Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8


Dengan langkah kecil Qisya mengikuti langkah kaki panjang Rayyan. Dibelakangnya pula terdapat Nayyis serta seorang lelaki yang setia mengekori mereka.

Mata Qisya merenung sekeliling mall. Riak terujanya cuba disembunyikan walhal ingin sahaja kakinya laju memasuki kedai-kedai yang merupakan pakaian budak dan kedai pakaian sekolah. Tapi dimatikan niatnya sahaja dek kerana dia langsung tidak mempunyai duit.

Langkah Rayyan berhenti drastik. Qisya yang dari tadi tidak memandang depan, terus melanggar belakang badan kekar itu.

"Sorry sorry. Saya tak sengaja." Cepat-cepat Qisya memohon maaf tidak mahu merosakkan mood lelaki itu.

Rayyan toleh kepala melihat kearah belakang. Sempat mata memandang tajam Adam yang menyorokkan badan kecilnya di belakang badan Qisya apabila mata mereka bertentangan.

"Jalan sebelah aku." Arahnya tegas.

"Hah?"

"Nayyis, pegang budak tu." Rayyan menyambar lengan kecil Qisya, memaksanya berdiri sebelahnya. Qisya yang tidak bersedia, hampir terjelupuk jatuh namun Rayyan pantas menyambar pinggang Qisya.

"Eh apa ni..." Terkejut bukan kepalang Qisya. Darah merah mula menyerbu ke muka. Kedudukan mereka yang sangat rapat membuatkan Qisya tidak selesa. Tertelan air liur dia.

"Lembab sangat." Getus Rayyan halus namun dapat ditangkap Qisya. Qisya mengemam bibir menahan debar. Dicuri pandang raut wajah datar Rayyan.

"Ibu..."

Adam menarik seluarnya. Pantas Qisya menjatuhkan pandang kebawah. Wajah Adam yang takut-takut itu menyedarinya.

"Sini Adam." Tangan besar Nayyis membawa tubuh Adam kebelakang mereka. Qisya yang ingin memalingkan tubuh, tersentak tatkala Rayyan menariknya berjalan bersama.

Qisya hela nafas perlahan. Merelakan sahaja kakinya mengikuti langkah panjang lelaki disebelahnya sehingga sampai di kedai beg sekolah yang berjenama. Pantas bibirnya tersenyum riang. Tanpa dia sengaja sebelah tangannya menindih tangan Rayyan yang melingkari pinggangnya.

Rayyan pantas menunduk melihat wajah itu. Kemudian mata beralih pula memandang pekerja yang menyambut mereka dengan pandangan kosong.

"Wah..." Bersinar mata Qisya melihat beg sekolah budak tergantung. Sudah dapat dibayangkan riak teruja Adam memilih begnya.

"Saya nak cari dulu---"

"No. Kau duduk, biar Nayyis yang cari." Ujar Rayyan kemudian membawa tubuh itu menduduki sofa yang tersedia di kedai ini.

"Tak apa lah, biar saya cari sendiri. Lagi pun mesti Nayyis kekok nak melayan taste Adam. Biar saya tolong dia cari sekali." Ceria nada Qisya membalas. Yang sebenarnya dia pun teringin nak memilih sendiri.

Bicara Qisya tadi menyebabkan Rayyan laju memandang tajam kearah Qisya. Sisi pinggang Qisya ditekan kuat lalu tubuh itu ditarik rapat sehingga kedua tangan kecil itu menahan dadanya.

"Tuan!"

Terbuntang mata Qisya. Rayyan yang menundukkan kepala hingga kedudukan hidung mereka hampir bersentuh itu memeranjatkan dia.

"Why?" Ujarnya keras. Mata tajam menghunus ke dalam mata Qisya.

Qisya sudah mula menggigil halus. Takut dengan amarah Rayyan yang secara tiba-tiba dan takut dengan pandangan pelanggan di kedai ini walaupun cuma seorang dua orang sahaja namun Qisya tetap tak selesa.

"Kau nak berdua dengan Nayyis?"

"Tt...tak! Mana ada! Saya---"

"Nak gunakan alasan cari beg untuk anak kau tapi sebenarnya kau nak dating dengan dia kan?!"

Qisya laju menggeleng. Sempat mata menangkap kelibat Nayyis serta seorang lelaki yang bersama mereka bergerak menjauh seolah-olah faham.

"Tuan salah faham ni, bagi saya terangkan dulu. Jangan lah buat perangai dekat sini." Pujuknya dengan nada lembut. Dengan Rayyan tidak boleh menggunakan nada tinggi. Silap haribulan Qisya yang kena terajang.

"Aku buat perangai! Kau nak cakap aku yang buat perangai? Macam tu?!" Ternaik seoktaf nada bicara Rayyan. Kedua tangan makin mencengkam kuat sisi pinggang kecil Qisya untuk melepaskan geram.

Berkerut dahi Qisya menahan sakit. Rasa macam nak menangis pun ada kerana Rayyan mula menaikkan suara ditempat awam begini. Dijeling pekerja yang kadang mencuri kearah mereka namun tiada satu pun yang berani datang mendekat.

Hati Qisya merundum sebak. Bila emosi lelaki ini tidak stabil, memang dia seorang diri saja yang kena hadap.

"Maaf tuan. Saya salah cakap. Maaf." Bersama itu, dia mengusap lembut dada Rayyan. Spontan sahaja tangannya bergerak.

Entahlah, hatinya yang mula-mula rasa bahagia sejak di kereta, bertukar pilu. Bahagia yang dirasakan sebentar tadi hancur berkecai dengan sikap panas baran Rayyan.

"Saya minta maaf." Ujarnya lagi. Lelah sudah suaranya. Banyak kali bertolak ansur dengan lelaki ini hingga Qisya rasa hatinya bagai batu kerana banyak kali menjaga hati Rayyan.

Amarah Rayyan yang tadi memuncak mereda dengan perlahan dek kerana usapan lembut Qisya di dadanya. Tatapan nya beralih merenung bibir kecil itu lama.

Qisya yang melihat itu sudah tidak sedap hati. Air liur ditelan payau. Pantas dia cuba menjarakkan dirinya. Namun Rayyan menarik paksa kembali badannya.

"Tuan kita dekat luar ni..." Qisya menahan Rayyan yang tiba-tiba mendekatkan bibir mereka.

"I don't fucking care. Sama ada kita dekat rumah mak engkau sekali pun, kalau aku nak. Kau tak boleh tolak." Suara tegas Rayyan membuatkan hatinya bertambah resah.

"Tuan..." Suara garau Nayyis menyapa mereka. Mata kosong merenung dua tubuh manusia dihadapan dia yang sangat intim.

Melihat itu, makin bertambah malu Qisya. Matanya hanya memandang tangan dia yang berada di dada Rayyan. Tidak mahu mengalihkan mata. Qisya segan dengan Nayyis. Segan dengan pandangan mereka.

"Dah siap tuan." Ujar Nayyis kemudian datang Adam dengan seorang lelaki berpegangan tangan. Sebelah tangan lelaki itu memegang beg kertas.

Mendengus Rayyan perlahan. Tangan kirinya ditarik dari pinggang Qisya tetapi tangan kanannya setia melilit pinggang itu. Namun sempat Rayyan mengucup laju bibir separa terbuka milik Qisya.

Qisya mengemam bibir menahan tangis. Dia menunduk malu kerana perbuatan Rayyan dapat mereka lihat dengan jelas. Tidak dapat menahan, setitis air mata jatuh ke pipi. Laju dia seka dengan kekura tangan. Badan dia kembali ditarik mengikuti langkah Rayyan yang memasang riak datar itu.



Kepalanya diangkat dari menunduk. Sedari tadi, Henriq sengaja leka bermain telefon di tangan. Melihat beberapa sosok tubuh manusia yang mulai melangkah ke kedai lain membuatkan senyuman sinisnya terbentuk.

Dari tadi Henriq menjadi penonton tidak berbayar melihat aksi Rayyan terhadap Qisya tanpa lepas. Matanya cuba mencari raut wajah Adam namun topi yang dipakai Adam menyukarkan dia melihat dengan jelas.

"Pandai kau sorok anak kau." Bisiknya seorang diri. Topi di atas kepalanya ditarik turun untuk melindungi wajahnya.

Kemudian Henriq mengekori langkah mereka dengan jarak cukup jauh, tidak mahu mereka perasan kehadiran dia.

"Shit!"

Laju Henriq memasuki salah satu kedai berhampiran dengannya tatkala mata salah seorang anak buah Rayyan seakan dapat menangkap kelibat dirinya. Henriq berpura-pura memilih pakaian di kedai itu.

Nayyis berhenti seketika apabila ekor matanya dari tadi merasa ada yang mengekori mereka. Dia menoleh kebelakang sekilas untuk kepastian.

"Uncle Yis kenapa berhenti?" Adam menggoyangkan tangan kecilnya yang berada di dalam genggaman Nayyis. Bulat mata menatap lelaki di sebelahnya.

Nayyis geleng kepala untuk jawapannya lalu dia meneruskan perjalanannya.

"Tajam sial mata dia." Desis Henriq sendiri.

Qisya yang sedang duduk bersebelahan dengan Rayyan mengerling sekilas kearah lelaki itu. Sibuk saja dengan tangan memegang telefon. Jari tidak berhenti menaip sesuatu di gajet itu.

Kedua tangan yang berada di atas pehanya digenggam erat. Bibir digigit menahan rasa ingin terkucil. "Tuan.."

Dilihat kepala Rayyan terangkat dengan kening dijongket naik menandakan lelaki itu memintanya meneruskan ayat.

"Saya nak pergi tandas sekejap boleh." Sambung Qisya. Terus dia berdiri ingin melangkah pergi dek kerana tidak dapat menahan lagi.

Namun Rayyan pantas selar lengan Qisya. Dia melarikan mata mencari kelibat anak buahnya di pelosok kedai kasut itu untuk menemani Qisya. Mendecit dia tatkala tiada seorang pun yang menyapa kornea matanya.

"Pergilah. Only 15 minutes. Kalau kau lambat aku sendiri cari kau dalam tandas." Ujar Rayyan memberi amaran kemudian tangan melepaskan lengan itu.

Selepas saja lengan dia dilepaskan, tanpa pandang kiri kanan, Qisya berlari kecil menuju ke tandas. Nasib ada papan arah petunjuk, mudah dia mencari. Selesai membuang hajat, dia berjalan ke singki untuk membasuh tangan. Cermin di depan yang memantulkan wajah lesu dia ditenung kosong.

Qisya membilas bibirnya. Sekali dua kali dan berakhir dia membilas dengan kasar. Tidak dihiraukan rasa sakit di bibir. Hujung kaca singki digenggam menahan badannya yang lemah ingin melorot jatuh. Jijik memikirkan perbuatan Rayyan terhadapnya di tempat umum begitu. Seakan lelaki itu merendahkan maruahnya. Mata dipejam lama.

"Jangan nangis..."

"Shh, sabar...jangan nangis."

Semangat ditiupkan untuk dirinya sendiri. Mata yang terpejam dibuka kembali lalu Qisya paksa bibir menarik senyuman. Tisu ditarik beberapa helai kemudian dia lap tangannya yang basah.

Keluar saja dari tandas wanita, terasa lengannya ditarik kasar. Qisya terkial-kial mengikuti jejak langkah orang yang menarik lengan dia. Membulat mata dia tatkala melihat lelaki berpakaian t-shirt kosong hitam dan memakai topi berwarna hitam membawanya kearah satu ruang yang tidak dilalui orang.

"Lepas! Awak siapa?!"

Henriq hanya mengabaikan rontaan kasar dari Qisya. Digenggam kemas lengan itu kemudian ditolak kasar tubuh Qisya ke dinding. Dia mendekatkan bibirnya ke telinga perempuan di depannya.

"Miss me?" Bisiknya halus lalu dia tarik wajah menjauh sedikit. Kepalanya bergerak ke depan sengaja merapatkan kedudukan wajah mereka. Mata menentang mata Qisya yang terlihat sungguh terkejut memandang dia.

Automatik badan Qisya menggigil halus. Terasa lemah tubuhnya namun tangan Henriq yang masih memegang lengan dia menahan tubuh itu dari jatuh terduduk. Bibir Qisya seakan terbuka ingin mengatakan sesuatu tetapi suara bagai tidak mahu keluar.

"I miss you." Ujar Henriq lagi tatkala tiada balasan dari bibir yang menggeletar halus itu. Riak wajah takut Qisya menggelitik hatinya. Direnung puas wajah itu. Walau terlihat pucat namun tetap manis itu ada.

Qisya mengundurkan badannya kebelakang walaupun badan dia sudah tersandar penuh ke dinding. Air mata sudah bergenang di birai mata. Kenangan 5 tahun lepas terimbas kembali di fikiran dia. Qisya trauma! Dia takut!

"Shh... don't cry sayang. Kau nampak lagi cantik bila menangis." Air mata yang menitis di pipi Qisya disekanya. Henriq menarik senyum suka.

"J..jangan sentuh..." Laju Qisya menepis tangan Henriq. Dia mahu lari tetapi kakinya rasa lembik seperti jeli dek kerana takut.

Henriq tergelak mengejek. Kedua tangan Qisya diambil dan ditekan atas kepala Qisya menjadikan badan mereka semakin rapat.

"Aku cuma sentuh pipi kau je... don't worry, aku pernah sentuh lebih dari ni. Kalau tak, Adam tak wujud." Qisya memalingkan wajah dia ketepi apabila Henriq menunduk menyebabkan hidung mereka berlaga.

Akan tetapi satu tangan Henriq yang bebas mencekup rahangnya dan memaksa Qisya melihat dia kembali hingga hidung mereka berlaga. Qisya meronta kuat ingin melepaskan diri.

"Menjijikkan! Lepas! Jangan sentuh aku!" Pekik Qisya kuat supaya suara dia dapat didengari orang lain.

"Perlahankan suara kau sayang kalau tak nak aku cium kau dekat sini..." Henriq sengaja menggeselkan hidungnya ke hidung Qisya.

Qisya sudah teresak menangis. Dia memejamkan mata mengharapkan kehadiran sesiapa menolongnya.

"Okay, I'm sorry. Aku jumpa kau sebab nak tanya pasal anak aku. Dia sihat ke? Aku nak jumpa dia." Henriq laju menjarakkan wajahnya. Direnung wajah kebasahan Qisya.

"Dia bukan anak kau! Kau tak ada hak nak tanya pasal Adam. Lepaslah!" Qisya cuba menarik tangannya namun genggaman kuat oleh tangan Henriq membuatkan dia meringis sakit.

"Sayang hey...kalau bukan anak aku, anak siapa lagi? Anak Rayyan? Sedangkan Rayyan sendiri tak nak mengaku tu anak dia...why not aku jadi ayah Adam dan kau minta cerai dekat laki kau. Aku janji aku jaga kau dengan Adam lebih baik..."

Qisya merenung tajam mata Henriq. Terasa jijik dengan raut wajah itu. Saat ini keberanian dia muncul sedikit demi sedikit. Dia cuba kuatkan hatinya untuk melawan lelaki ini.

"Kau nak tahu..." Didekatkan bibirnya kembali ke telinga Qisya.

"...you will gonna suprise about this. Rayyan sendiri cakap depan mata aku, sama ada aku atau dia yang akan bunuh Adam. Wow."

Jeda. Hati dia jelas menolak untuk percaya dengan kata-kata lelaki ini namun akalnya mengiyakan. Bibir diketap kuat lalu mata itu ditentang marah.

"Aku tak percaya! Rayyan tak akan bunuh anak kandung dia sendiri. Dia cuma perlu masa untuk terima semua ni!" Qisya jelas membela Rayyan.

Henriq mengangkat kedua bahu. "Terserah kau, jangan sampai Adam mati depan mata kau baru kau nak menyesal."

Qisya sedikit terusik mendengar itu. Muka datar Henriq dijelingnya tajam. Tiba-tiba bermacam andaian buruk di fikirannya. Separuh hati mulai percaya kerana selama ini, Rayyan dengan tidak bersalah naik tangan kepada Adam. Meskipun begitu, Qisya jelas menolak untuk mempercayai kata-kata Henriq. Lelaki yang merosakkannya.

"Perogol macam kau tak layak untuk aku percaya dengan kata-kata kau! Lepas!" Lalu Qisya sentak lagi lengannya kuat. Dia cuba menendang pula celah kangkang Henriq namun lelaki itu pantas menahan dengan mengepit kakinya.

"Tch. Perogol? Kau nak aku rogol kau lagi sekali biar untuk kali kedua ni, aku sumpah aku buntingkan kau!" Lidah menolak dinding pipi. Tercabar dia dengan bicara perempuan ini.

"Tolong! Tolong!!" Jerit Qisya kuat tatkala mendengar ugutan Henriq. Gentar namun cuba berlagak biasa. Di dalam hati dia berdoa banyak-banyak agar ada yang sudi menolongnya.

"Fuck! Apa benda kauorang tengah buat ni?!" Jerkah Rayyan sangat lantang hingga bergema suaranya di ruangan ini. Mujur ruangan ini kosong jikalau tidak tentu mereka menjadi perhatian.

Rayyan menerpa laju kearah kami lalu menarik kasar tubuh Henriq. Dengan tidak semena-mena dia menghayun kuat penumbuk ke muka Henriq sehingga Henriq terjatuh. Qisya terus terduduk lemah.

"Sial! Kau buat apa dengan bini aku!!"

Rayyan diselubungi marah yang membara. Badan Henriq ditindihnya dan penumbuk dihayun lagi ke muka tidak bersalah milik Henriq.

Henriq yang jelas tidak bersedia itu, tidak mampu mempertahankan diri. Dia cuba untuk bangun membalas balik tumbukan itu, akan tetapi lengannya pula Rayyan tindih dengan lutut tajam lelaki itu. Dengan tubuh sasa Rayyan, tidak dapat dia menolak badan itu.

"Saja...kami lepas rindu sekejap..." Tidak mampu membalas dengan perbuatan, balas dengan kata-kata sudah cukup bagi Henriq.

"Bodoh kau memang tak serik kena pukul dengan aku lagi!? Nak aku sumbat kau dalam penjara balik baru kau faham!?"

Terkancing kuat gigi Rayyan berlaga sehingga mendengar bunyi. Diangkat tinggi penumbuk dan dilepaskan dengan amarah yang menjulang tinggi. Terimbas kembali kedudukan mereka yang sungguh rapat, lagi membara kan hatinya.

Qisya tergeleng laju. Tak! Ditelan air liur melihat riak ganas Rayyan yang bagai dirasuk setan. Menggigil halus dia apabila melihat perlakuan gila Rayyan seakan ingin membunuh saja. Perlahan dia mengesot mendekati tubuh Rayyan. Lengan Rayyan cuba dipegangnya.

"Sudah tuan..cukup!" Namun Rayyan menepis kasar tangan Qisya.

"Apa?! Sekarang ni kau nak tahan aku dari pukul kekasih gelap kau!?" Kali ini Rayyan beralih pula kearah Qisya. Dijerkah nya lantang. Turun naik dadanya menahan marah.

"Tt...tak..."

"Bodoh!!" Pantas Rayyan berdiri tegak. Lengan Qisya dicekup menarik tubuh itu berdiri sekali.

"Tuan saya boleh jelaskan, tadi masa saya keluar tandas, dia tarik lengan saya---"

"Diam! Aku tak nak dengar apa-apa dari mulut sial kau!! Alasan! Memang perempuan macam kau aku tak boleh bagi muka! Pantang ada peluang laju kau nak mencari jantan!" Tengking Rayyan tepat dihadapan wajah ketakutan Qisya.

Lemah lutut Qisya ingin berdiri. Dipegang tangan Rayyan meminta belas kasihan dek kerana Rayyan genggam tangannya sangat kuat. Dia sudah menangis hiba. Sudah dapat diagak Rayyan tidak akan mempercayainya.

"Demi Allah tuan...saya dengan dia tak buat apa-apa. Dia yang tarik saya kesini. Saya tak sempat nak minta tolong. Dia...dia tiba-tiba muncul..."

Mata tajam bak helang milik Rayyan dibalasnya dengan tatapan lembut. Cuba meraih kepercayaan lelaki itu.

"Tch. Cakap hal sebenar Qisya. Kau sendiri kata kau rindu aku. Tadi kita sempat lepas rindu kan? Kalau suami kau tak ada memang kita dah..." Sengaja Henriq tidak menyambung. Badannya dibawa menjauh untuk menyandar ke dinding. Tidak serik agaknya dipukul.

"Bullshit!"

Rayyan yang ingin menerpa kembali kearah Henriq pantas ditahan oleh Qisya. Dipeluk tubuh kekar itu yang menggeletar kerana marah.

"Lepas Qisya." Sepatah dia memberi arahan. Dikepal penumbuknya.

"Kami tak buat apa-apa tuan.. tolonglah percaya saya." Erat dia memeluk tubuh Rayyan sambil teresak esak menangis.

Rayyan pejam mata kejap. Wajah mengejek Henriq dipandang tajam. Tangan Qisya yang melingkari pinggangnya dirungkai kasar.

"Urusan kau dengan aku belum selesai lagi!"

Ditarik paksa lengan Qisya untuk mengikutinya.




Qisya mengecilkan dirinya di hujung kerusi kereta dengan gigilan di badan. Air mata yang tidak segan silu mengalir dibiarkan dia.

"Bodoh! Bodoh!"

Ditumbuk kuat kerusi pemandu di depannya. Mata tajam Rayyan beralih menatap Qisya yang ketakutan. Tangan dipanjangkan menyambar bahu Qisya untuk mendekatinya. Kedengaran jeritan kecil dibibir Qisya.

"Kau nak jadi pelacur lagi? Tak puas jadi pelacur untuk aku, kau berbaik hati nak tambah servis dekat jantan lain?"

Terpempan Qisya mendengar itu. Hatinya bagai ditusuk sembilu. Sakit. Digeleng kepala perlahan. Kedua tangan digenggam dan diangkat separa dada.

"Kami tak buat apa-apa. Dia cuma pegang tangan saya. Tak lebih dari itu. Saya merayu tuan, tolonglah percaya saya."

"Kalau aku tak pergi sana sendiri, cari kau memang sekarang Adam dapat adik! Bijak! Kau dengan si sial tu memang bijak perbodohkan aku!" Kuat nada itu berkata. Dikuatkan cengkaman dibahu Qisya.

Mujur Rayyan terdetik hati ingin memeriksa suara yang menjerit meminta tolong itu waktu dia sedang mencari kelibat Qisya setelah tempoh 15 minit yang diberinya sudah melebihi masa.

Kedua tangan dijatuhkan atas pehanya. Pandangan dibuang ketepi tidak mampu untuk menentang pandangan kemarahan milik Rayyan. Kecewa dia rasakan sekarang mendengar tuduhan yang dilemparkan Rayyan.

"Saya explain banyak kali pun, tuan takkan percaya saya." Ujarnya lemah. Lengan kirinya yang kebiruan akibat dicengkam kuat oleh Rayyan serta Henriq diusap perlahan.

Sakit lebam di badan boleh membaik, sakit dihatinya? Entah bila akan membaik.

Tanpa sedar, bicara Qisya lagi menghangatkan api amarahnya. Dicekup rahang Qisya memaksa untuk melihat dia. Direnung tajam mata itu yang tidak henti mengalirkan air mata. Terbit kasihan dihati dia namun ditepisnya.

"Selain tangan kau dekat mana lagi dia sentuh kau?"

"Tak ada tuan, dia cuma pegang tangan saya..."

"Tipu! Aku tahu kau tipu. Cepat bagitahu aku! Dia cium bibir kau?!" Rayyan menarik muka Qisya mendekati muka dia. Dilihat bibir kecil itu, dia merapat ingin mencuri nafas Qisya.

"Tak! Dia tak ada cium bibir saya." Qisya meronta hebat. Laju dia elak mukanya. Tidak sudi bibir Rayyan menempel ke bibirnya.

Berang dengan tindakan itu, cengkaman di rahang beralih ke leher Qisya. Dicekik kuat leher itu tanpa amaran.

"Kenapa kau elak!? Betullah sangkaan aku dia cium bibir kau kan!! Sini sayang, bagi aku hilangkan jejak sentuhan dia!"

Rayyan menyeringai gila. Dicumbu sepuasnya bibir kecil itu mengendahkan Qisya yang tercungap-cungap ingin menarik nafas dek kerana cekikan di lehernya itu ditambah lagi dengan bibirnya dicium kasar oleh Rayyan.

"S..sa..kkit.."

Gila. Qisya sudah kehabisan nafas dengan perlakuan gila Rayyan. Ditepuk kuat tangan itu meminta untuk melepaskan.

Rayyan melepaskan bibir Qisya serta menarik tangannya jauh dari leher itu apabila melihat wajah merah Qisya yang bila-bila masa akan pengsan.

"Huh...hahh..." Disedut nafas laju. Qisya memegang lehernya perit.

"Sakit.."

"Sakit?" Soal Rayyan dengan nada lembut. Diusap kepala Qisya yang berbalut tudung itu.

Qisya menangis kuat. Dia seka air liur yang milik mereka yang meleleh di bibirnya itu dengan kuat. Mendengar suara Rayyan bertukar lembut menaikkan ketakutan dia.

"Aku tanya ni, sakit sangat ke?"

"Sakit! Hati saya sakit! Tubuh saya sakit! Jiwa saya sakit!" Balas Qisya tanpa sengaja nadanya ternaik tinggi. Keberanian mula dibina.

Panas hati Rayyan mendengar suara tinggi Qisya. Lalu usapan dia bertukar dengan cengkaman kuat di sanggul Qisya.

"Jangan berani tinggi kan suara kau dekat aku Aqisya Mikayla." Getusnya memberi amaran.

"Kenapa? Tuan nak pukul saya? Pukul lah. Pukul. Cukup 5 tahun saya bertahan dengan semua ni. Sekarang ni saya nak pergi! Pergi dari hidup tuan! Saya tak tahan dengan perangai gila tuan!" Sejurus berkata, Qisya menolak kuat tubuh Rayyan lalu pintu kereta dibuka dengan laju. Tanpa menoleh kebelakang lagi, dia berlari laju.

Rayyan yang jelas tidak bersedia, tubuhnya berganjak menghempas kerusi kereta. Bergerak rahangnya melihat aksi berani Qisya lalu dia turut keluar dari kereta ingin mendapatkan tubuh Qisya.

Larian Qisya berjaya disaingi kemudian Rayyan mencekup pinggang itu dari belakang. Rontaan hebat dari Qisya diabaikan. Tubuh Qisya dipaksa menghadap kearah dia.

"Selangkah kau pergi, aku bunuh Adam!"

"Tak guna! Awak memang gila! Awak mental! Lepaskan setan! Saya akan bawak Adam lari sekali! Dia tak layak ada ayah macam awak!"

Pang! Kuat Rayyan menampar pipi Qisya sehingga tubuh itu terjelupuk jatuh dengan dahi terhentak di tembok batu yang berada di sebelah mereka.

Darah laju mengalir di dahi Qisya. Perlahan matanya ingin tertutup dek kerana rasa sakit di kepalanya. Mata sempat menangkap raut wajah terkejut milik Rayyan sebelum semuanya gelap gelita.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro