Bab 31
SETENGAH jam juga Qisya mencari gerai menjual sarapan yang ada di sekitar kawasan ini. Lelah dirinya berjalan kaki. Terbit rasa menyesal dalam hati kerana degil juga ingin keluar. Setelah pencariannya, dapat jugalah dia membeli tiga bungkus nasi lemak.
Di pertengahan jalan, kakinya mendadak berhenti. Termengah-mengah dia. Nafas di tarik dalam tatkala merasa kehilangan oksigen. Hotel bajet di depan di pandang. Baru saja kakinya menapak ingin berjalan, terasa ada tarikan kuat di lengan kirinya.
Drastik tubuhnya berpaling.
"Kau kan ni Qisya? Yeay aku dah jumpa kau!" Nyaring suara itu berteriak.
Matanya terbuntang besar melihat puan Hayati di depan. Seakan tidak percaya dengan penampilan tidak terurus wanita separuh abad itu. Rambutnya yang mengerbang keras. Mukanya yang tercalit kotoran debu. Dan...
Lantaran itu, matanya jatuh ke arah pakaian yang tersarung di tubuh wanita itu. Sangat sadis. Terkoyak sana sini. Layaknya baju ini boleh dibuat kain buruk saja. Lalu matanya kembali menjamah wajah ceria puan Hayati.
Apa yang terjadi sebenarnya ini?
"Puan..."
"Ini makanan untuk aku ke? Aku nak makan. Aku lapar. Dah berapa hari orang tak bagi aku makan..." sembari itu, plastik di tangan dirampas. Dia tidak sempat menghalang tindakan pantas itu.
"Bukan. Ini untuk saya dan suami saya. Kalau puan lapar, nanti saya belikan yang baru." Ujarnya lembut. Dia cuba menarik kembali plastik itu. Namun tangannya pula dicakar oleh kuku panjang puan Hayati.
Raut wajah puan Hayati tergambar marah. Dipeluk makanan itu rapat ke dada. "Ini aku punya! Kau nak curi ke! Dasar pencuri! Tolong! Ada pencuri!!" jeritnya lantang.
Orang lalu lalang hanya memerhati sekilas sebelum masing-masing kembali melakukan kerja sendiri. Seperti suasana ini sudah terbiasa mereka alami.
Hati Qisya resah sendiri. Dia melilaukan pandangan ke sekeliling. Ingin mencari pertolongan. Perutnya di pegang erat. Sepeti melindungi. "Tapi itu memang saya punya...puan yang ambil dari saya." Nada sebaik mungkin tidak ditinggikan. Kakinya berundur setapak ke belakang. Bimbang puan Hayati akan menyerangnya.
Puan Hayati menjerit bingit. Dia mengoyakkan makanan itu. Terus terjatuh butir-butir nasi ke lantai simen. Lalu makanan-makanan itu disepak dengan kaki yang tidak beralas. "Ambillah ni. Ambil! Makanlah! Hahaha." Seronok dia menyepak hingga mengenai bahagian kaki Qisya.
"Puan...Allah!" makin ke belakang dia untuk mengelak dari terkena makanan yang sudah kotor itu. Hiba hatinya melihat makanan yang tidak bersalah diperlakukan begitu.
"Kau kata ni kau punya kan! Makanlah sekarang bodoh!" Puan Hayati semakin agresif. Kedua lengan Qisya di cengkam kuat lalu dia cuba menolak tubuh perempuan itu jatuh ke bawah.
"Sa...sakit!" dahinya berkerut. Pedih apabila kuku-kuku tajam itu menusuk ke kulitnya. Sakit kerana tangan kirinya makin di cengkam kuat. Sakit semalam masih tidak hilang, ditambah pula dengan sakit baru.
Buk! Tubuh puan Hayati terhumban jatuh ditolak oleh sebelah tangan berurat. Lantas tubuhnya pula ditarik menyandar ke arah satu dada bidang.
"Jangan sentuh bini aku dengan tangan kotor kaulah sial!" jerkah satu suara yang cukup benar dia kenal.
Pinggangnya di pegang erat.
"Sakit...sakit..." puan Hayati merengek seperti anak kecil. Jatuh kasihan dia melihatnya. Qisya ingin membantu. Namun teriakan puan Hayati mematikan niatnya.
"Argh! Tolong! Ada orang gila!" teriak wanita itu bersamaan jarinya menunjuk-nunjuk ke arah kami.
"Fuck lah! Kau tu yang gila! Cermin diri kau dekat cermin baru kau sedar kau yang gila sebenarnya!" Ean bersuara keras. Nafasnya menderu laju. Membahang wajahnya menahan amarah.
Seketika dia sedikit tersentak apabila dadanya dielus lembut oleh satu tangan kecil. Drastik matanya jatuh melihat. Tatkala itu, dia bertembung mata dengan Qisya. Perlahan-lahan amarahnya menurun. Mukanya yang ketat beransur pergi.
"Sebab ni lah aku tak suka kau berani-berani keluar tanpa aku!" katanya dingin. Tidak keras. Hanya mampu membuatkan raut wajah Qisya bertukar cuak.
"Sa-saya cuma nak beli sarapan untuk awak aje..." bisiknya dengan nada rendah. Menikus dibuatnya apabila mata lelaki itu bertukar tajam.
"Sekarang ni kau tengok. Sarapan takde! Kita dua-dua kebulur juga. Yang ada kau jumpa orang gila yang menyakitkan hati adalah!"
Bersamaan itu, tangannya ditarik. Qisya mengeraskan kakinya untuk melangkah. "Sekejap Ean. Mama awak tu. Takkan nak biarkan macam tu aje!"
"So what?! Kau expect aku nak peluk cium dia? Nak sembah minta ampun dekat kaki dia ke? Macam tu?!" tengking Ean kuat.
Qisya menghela nafas perlahan. Dia cuba menarik tangannya.
"Kita belikan dia makanan dulu." Putusnya lembut. Api dibalas api takkan pernah surut. Malah makin marak. Jadi, dia perlu menjadi air. Seperti selalu. Memang dia bukan yang banyak mengalah dalam perkahwinan ini? Lelah.
"Sebelum aku angkut kau biar orang ramai tengok atau kau berjalan sendiri. Pilih." Nada halus. Namun ugutan yang agak berbisa. Itulah yang dapat di spekulasinya.
"Awak nak saya lari atau awak nak kita beri mama makan? Awak pilih."
Deg. Mata Ean menikam dalam ke arah Qisya. Sebelum bibirnya terjungkit senyuman mengejek. Wajahnya terbias kagum. Wow.
"Kau lari, aku tangkap. Setakat kau yang kecil ketot macam ni, kacang je bagi aku. Lepas aku dah tangkap kau, aku ikat kaki nakal kau ni biar kau tak boleh lagi keluar tengok dunia luar." Ean bermain tarik tali.
Dan secara spontan, Qisya mencubit kuat perut Ean.
Geram!
SETH memusingkan pen yang berada di jarinya. Namun fikirannya melayang memikirkan sesuatu. Ya, sesuatu yang sesak baginya.
Adakah Rayyan sudah mengetahui semuanya? Terlalu pantas jika lelaki itu tahu perkara sebenar. Rasanya tiada pula tanda-tanda lelaki itu menyerangnya atau menanyakan hal aneh.
Deringan telefon bimbit menyentakkannya. Lantas dia angkat setelah melihat nama pemanggil. Telefon di lekapkan tepi telinga.
"Hello."
"Saya dah uruskan hal Dato' Yusuf. Sekarang dia dan isterinya berada di tempat yang tuan Seth suruh."
"Lagi satu tuan, Emir ada datang tanyakan saya tentang hal ni tapi saya tak buka mulut."
Seth berkerut dahi. Lantas dia melatakkan pen nya atas meja. Jari telunjuk di ketuk ke permukaan meja.
"Bila dia datang jumpa kau?"
"Dalam dua hari lepas tuan Seth,"
"Okey. Anything else?" soalnya datar.
"Itu sahaja tuan Seth."
"Okey. Nanti aku transfer duit dalam akaun bank kau. Pastikan kau tutup mulut fasal hal ini. Kalau ada sesiapa tanya, jangan sesekali buka mulut." Katanya ringkas lalu mematikan panggilan tanpa menunggu balasan dari pemanggil.
Lantas telefonnya diletakkan atas meja. Seth bersandar penuh di kerusi kulit yang didudukinya. Dia memikirkan tentang Dato' Yusuf. Ya, memang benar dia lah yang merasuah lelaki itu untuk menutup mulut.
Sebagai ganjaran, Seth memberi beberapa projek pembangunan yang ada kepada lelaki itu. Sebenarnya, dia tidak rugi apa pun kerana projek-projek itu hanyalah projek pembangunan kecil sahaja. Bagi pejabatnya yang megah dan mewah, dia hanya menandang sebelah mata saja dengan projek itu.
Lainlah jika syarikat Dato' Yusuf yang sedang kesukaran untuk menerima sebarang kerjasama dari syarikat lain kerana syarikat lelaki itu sudah mula memburuk kerana makan rasuah, pecah amanah dan membocorkan maklumat penting kepada orang lain.
Wajar jika ramai syarikat lain menarik diri dari bekerjasama. Jadi, Seth gunakan kesempatan itu untuk menghasut Dato' Yusuf.
"Emir...Emir... where are you?" bisiknya seorang diri.
Kali terakhir dia melihat Emir adalah waktu Rayyan di masukkan ke dalam hospital. Seterusnya memang langsung dia tidak nampak batang tubuh lelaki itu. Difikirkan Emir lesap begitu sahaja, sudah tidak mengambil tahu lagi tentang hal mereka. Namum dia silap.
Tetapi kali ini, dia rasa sepeti tidak selamat pula jika Qisya masih wujud di muka bumi ini.
"What should I do to you, Qisya?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro