Bab 1
"Kau tolonglah bagitahu abang kau apartment kau dah penuh dengan kawan-kawan kau. Please...." Pinta Valiqa berharap.
"Aku tak boleh."
Bibi gigit bibir serba salah.
"Aku bukan tak nak tolong kau tapi apartment ni milik abang aku. Takkan aku nak halau dia stay hotel sedangkan apartment ni milik dia?" Ujar Bibi tiada jalan lain.
Valiqa bersandar lemah di sofa. Tatapan serba salah dari Bibi sedikitpun tidak memudarkan rasa kekesalannya. Tangannya naik memijat kepala. Tiba-tiba bahunya terasa berat sekali beban. Entah kerana takut dihalau keluar atau takut bertemu abang Bibi.
"Kau nak risau kenapa? Esok lusa kan kau dah nak gerak ke Itali. Pasti takde masalah kalau abang aku stay sini kejap kan? Kau pun tak tahu abang aku sampai sini bila. Boleh jadi kau tak sempat jumpa abang aku. Siapa tahu bukan?"
Bahu terdedah Valiqa diusap berharap pujukannya dapat melegakan hatinya. Menjadi kegemaran Bibi melihat wajah putih kemerahan milik Valiqa. Tengah stress ke, marah ke, sedih ke, gembira ke, muka itu pasti ada perubahan berona merah yang begitu cantik menyinari.
"Sorry, aku terlalu berlebihan. Aku tak bermaksud nak halau abang kau atau apa-apa. Aku cuma..."
Valiqa memijat kepala. Pening kepala mengenang kisah silamnya yang masih belum bisa dilupainya.
"Kau tak perlu paksa diri untuk explain semuanya. Aku faham, kau dah bagitahu aku semuanya. Kau jangan fikir bukan-bukan tau! Aku jamin semuanya baik-baik saja okay?"
Kedua tangan mulus itu diraih lalu digenggam erat. Senyum diukir biarpun payah. Mungkin dengan seulas senyum dapat menghilang perasaan gusar Bibi padanya.
"Ak-aku janji lepas ni aku takkan singgah apartment kau. Maafkan aku bersikap kurang ajar dekat abang kau. Aku tak bermak-"
"Apa yang kau cakap ni?"
Bibi berura-ura nak merajuk. Tidak sepatutnya Valiqa merasa serba salah lagipula Bibi tidak ambil serius setiap untaian kata yang mereka bicarakan.
"Pramugari macam kau bukannya selalu dapat jumpa aku. Kau selalu flight ke sini sana. Time kau datang California ini ajelah kau dapat luang masa dengan aku. Kalau kau memang tak nak jumpa aku, kau cakap ajelah. Aku tahu kau tak ikhlas pun kawan dengan aku selama ni."
Macam biasa, perempuan kan?
Nak bagi lawan bicara makin serba salah mestilah kena bagi ayat sedih-sedih sikit.
"Kita dah berteman sejak zaman tadika. Ada ke kau nampak aku macam tak ikhlas layan kau? Kalau iya pun apa yang kau cakap betul, aku dah tak datang sini tau demi kau!"
Bibir itu sumringah. Kala ini hati Bibi disapa bahagia. Oleh kerana itu, tubuh itu didakap masuk ke dalam pelukannya.
"Dah malam ni, kau tidur okay? Aku nak keluar kejap."
"Kau nak pergi club?"
Bibi sengih menampak barisan giginya yang putih rapi. Club adalah tempat kegemarannya. Bukan kerana alcohol tapi kerana lelaki yang disukainya selalu berada di club itu. Boleh katakan, Bibi datang ke sana semata-mata nak tengok lelaki itu. Gila bukan?
"Kau tak perlu buat macam ni kalaupun kau suka dia."
"Kau takut abang aku datang malam ni eh?"
Inilah yang Valiqa tidak suka, Bibi selalu tukar topik pembicaraan mereka. Bila cinta dibutakan, orang bantah banyak kali pun ditulikan saja.
"Perempuan mana tak takut dipertemukan dengan lelaki asing? Kau pun pasti takut kan?"
"Salah tu, aku tak pernah takut dengan lelaki. Aku tahu crush yang aku intip selama ini boleh selamatkan aku bila-bila masa." Ucap Bibi yakin diri.
"Wow! Kau sangat-sangat yakin." Ungkap Valiqa tidak percaya.
"Kau tak payah takutlah. Ada apa-apa jadi kau call aje aku okay? Nak takut apa? Aku kan ada!"
"Kau balik lewat, aku risau." Persis mak bersikap khuatir pada anak.
"Takde apalah! Dahlah aku keluar dulu okay? Bye! Love you!"
Punggung yang telah hilang disebalik pintu ditatap penuh kerisauan. Meski pakaian Bibi tertutup ketika keluar tapi tidak bisa menutup rasa risau padanya.
"Kenapa kau tak faham perasaan takut aku sekarang? Macam mana kalau abang kau tiba-tiba muncul? Kau tak risaukan aku ke?" Luah Valiqa sendiri.
Malas serabut kepala, Valiqa masuk ke dalam biliknya. Laptop dibuka lalu aplikasi Discord yang baru saja masuk ditekannya. Dia membaca setiap patah perkataan dalam Direct message yang ditulis teman baiknya dari Arab.
As-salamu alaykum-Malik
Wa ʿalaykumu s-salam-Valiqa
Valiqa sedikit teruja berbicara dengan Malik. Maklumlah sejak dulu lelaki itu sentiasa bertanya khabar mengenainya dan itu membuatnya bahagia. Valiqa sukakan Malik tapi takut untuk memulai dalam mencintai.
Can i confess something?-Malik
Dup! Dap! Dup! Dap!
Sure!-Valiqa
Nak meletop jantungnya tatkala anak matanya menangkap nama Malik menaip pada skrin. Butir-butir keringat mula mengalir tanpa rasa hendak berhenti. Cemas!
Ana bahebek-Malik
(I love you)
Wajah Valiqa merah menyala. Kerusi ditolak sedikit kebelakang lalu kedua kakinya dilipat dan dipeluk merapat ke dada. Mukanya dibenam langsung pada paha. Malu!
I love you, i'm sorry-Malik
Bersama muka setengah mengintai laptop Valiqa menaip setiap patah perkataan.
Hal ta'arif ma taqulu?-Valiqa
(Do you know what you're saying?)
Serta-merta bahunya mengendur jatuh pabila balasannya dibaca saja tanpa dibalas. Hatinya berdenyut sakit kerana sikap pengecutnya mempertahankan cinta sendiri. Tubir matanya menghangat seketika air jernih meluncur laju menuruni kedua pipi mulusnya.
"Maaf, sa-saya tak boleh....sa-saya tak nak hal yang sama berlaku. Sa-saya tak nak....tsk...tsk...."
Setelah tangisannya sedikit reda, Valiqa bangkit dari tempatnya dan melangkah turun ke dapur. Mukanya yang sembab dibasuh dengan air. Merasa sedikit lega, barulah Valiqa ambil air dan melegakan tekaknya.
"Aku selalu malang dalam bercinta bukan? Mungkin, aku tak layak untuk bercinta sampai tua beruban."
Valiqa ketawa sayu.
"Baby, you okay? Hmm?"
Zup!
Tak semena badan Valiqa mengeras apabila terasa pinggangnya dipeluk rapat ke badan sasa seseorang. Bau maskulin mencucuk-cucuk masuk ke dalam deria bau nya.
"Baby, your hair has become so long."
Rambut panjang yang disangka Bibi itu dielus hingga betul-betul sampai di bahagian hujung. Mengigil hebat tubuh Valiqa kala rambut separas pinggangnya disentuh. Tidak hanya itu, malah belakang tubuhnya diusap banyak kali.
"Bibi..."
Tubuh itu ditarik agar berdepan dengannya. Wajah pucat Valiqa menyapa indra penglihatannya. Bukannya menjauh, malah lelaki itu tidak bergeming. Bagai terhipnotisis dengan kilatan mata hazel yang bersinar terang bersama kening sedikit tebal perpaduan pula dengan bulu mata lebat. Sangat sempurna!
"Wh-who are you?"
Valiqa diam tidak bersuara. Selanjutnya dia bertindak melarikan diri jauh dari lelaki itu. Belum pun sempat memijak anak tangga, lengannya ditarik kasar dan,
Buk!
Tubuh genitnya ditolak pada dinding. Berkerut hebat dahi Valiqa tidak selesa dengan posisi sekarang. Biarpun banyak kali mencuba untuk meloloskan diri. Namun tidak berhasil kerana lelaki asing itu telahpun memenjara tubuhnya.
"You've got the wrong person. I am not Bibi."
Sehabis daya Valiqa cuba menolak tubuh sasa itu menjauh tetapi pergerakannya seakan sia-sia. Pinggangnya direngkuh hingga tak ada ruang untuknya melarikan diri.
"Who are you?" Ayat yang sama dipersoalkan sekali lagi.
"You filthy pervert!"
Tanpa menunggu lama, Valiqa memijak kaki lelaki asing itu sekuat hati. Terdengar jeritan kuat yang bergema, mendadak kakinya berlari masuk ke dalam biliknya. Terengah-engah nafasnya menahan lelah. Beberapa titis air matanya mengalir tika kenop pintunya cuba dibuka oleh seseorang. Nasib baik sempat dikunci terlebih dahulu.
"Go away....please....leave me...please...." Rintih Valiqa kepiluan.
Helaan nafas lega dihembus kala suara Bibi terdengar berbicara dengan lelaki asing itu di sebalik pintu. Cepat-cepat air matanya dihapus. Rasa takutnya diredakan dengan tidur. Bersama tubuh mengigil Valiqa memeluk erat bantal kesayangannya. Kantuk hadir dan anak mata itu tertutup rapat. Mimpi menyusul kemudiannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro