Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 4

Abyasa Penthouse

Satu persatu alphabet dibacanya. Bukan sekali tapi berulang kali. Seakan tak percaya aje apa yang dia baca ketika ini. Matanya digenyeh sekuat hati.

Tetap sama. Nama itu juga yang terpamer depan mata. Teringat perkenalan antara Jessica dan seorang lelaki yang dia tak suka tadi.

"I'm Abyasa."

Cepat-cepat Valiqa menggeleng.

'Tak mungkin! Tak mungkin penthouse ni milik lelaki tu. Tak mungkin!'

Bahu Jessica ditepuk banyak kali

"Jes cuba kau tengok..."

Valiqa juih bibir pada nama besar yang tertera pada depan penthouse itu.

"Kenapa? Apa yang terjadi?" Soal Jessica pandang kiri dan kanan, mencari apa ditunjuk Valiqa.

"Apa yang aku baca betul ke? Abyasa?"

Jessica tengok apa yang dituding. Kepalanya memanggut-manggut, kala itu Valiqa rasa hidupnya begitu berantakan sekali. Tidak mungkin kebetulan, pasti ada sesuatu yang menyebabkan lelaki ini ke sini. Bukan?

"Abyasa yang bercakap dengan kau tadi ke?"

Kali kedua kepala itu bergerak mengangguk. Riak wajah Valiqa aneh sekali. Pucat pasi bagai orang ditanya itu adalah orang jahat yang akan jual organ Valiqa.

"Kenapa dengan Abyasa?"

Valiqa senyum paksa. Telefon pintarnya dikeluarkan sebelum dia pamit menjauh dari Jessica dan Rafi. Mereka membiarkan saja Valiqa sendiri. Lagi pula, mereka dah banyak kali datang Italy. So, kami dah faham dengan selok-belok tempat ini.

"Aku nak call kawan aku kejap, kau masuklah dulu." Jessica dan Rafi buat simbol 'okay'.

Bernasib baik taman permainan jaraknya tidak jauh dari penthouse maka mudahlah Valiqa untuk pulang semula. Dia labuh duduk di atas bangku lalu mendail nombor Bibi.

"Hye Liqa! Kenapa call? Rindu ek?" Teruja orang di sana memanggil.

"Aku ada something nak tanya kau." Serius nada itu.

"Bagitahulah, apa dia?" Suara teruja itu mengendur. Mereka sama-sama serius sekarang.

"Kenapa abang kau ada dekat sini?"

Beberapa ketika dia dan Bibi diam tanpa sebarang bicara. Valiqa yakin Bibi ada sembunyikan sesuatu darinya.

"Aku risau." Ungkapnya dengan suara bergetar.

Setelah sekian lama diam, barulah Bibi keluarkan bicara nya. Namun, bicara itu tidak sebaik tadi. Ada aura yang tidak menyenangkan dapat Valiqa rasai.

"Kenapa? Apa yang terjadi?"

Disebabkan suara berlainan yang diterima nya, Valiqa jadi takut. Spontan, tangannya meramas banyak kali baju yang dipakai nya.

"Abang aku sepatutnya balik Malaysia atas urusan kerja." Terketap-ketap bibir Bibi.

"Ak-aku risau apa yang aku fikir adalah betul."

Valiqa gigit bibir. Anggota badannya dah mula shaking kerana ketakutan. Pelbagai perasaan bersatu seperti memberinya amaran bahawa apa yang akan dikatakan Bibi adalah perkara yang buruk.

"Apa maksud kau? Apa yang kau fikir adalah betul?" Soal Valiqa tak sudah gigit bibir.

Sedar tak sedar perbuatannya itu bisa meninggalkan kesan hingga bibir berdarah.

"Ak-aku dapat rasa yang abang aku sukakan kau."

Dang!

Valiqa rasa nak pengsan. Tidak sepatutnya dia memberitahu akan keberadaan nya di sini. Pantas saja, lelaki itu banyak bertanya. Teringat perbualan mereka tempoh hari...

"I'm going to Italy and i will be back in a couple of days."

"Tak mungkin awak sama flight dengan saya."

"We'II see about that."

Valiqa hampir nak gila. Sanggul yang melemaskan dileraikan, maka tergerai lah rambut cantik beralun itu. Walaupun penampilannya kusut, namun tak mampu menutup kecantikannya.

"Macam mana semua ni boleh berlaku? Aku risau dan takut. Boleh jadi dia sekarang ada dekat dengan aku aje."

Persis seperti menyeru, tapak kaki seseorang kini kedengaran dekat dengannya. Makin menjadi-jadi lah debaran pada jantung Valiqa. Hampir nak luruh jantungnya bila dia angkat kepala, lelaki itu betul-betul dah ada di depan matanya.

"Ar-arsa?"

Gulp!

"Good luck Liqa!"

Kejamnya, orang sana bukannya nak membantu. Malah ditutup talian, sepertinya Bibi nak bagi peluang pada Arsa untuk mengenali dia. Semua ini mengarut!

"Liqa?"

Lain macam aje nada yang terdengar dari gegendang telinganya. Manja lain macam. Sengaja dibuat lembut pun ada jugak.

"Umm..." Valiqa berura-ura nak ikat rambut. Namun,

"Don't tie your hair, you look beautiful with your hair open."

Ayat itu tak terdengar macam pujian pun. Suaranya biasa saja, ditambah lelaki itu berpaling pandang sekeliling bukan dirinya.

"Why are you here?"

Valiqa berkerut dahi. Bukankah sepatutnya persoalan itu diberikan pada lelaki itu? Mengapa terbalik jadinya?

"Nothing to say?" Soal Arsa tunak pandang Valiqa.

"It was nice to see you." Balas Valiqa seadaanya.

Valiqa senyum tak ikhlas. Malas sebenarnya nak bercakap dengan Arsa kerana dia dapat merasakan aura gelap semacam dari lelaki itu.

"You don't seem very happy." Bagitahu Arsa membaca riak dari wajah itu.

"Kenapa awak boleh ada di sini?"

Valiqa tak nak cakap banyak, dia potong terus bicara dari Arsa. Apapun yang terjadi, Valiqa nak tahu jugak kenapa Arsa di sini. Titik!

"That is an excellent question." Jawab Arsa sambil menanggalkan kaca mata hitamnya.

"Awak datang sini bukan sebab ikut saya kan?"

Ehem!

Sengaja, Arsa berdehem kuat membetulkan kotak suaranya. Leher belakangnya diusap-usap. Malu-malu lelaki itu pandang Valiqa.

"I really like you and i was wondering if you like me too?" Bagitahu Arsa sedaya upaya menahan perasaan malu.

"Are you high or something?" Valiqa kemam bibir rapat menahan tawa.

"You're freaking me a little." Valiqa tampak terkejut dengan luahan tiba-tiba Arsa.

"I'm just stating the facts, that's all."

Valiqa menggeleng. Tetap tak nak percaya fakta yang Arsa kemukakan. Siapa saja percaya kan? Tiba-tiba jumpa dan tiba-tiba jatuh cinta?

"Huh? That's impossible." Bantah Valiqa sekerasnya tidak mahu percaya.

"I have completely fallen for you. I want you to be mine and only mine." Bisiknya celah gigi.

Mata dipincingkan pada Valiqa. Aura gelapnya terhasil dari pandangan intimidasi.

"Stop joking around, i know you're not serious."

Dup! Dap! Dup! Dap!

Valiqa boleh dengar pulak jantungnya berdegup. Kakinya automatik mengundur ke belakang apabila Arsa makin maju merapat. Air liur ditelan berkali-kali.

Buk!

Tepat tempatnya duduk tadi Valiqa jatuh. Arsa ukir senyum sinis. Kedua tangannya memenjarai tubuh langsing itu. Wajah mereka terlalu rapat sehingga deruan nafas mereka seakan bersatu.

"Even the stars fell for her, how could I not?" Bisik Arsa romantik.

Tubuh sasa itu semakin menjauh. Kehangatan itu hilang. Pelan tapi pasti Valiqa mencari rakus nafas untuknya kembali hidup. Hampir dia nak pengsan atas sebab kekurangan oksigen. Semua ini gara-gara lelaki itu.

"Ma-macam ma-mana dia boleh buat aku macam ni?"

Dadanya ditepuk banyak kali. Terbatuk-batuk dirinya. Dia berura-ura nak bangun, tapi sesuatu yang jatuh menarik perhatiannya.

"Apa tu?" Gumam Valiqa sendiri.

Kertas poligami bintang yang jatuh bawah tanah itu dicapai nya. Dibuka pelan-pelan. Membesar matanya membaca ayat yang ditulis pada kertas segi empat kecil itu.

There's an important business dinner i need you to attend with me tonight. You only two options, 'Yes' or 'of course.'-Arsa

Valiqa menggumpal kertas kecil itu lalu dibuang dalam tong sampah.

'No!'

Dia pulang tanpa pandang sekeliling. Tidak sedar, bahawa seseorang sedang menatap kepergian dirinya ketika ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro