Bab 11
Sesampai saja mereka di Abyasa penthouse, Valiqa serba salah untuk sekadar menatap Arsa. Ia bermain berdehem kecil sebelum anak mata nya fokus pada raut wajah tampan yang tampak gelisah itu.
"Jes ada bagitahu saya yang Jes ada tambah bahan-bahan dalam penthouse supaya boleh masak untuk saya. Saya tak keberatan memasak untuk awak."
"Kenyang," Ayat yang sama diberikan sejak tadi.
Raut wajah Valiqa berubah muram. Biarpun begitu, lengkung senyum itu tidak terhapus. Hanya saja, hati nya tiba-tiba merasa kurang suka dengan penolakan itu.
"Saya nak balas kebaikan yang awak bagi pada saya." Ujar Valiqa, entah kenapa sekali lagi hati kecil nya mengharapkan persetujuan dari Arsa.
Arsa keberatan tapi tatapan mengharap dari Valiqa sedetik merubah hati nya melayu.
"I guess you could say this is a win-win situation."
Bibir itu seketika tertarik ke atas membentuk senyum kecil.
"Only on one condition, I'II be in your kitchen when you do it."
Kepercayaan nya separuh-separuh nak bagi Valiqa masak sorang diri. Keadaan nya yang tidak memungkin bisa melakukan sesuatu boleh menyebabkan kecederaan. Ada baiknya, Arsa menjadi pemerhati atau lebih baik membantu Valiqa di dapur terus.
"Jom,"
Sepanjang langkah disertai dengan debaran yang berpalu. Langkah demi langkah akhirnya mereka masuk ke ruang dapur. Arsa mencari apron, temui saja tanpa kata ia memakaikan untuk Valiqa. Valiqa apa lagi?
Ia terpana, sejenak dejavu dengan perbuatan manis Arsa. Membuat nya jatuh cinta berkali-kali apabila Arsa melipat baju kemeja nya sehingga paras siku dan dengan tangkas memotong sayuran juga ayam tanpa sempat Valiqa buat apa-apa.
"Awak pandai masak?"
Arsa mengangguk.
"Tanak nasi ambil masa yang lama. Ada baiknya, kita goreng mi aje."
"Saya tak nak awak berlapar, itu aje. Kalau awak nak mi goreng biasa, saya okay aje."
Mendapat persepakatan, mereka sama-sama memasak lagak suami isteri. Selang beberapa minit, akhirnya mi goreng itu telahpun terhidang di atas meja.
"Teman makan boleh?" Ajak Arsa, gaya budak-budak mintak sesuatu dari orang tua nya.
Tak dapat menahan diri, Valiqa tertawa kecil. Sikap teruja Arsa dah macam budak-budak yang tampak begitu comel di mata nya. Dengan binar mata cerah juga lompat-lompat kecil. Geram!
"Jom,"
Bergegas Arsa duduk lalu tempat di sebelah nya ditepuk. Valiqa ikut aje rentak Arsa. Dengan bismilah, mereka berdua makan bersama satu meja. Makan Arsa gelojoh sekali lagak orang tak pernah makan.
Tok! Tok! Tok!
Kedengaran seseorang menggedor pintu begitu kuat. Mendadak Valiqa bangun lalu pintu dibuka. Valiqa yang terkejut dengan kemunculan Aldo, tiba-tiba terkaku. Ia tidak bereaksi apa-apa sehinggalah Aldo menyerang secara agresif ingin menampar nya. Valiqa tidak beranjak, malah ia menanti perbuatan kasar seterusnya dari Aldo. Alis nya mengernyit kerana tidak merasai sakit. Perlahan-lahan Valiqa buka kelopak mata nya, tidak hairan lagi. Apa yang membelenggu fikirannya akhir nya terjawab. Rupa-rupa nya Arsa menahan tangan Aldo dari menyakiti nya.
"Real men don't hit women!"
Buk!
Perbuatan mencuba menampar milik nya dibalas dengan tumbukan padu sehingga tubuh nya terjelepok di bawah lantai. Bak seorang raja yang melindungi ratu nya, Arsa tarik lengan Valiqa ke belakang nya.
"Wow! Hero!"
Aldo menghambur tawa sinis. Kekesalan sempat terasa melihat hubungan Valiqa bersama lelaki lain. Hati nya sakit juga sesak akan kemesraan yang ditonjolkan. Bahkan, mengingat dulu Valiqa tidak pernah mengizinkannya masuk ke dalam rumah kerana status mereka yang berpacaran. Tapi kenapa lelaki asing ini bisa mendapat layanan istimewa sebegini? Tak adil!
"Kau suka bekas aku?"
"The past was yours but the future's mine," Jawab Arsa tegas tiada keraguan langsung.
Valiqa terdiam. Terkelu tidak terkata. Dalam fikirannya dibelenggu tanda tanya. Adakah Arsa mengetahui mengenai masa silam nya? Jika Iya, dari mana Arsa tahu?
"Huh! Menjijikkan! Kau betul-betul suka pelacur ni? Pelacur yang aku gunakan dia sebagai trauma bodoh aku. Kau fikir dengan kebaikan yang dia bagi selama ni aku akan suka? Pergi mampus! Siapa mintak effort tu? Siapa yang sukakan kau, pelacur!"
Buk! Buk! Buk!
Bertubi-tubi tumbukan itu mengena anggota tubuh Aldo sampaikan Valiqa menjerit kerana perbuatan Arsa lagak kerasukan syaitan itu.
"Sudah! Cukup! Jangan bergaduh!"
Pergaduhan itu terlerai kerana tegahan dari Valiqa. Arsa belum berpuas hati dan...
Buk!
Dinding konkrit berdekatan nya ditumbuk sekuat hati, melepas amarah yang menghimpit diri. Rasa sakit yang menerjah tidak sesakit apabila kata-kata kesat yang dikeluarkan Aldo. Kesan melecet sudah kemerah-merahan juga koyakan pada jari-jemari nya tidak diambil peduli.
"Don't play games with me. Don't ever. Ever. Think you're capable of that!"
Mata mereka bertaut buat seketika. Mata Arsa jelas kelihatan api yang membara seiring dengan dada yang berombak menahan amarah yang terbuku di dada. Untuk pertama kali nya, Aldo merasa takut juga terancam dengan tatapan menghunus itu hingga anak mata nya jatuh pada sekitar.
"Dia dah takde apa-apa! Apa yang kau harap dari perempuan macam dia?!"
Valiqa merintih tak bersuara, langkah perlahan-lahan mengundur. Tidak betah kerana perasaan terhina. Enggan mendengar lebih banyak kata kesat yang menyayat hati, Valiqa berlari keluar dari tempat itu meninggalkan dua lelaki yang masih betah berbalah mulut di sana.
"Kau tahu,"
Arsa mengambil beberapa langkah maju. Dia merendahkan tubuhnya dengan hanya menurunkan satu lutut di lantai.
"Semua lelaki mencari kesempurnaan dalam dunia ni. Tapi itu bukan aku!"
Anak mata gelap sekaligus menyeramkan yang terpapar di depan mata membungkam mulut Aldo dari berbicara.
"Allah menciptakan lelaki juga wanita untuk menyempurnakan satu sama lain. Bukan mencari siapa yang tidak sempurna! Bahkan semua manusia tidak sempurna dengan noda dosa. Bersyukurlah Allah masih menutup ketidak sempurnaan kau! Jangan sampai satu hari nanti, apa yang kau buat ni kena batang hidung kau sendiri!"
Pak! Pak! Pak!
Tiga kali tepukan pipi itu Arsa berikan agar lelaki bernama Aldo itu sedar bahawa dunia bukan berpaksi dari pemikiran sendiri.
"Kau patut bersyukur, masih ada perempuan yang mencintai kau sepenuh hati bagai orang gila menagih cinta suci dari kau . Bahkan, sanggup hilang jati diri demi mendapatkan perhatian kau. Aku tak tahu kenapa orang baik selalu tidak bernasib baik dalam bercinta tapi janji aku, aku akan berikan yang terbaik untuk Valiqa."
Aldo menggempal penumbuk menahan perasaan bercampur baur. Entah cemburu atau kerana sakit hati dengan tutur kata lelaki yang begitu menghargai Valiqa. Sedangkan dirinya berharap akan kehancuran hidup Valiqa.
"Kau cuma sayangkan Valiqa sebab nafsu! Jangan berpura menjadi malaikat! Semua lelaki sama! Nakkan perempuan kerana nafsu! Mula-mula baik! Lepas beberapa bulan or beberapa tahun mintak benda dari perempuan atas kebaikan yang pernah lelaki bagi! Kau ingat kita lelaki ni baik sangat?" Amuk Aldo bersama tatapan mata memerah.
"Are you talking to yourself?" Ujar Arsa tenang berbaur ejekan halus.
Berubah mendadak muka Aldo. Bara api terlintas di anak mata nya, ingin melampias tapi diri nya juga tidak berani untuk melawan kerana Arsa bukanlah lawan nya. Tubuh mereka jauh beza, bahkan Arsa bisa membunuh nya sekelip mata jika salah langkah.
"Minta maaf,"
Perlahan namun pasti, Arsa angkat tubuh. Tanpa melepaskan tatapan mata pada Aldo, ia mengulang kembali permintaan nya.
"Minta maaf atas dosa yang kau dah buat dekat Liqa."
Detik itu, Aldo menghambur ketawa bak orang gila yang baru keluar dari tanjung rambut. Tapi tak lama, tawaan itu hilang tatkala ia merasa tusukan pada rahang nya.
"You can apologize or you can go to jail."
Bibir itu terukir senyum sinis. Ia sedikit menunduk agar bisa berbisik betul-betul pada telinga Aldo.
"Actions have consequences, choose wisely!" Bisik suara itu di celah gigi.
Dengan itu, Arsa melangkah mantap keluar dari sana. Aldo hanya bisa menatap punggung lebar itu menjauh. Diakui, aura gelap juga karisma lelaki itu tidak main-main. Petik jari, pasti lelaki itu bisa mencampak masuk ke dalam penjara. Nak atau tak nak, Aldo wajib meminta maaf demi nama baik keluarga nya.
📍Nak bab seterusnya?
Kuncinya 🔑 🔐
10 votes 🔓⭐
See ya🤗
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro