Bab 5
"Nayyis...sekejap!" Terkocoh-kocoh Qisya mengejar lelaki itu yang baru ingin melangkah keluar.
Dari tadi Qisya menanti penuh sabar lelaki itu keluar dari bilik kerja milik Rayyan. Jarang Nayyis datang kesini kecuali jika dipanggil oleh Rayyan saja baru dia akan menjejakkan kaki kesini.
Nayyis berdiri statik tatkala namanya diseru. Tidak lepas memandang sekujur tubuh kecil Qisya berlari mendekatinya sehingga mereka berdiri bertentangan.
"Kenapa?" Wajah mengah Qisya dipandang kosong. Kedua tangan disilang kebelakang gaya biasa apabila berdiri berdekatan tuan dia.
"Saya...saya nak tanya. Adam. Adam mana? Kenapa lepas balik Malaysia saya tak nampak dia dalam rumah ni?" Bertanya dengan keras nadanya. Jika melibatkan anak, dia tidak akan pernah berlembut.
"Ada, dia dekat rumah saya. Saya cuma menunggu arahan tuan untuk bawak dia ke sini." Ujar dia kemudian mata dialihkan. Tidak boleh memandang lama wajah isteri tuannya. Lain pula yang jadi.
Berkerut geram Qisya. Terdongak sedikit wajahnya merenung tajam wajah tidak beriak milik Nayyis.
"Tak payah tunggu arahan dia! Sekarang awak ambil Adam, bawak dia datang kesini!"
"Maaf puan, saya cuma ikut arahan dari tuan Rayyan." Balasnya datar. Tidak terusik langsung hatinya tatkala dimarahi.
Kedua tangan digenggam erat menahan diri dari meneriak marah dihadapan Nayyis yang jelas tidak bersalah langsung dalam hal ini.
Yang patut dipersalahkan sekarang ialah Rayyan!
"Kalau dah tak ada apa-apa lagi..."
"Sekejap! Pil perancang saya dah habis. Saya tak boleh tunggu esok. Tolong belikan sekarang." Topik tentang Adam cuba disimpan dahulu. Tidak guna dia terlolong macam orang gila. Mereka tak akan kesah kerana mereka hanya mengikuti arahan Rayyan.
"Pasal tu...maaf. Tuan minta saya stop beli pil tu." Terang Nayyis. Pelik juga apabila arahan itu. Baginya, selepas kelahiran Adam, Nayyis wajib menghantar stok pil perancang kepada Qisya.
Terkedu dia mendengar balasan Nayyis. Gigi diketap. "A...apa?"
Nayyis terus tunduk hormat kearah Qisya untuk meminta diri setelah menyedari lama dia disini. Pendrive ditangan dimasukkan ke dalam kocek seluar slack nya. Nayyis diminta datang kesini oleh Rayyan untuk mengambil pendrive dan perlu terus balik ke tempat kerja.
Pemergian Nayyis dipandang ekor mata. Sejujurnya, Qisya tidak kisah tentang pil perancang itu tapi dia merasakan pelik. Kenapa baru sekarang?
Kaki disilang dan badan disandar ke sofa empuk itu, tangan menongkat dagu sambil mata kosong memerhati pekerja lalu lalang. Dibiarkan saja tatkala ada yang memandangnya.
"Tuan Henriq...maaf lambat. Tuan Rayyan baru habis meeting. Masuklah, tuan Rayyan tengah tunggu tuan Henriq dalam bilik kerja." Ujar satu suara lemah lembut. Pantas Henriq mendongakkan kepala.
"You ada bagitahu I yang datang nak berjumpa dia?"
Anggun mengerutkan dahi sekejap lalu kepala dijatuhkan berkali-kali.
"Ada sebab kalau saya bagitahu bukan tuan yang datang, kemungkinan tuan Rayyan tak mahu berjumpa tuan." Jelas Anggun berhati-hati. Anggun selaku setiausaha kepada tuan Rayyan seboleh mungkin tidak mahu masuk campur akan hal dua beradik itu.
Datar wajah Henriq melihat wajah Anggun yang sedaya upaya memaniskan muka walaupun jelas kelihatan dia sedang tidak selesa.
"Why?" Henriq bertanya dengan nada halus namun tetap dapat ditangkap ditelinga Anggun.
"Err...buat masa sekarang tuan Rayyan tidak mahu berjumpa dengan sesiapa kecuali cuma urusan kerja saja. Saya cuma ikut arahan." Formal ayatnya. Sedari tadi senyuman manis tidak lekang dibibir sekadar menghormati lelaki di depannya yang merupakan adik tiri kepada bosnya.
Henriq bingkas bangun sambil membetulkan baju tshirt di badan. Topi hitam yang dari tadi dikepala dikemaskan. "Alright."
Terpinga-pinga Anggun melihat lelaki itu melintasinya. Berjalan dengan langkah agak laju. Anggun garu pipi sebelum langkah lelaki itu cuba dikejar namun dengan langkah agak perlahan kerana skirt ketat separa lututnya menghadkan larian dia.
"Tuan! Tuan Henriq! Sekejap biar saya hantar ke bilik tuan Rayyan." Pantas Anggun menahan pintu lift kemudian badannya dimasukkan sekali lalu jari menekan butang nombor.
"No, I bukan tak biasa kesini. You boleh sambung kerja you." Anggun di depan diperhati.
Setelah pintu tertutup, Anggun paling badan kebelakang sebentar, "Ini arahan tuan Rayyan. Maaf sekali lagi tuan."
Anggun tunduk badan sedikit lalu badan dipusing ke depan semula. Nombor yang bergerak atas pintu lift dipandang sekilas. Cepatlah sampai.
Hujung bibir Henriq ternaik sedikit. Huh?
Ting!
Laju Anggun berjalan keluar lalu dia berhenti seketika dengan tangan kanan di depa ke depan mengalukan tubuh Henriq berjalan dahulu.
"Silakan tuan."
Kaki panjangnya menghala ke bilik kerja abang tirinya. Mata merenung sekeliling dalam bangunan ini. Bangunan ini hanya khas untuk jawatan yang tinggi serta orang kepercayaan Rayyan. Henriq tahu itu kerana dulu dia sering datang kesini.
Sampai sahaja di depan pintu hitam, tombol pintu ditarik oleh Anggun lalu dibuka. Menunggu tubuh lelaki itu berjalan masuk kemudian badan dibongkok hormat kearah Rayyan yang tajam melihat.
Pen ditangan Rayyan diputar perlahan namun mata tajam merenung bagai singa kelaparan ke tubuh Henriq yang selamba duduk di sofa yang berada dalam bilik kerjanya.
"Seem like...kau makin berjaya huh?" Mata diliarkan ke serata bilik kerja itu yang nampak makin mewah.
"Of course lah, sebab kau dapat semua harta papa kan?" Senget kepala melihat wajah Rayyan yang tidak beriak merenungnya dengan mata yang tajam. Tergelak mengejek dia akan itu.
"Don't you miss me my brother? I miss you and I miss my son." Kali ini berubah air muka Rayyan. Sengaja Henriq memancing dia dengan perkataan itu.
Digenggam erat pen itu oleh tangannya. Urat-urat sudah mulai kelihatan. Rayyan tahu, Henriq ingin memancing dia namun jika soal anak itu dibangkitkan, cepat sahaja emosinya terpancing.
"Anak kau sihat. I think he already 5 year old. Aku ingat lepas kau keluar penjara, kau terus jumpa dia." Rayyan membidas kembali. Badan disandar ke kerusi kerja.
"Wow, should I thanks to you sebab dah jaga anak aku dengan baik atau aku sepatutnya berterima kasih dekat Qisya?"
"Aku terharu, dia tetap lahirkan anak aku, jaga anak aku dengan penuh kasih sayang. She really love our son." Dihujung ayat, Henriq tergelak halus.
Terkepal tangan sasa Rayyan yang berada diatas meja. Pen dilemparkan atas meja. Tubuh dibawa bangun melangkah ke cermin dinding lutsinar. Bangunan tinggi diluar ditatap kosong cuba meredakan amarah yang menjentik dihati. Jika ada pistol ditangan, memang disini juga demgan tidak segan silu dia akan menembak kepala lelaki itu.
"Kau boleh ambil Adam sekarang. Since kau dah bebas dari penjara, I think it's your turn already untuk jaga dia." Tutur Rayyan keras.
Henriq berdecit kasar mendengar itu. Penjara? Ya dari minggu lepas dia sudah keluar dari penjara berkat ibunya merasuah polis untuk menutup kesalahan dia dan memendekkan jangka masa Henriq meringkup di penjara. Dek kerana itu dia memakai topi menutup mukanya dari pandangan orang ramai.
"Kalau aku ambil Adam, kau rasa Qisya akan bagi?"
"Apa kata...you just divorce her and I will take her as mine. We will be the happiest family ever and I will make sure Adam will get a little brother..."
Rayyan terus menerpa kearah tubuh Henriq yang sedang enak duduk. Kolar baju lelaki itu ditarik kasar dengan kedua tangan sehingga terangkat badan itu berdiri setengang dengannya. Mata tajam menikam mata Henriq yang jelas terkejut itu.
"Matikan niat kau nak ambil dia. Sampai aku mati pun aku tak akan lepaskan dia." Hembus nafas Rayyan kedengaran sangat laju. Kembang kempis hidung menahan marah.
Pantas Henriq menutup rasa terkejutnya dengan melemparkan senyuman mengejek. "Kenapa? Nak pukul aku lagi? Tak puas kau bantai aku dulu lepas tu kau humban aku dalam penjara. Tak puas lagi?"
"Kalau untuk jantan tak guna macam kau, tak akan ada kata puas dalam kamus hidup aku!"
Mata mereka berlawanan menyiratkan kemarahan masing-masing. Henriq hanya membiarkan tangan itu yang tidak lepas menarik kolar bajunya.
"Agaknya dulu aku tak patut rogol Qisya..."
"...mungkin aku patut jadikan dia isteri aku dan..."
Buk! Terteleng ketepi muka Henriq apabila satu tumbukan padu dihadiahkan oleh tangan sasa Rayyan.
"Sial! Jantan macam kau tak layak langsung jadi suami Qisya!?" Jerkah Rayyan kuat.
Darah yang mengalir ditepi bibirnya, diseka perlahan sebelum mukanya kembali merenung wajah bengis Rayyan.
"Heh. At least aku dapat sentuh dia dulu. Aku orang pertama yang tebuk dara dia. Adam bukti cinta kami." Tidak serik dia menambahkan bara dihati Rayyan. Suka melihat wajah bengis itu makin merah.
"Bukti cinta? Bullshit! Kau rogol dia bodoh! Kau rogol dia waktu tarikh pernikahan kami makin dekat!! Kau memang setan! Kalau bukan disebabkan mak engkau yang sogok polis dengan duit, memang sekarang aku bersumpah kau akan meringkuk dalam penjara sampai ajal kau dekat situ!!"
Usai berkata, laju pipi Henriq ditumbuk bertubi-tubi. Tidak kisah walaupun badan mereka berdua terjatuh diatas sofa, tetap diteruskan juga. Henriq perlu tahu, dia amat membenci bibir itu menyebut nama Qisya.
"Qi...Qisya... Buk! Q..Qisya tak cin..takan ka..kau... Buk! Buk!" Sedaya upaya masih cuba untuk berkata walaupun tangan Rayyan tidak berhenti menumbuknya.
"Diam!"
"K...kalau di...a cinta kan ka..kau, kk..kenapa sampai sek...sekarang dia ttak men..mengandung anak kau?"
"Diam bodoh!"
Sejurus itu, satu tumbukan padu dilepaskan sebelum badan lemah milik Henriq dilepaskan kasar. Rayyan berdiri menjauhinya. Tangan meraup rambut yang sudah serabai.
Terbatuk-batuk Henriq menahan kesakitan diwajah. Darah yang berkumpul dalam mulut diludah keluar. Badan Rayyan yang menegang dilihatnya dengan mata yang mulai lebam akibat ditumbuk di area itu.
Terkekeh-kekeh Rayyan ketawa. Badan lemah Henriq direnung dengan pandangan kosong. Bibir menyeringai sinis.
"Satu yang kau perlu tahu Henriq..."
"...aku memang tak benarkan Qisya mengandung sebelum ni sebab..."
Muka ditunduk mendekati muka yang penuh lebam milik Henriq. Mata dilarikan ke seluruh raut itu sebelum tepat membalas renungan Henriq.
"...aku tengah tunggu kau keluar dari penjara. Aku sendiri nak kau tengok dengan kedua biji mata kau macam mana perut Qisya membesar. Macam mana anak kami akan membesar. Macam mana kasih sayang yang Qisya beri kepada anak kau beralih dekat anak kami. Aku tunggu waktu itu nanti."
Pipi lebam itu ditepuk perlahan. Pantas badan ditegakkan kembali lalu kaki menuju ke meja kerjanya. Baru tangan menyentuk skrin telefonnya terhenti tatkala mendengar ucapan lemah Henriq.
"Kasih sayang Qisya tak akan beralih selagi Adam masih hidup." Pandangan Henriq makin kabur. Pening sudah menyerang dikepalanya.
"Sama ada kau yang bunuh dia atau aku sendiri akan bunuh Adam dengan tangan aku."
Selepas melemparkan kata itu, laju Rayyan menekan nombor Nayyis.
Pintu rumah dibuka dari luar. Qisya yang sedang tersengguk menahan kantuk, pantas berdiri ingin menyambut gerangan yang membuka pintu itu.
"Tuan..." Terhenti ucapan Qisya apabila raut wajah tegang Rayyan menyapa kornea matanya. Tepi baju diramas perlahan lalu beg bimbit serta kot baju diambil dari tangan lelaki itu.
"Lewat tuan balik hari ni." Gugupnya cuba ditutup tidak mahu kedengaran ketara.
Tajam Rayyan memerhati gerak geri Qisya. Wajah itu dikerlingnya sekilas sebelum kaki berjalan menuju ke lift yang memang tersedia di dalam rumah nya ini.
Qisya cuba mengekor dari belakang. Dimatikan niatnya untuk bertanya tentang Adam setelah melihat mood lelaki itu sedang tidak baik-baik. Masuk sahaja dalam bilik tidur mereka, pantas Qisya meletakkan beg bimbit di sofa dan kot baju diletakkan di dalam bakul baju kotor.
"Err...tuan nak makan? Saya boleh panaskan balik lauk." Rayyan yang sedang membuka jam tangan dilihat.
"Aku dah kenyang." Ujar Rayyan dingin. Butang kemeja dibuka satu persatu. Selesai membuka, baju itu dibiarkan jatuh ke lantai meninggalkan badannya yang cuma bersalut singlet.
Qisya pantas menyambar tuala bersih di dalam almari dan dihulur kepada lelaki itu. Baju yang berada dilantai itu di ambil dan dimasukkan ke bakul pakaian kotor yang tersedia.
"Henriq dah keluar penjara."
Jeda. Qisya yang ingin mengorak langkah ke katil terhenti tatkala mendengar sebaris nama itu.
"O...oh." Balasnya perlahan. Mata dilarikan dari bertembung mata dengan anak mata Rayyan. Terundur setapak langkah dia kebelakang apabila Rayyan bergerak mendekatinya.
"Kenapa? Kau suka?" soal Rayyan dengan nada keras. Reaksi dari Qisya membuatkan dia beremosi seketika.
"T...tak. Ss...saya cuma terkejut je."
Lama dia memerhati wajah yang menunduk itu sebelum tangan melilit tuala di pinggang lalu badan dibawa masuk ke dalam bilik air.
Nafas Qisya laju. Dia seakan susah ingin bernafas. Tangan yang menggeletar itu disorokkan belakang badan. Kejadian 5 tahun lepas yang cuba dilupakan, menjengah ke minda.
Saat itu...
Qisya menunggu penuh sabar kedatangan Rayyan yang tiba-tiba menghantar mesej minta bertemu di taman yang berdekatan dengan rumah keluarga lelaki itu.
"Mana dia ni! Banyak dah nyamuk gigit aku." Lengan yang gatal digaru geram. Pelik juga hati dia apabila tunangnya, Rayyan meminta berjumpa untuk berbincang sesuatu mengenai persiapan perkahwinan mereka yang tidak lama lagi akan berlangsung, pada waktu malam begini. Namun dipositifkan sahaja hatinya.
Qisya yang sedang duduk di kerusi batu taman itu, mengercilkan mata menahan silau kerana ada satu kereta berhenti berdekatan sebelah keretanya. Menghadap dia. Rayyan ke?
"Eh Henriq?" Sapa Qisya apabila sudah dapat mengecam tubuh yang baru keluar dari kereta honda civic berwarna hitam itu. Padanlah dia tidak dapat mengecam kerana tunangnya memakai kereta audi.
"Awak buat apa dekat sini?" Tanya dia lagi setelah Henriq berdiri tepat di depannya dengan memegang air milkshake ditangan.
"Erm Rayyan minta aku teman kau sekejap. Dia ada hal tadi. Sebab tu dia minta aku teman kau. Nanti dia datang." Balas Henriq kemudian dia menghulurkan milkshake ke gadis di depannya.
Terangkat kening milik Qisya. Air yang dihulur dipandang sahaja sebelum mata kembali memandang riak kosong itu.
"Ambillah. Dah alang-alang aku baru balik dari melepak aku belikan kau sekali."
Tanpa banyak bunyi Qisya menerima huluran itu. Was was juga dihatinya kerana dia tahu hubungan antara Rayyan dan Henriq, adik tiri tunang dia memang tidak ngam.
"Minum sementara tunggu Rayyan." Gesa Henriq selepas melihat wajah Qisya seakan teragak-agak.
Terus Qisya menyedut air itu lalu dialihkan padangannya tetapi dia sempat menangkap senyuman yang terbit di bibir lelaki itu secara tiba-tiba.
Air disedut laju oleh Qisya membasahkan tekak yang memang sudah kering akibat menunggu lama kedatangan tunang dia.
"Okay lah Henriq, saya tunggu dekat dalam kereta saya. Tak manis pulak kalau kita berdua dekat sini." Qisya yang baru ingin bangun terduduk kembali. Pening dikepala yang menyerangnya membuatkan dia menutup mata erat. Terlepas air ditangan dia.
"Kenapa?" Soal Henriq halus kemudian mata merenung kosong sahaja dengan keadaan gadis itu.
"P...pening...ss...saya pening." Ditekan-tekan kepala dia. Baru sahaja badan ingin rebah dilantai namun sempat ditangkap oleh Henriq. Kedua lengannya dipegang Henriq. Qisya mendongak kepala. Senyuman sinis Henriq dilihat Qisya.
"Awa...awak letak apa dalam air tu." Katanya sebelum dia rebah kedalam pelukan Henriq. Padangan mata semakin menggelap.
Bangun-bangun sahaja dari lena panjangnya. Dia tersedar badannya tiada seurat sebenang dan Henriq, lelaki itu sedang terbaring dilantai menerima tumbukan dari Rayyan.
"Kau buat apa bodoh!!" Jangan dikata bagaimana rupa Rayyan saat ini. Sudah tentu sangat bengis.
Rambutnya pula tiba-tiba ditarik dengan satu tangan. Terbangun Qisya sambil tangan menarik sekali gebar menutupi badannya agar tidak terlurut. Dia malu dek kerana satu keluarga Rayyan berada di dalam bilik memandang mereka dengan jelak.
"Kau melacur badan kau dekat anak aku!! Dasar betina murahan!? Tak cukup Rayyan, Henriq pun kau nak!!" Jerit Puan Hayati kuat sebelum beberapa tamparan dilepaskan di pipinya.
Terjelupuk jatuh badan Qisya kelantai. Dia masih memproses keadaannya. Bingung dibuatnya kerana dia baru saja tersedar dari lena, tiba-tiba diserang.
"K...kenapa..."
"Kau jangan nak berpura pura! Lepas kau buat maksiat dekat rumah ni kau nak acah suci!" Tangan puan Hayati yang beralih pula menarik rambutnya cuba ditepis.
Maksiat? Mata bergerak-gerak melihat tubuh terkulai Henriq dan Rayyan yang berada di atasnya. Kemudian Qisya beralih memandang katil di bilik itu. Terkedu dia apabila melihat darah yang berada di atas katil. Da-darah siapa itu?
"Kitaorang buat suka sama suka..." Ujar Henriq perlahan.
Tergeleng terus kepala Qisya menidakkan. Panahan tajam bercampur kecewa milik Rayyan memandang dia. Mata Qisya bergenang.
"T...tak awak..tak. Henriq..dia bagi saya minum air. Lepas tu saya tak ingat apa-apa. Dia ada letak something dalam air tu." Jelas Qisya dengan air mata yang mula mengalir.
"Diam kau perempuan jalang! Jangan berani kau nak mereka cerita! Baik kau bagitahu perkara sebenar! Kau yang goda Henriq kan!!" Jerkah wanita tua itu. Menyinga dia apabila anaknya dituduh.
Dan setelah kejadian yang meranapkan hidupnya, Rayyan terus mempercepatkan pernikahan mereka dari tarikh asal tanpa berbincang dahulu dengan Qisya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro