Bab 34
EAN memastikan pintu bilik tertutup rapat supaya isterinya tidak mencuri-curi dengar. Bimbang pula hatinya.
"Kenapa awak bawa dia ke sini?"
Alisnya terjungkit. Lalu dia duduk ke sofa berhadapan Shania sambil kaki diletakkan atas meja. "Dah bini aku, suka hati akulah nak bawa dia duduk mana-mana aje." Perlinya sedas.
"Nanti kita dah kahwin, saya tak nak duduk sini. Awak belikan rumah baru untuk saya tau," tutur Shania bernada manja.
Ean berkerut dahi. Terasa mahu muntah saja dengar suara kepit itu. Sedap lagi suara Qisya waktu menangis. Bibirnya menghela nafas kuat. Lalu dia membuang pandang ke tepi.
"Hm tengoklah." Acuh tak acuh suaranya.
Shania mengunci bibir. Dia melihat wajah tidak berminat tunangnya. Lantas bibirnya digigit. Terasa hatinya. "Awak pergi mana menghilang selama ni? Syarikat awak pun terbiar macam tu aje. Ke sebenarnya Qisya tu tak bagi awak balik sini." Nada tidak puas hati sebaik mungkin di kawal. Bimbang kedengaran seperti dia jahat pula pada pandangan Ean.
Hunusan pandangan tajam terus di arah ke Shania. Meluat pula hatinya melihat wajah seakan polos itu.
"Hal rumah tangga aku tak payah masuk campurlah! Kau pergi balik. Aku nak tidur, penat." Halaunya selamba.
Mimik wajah Shania terus masam. Dia mendongkol marah dalam hati. Kenapa dia rasakan tingkah laku Rayyan sudah berubah? Adakah lelaki ini mengingati sesuatu? Bak tersedar dari lena, matanya terus membulat memandang Rayyan.
"M-macam mana..." suaranya tergagap-gagap. Tadi dia diamuk perasaan cemburu dan marah sampai tidak perasan akan hal ini. Apabila dia sudah tersedar, barulah mulutnya payah ingin berkata.
"Awak...awak dah ingat semua ke?"
Seminit. Dua minit. Suasana sepi. Mata mereka bertentangan menyalurkan perasaan masing-masing. Jelas sekali riak wajah gadis itu kelihatan terkejut. Dia tersengih suka. Lantas menyelak anak rambut ke belakang.
"Ingat? Ingat apa?" kepala di sengetkan sedikit dengan mata masih merenung tajam ke mata itu.
Namun, tiada balasan dari bibir itu. Mungkin masih mencerna apa yang sedang terjadi.
"Ingat fasal aku ada isteri...?"
"Dan aku ada seorang anak lelaki?" nada berbisik keras. Lantas tatapannya bertukar mendatar. Jari telunjuk digerakkan atas pemegang tepi sofa.
"T-tapi..."
Ean bingkas bangun dari sofa dengan riak malas. "Kau pergilah balik. Kita bincang benda ni lain kali." Ujarnya senada sebelum kaki melangkah menuju bilik. Mulutnya yang menguap di tutup dengan tangan.
Shania masih tegak di tempat duduknya. Otaknya sibuk bekerja dalam memikirkan hal ini. Lalu hatinya dilanda gelisah. "Awak!" Langkah itu dikejar.
"K-kita te-tetap akan berkahwin kan? Awak takkan batalkan perkahwinan kita macam tu saja kan?" Lengan Rayyan digenggam kuat ingin mendengar penjelasan lelaki itu.
"Please Rayyan. Jangan batalkan perkahwinan kita. Walaupun awak dah ingat semua benda, tapi sayang saya kepada awak semuanya benar. Saya tak menipu. Saya betul-betul ikhlas..." Shania sudah mengeluarkan esakannya.
Ean mengeluh bosan buat sekian kali. Lengannya direntap kasar. Wajah kebasahan Shania dipandang kosong. Tidak berniat ingin memujuk apatah lagi hendak mengelap air mata itu.
"Pergi balik dulu. Nanti aku call kau untuk bincang hal ni." Lalu lengan Shania di tarik menuju ke pintu utama. Beg tangan gadis itu sempat diambil.
"Balik."
"Ray—"
"Pergi baliklah Nia. Kau nak aku berkasar dengan kau?" Ujarnya tegas. Timbul urar-urat di tepi dahi.
BUNYI pintu dibuka, membuatkan telefon di tangannya terlepas lalu terjatuh ke lantai. Lekas-lekas dia menunduk ingin mengutip.
Ean berkerut hairan sembari melepaskan pakaiannya. Lantas dibiarkan bajunya ke lantai. "Itu telefon aku kan? Kau buat apa dengan telefon tu?" Tajam dia memerhati telefonnya yang berada dalam tangan Qisya.
Mimik wajah Qisya bertukar resah. Air liur ditelan payah melihat panahan tajam Ean. Cepat sahaja dia meletakkan kembali telefon itu atas meja. Dengan langkah kecil, dia menghampiri Ean.
"A-awak ada belikan makanan untuk saya kan? S-saya nak pergi makan sekejap," namun, lengannya disambar tatkala dia berjalan melepasi Ean.
"Tunggu sekejap."
Ringkas Ean mengeluarkan arahan sebelum telefonnya disambar. Lantas jarinya menekan skrin telefon. Serius riak wajahnya.
"Lepaslah Ean. Saya lapar ni..."
"Sekejaplah!"
Terkatup terus bibirnya dijerkah kuat begitu. Makin kecut perutnya tatkala melihat mimik muka Ean bertukar bengis. Ada decitan kasar meniti di bibir itu. Qisya mulai seram sejuk apabila mata itu beralih menatapnya.
"Nombor siapa ni?! Kau cuba telefon siapa tadi? Kau cuba telefon Nayyis ke? Biar suruh dia ambil kau dekat sini. Macam tu!?" Nada itu naik seoktaf. Warna kulitnya dari putih berubah merah. Menandakan tahap kemarahan lelaki itu sudah sampai ke puncak.
Qisya memejam mata melihat nombor yang ditunjuk itu. Terpapar tanpa sempat dia ingin padam. Hatinya resah. Bibirnya sesekali meringis sakit tatkala cengkaman di lengan makin kuat.
"Cakaplah bodoh! Aku tahu kau ada telefon jantan tu untuk kau nak larikan diri dari aku! Aku tahulah Qisya!"
Tuduhan tidak berasas makin dilemparkan. Qisya sudah seriau apabila nada itu semakin tinggi. Cepat-cepat dia menggeleng kepala. Matanya menentang pandangan mata Ean.
"Sumpah tak! Saya c-cuma terima panggilan dari telefon awak! Kalau awak tak percaya, boleh telefon nombor tu balik." Takut-takut suaranya.
Ean diam. Namun dari sorotan matanya saja sudah menunjukkan yang dia masih dilanda amarah. Tika itu, dia melakukan kembali apa yang disuruh. Qisya sudah gigit bibir. Dalam hati berdoa supaya si pemanggil tidak mengangkat telefon.
"Tch."
Ean masih kekal menekan nombor itu walaupun panggilannya tidak diangkat. Cengkaman di lengan Qisya juga masih tidak dilepaskan.
"Bullshit! Kau dah rancang semua ni dengan Nayyis kan?!" Bersamaan itu, telefon dilempar atas katil.
Qisya memeluk perutnya sendiri.
"Kenapa awak nak babitkan Nayyis dalam hal ni?"
"Sebab yang telefon tadi tu, aku tahu dia Nayyis. Kau cakap dengan aku apa yang korang rancang? Dia nak bawa kau keluar dari sini waktu malam ke? Atau dia nak ambil kau waktu aku takde kat rumah?"
"Cakaplah cepat!!!" Menyinga wajah Ean. Fikirannya sudah tidak dapat berfikir rasional. Bermacam-macam perkara negatif muncul. Ditambah lagi dengan riak Qisya seolah menyembunyikan sesuatu.
"Sakitlah! Kan saya dah cakap, yang telefon tadi bukan Nayyis!" Qisya menyangkal laju.
Ean melepaskan cengkaman. Rambutnya dikusutkan geram. Barang-barang yang berdekatan dengannya di campak merata untuk melepaskan geram.
Kedua kaki Qisya berundur ke belakang. Hatinya resah apabila melihat keadaan Ean makin tidak terkawal. Sejujurnya dia takut, rasa mahu lari sahaja dari menghadap situasi ini.
"Siapa yang telefon tadi?!"
"Nayyis kan?! Nayyis nak bawa kau pergi dari aku kan!"
Begitulah jeritan yang keluar dari mulut Ean. Makin dibiarkan, memang makin banyak barang yang akan di baling. Bilik ini sudah seperti tongkang pecah. Tidak terurus.
Qisya menghela nafas perlahan sebelum berjalan untuk mendapatkan Ean. Dipeluk erat pinggang lelaki itu dari arah belakang. Pipinya dilekapkan ke badan itu. "Bukanlah awak... itu bukan Nayyis. Janganlah macam ni. Istighfar banyak-banyak. Kalau awak sepahkan barang ni pun takde faedah." Ujarnya lembut.
Bahu Ean mengendur jatuh. Namun, deru nafasnya masih kedengaran keras. Lampu bilik yang dipegangnya perlahan-lahan diambil Qisya. Tubuhnya pula ditolak untuk duduk di birai katil. Ean hanya mengikuti saja.
Qisya meletakkan kembali lampu itu ke tempat asal sebelum berdiri di depan Ean. Dirapikan rambut itu yang sudah serabai. Tatapan mata lelaki itu yang masih tertancap ke arahnya diendahkan.
"Mana ubat awak? Awak simpan dekat mana? Meh saya tolong ambilkan." Lembut suaranya meminta.
Riak wajah Ean berubah sedikit sebelum tangan Qisya ditepis. "Apa maksud kau ubat?" Soalnya datar.
"Dah berapa lama awak tak makan ubat?" Malah soalan lain diutarakan.
"Buat apa aku nak makan ubat? Aku tak sakit."
Qisya mengunci mulut setelah melihat Ean berura-ura ingin mengamuk semula. Nafas ditarik dalam sebelum satu senyuman dilemparkan. "Okeylah saya nak makan. Dari tadi perut saya berbunyi." Ujarnya lalu ingin menuju ke pintu bilik. Namun tangannya disambar dan dipegang erat.
Terjongket keningnya melihat riak datar Ean. Malas ingin bertekak pada malam begini, kakinya hanya mengekori sahaja langkah suaminya. Sampai di ruangan tamu, sempat Qisya melontarkan pandangan. Tiada kelibat Shania.
"Nah aku beli dua untuk kau sebab kau gemuk. Kalau satu aje tak cukup untuk kau. Perut kau pun makin besar aku tengok."
Tubuhnya didudukkan di kerusi meja makan. Tanpa membantah, Qisya melabuhkan juga punggungnya. Tersenyum dia melihat tingkah Ean yang berulang alik mengambil pinggan serta cawan. Dia hanya perlu makan saja kerana semuanya sudah dihidang.
Meskipun riak lelaki itu masih datar. Namun, Qisya bersyukur ada perubahan kecil dalam diri suaminya. Tidak pernah lagi Rayyan melayannya begini.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro