Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10

Hari ini Valiqa bisa keluar dari hospital. Setiap langkah nya gontai sekali bersama raut wajah sedih. Valiqa sengaja keluar awal pagi agar tiada siapa yang bisa bertemu dengannya. Untuk seketika, Valiqa ingin sendiri. Biarpun telah meluah segala nya pada Jessica semalam, tapi Valiqa tetap malu untuk bersemuka dengan sesiapa pun. Sejenak, langkah Valiqa terhenti tatkala menyedari dirinya berada di perhentian bas. Bangku kosong menjadi tempat nya berlabuh duduk.

'Macam mana aku nak teruskan hidup? Aku kotor....' Gumam Valiqa sendiri.

"Hi," Suara familiar seseorang menegur terdengar, spontan kepala nya terangkat pandang kepunyaan suara itu.

"Arsa?" 

Arsa mengukir senyum manis. Seterusnya, ia melabuh duduk di sebelah Valiqa. 

"Are you okay?" soal Arsa melirik Valiqa.

Masih jelas wajah pucat Valiqa di mata nya, gaya nya dah mayat hidup tak ada semangat nak hidup. Arsa menggempal penumbuk merasa marah pada diri sendiri kerana tidak bisa memujuk hati Valiqa. Sejujurnya, Arsa menyukai sikap bak harimau dari Valiqa berbanding sikap pendiam seperti sekarang. Bahkan soalan nya digantung sepi tidak terjawab.

"Rasanya terlalu sayang...." Arsa menggantung kata seketika.

Tupperware yang dibawa nya dibuka, lantas beberapa keping roti yang bersalut strawberi tampak di sana dan untuk satu tupperware lagi nasi lemak bersama telur mata siap sedia dengan sambal. Benar-benar menggugah selera siapa saja yang melihat nya tapi sayang nya, Valiqa tak ada mood nak makan apa-apapun sekarang.

"Dah bangun awal pagi demi memasak tapi tak ada sesiapa yang hargai." Sayu suara itu dilontarkan demi meraih simpati dari Valiqa.

"Did you eat this morning?" soal Arsa pamer raut wajah sedih yang dibuat-buat.

"I...um...I've eaten..yeah..." Bohong Valiqa, menunduk lalu bermain dengan jari-jemari nya.

"What have you eaten today?"

Valiqa terdiam tanpa suara. Tak sanggup nak menipu lebih jadi nya soalan dari Arsa ditinggalkan saja. 

"You haven't eaten anything have you?"

 Terketap-ketap bibir Valiqa, enggan mendengar soalan lain Valiqa akhirnya mengambil keputusan mengangguk. Keluhan paling berat dilepaskan.

"You're right....I haven't been eating." Akui Valiqa, tidak mahu menyembunyikan lagi kebenaran sebenar.

"You haven't eaten since yesterday. Maybe you should try having something to eat."

Valiqa terkejut besar. Matanya tidak mengedip menatap seraut wajah berseri milik Arsa. Semalam memang makanan yang dibeli Jessica dibuang tapi tak mungkin Arsa bisa mengetahui rahsia itu. Valiqa yakin, time makanan itu dibuang tak ada sesiapa di sekitarnya.

"I promise, I won't tell anyone."

Arsa mengangkat ikrar bersama sengihan panjang. Dia menghulur makanan buatannya pada Valiqa.

"Tapi janji, makan!" Paksa Arsa tidak melepaskan senyuman manis yang bisa membuat sesiapa saja terpesona dengan ketampanan nya.

"Hmm, baiklah." 

Akhirnya, Valiqa akur. Dua tupperware yang dihulur Arsa disambut baik. Rasa nya tadi Valiqa tak nampak Arsa bawa apa-apa atau mungkin dirinya terlalu lama mengelamun sendiri sehingga tidak menyedari akan sekitar nya. 

"Makan sampai habis, tak baik mengecewakan tukang masak." Ujar Arsa, enggan melepaskan tatapan mata nya pada Valiqa yang sedang makan ketika ini.

Valiqa tidak mengendahkan anak mata Arsa yang masih melekat pada nya. Tiba-tiba selera nya naik setelah satu suap nasi lemak masuk ke dalam kerongkong nya. Bibir nya automatik tersenyum dengan kepala mengangguk kerana berpuas hati dengan masakan Arsa. 

Arsa pulak?

Dia berpura-pura busy dengan Ipad miliknya demi mengelakkan diri dari mengukir senyum kerana tingkah comel Valiqa ketika makan masakan nya. Jujur hatinya terasa bahagia yang tidak bisa diungkap. 

"Kenapa bangun awal pagi? Jam masuk office ke?" soal Valiqa sengaja berbasa-basi.

"Ada meeting," Bohong Arsa, berniat menyembunyi perbuatan sweet nya pada Valiqa.

Valiqa mengangguk. Usai menghabiskan nasi lemak, beberapa keping roti menjadi santapan nya. Mungkin kerana semalam tak makan menjadikannya sangat lapar sekarang hingga bisa menghabiskan makanan dalam kuantiti yang banyak hari ini. Valiqa mengerling orang sebelah. Memikirkan sesuatu, Valiqa menghulur sekeping roti pada Arsa.

"Awak nak?" 

"Kenyang," Jawab suara itu mendatar.

Untuk sekali lagi, Arsa mencipta penipuan agar Valiqa bisa makan sepuas-puas nya. Roti yang sempat dihulur pada Arsa tadi dimakan habis. Perasaan Valiqa berubah lebih baik dari tadi. Kesedihannya perlahan-lahan pudar diganti dengan kegembiraan. Semudah itu bukan bisa menggembirakan perempuan. Hanya dengan makanan. Sedar tak sedar, mereka berdua hanyut dengan keheningan sebelum nada dering telefon pintar Arsa kedengaran.

"Hello," 

Suara di seberang sana terlebih dahulu memulakan sapaan. Jack, teman baik nya mula mencari nya. Arsa baru teringat bahawa dia mempunyai janji dengan teman-teman nya untuk bertemu hari ini sebelum masuk office.

"Hello Jack,"

"Dekat mana?" Sergah Jack dah banyak kali check jam. Arsa tidak pernah dan hari ini pecah rekod lelaki bernama Arsa tidak menepati janji nya. Seperti nya ada yang tidak beres dengan teman baik nya itu.

"Aku ada kerja sikit." 

Arsa mendadak mengusap belakang leher nya. Tiba-tiba tengkorak nya terasa kering memikirkan perbohongannya mungkin akan berakhir tidak lama lagi.

"Kerja? Kau biar betul? Kau dah janji dengan kami nak jumpa tapi sekarang kenapa kau mendadak ada kerja ni? Nak cakap kau ada meeting, aku dah call personal assistant kau. Dia cakap kau tak ada meeting pun harini. Kau nak tipu pun, agak-agaklah!"

Decitan keluar dari bibir Arsa kerana runsing. Tak ada alasan yang munasabah yang bisa diberi nya. Kendatipun Arsa cuba berbohong, pastinya tidak bisa kerana teman-teman bisa mengetahui hal sebenar nanti nya.

"Aku ada kerja lain," Bisik Arsa tersangat perlahan. Semacam tak nak bagi Valiqa dengar perbualan mereka.

Jack berpandangan antara teman-teman nya. Bibir mereka tersungging senyum penuh arti. Pasti nya mereka bisa mengerti maksud yang Arsa cuba sampaikan. Oleh itu, Jack terfikir untuk mengenakan Arsa.

"So kau tak ada meeting lah kan?" 

"Yup, takde." 

"Betul ni kau takde meeting?"  Soal Jack, ingin bermain-main dengan Arsa.

"Iya takde!" Ujar Arsa menahan geram.

"Betul-betullah aku tanya ni, takde meeting ke?"

 Arsa hampir naik gila menahan geram pada Jack. Tanpa sedar, tak dapat menahan diri dan Arsa berteriak menjawab soalan dari Jack.

"Iya aku takde meeting harini, aku tipu aje yang aku ada meeting!"

"Aight!"

Tut.

Arsa menyerabutkan kepala nya dengan kepala menunduk menahan amarah. Menyedari akan sesuatu, Arsa perlahan-lahan angkat kepala pandang Valiqa. Bibir itu terkatup rapat dengan anak mata melekat pada nya. Tatapan nya nampak terkejut besar mengetahui hal sebenar. Arsa merutuki kebodohan diri sendiri kerana terlalu marah. Perasaan malu usah dikata, benar-benar menebal dalam diri sehingga mukanya memerah bersama kedua telinga nya.

"Maaf," Ucapan lirih itu terlontar dari bibir Arsa.

Valiqa tidak tahu harus mengatakan apa. Jadi nya ia hanya menatap punggung Arsa yang telah menghilang setelah mengambil tupperware milik nya dan dimasukkan ke dalam kereta belah penumpang belakang. Valiqa tertanya-tanya, adakah Arsa juga menipu bahawa dirinya sudah makan?

"Jom kita balik," Ajak Arsa lembut.

Seraya itu, lengan baju Valiqa ditarik agar mengikut langkahnya. Sepanjang perjalanan mereka, Valiqa mengelamun panjang memikirkan Arsa dan Arsa tampak tidak ingin berbual kerana perasaan malu nya.

📍Nak bab seterusnya?

Kuncinya 🔑 🔐

10 votes 🔓⭐

See ya🤗

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro