa mula memandu keluar dari sana menuju ke taman berdekatan. Arsa tidak berniat untuk turun, cukup dia berada di dalam kereta menemani Valiqa. Dia perasaan, sejak tadi Valiqa hanya diam bersama linangan air mata. Mungkin impak dari apa yang bekas kekasihnya katakan tadi.

"Feel free to let it all out. The weight of your tears will be shared on my shoulder."

Sudah lama dengan suasana hening tanpa bunyi, Arsa mencuba jadi seorang yang mengerti dengan memberi kata semangat. Meski terdengar kaku dan tiada perasaan. Namun itu saja yang mampu diberikannya setakat ini.

"I may not have the power to heal all wounds, but I can be the support you need while you heal. Lean on me when you need to."

Air mata yang mengalir sejak tadi, nampaknya makin menjadi-jadi. Bukannya memudar bahkan, memenuhi setiap ruang di pipi sehingga turun ke jinjang leher.

"Tears are not the pain. They are the healing."

Valiqa meremas baju yang dipakainya. Bila tengok pakaian yang membungkus tubuhnya, tawa automatik terletus. Sepertinya, dia memang pelacur. Mungkin, Arsa juga akan jijik jika mengetahui masa silamnya bersama Aldo. Hidupnya begitu menyedihkan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro