Bab 3
"So macam mana flight dengan Captain hot hari ini?" Soal Jessica selaku teman baik pramugarinya.
"Tak ada apa-apa yang istimewa, biasa aje." Valiqa meleraikan lilitan pada lehernya.
Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari pesawat membawa barang masing-masing. Valiqa tak ada mood langsung nak bercakap tapi itulah. Jessica memang suka bercakap dan Valiqa terpaksa menjawab demi tak nak dia merajuk.
"Kau tak tahu ke, kita satu flight dengan usahawan muda yang terkaya di Dunia? Tak silap aku, nama dia Abyasa Arsalan Easton. Namanya sedikit unik atas sebab dia kacukan Indonesia-American." Cerita Jessica tanpa disuruh.
Dahi Valiqa mula berkerut seribu. Nama yang disebut Jessica macam familiar sahaja.
"Dia pun ada penthouse sendiri dekat sini. Maybe dia akan stay sini sebab yelah, parents paksa menikah dengan orang yang dia tak suka. Siapa je nak kan?"
Begitu banyak maklumat yang Jessica tahu sampaikan Valiqa menggeleng. Dek semangatnya bercerita sehingga wajahnya terpancar sinar bahagia.
"Kau ada hati ke dengan dia?"
Tak malu pun, Jessica angguk.
"Budak ni la...." Gerutu Valiqa geram.
"Cuba kau tengok tu." Jessica tuding jari pada sesuatu.
Mereka berdua berhenti dari melangkah. Valiqa turut serta pandang sesuatu yang Jessica tuding itu. Dari jauh, terdapat beberapa buah kereta yang telah disediakan untuk menunggu ketibaan seseorang. Siap ada tiga bodyguard.
"Wow..." Sebut Valiqa kagum.
"Aku rasa dia tengah tunggu Abyasa Arsalan Easton."
"Excuse me?" Suara garau seseorang dari belakang menyapa gegendang telinga dua gadis itu.
Hampir Jessica melompat apabila orang yang dia minat sedari dulu kini berada di hadapannya. Lain pula dengan Valiqa, dia mengambil nafas seketika sebelum perlahan-lahan tubuhnya berpusing. Dan....
Dang!
'Apa yang dia buat dekat sini?'
"Hai Abyasa Arsalan Easton, I'm Jessica and this is Valiqa."
Belumpun sempat Jessica hulur tangan, suara garau itu telah menyoal sesuatu yang memalukannya.
"Does it have to be a handshake?"
Jessica gigit bibir kecil.
"Sorry..."
Jessica tunduk sedikit kepalanya tanda minta maaf manakala Valiqa?
Diam aje sejak tadi bermain dengan telefon pintarnya. Menyampah pulak tengok Arsa depan mata.
"I'm Abyasa." Ucap lelaki itu tanpa senyuman.
Anak matanya tetap pada Valiqa. Tertanya-tanya apa yang istimewa ada pada telefon itu sampai dia disini lagak anak patung. Tak bercakap pun, nak tengok apatah lagi.
'Asal pulak dua orang ni?'
Suasana hening seketika tanpa perbualan. Jessica bingung harus lakukan apa. Belum sempat keluar sepatah kata, suara garau seseorang menyentak mereka bertiga.
"Sir, we need to go now." Ucap salah seorang bodyguard milik Arsa.
"I'd really like to stay and chat, honestly..."
Anak mata Arsa tadinya fokus Valiqa beralih pada Jessica.
"But as you heard, I've gotta go..." Jessica angguk.
"Okay. Bye!"
Lambaiannya dibalas sekali. Punggung lebar itu telahpun hilang dari pandangan matanya. Jessica melompat tinggi kerana excited. Setiap langkah Arsa nampak begitu class sekali. Ala-ala mafia pun ada. Susuk tubuh dahlah kekar dengan tangan nampak urat-urat.
'Ya Allah! Handsome!'
"Jomlah kita gerak." Ajak Valiqa sambil bagasinya diheret.
Jessica turut melakukan perkara yang sama. Mereka berdua memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
"Dari mana? Dah sejam aku tunggu." Rungut selaku abang Jessica.
"Aku jumpa crush aku tadi. Menyibuk je!"
Valiqa menggeleng. Dua beradik itu selalu bergaduh mulut. Satunya pramugari dan satu lagi, pramugara. Elok sangatlah dua beradik itu.
"Kau memang, crush atau tak crush, sama je. Kau bila lelaki aje memang gatal macam ulat bulu." Sindir Rafi dengan raut wajah sinisnya.
Macam tahu-tahu, Valiqa hulur bantal pada Jessica. Tak tunggu lama,
Buk! Buk! Buk!
Bertalu-talu pukulan diberikan pada tubuh sasa itu. Terbahak-bahak Valiqa ketawa. Hampir mereka berdua terbabas kerana perbuatan Jessica.
"Aku tengah memandu gila! Apa kau ni!" Marah Rafi.
Stereng dibetulkan duduknya. Nafas ditarik lega apabila kereta telah berada dalam keadaan normal. Kerlingan benci dihulur pada Jessica. Jessica senyum sinis. Bantal dihulur semula pada Valiqa.
"Padan muka! Kau mengata aku lagi, siap kau!" Jessica memberi amaran keras.
"Diamlah kau!" Rafi memilih untuk mengalah.
Valiqa menggeleng. Tak sah dalam sehari tak bergaduh. Dah macam rutin harian aje, jumpa aje terus gaduh.
"Macam manalah mama dan papa korang berdua boleh bagi kerja sama-sama." Ungkap Valiqa tak habis fikir.
Valiqa menyandar tubuhnya. Senyum terkutik di bibir. Menyenangkan bukan, kalau dapat tidur sekarang. Sungguh anak matanya terbayang katil aje.
"Nak buat macam mana, si Rafi ni mengada nak kerja sama-sama dengan aku. Manja! Itu ajelah dia tahu, bukannya nak cari kerja yang sedap-sedap sikit. Belajar tinggi-tinggi tapi jadi Cabin Crew. Baik jadi doktor, iya tak Liqa?"
Valiqa angkat bahu. Tak nak setuju dengan pernyataan sesiapa. Lagipun, tak ada salah kerja apa-apa. Yang penting adalah halal!
"Apa kau ni? Biarlah aku nak kerja dengan kau. Aku nak jaga adik aku. Aku tak nak adik aku jadi apa-apa. Jadi doktor ni selalu sibuk dengan pesakit. Aku tak nak macam tu. Kau tahu aku sayang kau kan?"
Tiba-tiba, Valiqa merasa sendu. Dia teringin mendapat seseorang yang akan menjaganya seperti Rafi. Bukan Valiqa tak tahu, Rafi terlalu menjaga Jessica. Sehingga sesiapa saja yang cuba menyentuhnya akan dibuang kerja. Untung sekali ada abang seperti Rafi bukan?
"Liqa, kau okay?" Soal Jessica serba salah.
Valiqa ukir senyum biasa.
"Aku mengantuk aje." Nafi Valiqa memyembunyikan perasaan yang sedang dialaminya.
"Kau nak tidur, tidurlah. Nanti aku kejutkan kau. Aku tahu kau letih sejak tadi." Suruh Jessica prihatin.
Valiqa angguk. Kepalanya dialih pandang luar tingkap. Matanya dipejam, sekadar untuk merehatkan mata. Cuba banyak kali pun, Valiqa tahu dia tak boleh tidur. Matanya terasa segar bugar seolah baru saja diberi ubat semangat. Diam-diam Valiqa dengar perbualan antara Jessica dan Rafi.
"Kau janganlah cakap hal caring macam tu. Tak sweet tahu tak! Aku risau kalau-kalau Liqa jealous. Kau tahu dia tak pernah bernasib baik dalam bercinta kan?" Bisik Jessica pelan.
"Apa yang tak bernasib baik nya? Takdir Allah tak ada yang tidak bernasib baik. Mungkin sebelum ini, Liqa selalu gagal dalam bercinta mana tahu nanti cinta akan datang tanpa apa-apa kegagalan. Mungkin sekarang Liqa tak nampak apa yang Allah cuba aturkan buat dia. Percayalah, lelaki yang selama ini menjadi kekasihnya bukanlah yang terbaik. Yang terbaik bukannya yang meninggalkan tapi yang tetap stay tanpa apa-apa alasan. Kau janganlah fikir sangat pasal Liqa. Aku percaya Liqa akan dapat jodoh yang terbaik lepas ni." Nasihat Rafi panjang lebar. Lagaknya macam dah pak ustaz pulak.
"Aku risau, itu aje." Gumam Jessica perlahan.
Valiqa gigit kecil bibirnya. Terbit rasa terharu dengan apa yang Rafi sampaikan. Bertuah sungguh Valiqa dipertemukan dengan dua manusia ini. Jujur hatinya bahagia dengan hubungan persahabatan mereka.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro