Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6


Buk!
Buk!
Buk!

Nayyis berdiri tegak sambil mata memerhati kosong kearah gelanggang yang menempatkan Rayyan serta seorang lelaki yang sudah terduduk lemah. Rakus Rayyan menjadikan anak buahnya sebagai punching bag. Diabaikan sahaja tubuh lelaki itu yang mula kelihatan lemah seakan ingin pengsan.

"Bangun!" Rayyan memberi arahan ringkas. Leher diregangkan. Tiada langsung sekelumit belas kasihan kepada lelaki itu yang sudah seperti ingin menghembuskan nafas kali terakhir.

Mendengar itu, laju lelaki itu bergegas bangun dengan susah payah. Kedua tangan diangkat separa dada sedia ingin berlawan. Kedua kelopak mata yang sudah lebam dipaksa untuk dibuka.

Rayyan laju menumbuk bertubi-tubi perut lelaki itu. Dia lepaskan kemarahan semalam kepada orang yang tidak bersalah. Langsung dia tidak kisah asalkan hatinya puas.

"Tuan, Anggun call saya untuk ingatkan tuan, meeting dengan Dato' Jaafar tengah hari ni." Ujar Nayyis datar. Sejujurnya dia tidak mahu melihat ada yang mati hari ini, jadi dia terpaksa juga menghentikan Rayyan.

Tumbukan Rayyan yang beralih ke muka mangsanya terhenti. Kepala menoleh sekilas kebelakang melihat tubuh Nayyis berdiri tegak. Rayyan bangun dari menindih anak buahnya. Kepala yang berdarah serta lebam teruk itu dipijak dengan kakinya lalu disepak kuat sebelum kaki melangkah menuruni gelanggang.

"Tuan." Botol air mineral dihulur kepada Rayyan yang sedang membuka sarung tangan tinju itu.

Rayyan pantas mengambil dan laju dia minum membasahkan tekak yang kering. Bergerak-gerak halkumnya menelan air itu. Nayyis setia memerhati dari tepi.

"Hantar Adam balik ke rumah." Botol yang sudah kosong dilempar ke lantai. Tuala bersih diambil dan dilap di badannya yang berpeluh hebat.

"Baik tuan." Nayyis menunduk sedikit menerima arahan.

"Henriq jumpa aku semalam. Pastikan kau perhati dia. Aku tak nak dia jumpa Qisya." Rayyan mengelap tengkuknya pula.

Jeda. Nayyis sedikit terkejut apabila nama Henriq disebut. Diperhati riak wajah Rayyan yang hanya kosong sahaja.

"Ada apa-apa lagi tuan?"

Rayyan berhenti mengelap. Tuala dilempar ke bangku panjang. Tubuh dipusing menghadap Nayyis.

"Budak tu...patut ke aku biar dia bebas?" Datarnya bertanya meminta pendapat dari Nayyis. Riak kosong masih terpasang di wajah.

Nayyis berkerut dahi untuk memahami soalan itu. "Maksud tuan? Bebas macam mana?"

Rayyan membuang pandang ketepi. Baginya kebebasan Henriq membuatkan dia paranoid. Nafas ditarik kasar lalu dihembus. Tuala kembali diambil.

"Bebas. Dia boleh bersekolah. Aku benarkan dia lihat dunia luar." Ujar Rayyan. Tangan bergerak mengelap perutnya.

"Saya rasa okay jugak tu, mungkin kalau tuan bincang hal ni dengan puan Qisya, dia akan happy." Balas Nayyis dengan teliti. Kang salah cakap nanti dia pulak yang dijadikan bahan lepaskan kemarahan.

Memang Nayyis sangat yakin jika hal ini diberitahu kepada Qisya, perempuan itu akan bahagia. Mungkin difikiran Qisya, Rayyan mula cuba untuk menerima kembali mereka berdua. Ah Nayyis pun tidak tahulah apa yang ada di dalam kepala otak tuan dia.

"Nanti tolong uruskan hal sekolah untuk Adam." Akhirnya setelah lama berfikir, Rayyan memutuskan keputusan.

"Lagi satu, kalau Henriq nak jumpa anak dia, benarkan. Pastikan biar berteman." Ujarnya kosong. Kaki ingin melangkah ke bilik air membersihkan diri sebelum bersiap untuk ke pejabatnya.

Difikirkan Rayyan saat ini cuma ingin memuaskan hatinya. 5 tahun dia menunggu waktu ini. Tidak akan disia-siakan olehnya. Yang pasti dia ingin mereka merasakan sakit juga. Tidak adil bagi Rayyan yang hanya menanggung sakit kerana pengkhianatan ini.

"Tuan..." Suara Nayyis tiba-tiba memanggilnya menghentikan langkah Rayyan. Namun dia hanya berdiri tegak tanpa memalingkan badan. Menunggu bicara itu diteruskan.

"Tuan bukan dah buat DNA lebih dari 3 kali? Hasil DNA pun positif." Nayyis tahu hasil ujian itu kerana dia yang bertanggungjawab membawa fail itu kepada tuannya. Positif, namun reaksi Rayyan yang bermati-matian menolak untuk menerima Adam membuatkan dia sangat pelik.

Raut wajah Rayyan bertukar tegang. Tangan dikepal menahan rasa. Cukup benci dia apabila orang bawahan seperti Nayyis berani mempersoalkan tentang itu.

"Atau tuan sebenarnya tak dapat terima yang tuan bukan orang pertama sentuh puan?"

Badan Nayyis terhempas kuat ke dinding apabila Rayyan secara mengejut menolak kuat badannya. Lengan kekar itu kuat menghimpit lehernya sehingga Nayyis rasa dia kekurangan nafas. Seakan mencekik dirinya.

"Bodoh!" Mata Nayyis dihidangkan dengan muka bengis Rayyan.

"Jaga percakapan kau Nayyis! Jangan sampai aku tarik balik kos rawatan pembedahan mak engkau." Bisiknya keras didepan muka Nayyis yang kian memerah namun bibir lelaki itu hanya terkunci dari membalas.

"Kau patut sedar dari mana aku kutip engkau. Aku percaya kau sebab aku tahu kau bukan jenis masuk campur hal peribadi aku..."

Dirasakan tekanan tangan itu makin kuat menjerut leher dia. Nayyis cuba menarik nafas. Secara tiba-tiba wujud gentar dihati dia apabila Rayyan yang selama ini terlihat seakan tenang mula menunjukkan taringnya.

"Kau fikir aku bodoh Nayyis? Kau plan nak bawak lari dia kan?" Rayyan berbisik lagi. Kali ini suaranya kelihatan seram di pendengaran telinga Nayyis. Bibir Rayyan menarik senyuman mengejek.

"Jangan Nayyis...jangan sesekali kau sentuh hal Qisya. Kau belum tengok setan aku lagi. Mungkin aku terlampau layan kau baik." Lalu Rayyan melepaskan tangan dia. Terduduk terus tubuh Nayyis sambil hidung tercungap-cungap mengambil nafas. Tangannya pula meraba leher.

"M...maaf tuan." Ujar dia kemudian badan melutut kearah Rayyan yang sedari tadi masih berdiri tegak memerhatikan dia dengan senyuman mengejek.

"Saya tak patut campur hal puan. Saya minta maaf." Nayyis merendahkan badan dia seakan bersujud. Bersedia jika badannya menerima hukuman. Sial! Sepatutnya dia sedar diri, orang miskin seperti dia bagaimana terfikir hendak membawa lari si permaisuri hati tuannya. Sedangkan nyawa ibunya sendiri di dalam genggaman lelaki itu.

Rayyan bertinggung didepan Nayyis yang bersujud merayu kepadanya. Tangan secara perlahan mengusap rambut itu.

"Good. Kembalikan perangai lama kau waktu mula-mula aku kutip kau dulu."



Air di dalam teko, dituang ke dalam cawan milik Rayyan. Berhati-hati Qisya dalam membuat kerjanya. Tidak mahu ada yang salah. Tidak mahu menerbitkan kemarahan lelaki itu. Setelah itu, Qisya pantas mengambil duduk di kerusi berdekatan lelaki itu apabila selesai melayani Rayyan.

Rayyan hanya diam memerhati sebelum sudu diambil untuk menjamah nasi di dalam pinggannya. Dikerling sekilas wajah menunduk Qisya.

"Esok kita keluar." Ujar Rayyan memecahkan kesunyian. Memang begini, jika waktu mereka makan tidak dibenarkan langsung pembantu hatta Adam sekalipun untuk menjamah makan sekali. Rayyan hanya mahu mereka berdua di meja panjang ini.

Qisya tersentak sedikit. Wajah diangkat melihat kearah Rayyan yang kosong menyuap nasi ke dalam mulut. Mulut terbuka ingin bertanya namun terkatup kembali.

"Bawak Adam sekali." Sambung dia tatkala melihat Qisya seakan takut ingin membalas.

Membulat mata Qisya mendengar akan itu. Tidak salah dengarkah dia? Wajah Rayyan dilihat untuk meminta kepastian.

"Keluar? Bawak Adam? Kita nak pergi mana?" Suara Qisya saat ini kedengaran sungguh teruja.

"Beli keperluan sekolah dia."

Qisya terdiam lama. Terkelip-kelip mata dia seakan tidak percaya. Kali ini bukan setakat tidak percaya, dia rasakan Rayyan seperti sedang disampuk sahaja.

"Dengar tak?" Ujarnya keras apabila tiada balasan dari bibir kecil itu.

Qisya cuma mengganguk berkali-kali. Suara seperti tidak mahu terkeluar. Hati masih terkejut mendengar itu. Sekolah? Rayyan mahu Adam bersekolah?

"Voice Qisya!" Tajam mata memandang wajah Qisya. Sudu sudah terlepas dari tangan.

"D..dengar. Saya dengar tuan. Err..sa...saya cuma terkejut. Tuan nak Adam sekolah?" Ujar Qisya lembut tidak mahu memburukkan keadaan. Seperti biasa, biarlah dia mengalah dari badan dia yang akan kena nanti.

"Hmm..." Sudu kembali diambil. Suapan makanan diteruskan Rayyan. Diperhati riak wajah Qisya yang sudah tersenyum teruja itu. Sedikit sebanyak hati dia terasa lapang.

"Tuan dah daftar kan Adam ke tadika? Boleh saya tahu Adam dekat mana? Kalau tuan belum cari lagi, saya cadangkan tadika..."

"Dah, private tadika. Aku suruh Nayyis daftarkan." Potong Rayyan akan bicara Qisya. Terbit dihati perasaan cemburu. Cemburu kerana Qisya hanya kelihatan gembira apabila melibatkan Adam.

Teringat kembali ucapan Henriq di pejabatnya. Betulkah? Hatinya tiba-tiba menderam benci.

"Lah mesti mahal kan? Kenapa tak sekolah tadika biasa je. Lagipun Adam kecil lagi." Ceria nada suara milik Qisya. Terus terbang rasa takut apabila berhadapan dengan Rayyan. Adam sudah memasuki usia 5 tahun jadi Qisya sempat bimbang kerana dia takut Rayyan tidak membenarkan Adam bersekolah namun terus hilang kebimbangannya sekarang.

"Just accept it. Otherwise I will not allow him to go to school and he will probably never feel what a boy his age feel like."

Ugutan Rayyan yang kedengaran tenang namun berbahaya itu mematikan keceriaan dihati dia. Mati terus senyuman milik Qisya. Alah nak ajak berbual je. Pantang sikit salah terus ugut. Sebal hati Qisya tetapi dia tidak berani ingin bersuara. Lihat riak wajah datar itu sudah cukup menggentarkannya.

"Terima kasih." Ucap Qisya ikhlas bersama senyuman segaris. Tangan kembali menjamah nasi dipinggan.

Rayyan mendengus geram. Sudu ditangan dibaling kasar. Berdenting sudu besi itu berlaga dengan meja kaca.

"Kenapa?" Ucapnya keras. Tangan dikepal erat. Mata tajam merenung riak terkejut Qisya.

Terus menggigil badan kecil Qisya. Hatinya sudah mulai terbit rasa takut. Takut dengan kemarahan lelaki itu. Trauma kerana badannya akan dipukul untuk melepaskan kemarahan Rayyan.

"Kau cuma tersenyum untuk budak tu? Kau cuma ceria untuk anak haram tu?! Kenapa dengan aku kau langsung tak senyum macam tu?!" Amuknya. Marah, dia marah kerana sudah lama rasanya Qisya tidak berbual mesra kepada dia. Tersenyum serta tergelak.

Qisya cepat-cepat membasuh tangannya di mangkuk air basuhan tangan. Dia pantas berdiri. Pinggan diangkat untuk dibasuh. Dada berdebar takut sehingga air mata terasa ingin keluar.

"Kau nak pergi mana?! Duduk aku cakap!!" Jerkah Rayyan lantang. Bergema kuat suaranya di meja makan ini. Pantas lengan kecil Qisya ditangkap dan dicengkam kuat. Terlepas pinggan ditangan Qisya. Pecah berderai dilantai menghentak kaki Qisya. Terpejam dia menahan sakit.

"Ssst...ma...maaf tuan." Qisya laju melabuhkan punggung di kerusi itu kembali. Kaki yang luka itu disorok. Qisya menundukkan wajah tidak mahu bertentangan dengan panahan mata tajam itu.

"Kau nak lari?! Hah?! Lepas Henriq bebas kau dah mula berani dengan aku!!" Pinggan mangkuk di atas meja dilempar sesuka hati.

Qisya genggam bajunya erat. Mata terpejam takut. Bibir menggeletar halus. Telinganya menangkap banyak kali bunyi kaca pecah. Qisya cukup lali dengan perangai Rayyan yang satu ini. Jujur, Qisya terkadang merasakan yang Rayyan mempunyai masalah mental.

"Balas bodoh! Mana suara kau tadi? Dah hilang?! Kau nak aku call Nayyis suruh dia cancel pendaftaran sekolah anak kau hah!!" Dagu Qisya ditarik memaksa memandangnya. Mata yang terpejam itu sudah mulai mengalirkan air mata.

Itu makin menambahkan kemarahan dihati Rayyan. Kenapa? Kenapa jika dengan dia hanya air mata sahaja yang Qisya keluarkan. Tiada gelak tawa. Dagu Qisya dilepas kasar.

"Ja..jangan tuan. S...saya minta maaf. Saya tak sengaja." Ujar Qisya halus. Esakan ditahan agar tidak terlepas. Melihat wajah bengis lelaki itu membuatkan dia pantas beralah. Tahu, jika dia tidak mengalah maka sampai esok lah Rayyan akan mengamuk sakan.

"Lap air mata kau sekarang!" Tegas Rayyan. Amarah cuba ditahan sebaik mungkin.

Mendengar itu, pantas dia menyeka laju air mata di pipi sambil diperhatikan Rayyan.

Dengan cara mengamuk begini Rayyan mahu dia ketawa gembira? Tidak tahukah dia, lelaki itu sendiri yang membuatnya menangis.



Terjenguk-jenguk satu badan melihat kearah ruang meja makan itu. Mata dari tadi menjadi saksi amukan tuannya. Tergeleng sahaja dia melihat pinggan mangkuk sudah pecah. Rasanya sudah acap kali pinggan mangkuk menjadi mangsa amukan lelaki itu. Faham benar mereka dengan sikap panas baran Rayyan.

"Mak Jiha! Buat apa tu." Sergah satu suara dengan perlahan dari arah belakang. Gila mahu sergah dengan nada kuat? Alamat mereka lah yang menjadi mangsa kemarahan Rayyan.

Mak Jiha laju menoleh kebelakang. Husna dilihatnya sekilas kemudian badan kembali dipusing.

"Itu hah. Tuan kesayangan kau! Mengamuk lagi lah tu. Kali ni tak tahu lah mengamuk pasal apa lagi." Bibir terjuih menunjuk kearah depan.

Mata Husna sekali terarah melihat itu. Terbit dihati perasaan kesian dengan Qisya yang terduduk takut itu. Jika Husna ditempat Qisya pun memang dia akan takut begitu.

"Hm, kita kena kemas lah lepas ni." Ujar Husna setelah menangkap kaca berterabur di lantai.

"Kesian saya dengan puan Qisya tu, 5 tahun dia bertahan dengan perangai panas baran tuan. Kalau saya mak Jiha memang angkat kaki dah." Sambungnya lagi.

Mak Jiha yang mendengar itu diam seketika. "Entahlah Husna, hal rumah tangga diaorang janganlah kita masuk campur."

"Tapi saya nampak sendiri dengan mata saya, tuan pukul puan." Bisiknya ditepi telinga orang tua itu.

Mak Jiha terdiam lama. Siapa sahaja di dalam rumah ini tidak nampak. Namun mereka cumalah pembantu rumah. Tidak boleh berbuat apa-apa.

"Dah kita ni pembantu je. Kalau tak nak hilang kerja ni, butakan mata, pekakkan telinga." Balas Mak Jiha tegas lalu badan bergerak melangkah pergi. Sempat ditarik lengan Husna sekali mengheret mereka untuk pergi dari terus menerus menyaksikan drama di depan.



Kosong dia merenung sekujur tubuh yang lena di katil. Wayar yang berselirat di tangan tua itu direnung lama.

"Tch."

Mendecit Nayyis halus. Lebam di tepi bibir disentuhnya. Sempat juga badan dia dijadikan punching bag oleh Rayyan. Menyesal tidak berguna sudah. Sepatutnya dia harus berhati-hati dalam setiap percakapan dan perbuatannya. Lelaki mental dan panas baran seperti Rayyan itu memang tak akan teragak-agak menyakiti mereka.

"Sampai bila mak nak terbaring macam ni?"

"Aku tahu mak sakit...aku pun sakit mak."

"Aku penat, badan aku penat, otak aku berkali-kali terfikir nak bunuh diri mak."

"Tolonglah bangun mak. Tolonglah sihat cepat."

Nayyis merayu dengan nada datar. Menangis? Air mata sudah lama tidak keluar sejak dia mula berkerja untuk Rayyan. Perangai setan tuan nya menjadikan hati dia kering.

Jangan cakaplah berapa kali tubuh dia dijadikan punching bag. Tapi dia tahan, demi ibunya.



___

Rayyan sewel. Dengan aku sekali sewel.

Jangan lupa vote and komen yunkk

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro