Bab 7
Henriq melangkah menghampiri puan Hayati yang berada diruang tamu. Sedang leka membelek majalah ditangan. Sofa satu didudukinya.
"Mama, Henriq ingat nak jumpa anak Henriq lah." Ujarnya cuba memulakan bicara. Dilihat dengan matanya tubuh tua itu sedikit tersentak. Lantas majalah dilempar ke meja.
"Anak kau? Siapa anak kau?"
"Siapa lagi mama, Adam lah." Riak bosan ditayangkan ke muka puan Hayati. Menjengil mata puan Hayati melihat itu.
"Hey kau ni, mama ingat lepas keluar penjara hilanglah biul kau tu. Rupanya sama je, dua kali lima dengan bapak tak guna kau tu. Adam tu anak Rayyan dengan bini dia! Celah mana budak tu anak kau!" Keras nada puan Hayati menuturkan kata. Kecil besar sahaja dia memandang wajah anaknya.
Henriq tergelak kuat. Tangan memegang perut menahan senak ketawa.
Puan Hayati merenung pelik kearah anaknya. Gelak tawa Henriq yang bergema kuat di ruang tamu menaikkan bulu roma nya. Spontan dia mengusap lengannya.
"Kau dah kenapa? Dah gila? Nak ikut sekali si Rayyan yang sakit mental. Haish kau jangan, tak ingin aku nak jaga kau."
"Sepatutnya biar Henriq buat Qisya sampai mengandung dulu biar harta papa jatuh dekat Henriq." Sisa tawanya dihabiskan. Wajahnya kembali diseriuskan.
"Haish apa yang nak direbut kan perempuan tu. Sememeh je aku tengok dia. Cari jelah perempuan lain yang lagi lawa biar aku tak malu nak kenalkan menantu aku dekat kawan-kawan aku." Serius nada bicara Puan Hayati. Raut wajah Qisya terbayang di mindanya. Sudah lama rasanya dia tidak berjumpa dengan perempuan itu.
"Mama, si Rayyan dapat semua harta papa sebab dia ada anak. Dia ada waris. Lagi senang lah dia dapat semua harta papa. Kalau Henriq tahu dah lama Henriq kahwin." Cebiknya tidak berpuas hati.
"Entahlah, mama pun baru tahu dalam wasiat tu kena lahirkan pewaris. Selama mama hidup dengan Ibrahim, tak ada pula dia cakap pasal ni."
Henriq memerhati sahaja riak tidak puas hati milik puan Hayati. Kepala tergeleng perlahan. Ah dia rasakan mamanya cukup lembab dan bodoh.
"Waktu papa hidup kenapa mama tak goda habis-habis orang tua tu. Sekarang mama yang nak menyesal." Ujarnya datar.
Puan Hayati tersentak mendengar itu. Mata dipincingkan merenung anak lelakinya. Hati mendongkol kegeraman.
"Kau ingat senang? Mama kena berpura-pura jadi mama yang terbaik untuk anak kandung dia. Kau gila baru kahwin dah tanya soal harta. Haish sudahlah, sakit hati aku bercakap soal ni. Mama nak tanya dari semalam lagi, kenapa muka kau lebam-lebam tu?"
Terjengket kening Henriq. Mukanya diraba dengan tangannya. Lalu kedua bahu diangkat selamba.
"Mama pernah nampak muka Adam tak?" Soal Henriq. Malas ingin bercerita tentang hal lebam diwajahnya.
"Sedangkan muka Qisya pun payah mama nak tengok apatah lagi si Adam. Rayyan pandai sorokkan anak bini dia. Mama nak jejak rumah dia pun kena halau. Ramai pengawal berjaga." Adunya dengan nada menyampah.
Benar, puan Hayati sudah berapa tahun tidak berjumpa dengan Qisya dek kerana Rayyan mengawal ketat rumah yang mereka duduk itu. Tidak membenarkan orang luar hatta emak tirinya sendiri masuk.
Berkerut dahi lelaki itu setelah mendengar bicara ibunya. "Macam mana mama tahu Adam tu anak Rayyan?"
"Mama pernah upah orang siasat hal ni. Rayyan sendiri dah 3 kali buat DNA test dekat anak dia. Hasil ujian semua positif." Jelasnya ringkas.
Lama Henriq terdiam memikirkan sesuatu. Hasil positif tapi Rayyan pada waktu itu bermati-matian menidakkan tentang ini. Musykil dihati makin bermaharajalela.
Dengan berhati-hati, Rayyan membalut kaki kanan itu dengan bandage setelah selesai menyapu ubat. Sesekali mata menjeling kearah wajah itu yang masih nyenyak dibuai mimpi.
Badan didirikan dari melutut apabila selesai kerjanya. Rayyan melakukan setiap perkara dengan kadar perlahan agar tiada bunyi yang boleh membangunkan lena si perempuan kesayangannya.
Meja solek dihampiri dia. Ubat serta bandage diletakkan di atas meja. Rayyan mengemaskan kemejanya yang berkedut akibat melutut tadi.
"Ssst..." Mendesis satu suara menahan sakit. Laju mata Rayyan memerhati satu tubuh yang dibaluti selimut itu dengan kosong di depan cermin yang memantulkan tubuh itu.
Qisya membuka mata perlahan. Badannya cuba dibangunkan namun kesakitan di pinggang mematikan niatnya. Berkerut dia memegang tepi pinggangnya.
Lagi sekali dia mengangkat tubuhnya untuk bersandar dikepala katil dengan susah payah. Setelah berjaya baru Qisya perasan kelibat Rayyan yang berdiri tegak di depan cermin itu dengan berpakaian kerja. Terbit rasa takut dihati Qisya.
"Awak dah nak pergi kerja? Maaf saya terbangun lambat." Tergesa-gesa dia menuruni katil. Selimut sekali dibawa untuk menutupi badannya yang tidak berpakaian.
"Auch!"
Terduduk Qisya di birai katil apabila dia rasakan pedih di kaki serta badannya. Pantas kaki kanan yang berbalut dilihat. Siapa yang balut? Mak Jiha ke? Bila masa pula mak Jiha masuk sini?
Namun Qisya hanya membiarkan. Tubuh dipaksa berdiri walau sakit menyengat. Kaki melangkah perlahan menghampiri Rayyan. Dia lebih takutkan amukan Rayyan.
"Saya tak sempat sediakan baju aw..."
"Duduk!"
Terhenti langkah kecilnya. Mata memerhati Rayyan dengan hairan. Duduk? Dia suruh Qisya duduk kah?
"Tak payah bergerak. Aku dah nak gerak ni." Sambung Rayyan lagi lalu kot yang tergantung diambil dan disarung ke badannya.
Tidak langsung dipandang tubuh kecil itu yang masih terkebil-kebil memandang dia dengan riak aneh.
"I don't like to repeat it again." Keras nadanya berkata.
Tanpa sepatah kata, laju Qisya duduk di birai katil. Bulat mata dia merenung wajah datar lelaki itu. Kedua tangannya memegang kemas selimut agar tidak terlucut.
"M..maaf. Siapa yang siapkan pakaian awak?" Ujar Qisya halus. Tertanya-tanya juga dia kerana selama ini memang tugas Qisya menyiapkan semua keperluan Rayyan.
Rayyan tidak suka apabila pakaian nya disiapkan oleh orang lain kecuali jika Qisya tidak sedarkan diri dengan waktu yang lama kerana dipukul teruk oleh Rayyan. Pernah beberapa kali perkara itu berlaku. Namun jika Qisya lambat menyediakan pakaian kerjanya alamat memang mengamuk lah Rayyan. Sudah masak benar dengan sikap suaminya.
"Aku sendiri." Balas Rayyan ringkas, tidak berminat ingin meneruskan bicara.
Melihat raut wajah kosong milik Rayyan yang biasa-biasa sahaja, tidak menunjukkan dia sedang marah melegakan hati Qisya. Senyuman ditarik segaris. Diperhati gerak geri lelaki itu yang mencapai beg bimbitnya.
"Awak nak saya teman sarapan?" Soal Qisya apabila melihat Rayyan berura ura ingin keluar bilik.
"Tak payah. Dengan kau macam ni nak turun bawah?" Keras nadanya. Tiba-tiba memikirkan rambut Qisya dilihat pengawal lelaki yang berjaga di sekitar rumah membuatkan hatinya mendongkol marah.
Hatta mereka berkawal di luar rumah, tetapi sangat tinggi kemungkinan mereka dapat melihat rambut isterinya.
Laju Qisya memilik dirinya sendiri. Bibir digigit apabila merasakan nada Rayyan yang tadinya biasa kedengaran keras di deria telinganya.
"Err...saya boleh bersiap sekejap."
"No need."
Perlahan kepalanya diangguk beberapa kali walaupun sedar lelaki itu tak akan nampak.
"Awak..." panggil Qisya lembut. Nafas ditarik seketika.
"Semalam awak ajak kami keluar hari ni. Jadi kan?" Soal dia penuh berhati-hati. Mata memandang penuh pengharapan kearah belakang tubuh Rayyan.
Rayyan mendecit halus mendengar suara itu yang seakan takut. "Cancel, tunggu kaki kau baik dulu."
Selesai berkata, tangannya memulas tombol pintu lalu badan dibawa keluar dan pintu bilik ditutup. Lift dihampirinya kemudian jari menekan punat nombor. Terbuka sahaja pintu lift, Rayyan bergerak mendekati ruang makan namun dia hanya berdiri tegak.
"Mak Jiha!" Laungnya kuat.
Terkocoh-kocoh si tua menghampiri tubuh Rayyan apabila nama dia dilaung kuat oleh majikannya.
"Tolong hantar makanan dekat atas untuk Qisya." Ujarnya memberi arahan setelah tubuh mak Jiha berdiri tidak jauh darinya.
"Baik tuan."
Rayyan sambung melangkah ke pintu utama yang sudah terbuka luas. Terlihat Nayyis yang berdiri tegak sedang membuka pintu kereta penumpang.
"Tuan tak sarapan?" Tanya mak Jiha apabila Rayyan menonong pergi tanpa menjamah sarapan yang sudah lama terhidang di meja makan.
Melihat tiada balasan langsung oleh lelaki itu membuatkan mak Jiha menunduk faham. Selalu jika Rayyan mahu sarapan pasti kelibat Qisya akan ada di kerusi, melayani lelaki itu bersarapan tetapi hari ini kosong sahaja dan secara tiba-tiba Rayyan memintanya menghantar makanan kepada puan nya.
Selesai membersihkan diri dan mengisi perutnya, langkah Qisya dengan perlahan dibawa kebelakang rumah untuk menuju ke pondok taman pokok bunga yang dihadiahkan oleh Rayyan kepadanya waktu awal-awal mereka berkahwin.
Sempat juga bilik Adam dijenguk namun melihat tubuh kecil itu yang masih terlena mematikan niat Qisya untuk berbual dengan anaknya.
Qisya menarik senyuman manis melihat pokok-pokok bunga yang dijaganya sudah tumbuh mekar. Kawasan ini memang dia sahaja yang menjaga kecuali jika Qisya meminta salah seorang pembantu untuk menyiram pokok bunganya.
"Bunga matahari ni patut ke aku potong? Dah tinggi sangat ni." Bisiknya seorang diri. Bunga matahari itu disentuh dengan kedua tangannya.
"Tapi cantiklah, cuma nampak serabut pulak." Omelnya lagi.
Matanya beralih pula melihat bunga orkidnya yang masih terbantut tumbesaran. Bibir melengkung ke bawah. Rasanya dia tidak pandai agaknya menjaga bunga yang satu ini.
"Kenapa awak tak besar-besar lagi ni? Merajuk ye tak nak jumpa dunia." Qisya leka berbual dengan bunga nya. Bunga-bunga dia sahaja kawan bagi Qisya yang kesunyian setelah pergaulan, kebebasannya disekat oleh Rayyan selepas sahaja mereka berkahwin.
"Lepas ni nak cuba tanam pokok bunga rose lah. Nanti aku minta Nayyis belikan baja."
Pantas Qisya menegakkan kembali badannya yang sedikit membongkok itu. Pinggang di pegang sekejap tatkala sakit menyinggah. Lalu rak kecil yang menempatkan pelbagai alatan menanam dihampiri. Sarung tangan dipakai ke kedua tangannya. Pasu baru dan cangkul kecil diambil. Kerja menanamnya dimulai dengan semangat.
Tanpa Qisya sedar, ada satu kelip-kelip cahaya merah di sudut atas bumbung lutsinar yang menutupi taman itu.
Gerak geri satu tubuh perempuan yang terlayar di skrin telefonnya diperhatikan dengan mata yang penuh obses. Perlahan bibir ternaik menyeringai.
Dia tidak jemu memerhati apa yang dilakukan perempuan itu sehingga membuatkan dia makin menunjukkan belang sebenarnya yang sudah lama dia simpan.
"Projek bangunan dekat Perak berjalan dengan lancar..."
Sayup-sayup telinga dia mendengar pekerjanya sedang memberi penerangan. Namun dia leka kembali melihat perempuannya yang sedang mengangkat pasu pokok kaktus.
"Mungkin kita perlu tambah pekerja supaya bangunan tu siap sebelum tempoh yang ditetapkan..."
Mata tajam merenung skrin telefon itu bagai nak tembus. Ibu jari diusap seakan mengusap wajah perempuan itu secara nyata.
Anggun yang dari tadi mencatit sesuatu di iPadnya terdiam apabila matanya dapat menangkap tingkah laku tuannya yang leka memandang telefon di tangan lelaki itu. Berdehem dia agar dapat menyedarkan Rayyan.
"Beautiful..." Bisik Rayyan seorang diri. Diabaikan pekerjanya yang berada di bilik meeting ini.
Diam. Mereka yang berada di bilik ini masing-masing berpandangan sesama sendiri tatkala melihat majikannya yang tersenyum seorang diri sambil menatap telefon ditangan.
"Err tuan un.."
"Shh."
Anggun terdiam setelah ditegur oleh Rayyan. Terkebil-kebil dia berbalas pandang dengan pekerja lain. Lalu tanpa membuang masa dia pantas berdiri.
"Okay, let's end our meeting here." Arah gadis itu serius lantas mereka berdiri mengemas barangan mereka di atas meja.
Berpusu-pusu seorang demi seorang keluar melalui pintu hadapan bilik meeting. Meninggalkan Rayyan yang masih di dalam dunia dia seorang diri.
Mata yang bercoklat terang perlahan bertukar hitam gelap. "My beautiful Qisya.."
Hanya pandangan itu dia seorang sahaja tahu. Pandangan penuh cinta, penuh obsesi.
"My pretty Qisya.."
"You're so damn beautiful like angel.."
Tanpa jemu dan tanpa bosan dia melihat penuh minat gerak geri Qisya. Bibir yang terasa kering dijilat dengan lidahnya.
"You don't know how much I'm obsessed with you.."
____
Weh makin merepek hm...
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro