Bab 5
Valiqa mengeluh, dia masuk ke dalam bilik. Tak melengahkan masa, tubuhnya dibaring atas katil. Baru saja dia bertemu Arsa sekejap, namun tenaganya dah terkuras habis. Seakan lelaki itu telah menyedut semua tenaga positif yang ada dalam tubuhnya.
"Liqa! Liqa!"
Tok! Tok! Tok!
"Masuklah, aku malas nak bangun." Kata Valiqa tak ada semangat.
Dapat keizinan, terus Jessica masuk dalam bilik Valiqa. Mukanya gembira sekali sepertinya ada berita baik yang ingin dia beritahu. Walaupun malas, tetap Valiqa angkat tubuh bersandar di kepala katil.
"Ada apa? Nampak bahagia aje muka kau masuk dalam bilik aku. Ada apa-apa cerita yang aku tak tahu ke?"
"Boss besar kita buat makan-makan sempena hari istimewa seseorang." Hampir terjerit suaranya menyebut 'seseorang'.
"Semua orang wajib hadir untuk menyambut kedatangan seseorang ke sini?"
Dahi mulus itu berkerut seribu. Setahu nya, Mr Easton tak ada naik flight sekali dengan mereka.
"Maksud kau, Mr Easton tak join kita sekali? Hanya 'seseorang' tu saja yang join kita?" Soal Valiqa merasakan aneh dengan keadaan ini.
Sekali lagi, Jessica mengangguk.
"Aik? Bukan tadi Mr Easton tak naik flight sekali dengan kita ke?"
"Rancangan Mr Easton adalah nak datang Itali demi seseorang. Katanya nak pujuk balik Malaysia tapi disebabkan Mr Easton ada kerja yang tak mampu dia tinggalkan, Mr Easton tak jadi datang sini. Oleh sebab itu, Mr Easton buat makan-makan atas sebab minta maaf dan salah satu sebab lain adalah kerana seseorang itulah." Panjang lebar Jessica menjelaskan. .
Andailah ini adalah ceramah motivasi, pasti dan pasti Valiqa akan tepuk tangan kerana bangga. Bukan bangga sebab isi yang terbaik, tapi bangga kerana Jessica boleh stalk seseorang sampai details begini.
"Banyak yang kau tahu dari tak tahu. Macam mana kau boleh stalk orang sampai macam tu sekali eh?" Ucap Valiqa tak percaya.
"Kau tahu kan mama dan papa aku berkawan rapat dengan boss besar kita. Memang patutlah aku tahu semuanya. Iya tak? Lainlah macam kau, asyik buat kerja sendiri aje. Tak nak tahu hidup orang lain."
Valiqa tepuk dahi.
"Eh? Ya Allah....aku lupa pasal hubungan mama dan papa kau dan boss-"
"Itulah kau! Aku berborak atau mengumpat dengan kau, kau bukannya fokus sangat. Tahu iya kan aje. Ceh!" Potong Jessica garang.
"Aku tak nak tambah dosa aku yang dah terlalu banyak ni. Kau tak apa, suka tambah dosa. Aku suka tambah pahala." Tempelak Valiqa dengan kasar nya.
Jessica juih bibir. Ada je modal nak lawan kata dengannya. Sengihan Valiqa dibalas dengan jelingan maha tajam.
"Nak marahkan akulah tu..." Leret Valiqa, mengerling manja.
"Takdelah, tak marah pun." Rajuknya, bersedekap dada.
"Kau masuk bilik aku, nak pujuk aku join sekali kan?"
Berubah ceria raut wajah itu setelah tekaan nya dikemukakan. Macam tahu-tahu cara seterusnya Jessica memujuk, Valiqa bagi jari telunjuk supaya diam.
"Walaupun aku penat dan malas tapi-"
Belumpun habis bercakap, tubuhnya dah tenggelam dalam pelukan Jessica. Erat dan begitu ketat sekali.
"Thank you jadi kawan terbaik yang faham kemahuan aku." Balasnya teruja sekali.
Lengkung senyum pada bibir Valiqa hampir tak nampak.
"Aku tak habis cakap lagi...."
Valiqa buat-buat tolak pelukan dari Jessica.
"Tak nak! Nak peluk!" Tolak Jessica merengek manja.
Valiqa kemam bibir rapat.
'Jangan ketawa, jangan!'
"Kau tak payah cakap apa-apa, kau memang wajib pergi dengan aku. Titik! Aku tak nak terima sebarang penolakan dari kau. Faham?" Paksa Jessica serius.
"Sebab apa aku kena join sekali?"
"Sebab boleh dik." Lantunan suara itu persis sama macam lelaki itu sebut.
Valiqa apa lagi?
Terbahak-bahaklah dia ketawa kerana si Jessica. Ada saja yang menghiburkan hatinya. Kepalanya menggeleng banyak kali sampai perut pun dia pegang.
"Ya Allah....sakit perut aku gelak. Wey..." Komen Valiqa tak sudah pegang perut.
"Gelak pun gelak jugak, kau dah ada ke baju untuk pergi majlis nanti?"
"Mungkin slip dress dengan sweater je?"
"Tak nak pakai dress yang lagi seksi ke? Mana tahu kau boleh mengorat lelaki dekat sana?" Gurau Jessica penuh makna.
"Ceh! Tak naklah aku dapat mana-mana lelaki dekat sana. Aku dah serik dengan lelaki." Ungkapnya dingin tanpa perasaan.
"Kau tak boleh macam ni Liqa, tak semestinya lelaki yang kau jumpa semuanya sama. Mungkin sekarang kau tak jumpa, tapi kita tak tahu kan takdir Allah macam mana? Boleh jadi Allah hadirkan seseorang untuk kau nanti. Cuma kau kena usahalah sikit ngorat sesiapa." Pujuk Jessica lembut.
"Aku dah tak nak cari sesiapa Jes, aku nak hidup single aje. Aku dah tak nak kenal sesiapa pun dalam hidup aku. Cukuplah semua pengajaran yang Allah berikan dekat aku selama ni. Aku dah serik, aku dah tak nak." Sanggahnya habis-habisan.
Enggan memaksa, jadi Jessica mengeluh aje.
"Sekurang-kurangnya kalaupun kau tak nak kahwin sekarang. Kau trylah berkawan dengan lelaki yang tegur kau. Takkan kau tak nak bagi langsung peluang dekat kaum adam untuk mencintai kau kan? Siapa yang akan jaga kau nanti bila kau dah tua berumur? Mestilah kau nak sama-sama tua dengan someone special kan?" Nasihat Jessica demi kebaikan kawan baiknya.
Ada betulnya jugak, maka itu Valiqa angguk mengiyakan. Dia terima nasihat itu dengan hati yang terbuka. Dia akan cuba untuk mencintai kaum adam tapi bukan sekarang. Mungkin satu hari nanti, apabila hatinya dah bersedia untuk mencintai.
"Ini baru betul kawan aku." Puji Jessica ikhlas, nak bagi semangat sikit dekat kawan baiknya ini untuk terus positif.
"Bukan semua tau lelaki macam ex boyfriend kau tu. Aku doakan kau dapat lelaki yang lebih baik dari ex kau. Amin...."
Jessica meraup muka. Berdoa bersungguh-sungguh untuk kawan baiknya.
"Semoga doa kau dimakbulkan. Amin...." Valiqa turut sama meraup muka
Jessica sengih menampakkan barisan giginya yang tersusun rapi. Tak perlu berdoa pun Jessica tahu ada seseorang yang sukakan Valiqa. Sejujurnya, Jessica sokong hubungan mereka berdua.
Teringat perbualannya dengan Abyasa tadi.
"I want her, but she's not sure I love her. I don't know how else to show it to her..."
"I'll help you with that."
Makin melebar senyum Jessica bila ingat semula bicaranya dengan Arsa tadi. Valiqa yang tengok dah naik hairan. Sengih macam kerang busuk dari tadi. Pasti ada sesuatu yang terjadi hari ini.
"Kenapa kau senyum sampai ke telinga? Ada apa-apa jadi ke?"
"Takde apa-apalah." Sengih lagi, Jessica berdehem.
Ehem!
"Aku keluar dulu eh? Kau jangan lupa pakai baju lawa-lawa."
"Okay. Bye!"
Jessica melambai sebelum dia keluar dari bilik Valiqa. Senyumnya tak pudar langsung. Telefon pintarnya dikeluarkan, lantas nombor seseorang didail.
"You'll thank me later."
Tut.
Jessica flip hair dengan senyuman sinis. Dia masuk ke dalam biliknya. Bersiap sedia nak keluar bersama Rafi dan Valiqa nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro