Bab 32
SURAT yang baru sahaja ibunya berikan, di baca lagi berulang kali. Kecewa. Entah kenapa Nayyis berasa sungguh kecewa kerana sekarang dia mengetahui keberadaan Qisya dengan suaminya.
"Tak payahlah nak sedih. Baguslah tu Qisya ada dekat sisi suaminya. Memang sebenarnya itu yang patut dia buat dari dulu." Ujar mak Lijah sambil kepalanya tergelang halus.
Nampak benar riak patah hati yang terpasang di raut wajah anak lelakinya. Seketika dia mengeluh. Berapa banyak kali ditegur pun mesti tidak dilayan.
"Berdosa kamu simpan perasaan dekat isteri orang Nayyis. Berbuih dah mulut mak tegur fasal hal ni. Jangan ambil mudah aje tentang hukum agama kita. Rasanya dulu mak hantar kau dekat sekolah agama untuk kau belajar semua ni." Sekali lagi takzirah dikeluarkan.
Rahang Nayyis bergerak-gerak. Lalu kertas yang berada di tangan, direnyuk sekuat hati sebelum dilempar sesuka hati ke lantai.
"Aku tahulah mak. Aku tak bodoh pun nak tahu fasal hukum tapi ni soal hati. Aku tak boleh nak elak kalau dah takdir aku macam ni." Balas Nayyis dengan suara celah gigi. Anak rambut yang mengenai dahi dikuak ke belakang. Rimas!
"Ini bukan takdir namanya. Kamu yang hadirkan perasaan tu sendiri. Lagi satu, pergilah potong rambut sana. Dah macam perempuan rambut panjang macam tu." Sejurus itu, mak Lijah mengangkat punggung menuju ke arah dapur. Meninggalkan Nayyis yang jelas masih terkesan dengan sepucuk surat yang ditinggalkan Qisya.
Isi surat itu benar-benar menyakitkan hatinya. Qisya mengatakan dia mengikuti Rayyan dan tidak tahu bila mahu pulang. Lagi memeritkan hati, perempuan itu memintanya agar tidak mencari keberadaan mereka.
Tahu benar perangainya yang akan terus mencari Qisya jika melibatkan Rayyan. Seketika, Nayyis tertawa halus. Tertawa dengan hati yang sarat dengan luka.
"Jangan lupa pergi kedai gunting rambut! Potong rambut tu barulah anak dara nak mengorat kamu!" Laung mak Lijah dari dalam dapur. Mengeluh saja dia melihat anaknya. Seperti orang gila bayang!
Raut wajah pula sentiasa ketat saja!
"Tak payah cakap banyak kali, aku tahulah!" ujar Nayyis sedikit keras. Lantas dia bingkas bangun sembari menyambar kunci van nya di atas meja. Kaki laju saja menapak keluar rumah. Tangga kayu dituruni pantas. Tidak mengendahkan dengan kayu yang makin mereput.
SEJAK mereka berdua kembali ke dalam bilik hotel, memang sepasang mata Qisya sedari tadi hanya memerhati tingkah laku Ean yang sedang bermundar-mandir di depannya.
Terkadang, lelaki itu akan mengusutkan rambutnya dan menjerit tidak terlalu kuat. Timbul rasa takut dalam hatinya melihat perubahan Ean. Hendak ditegur, rasanya bukan waktu yang tepat. Bimbang tubuhnya yang akan dijadikan tempat pelampiasan.
"Lepas ni kita pindah hotel baru,"
Tidak dapat ditahan, drastik sahaja Qisya menggelengkan kepalanya. Ianya tindakan refleks. Setelah mendapat panahan tajam dari mata Ean barulah dia diam menekur lantai.
"Aku tak perlukan persetujuan kau," ujar Ean dengan keras seraya berdiri tepat di hadapan Qisya yang sedang duduk di birai katil itu.
"Tunggu apa lagi?! Kemaslah apa yang patut cepat!"
Ternaik kedua bahunya dijerkah begitu. Matanya terpejam sesaat. Lalu kepalanya terdongak menentang pandangan mata Ean. "Tak payah susah-susah pindah hotel lain. Membazir duit. Sepatutnya kita boleh balik terus ke rumah awak." Cadangan itu diutarakan dengan sengaja. Mahu melihat reaksi dari lelaki itu.
Seminit berlalu. Tiada reaksi yang tergambar. Cumanya bahu Ean kelihatan mengendur. Lalu lelaki itu merapatkan tubuhnya ke arahnya hingga Qisya terpaksa mengundurkan badannya menjauh. Tidak mahu kedudukan mereka rapat.
"Kenapa? Kau rindu nak hidup macam dulu-dulu?" Meleret suara Ean berkata. Mendayu-dayu. Lantas kedua tangan mengurung Qisya.
Laju saja Qisya menggeleng. Dia menahan kedua tangannya ke dada Ean apabila merasakan dada lelaki itu hampir mengenai dadanya. "Hidup saya dulu sengsara. Saya tak tahu bahagian mana yang buatkan saya gembira pada masa itu..."
"Oh ya, ada. Tapi bukan dengan awak. Arwah anak saya. Muhammad Adam hanyalah kegembiraan saya dulu. Kalau bukan kerana dia, mungkin saya takkan bertahan sampai sekarang." Bisiknya halus dengan tatapan yang dalam ke anak mata hitam pekat Ean.
Kali ini perubahan riak wajah Ean ketara. Kelihatan lelaki itu seperti sedang menyembunyikan kesedihan. Namun dalam masa yang sama, lelaki itu beriak pura-pura tidak peduli.
Ean menjilat bawah bibirnya yang terasa kering.
"So from now on, I will create our sweet memories for you to remember it forever."
Deg. Jantungnya berdegup laju mendengar kata-kata itu. Serentak itu, dia merasakan kucupan halus singgah di dahinya. Terbuntang sedikit matanya menerima perlakuan tidak terjangka itu.
Sah ini memang bukan suaminya. Rill no fake fake.
Pantas saja Qisya menolak kasar dada Ean supaya menjauh. Duduknya dibetulkan kembali. Lantas dia terbatuk-batuk kecil menghalau kekok di hati.
"Isy! Tak apa kau tolak aku banyak kali sekarang. Nanti kau juga datang sendiri menyerah diri." Bebelnya lalu bergerak ke arah kerusi meja solek. Dilabuhkan punggungnya di situ setelah kerusi ini dipusing menghadap ke arah Qisya.
Rasa nak ketawa pula melihat wajah tertekan Ean.
"Kita balik kondo aku."
"Kondo awak? Mana rumah lama awak? Dah jual?"
"Ha'ah macam mana kau tahu? Sekarang aku dah muflis sebab tu aku terpaksa jual rumah tu." Sempat lagi Ean berloyar buruk.
Terus saja mata Qisya disipitkan tajam memerhati lelaki di hadapannya. "Muflis apa kalau waktu awak bertunang siap terpampang wajah awak dan tunang awak berdua dekat iklan," ujarnya bernada rendah.
"Tch." Serentah itu Ean mengusutkan rambutnya dengan kasar. Ditarik-tarik sekali setiap helaian rambutnya. Seperti sedang melepaskan geram.
"Kau diamlah! Banyak tanya pula! Kau nak aku jadi Rayyan ke biar kau tak berani nak buka mulut terus!" tengkingnya kuat lantas dia bingkas bangun. Lalu kerusi di belakang di angkat tinggi dan di baling menjauh. Mendadak mood nya berubah.
Bam! Kerusi tidak bersalah itu menghentam dinding bilik hotel. Nasib tidak patah.
Dengan pantas Qisya mengundurkan tubuhnya menjauh. Tangannya memeluk perut. Menggeletar bebola matanya melihat kerusi yang terpelanting jauh itu. Tiba-tiba trauma dipukul Rayyan dahulu kembali menjengah minda.
"Arghh! Ma...maaf! S...saya minta ma...maaf! Jangan...jangan pukul saya." Qisya menjerit kencang tatkala pergelangan kakinya dicekup tangan besar Ean lalu ditarik. Menyebabkan tubuhnya terseret menghampiri lelaki itu.
"Ta...tak nak...jangan..."
"M...m...maaf..."
"Shh! Diam! Diam! Jangan nangis! Kau nangis aku kurung kau seharian dalam bilik air!" Bentak Ean kasar sembari menindih tubuh Qisya.
"J...jangan..." kepala menggeleng laju. Tubir mata yang mengeluarkan cairan hangat cuba ditahan. Ugutan Ean membuatkan dia takut.
"So jangan menangis! Lap air mata kau tu." Bisiknya celah gigi. Rahang Qisya dicekup.
Cepat-cepat arahan itu dipatuhi. Air mata di lap kasar dengan hujung lengan baju sehingga tiada yang tertinggal. Pandangan Ean seboleh mungkin ingin di elak.
"Pandang mata aku ni!"
Drastik sepasang matanya memanah tepat ke anak mata Ean. Dahinya sedikit berkerut apabila terpaksa menampung berat badan lelaki itu. Senak perutnya dihempap begitu.
"Aku keluar sekejap. Lepas aku balik nanti make sure semua barang kau dan aku dah siap kemas. Lepas tu baru kita gerak pergi kondo aku. Okey?"
Pilihan apa yang di ada selain patuh? Ingin membantah? Serik sudah tubuhnya dengan pukulan jantan lelaki itu yang bergelar suaminya. Nak atau tak nak, dia terpaksa juga bersetuju.
"DUA tiga kucing berlari, mana Henriq pergi?"
"Mama cari Henriq tau..."
"Sorok betul-betul ya sayang,"
"Cak! Mana Henriq nak sorok hah!" penutup tong sampah yang berada di lorong ini dibuka sembari kepalanya menjenguk ke dalam.
Bau-bauan sampah yang ada tidak memutuskan semangatnya untuk menyelongkar. Tujuannya cuma satu, ingin mencari anaknya, Henriq.
Orang-orang yang lalu lalang terus sahaja menjauh apabila puan Hayati bertindak membaling sampah-sampah itu merata. Ada yang merengus geram kerana air dari sampah itu terpercik mengenai baju mereka.
"Mana! Ha! Keluarlah Henriq. Mama penat nak main sorok-sorok." Bibirnya terjuih merajuk. Lalu tubuhnya terduduk menyandar di tong sampah itu. Tangannya yang berbau dibiarkan. Puan Hayati tiba-tiba terdiam memandang dinding di hadapannya.
Lalu tidak sampai sesaat, tangisannya bergema kuat di lorong ini. Teresak-esak wanita itu menangis sendirian. Jarinya mencubit-cubit pehanya sendiri.
"Keluarlah Henriq!! Henriq!! Henriq mana!" teriaknya lantang.
Di satu sudut, ada seorang lelaki tenang menyandar di dinding memerhati dengan tatapan kosong. Tiada niat ingin membantu hatta ingin menghulurkan pertolongan. Lantaran itu, bibirnya ternaik senyuman sinis.
Lalu kakinya menapak secara perlahan ke arah puan Hayati yang masih terjerit-jerit itu. "Kau cari Henriq?" soalnya seraya alis diangkat.
Lantas sahaja sepasang mata puan Hayati yang masih bergenang dengan air mata, memandang lelaki yang berada tidak jauh dari kedudukannya. Mendengar nama anaknya meniti di bibir lelaki itu membuatkan tubuhnya bingkas bangun.
Terangguk-angguk kepalanya mengiyakan.
"Ya! A...aku cari Henriq. Anak aku! Ka...kau tahu dekat mana anak aku?!" soalnya dengan penuh terdesak.
"Tahu. Kalau kau nak jumpa dia, jom ikut aku. Tapi sebelum tu kau kena bersihkan diri kau dulu. Takkan kau nak jumpa anak kau dengan badan bau sampah macam ni?"
Laju puan Hayati melihat dirinya sendiri. Bibirnya tercebik-cebik lalu menganggukkan kepalanya lagi.
"Walaupun aku tahu kau dengan sampah tak ada beza. Cumanya kau tetap tak layak jadi sampah... sebab kau lagi teruk dari sampah. Kau layak jadi najis." Ayat itu terpacul di mulut selamba tanpa mengambil kisah dengan perasaan wanita itu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro