Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 2

Rambut panjangnya disanggul kemas. Baju kemeja serta blazer lengkap dipakainya dipadankan pula dengan skirt paras lutut. Valiqa menatap dirinya pada pantulan cermin buat kali terakhir. Penampilan ditilik. Sebuah senyuman kecil terhias di bibir.

"Semoga lelaki semalam belum bangun tidur. Amin!" Doa Valiqa sendiri.

Bersungguh sekali sampai telapak tangannya meraup muka banyak kali. Berharap apa yang dihajati menjadi kenyataan. Valiqa sengaja bangun awal pada pagi itu. Sebabnya dia nak mengelak diri dari lelaki asing pervert semalam. Usai ambil barang miliknya, diatur langkah turun ke bawah. Nafas hela lega apabila suasana hening. Baru saja tangga terakhir dipijaknya, seruan dari Bibi hampir buat kakinya tersadung.

"Kau dah nak bertolak ke?" soal Bibi sedih.

Sudah!

'Lelaki pervert tu!'

Valiqa gigit bibir apabila pandangan mereka berlaga, sempat lelaki itu mengeyitkan sebelah mata. Membahang wajah Valiqa. Spontan, dehem kecil dibunyinya. Doanya moga wajahnya tidak bertukar warna. Namun sayang, dirinya telah ditegur terlebih dahulu.

"Kenapa muka kau merah Liqa? Kau demam ke?"

Valiqa mengundur beberapa langkah ke belakang tatkala Bibi mendekat. Risau pada lelaki asing yang turut mengambil langkah sama dengan Bibi.

"Kenapa kau takut ni? Kau takut abang aku?"

Valiqa pantas menggeleng.

"Eh? Ta-tak. Mana ada." Nafi Valiqa menjaga hati Bibi.

"Tapi kenapa kaki kau ke belakang je je dari tadi?"

Automatik kaki yang bergerak berhenti. Valiqa tidak bergeming seakan kakinya telah terpaku pada lantai. Cuma anak matanya saja tidak lepas dari lelaki asing itu.

"Kenalkan, ini abang aku. Abyasa Arsalan Easton. Panggil je Arsa."

Arsa angguk sekali bersama senyum sinis. Valiqa apa lagi?

Gelisah semacam lagak cacing kepanasan kerana pandangan maha tajam yang menusuk dari Arsa.

"Kau tak nak makan dulu ke? Abang aku susah-susah masak untuk kau."

Gulp!

"Erk...aku rasa, aku dah lewat nak berangkat pergi kerja." Valiqa kerling jam di pergelangan tangannya.

Arsa kemudiannya mendekatkan bibirnya di cuping telinga Bibi, kemudian berbisik sesuatu. Valiqa mula berfikiran negatif. Hatinya dilanda resah dan gelisah.

"Kau anggap makanan yang abang aku masak untuk kau, racun eh?"

Mata bulat Valiqa terkebil-kebil menatap dua manusia di hadapannya bersilih ganti.

"Ma-mana ada. Aku tak cakap apa-apapun kan?" Bantah Valiqa jujur.

"Habistu kenapa kau tak makan? Jomlah makan sekali." Ajak Bibi sekali lagi. Tak putus-putus memaksa sahabat baiknya itu makan pagi.

Valiqa hampir tersebik sedih. Namun, sepantas kilat bibirnya melengkung senyum. Valiqa meletakkan beg bagasi di tepi sofa. Dengan langkah gontai, Valiqa mengikuti Bibi dari belakang. Masuk saja dapur, nasi goreng untuk tiga orang makan telahpun siap dihidang.

"Kau sediakan semua ni?" Soal Valiqa sedikit teruja.

"Bukan, abang aku siap semuanya. Dari A to Z. Abang aku tak pernah berubah selalu je layan aku macam princess. Best kan ada abang macam Arsa?" Tinggi melangit Bibi memuji.

Valiqa menjuih bibir dengan muka tak percaya. Kerusi di tarik. Lalu dia melabuhkan punggung nya. Nasi goreng udang dijamahnya usai bacaan bismillah dibaca. Bibirnya menguntum sedikit senyum.

"Sedap?"

Tersentak Valiqa apabila suara serak basah milik Arsa tiba-tiba sahaja menusuk masuk ke dalam sistem pendengarannya. Arsa tarik kerusi duduk di hadapan Valiqa. Sejak tadi, Valiqa perasaan lelaki itu sepertinya menahan senyum.

"Sedap. Terima kasih sudi masak untuk saya." Ucap Valiqa ikhlas.

"No problem."

Suasana makan agak senyap hanya bunyi sudu dan garfu berlaga. Namun tak lama, keheningan itu telahpun hilang ditenggelami bunyi nada dering telefon Bibi yang melalak. Bibi segera bangun dan menjawab panggilan itu. Takdir seakan tidak berpihak padanya. Kini hanya Valiqa dan Arsa saja di meja makan.

"I have never been to Italy." Bagitahu Arsa tanpa disuruh.

Tubuh Valiqa menegang dengan raut wajah yang bertukar pucat lesi tidak berdarah. Jikalau mukanya ditoreh, darah pun tidak keluar agaknya.

"I'd love to go to Italy with someone someday." Luah Arsa menatap Valiqa penuh makna.

Valiqa telan air liur kasar. Menafikan rasa takut, Valiqa makan sikit-sikit. Buat-buat tak dengar luahan dari Arsa.

"I think I'd go to Italy or maybe Japan, they seem to be interesting countries." Makin giat Arsa buat hal.

Raut wajah kemerahan milik Valiqa sedikit sebanyak menghiburkan hatinya.

"You said you wanted to go to Italy, right?"

Valiqa melepaskan sudu dan garfu yang dipegangnya. Kedua tangannya diturunkan hingga bawah meja. Penumbuk digempal menahan rasa marah.

"Kita tak sama flight."

Setelah sekian lama menanti suara itu berbunyi, akhirnya menyerah untuk berbicara dengannya.

"I'm going to Italy and i will be back in a couple of days." Inform Arsa bersebab.

Seakan apa yang Valiqa cakap tidak penting. Langsung tidak menjawab. Bibir itu saja menyungging senyum sinis seperti ada sesuatu yang lelaki itu sembunyikan.

"Tak mungkin awak sama flight dengan saya." Arsa angkat bahu.

"We'II see about that."

Perbualan mereka selesai sejurus Bibi datang bersama senyum manis. Saat Valiqa berancang-ancang untuk pergi, Bibi lebih dahulu memegang lengannya dan otomatis Valiqa angkat kening. 

"Kenapa?"

"Aku minta maaf, aku tak boleh nak hantar kau pergi airport. Aku ada kerja sikit nak buat, tapi kau jangan risau. Abang aku yang akan hantar kau airport. Okay?" Kedua lengan Bibi dipegang.

"Okay."

Terkebil-kebil apabila lengannya di tarik keluar dapur menuju ke garage kereta. Tubuh langsing Valiqa dipaksa masuk ke dalam Mercedes AMG A45 miliknya.

"Tengok belakang." Suruh Arsa.

Valiqa menganga. Bagasi miliknya terletak elok di seat belakang. Dahinya berkerut, berfikir bagaimana bagasinya boleh berada di sini.

"Macam mana bagasi saya-"

Valiqa meraup kasar mukanya. Tubuhnya dibawa bersandar di kerusi. Terjerit kecil dia, manakan tidak Arsa tiba-tiba saja bawa turun seat nya.

"Kenapa dua bagasi?" Soal Valiqa pasrah.

"We are going to Italy."

"We?" Ulang Valiqa tidak mengerti.

Valiqa ketawa kecil dengan gurauan Arsa. Dikerling Arsa, tampak serius sepertinya lelaki itu tidak bergurau. Tawanya terlerai. Nafas tiba-tiba rasa tersumbat. Secepatnya Valiqa gali nafas banyak-banyak.

"That wasn't funny."

Tepat pada pukul 9.30 pagi, Mereka berdua telah sampai di lapangan terbang antarabangsa Texas. Valiqa keluar dari kereta mengambil bagasinya dari belakang.

"When will you board the flight?" Soal Arsa tidak lepas tatap Valiqa.

Valiqa check jam tangannya.

"In 10 mins."

Arsa mengangguk. Meski dah tahu tapi tetap ditanya agar tiket yang dibelinya betul-betul sama dengan masa Valiqa berangkat.

"American Airlines?"

Tidakpun curiga, Valiqa mengangguk.

"Call me when you need me." Arah Arsa dominant. Seakan memaksa saja.

Meski lipatan pada dahinya dah berkerut habis. Tetap kepala itu mengangguk. Bukan tak nak membantah ataupun melawan. Tapi mereka juga tidak akan bertemu lagi, jadi untuk apa dia mendengar kata lelaki ini?

"Thank you. I gotta go."

Arsa turut sama mengikut langkah Valiqa usai bagasinya dibawa keluar. Ada sesuatu yang perlu dia lakukan semata-mata pergi Itali iaitu menjaga Valiqa.

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗


Untuk sesiapa yang berminat nak beli buku His Secret Side boleh beli dekat Shopee tau! Hehe♥️🙈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro