Bab 4
Ditumbuk kuat kerusi pemandu di depannya melepaskan geram. Tidak dihiraukan langsung rasa sakit ditangan.
"Bodoh! Bodoh! Bodoh!" jerit Rayyan kuat dengan amarah yang membara di hati.
"Sekali je...tolonglah sekali je berhenti pukul dia." Tersandar lemah dia ke kerusi kereta. Kepala di dongak dan mata dipejam.
"Kau tak takut kalau dia muak dengan kau?"
"Kau tak takut kalau satu hari nanti dia lari dari kau?"
"Kau sendiri tahu...dia masih bertahan dengan kau kerana Adam." Bisik Rayyan perlahan. Bagai orang gila bercakap seorang diri.
"Dia tak akan berani lari..."
"Kau yakin?"
Rayyan menjerit geram. Kepala terasa mahu pecah dek kerana berlawan dengan kata kata hasutan sendiri. Rambut ditarik keras mengendahkan rasa sakit di kulit kepala.
Hujung rokok dibakar dengan pemetik api oleh tangan kekar Nayyis. Dengan tenang menghisap serta menghembus asap sehingga berkepul-kepul.
Nayyis bersandar badan di luar kereta. Orang yang lalu lalang diperhati dengan riak kosong. Jam tangan dikerling sekilas apabila merasakan dia sudah lama berdiri menunggu di luar kereta.
"Sewel punya bos, lepas pukul bini terus mengamuk dengan diri sendiri..." Gumam Nayyis perlahan. Kereta yang bergegar kerana amukan tuannya diabaikan dari tadi. Sudah terbiasa dengan keadaan seperti ini.
Rayyan akan mengajak dia keluar untuk melepaskan kemarahan di dalam kereta bersendirian selepas sahaja memukul isterinya dan Nayyis dibiar menunggu diluar sahaja. Kalau amukannya luar biasa, tuannya akan memukul salah seorang anak buahnya untuk melepaskan amarah dihati.
"Kalau aku jadi Qisya memang aku dah lari tinggalkan si gila ni. Lima tahun jugak dia bertahan." Rokok dibuang dilantai kemudian dipijak oleh kasut kulitnya.
Selama Nayyis berkhidmat dengan lelaki itu, tipu lah kadang tak ada rasa mahu membawa lari Qisya dan Adam untuk keluar dari sangkar tuan dia namun kehidupan Nayyis juga bergantung dengan Rayyan. Dikuburkan saja niat dia.
Namun Nayyis bertekad, satu hari nanti dia sendiri akan menarik keluar Qisya, melindunginya dari kegilaan Rayyan.
Ketukan dari dalam menyedarkan Nayyis yang mengelamun seorang diri. Pantas pintu pemandu dibuka dan badan dibawa masuk.
"Gerak sekarang tuan?" soal dia lalu cermin pandang belakang dilihat. Penampilan Rayyan diperhatikan, sudah kemas terapi pakaian serta rambutnya. Agaknya tidak mahu Nayyis melihat keadaan tidak terurus nya mungkin.
"Hmm..." Balas Rayyan mendatar sambil jari menari laju di atas skrin Ipad.
Rayyan membawa kami ke syarikat kawan nya disini. Sampai sahaja di bilik pejabat yang mewah, dia menyuruh kami berdua duduk di sofa yang agak jauh dari tempat dia duduk.
Lelaki itu masih leka berbual dengan kawannya menghiraukan kami. Mata lelaki di depan Rayyan terkadang sengaja melihat ke arah Qisya sehingga beberapa kali mata mereka bertembung menambah kegelisahan dihati dia.
"Mungkin bulan depan baru aku datang sini lagi untuk tengok hotel kita dibina." Ujar Rayyan dengan nada kosong. Berkemuncak hati dia apabila dia perasan mata Seth banyak kali mencuri pandang isterinya.
"No hal bro...just trust me. Apa-apa nanti aku terus inform kau." Badan disandar di sofa. Lengan di letakkan atas pemegang sofa.
"Its that your wife?" Soal lelaki itu secara tiba-tiba. Dari tadi membicarakan tentang topik kerja, alih-alih Seth berani bertanya soalan peribadi.
Ah lagipun sebenarnya mereka berjumpa untuk melepaskan rindu kerana sudah lama tidak bertemu. Akhirnya mereka dapat bersua muka kembali apabila projeknya dapat berkerjasama dengan syarikat Ibrahim yang diwarisi oleh Rayyan.
"Kenapa kau tanya?" Soalnya dengan nada keras. Rahang Rayyan bergerak-gerak tatkala mendengar soalan Seth. Ditenung tajam mata lelaki itu.
"I'm just asking bro, chill!" Tergelak kecil Seth setelah dia dapat mengesan perubahan suara milik Rayyan. Senyum ditarik sinis. Mata kemudian beralih melihat anak lelaki kecil disisi Qisya.
"Your son..how old is him?" Kening tebal Seth diangkat apabila mata bertembung dengan mata coklat cair milik Adam.
"Tch!"
Tangan dikepal erat. Wajah Seth dirasakan seolah mengejek dia. Diketap geram gigi.
"You cross the limit, Seth. You already know that I don't like to share my privacy to someone else especially you!"
"Woo alright, my fault. I'm sorry okay?" Kedua tangan diangkat apabila merasakan suasana antara mereka makin tegang.
Qisya sudah mengeluh bosan tidak tahu mahu membuat apa. Bagai tunggul sahaja mereka berdua disini. Agak lama melihat Rayyan berbual berdua. Dikerling juga mata kearah mereka namun timbul perasaan pelik tatkala mata dapat menangkap wajah Rayyan seakan sedang marah.
"Ibu, Adam lapar la." Merengam Adam dengan muka kasihan. Kepala mendongak merenung Qisya.
Rambutnya diusap dan mask yang dipakai oleh Adam dibetulkan. Ya, Rayyan memaksa kami berdua memakai mask. Mungkin mahu menutup lebam di muka dan tidak mahu ramai melihat muka kami? Mungkin?
"Kita tunggu daddy habis borak tau. Ibu pun lapar juga." Dari tadi lagi perut kami berkeroncong. Semasa dalam perjalanan kesini perut Adam sudah berbunyi kuat tapi hanya diendahkan oleh Rayyan.
20 minit sudah masa berlalu tetapi Rayyan masih tidak menunjukkan tanda ingin pulang. Qisya mulai resah ditempat duduk. Peluh diwajah Adam dikesat olehnya.
Ya Allah kasihan anak ibu.
Dia tidak betah berdiam diri lalu menarik nafas memberanikan diri untuk menapak ke arah Rayyan. Walhal sudah diberi amaran sebelum kesini untuk duduk diam sehingga lelaki itu selesai urusannya.
Langkahnya diperhati oleh lelaki didepan Rayyan. Seth memuncungkan bibir kearahnya sambil mata memandang Rayyan seolah ingin memberi isyarat kedatangan Qisya.
Tiba-tiba rasa tidak yakin menerpa diri. Kenangan malam tadi terlayar di minda. Baju ditepi diramas perlahan saat mata Rayyan serta Seth tepat memanah ke arah dirinya.
Pandangan Rayyan seolah memberi satu petanda buruk kepada Qisya. Dia sudah dirundum ketakutan. Lidah kelu ingin berbicara.
"Yes, Dear? Do you want anything? Cause your face seems like you're not okay." Suara Seth lembut menyapa ke deria telinga mereka.
"Kau nak apa sampai datang sini? Tak boleh tunggu aku siap borak dulu?!" dengan suara tertahan Rayyan bertanya.
Bibir digigit menahan gementar. Badan sudah terketar-ketar mendengar nada keras lelaki itu.
"Whoah Rayyan chill la, kenapa nak marah-marah ni. Tengok tu bini kau dah gigil takut."
Rayyan mendengus kuat. Tangannya dikepal erat. Tidak suka ada lelaki lain seakan melindungi Qisya.
"Maaf ga...anggu tta...pi Adam lapar." Tergagap-gagap Qisya berkata perlahan.
Rayyan hentak meja kuat. Terhinjut kedua bahu aku. Seth juga kelihatan terkejut.
"Kau kena..."
"Aku gerak dulu Seth, apa-apa hal call." Tanpa sempat Seth menghabiskan ayat, laju Rayyan memotong. Sejurus berkata tangannya terus mencengkam lengan Qisya dan menarik ditarik keluar dari bilik itu. Tangan Qisya menggamit kearah Adam untuk mengekorinya.
Sampai di lif kami masih diam tidak bersuara. Mujur waktu begini tiada orang di dalam. Tapi cengkaman dilengan semakin kuat terasa.
Shhh. Qisya mendesis kesakitan. Tidak cukup kesakitan semalam diberikan hari ini juga seoalah Rayyan tidak puas menyakiti dirinya.
Tertutup sahaja pintu lif, Rayyan melepaskan kasar lengan kecil itu. Dinding lif ditumbuk kasar. Laju dia menerpa dan menolak tubuh kecil Qisya menyandar ke dinding lif. Mask diwajah Qisya ditarik dan dibuang ke lantai. Rahang Qisya dicekup kasar kemudian ditarik mendongak.
"Ark! Sakit..."
"Berapa kali dah aku bagi amaran dekat kau, kau sengaja nak menggatal depan Seth kan?!" Tengking Rayyan kuat tepat di depan wajah ketakutan Qisya.
Tubuh kecil Adam menggigil ketakutan melihat perbuatan kasar ayah dia terhadap ibunya. Perlahan kaki mengundur menjauh. Mata bergerak kiri kanan seakan mencari pertolongan.
"Ta...tak! S...saya cuma n...nak ma...makan. Kami...kami d...dari semalam t...tak mak...makan." Bersusah payah Qisya ingin menjelaskan kerana kesakitan hebat di rahang menyukarkan dia bercakap.
Mata Qisya direnung bagai mahu membunuh. Cengkaman ditekan makin kuat. Sebelah tangan mencengkam sanggul milik Qisya.
"S..saya cuma risau Adam..." Sambung Qisya lagi. Ditepuk tangan sasa Rayyan meminta untuk dilepaskan.
"Bukan masalah aku!! Yang penting aku dah bagi amaran jangan sesekali kau bukak mulut kau depan Seth! Aku benci kau keluarkan suara kau depan lelaki!"
"Ma...maaf. Saya minta maaf tuan. S...saya tak sengaja." Seperti biasa, akhirnya dia sendiri yang akan mengalah dan meminta maaf walaupun jelas dia langsung tidak bersalah. Air mata sudah mengalir lesu diwajahnya.
Penat dan muak sudah bermaharajalela di hatinya.
Cengkaman dilepaskan oleh Rayyan. Terduduk lemah badan Qisya. Rahang dipegang sayu.
Kini, mata tajamnya terarah ke tubuh kecil Adam. Kaki menapak perlahan mendekati Adam. Qisya yang dari tadi tidak lepas memandang Rayyan, terpana apabila sasaran lelaki itu beralih pula kepada anak dia. Qisya berdiri cuba menghalang.
"Tuan..."
"Diam."
Dengan tiba-tiba Rayyan usap rambut Adam. Dia membongkok kan badan menyamai ketinggian Adam. "Adam lapar?"
Makin terundur langkah kecil itu kebelakang. Terlihat jelas Adam ketakutan. Sejak dari kecil dia sering melihat perlakuan kejam serta kasar kepada dia dan ibunya membuatkan Adam trauma.
"Aku tanya ni...kau lapar?" Suara Rayyan kedengaran makin keras seakan memaksa Adam untuk mengiyakannya.
"L...lapar." Balas Adam dengan nada kecil.
"Makanlah! Tadi kau nak makan sangat kan!" Kepala Adam ditekan sekuat hati di makanan yang sudah berterabur itu. Tiada langsung belas kasihan dihatinya.
Memang dari dulu dia membenci Adam. Dia benci anak kecil itu yang memaksanya menaik tangan kepada Qisya.
"Sa...sakit...Daddy...maaf...Adam sakit..."
"Tuan! Tolong jangan buat anak saya macam ni!" Teresak-esak dia mendengar tangisan kuat milik Qisya.
Bilik ini juga sudah bergema dengan tangisan Adam serta Qisya. Telinga Rayyan sudah terbiasa mendengar bunyi tangisan sayu mereka berdua namun tangan tetap tidak berhenti dari menyakiti mereka.
Masih belum puas, dibenamkan lagi kepala kecil itu sehingga bunyi terhantuk antara kepala dan meja kedengaran.
Adam sudah kelihatan lemah. Setelah puas, Rayyan melepaskan Adam. Nafas ditarik dalam dan dihembus kasar. Qisya yang terikat dikepala katil dikerling sekilas.
Telefon di poket dikeluar lalu nombor Nayyis ditekan.
"Masuk." Sepatah sahaja arahan dibibir merah milik Rayyan. Kaki menapak ke bilik air.
Pintu bilik hotel dibuka Nayyis dari luar. Dia memang dari tadi berdiri tegak diluar atas arahan tuannya dan Nayyis yang sebagai orang suruhannya hanya patuh.
Diputar mata melihat sekeliling mencari kelibat Rayyan. Sebenarnya Nayyis sedang mengelak matanya dari bertembung dengan mata milik Qisya. Adam yang tersadai lemah dilantai dilihat kosong olehnya.
"Na..Nayyis, tolong anak saya...tolong Adam." Rayu Qisya lemah. Ikatan kuat cuba dirungkai banyak kali. Hati dia terasa pecah berderai melihat keadaan anaknya.
Nayyis hanya kaku berdiri tegak. Tangan yang disilang kebelakang dikepal tatkala mendengar rayuan Qisya. Bunyi pintu bilik air yang terbuka mengalihkan pandangan mata Nayyis.
Tenang Rayyan berjalan keluar dengan wajah kosong. Kaki diberhentikan berdekatan tubuh Nayyis.
"Bawa budak tu keluar."
Kepala diangguk sedikit mendengar arahan itu lalu kaki mendekati kedudukan Adam. Wajah si kecil yang penuh nasi dikerling sekilas sebelum mengendong tubuh itu.
"Nak saya bawak dia dapatkan rawatan ke tuan?"
Ditarik kasar tangan dia yang terikat berkali-kali. Sampai sakit sudah menjalar namun diendahkan. Keadaan Adam yang lemah lebih difikirannya.
"Saya tak benarkan awak bawak pergi anak saya! Lepaskan saya!" Teriak Qisya kepada mereka.
"Buka tali ni!"
"Keluar." Itu sahaja balasan Rayyan kepada Nayyis.
Tidak bertanya lanjut, Nayyis laju membawa keluar Adam bersamanya. Tombol pintu digenggam erat. Nayyis berperang dengan diri sendiri apabila mendengar jeritan Qisya.
"Jangan Nayyis!"
Qisya kembali menangis. Dipandang benci wajah Rayyan yang menghampirinya. Jika ikatan di tangan dia dilepaskan, dia bersumpah. Di sini jugak lah Qisya akan menghentam wajah tidak bersalah Rayyan dengan lampu kecil disebelah katil.
"Nayyis!!" Bibir digigit apabila dilihat Nayyis sudah meninggalkan mereka.
"Bunuh saya! Bunuh saya untuk lepaskan kemarahan dihati tuan! Pukul saya! Jangan sentuh seinci pun kulit Adam! Bunuh saya!!" Teriak Qisya lantang. Air mata menitis dibiarkan. Mata tajam beradu pandangan Rayyan.
Saat ini memang sudah hilang dirinya. Hati meronta marah! Marah dengan diri sendiri! Marah dengan Rayyan! Marah dengan takdir!
Ternaik hujung bibir milik lelaki itu. Tangan ditepuk perlahan seakan mengejek. "Lately ni aku nampak diri kau makin memberontak. Aku...kagum!"
Rayyan memeluk tubuh, badan berdiri tegak menghadap Qisya. Pandangan marah Qisya dibalas dengan kosong. Dia cukup benci...tidak...
Sangat sangat benci apabila melihat pandangan itu. Benci kerana hanya dia seorang sahaja dibenarkan memberi pandangan itu. Benci kerana Qisya sering kali membela anak itu. Benci kerana Adam terhasil dari hubungan Qisya dengan lelaki lain. Dia benci semua itu!
"Nampaknya anak haram tu sangat bermakna untuk kau kan?" Gelak halus menghiasi bibir jejaka itu.
"Berjuta kali saya kata...Adam anak tuan! Adam anak kandung Muhammad Rayyan! Adam berbin kan tuan! Muhammad Adam Bin Muhammad Rayyan anak tuan!"
Naik turun dada Qisya menjelaskan. Menjerit marah macam mana pun, dia yakin penjelasannya tak akan dipercayai kerana dari dulu dia sudah menjelaskan namun tiada yang mempercayainya.
Terus Rayyan bergerak pantas di atas katil menindih badan kecil Qisya. Sekali lagi tangan bergerak mencengkam rahang itu.
"Aku benci kau tinggikan suara kau dekat aku! Kenapa! Kenapa setiap kali kalau melibatkan Adam, kau terus tinggikan suara! Kenapa?! Kenapa kau bela sangat anak tu!!" Amuk Rayyan. Mental sudah dirasakan tidak betul. Dia tidak suka bibir kecil ini seringkali menjerit marah kepada nya hanya semata-mata mahu membela anak itu!
"Sebab dia anak awak Rayyan..." Balas Qisya dengan nada dikendurkan. Melihat keadaan Rayyan yang bila-bila masa sahaja akan mengamuk menggentarkannya. Ya, Qisya trauma.
Rayyan melepaskan cengkamannya. Kepala tergeleng laju. "Tak. Tak! Adam bukan anak aku! Dia...dia rogol kau! Dia sentuh kau dulu! Adam anak dia! Aku dengan kau belum ada anak lagi!"
Terpejam mata Qisya apabila Rayyan secara tiba-tiba membuka kenangan lamanya. Kisah yang cuba dia lupakan. Kenangan yang sampai sekarang menghantuinya.
"Please tuan... percayakan saya..." Lemah dia merayu. Lelaki di depannya seperti cacing kepanasan. Sekejap menarik rambut. Sekejap menumbuk permukaan tilam kosong disebelah seakan melepaskan marah.
Laju mata Rayyan menikam mata Qisya. Dilihat mata itu yang bersinar berharap kepadanya. Dada yang diamuk amarah perlahan-lahan beransur tenang hanya dengan panahan mata itu.
"Kita akan ada anak kandung kita berdua nanti. Aku..."
Rayyan yang duduk di atas perut Qisya berundur ke belakang perlahan. Tangan menekap perut leper Qisya sebelum bibir menyeringai ngeri.
"...akan pastikan anak aku ada dekat sini. Dalam rahim kau. Dan bila anak aku ada...aku sendiri akan bunuh Adam dengan tangan aku..."
Perlahan butang baju kemeja dibuka dengan sebelah tangan.
"...dan kita akan hidup bahagia bersama anak-anak kita nanti. Memang itukan impan kita."
Qisya menggeleng takut. Badan meronta hebat. Mulut yang ingin menjerit ditekup oleh tangan sasa milik Rayyan.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro