Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30


ASAP rokok di lepas bebas ke udara. Lama dia menghembus asap keluar dari mulut hingga terasa ada tepukan di belakang bahunya. Lantas dia memusingkan kepala.

"Lambat dua minit," getusnya sedikit keras.

"Maaf tuan. Saya terlelap sekejap tadi. Tuanlah nak jumpa saya waktu pagi buta macam ni." Selamba saja lelaki itu membalas. Seakan tidak takut langsung.

"Nak rokok sebatang, tuan."

Ean mengeluarkan kotak rokok dari poket seluar dan di hulurkan ke arah lelaki di sebelahnya. Pemetik mancis di hulur sekali. "Rayyan ada arahkan kau apa-apa ke selama aku tak muncul ni?" tanya dia berterus terang.

Hujung rokok di bakar dengan mancis sebelum rokok di sedut dengan dalam. "Ada, dia arahkan saya untuk aturkan pertemuan dengan Dato' Yusuf." Datar nadanya berkata. Langit malam di renung kosong.

"Tapi tuan Rayyan tak dapat jumpa sebab Dato' Yusuf dah hilang dengan bini dia sekali."

Dahi Ean berkerut sedikit. Agak pelik dengan kata-kata itu. Justeru, dia memandang dalam wajah lelaki di sebelahnya. Meminta penjelasan lebih.

"Maksud kau?"

"Saya ada cari Dato' dekat rumah dia tapi apa yang saya dapat dari CCTV perumahan tu, Dato' pergi macam tu saja tanpa maklumkan kepada PA dia sendiri. Maknanya, satu pejabat tak tahu ke mana Dato' pergi."

Haih penat pula aku nak jelaskan lagi dekat orang sama tapi berlainan watak ni. Bisik hatinya. Nak cakap depan-depan? Memang mampus dia nanti.

Ean mencerna kata-kata itu agak lama. Lantas dia memalingkan kepala ke arah hadapan. Rokok di buang atas tanah setelah di rasakan tidak ingin lagi menghisap benda itu. Dipijak rokok itu dengan kasutnya supaya api mati.

"Untuk apa dia nak jumpa orang tua tu?" Serius suaranya menyoal.

"Saya tahu tuan ni bukan tuan Rayyan, tapi tuan ni pernah juga merasa hidup masa tuan Rayyan belum amnesia lagi. Jadi, Dato' tu abang ipar puan Qisya. Mungkin tuan Rayyan nak tahu perkara yang dia rasakan pelik atau mengganggu dia?" Sempat lagi perlian diselitkan dalam menuturkan kata-kata.

Tak sah kalau tak sindiri! Tak lengkap hidup!

Kecil besar saja Ean memandang lelaki itu. "Aku tahulah dia abang ipar bini aku, tapi bukan dia tak ingat apa-apa ke? Kenapa tiba-tiba dia nak berjumpa dengan Dato'."

"Tu saya tak pasti tuan, saya cuba bertanya Anggun tapi Anggun seperti tak nak bekerjasama saja."

Ean mendecit kasar.

"Oh satu lagi tuan, saya dapat tahu Nayyis dan puan Qisya ada datang rumah tuan. Diorang ada cari tuan tapi saya dah arahkan pak cik yang jaga rumah tuan supaya beritahu saja yang rumah tu bukan tuan pemiliknya." Tuturnya dengan maklumat yang baru dia dapat.

"Memanglah tu bukan rumah aku. Rumah tu atas nama Qisya. Okey, apa-apa nanti bagitahu aku terus." Ean berkata datar. Wajah Nayyis muncul diingatannya.

Lelaki di sebelahnya merenung Ean yang masih mempamerkan riak kosong. Seriuslah? Kenapa selama ini dia tidak tahu rumah sebesar alam tu, atas nama Qisya.

Beberapa saat kemudian, Ean menegakkan tubuhnya. Sampul berwarna coklat yang sedikit tebal isinya di keluarkan. "Ambil duit ni untuk tampung hidup kau. Kau kan menganggur mana nak dapat duit sekarang kecuali kalau kau jadi gigolo. Senang nanti kau nak dapat duit. Untung-untung nanti aku boleh tempah kau untuk layan aku," ujarnya sarkastik.

Emir menatap Ean dengan riak tidak percaya. Bahunya menggeliat kegelian dengan ucapan itu. Namun tangan tetap menerima sampul yang di hulur.

"Choiii geli saya tuan. Tapi kalau tuan langgan saya, saya tak nak jadi bottom tuan. Kalau boleh saya nak jadi top. Tuan kat bawah saya kat atas." Riak wajah di ubah nakal. Bersamaan itu, dia pandang atas bawah tubuh badan Ean.

"Fuck you, Emir. Jijiklah sial. Aku tak ada nafsu dengan kau. Mungkin kalau Rayyan adalah nafsu dekat kau. Hahaha." Serentak ketawa mereka terburai kuat. Bergema di atas bukit ini yang hanya ada mereka berdua saja.

"Hihihi."

Tawa mereka terhenti apabila hilaian kuat ikut sekali ketawa dengan mereka. Mereka berpandangan sesama sendiri. Pucat terus mimik wajah Emir. Berdegup laju jantung mereka.

"T...tuan..."

"Aku blah dulu. Kau pandai-pandailah balik." Sepantas kilat, Ean melangkah ke arah keretanya yang terletak tidak jauh dari kedudukan mereka. Tiba-tiba meremang bulu romanya mendengar hilaian tawa yang entah dari mana muncul.

Kereta Ean yang sudah semakin menjauh dilihat. Emir masih kekal berdiri statik. Bagai di gam kakinya ingin bergerak.

"Hihihi."

"Oh makkk kauu."

Berdesup dia berlari laju tatkala mendengar ketawa persis pontianak muncul lagi.



PINTU bilik Qisya yang masih tertutup rapi di pandang buat sekian kali. Dahi berkerut hebat. Sedikit pelik kenapa batang tubuh Qisya masih tidak muncul keluar. Selalunya waktu pagi-pagi lagi perempuan itu sudah terpacak di dapur, menolong sekali mak Lijah membuat sarapan.

"Mak, Qisya tidur lagi ke?"

Mak Lijah yang sedang membancuh air kopi di dalam jug hanya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu.

"Tak tahulah pula mak. Takde dengar bunyi pun kat dalam bilik. Tidur lagilah tu," ujarnya ringkas sembari mengangkat jug untuk di letakkan atas meja makan.

Nayyis terdiam mendengar itu. "Takkan tidur lagi. Ke Qisya tak sihat? Sekejap aku pergi ketuk." Dia berura-ura ingin bangun dari kerusi. Namun bahunya ditahan oleh mak Lijah. Terpinga-pinga dia melihat maknya.

"Tak payah. Kamu makan je. Nanti mak tengoklah Qisya tu." Mak Lijah menolak Nayyis untuk duduk semula. Air kopi di tuang atas cawan lalu di letakkan di depan Nayyis.

"Mak tanya cepat sikit tau. Kejap lagi aku nak pergi kerja dah ni."

"Lah suka hati akulah nak tanya bila. Kamu tu pergi jelah kerja nya. Jangan nak duk fikir sangat fasal bini orang. Tak elok." Terselit nada ketegasannya.

"Aku ambil tahu fasal dia sebab dia kan isteri bos aku dulu, mak. Tak lebih pun."

Mak Lijah menjeling anaknya tajam. Ada saja mahu menjawab. "Makan. Lepas tu terus pergi kerja."

"Jangan lupa tanya."

"Iyalah! Berapa kali kamu nak kata?!"

Nayyis hanya mengangkat bahu. Tubuh mak Lijah makin menjauh di jeling sekilas. Lalu dia menyantap makanan di depannya.


EAN yang masih terbongkang lena di atas katil di pandang. Pakej mulut ternganga dengan tidak memakai baju lagi. Nasib baik waktu dia terbangun dia tidak menjerit. Hampir saja tadi dek kerana terperanjat apabila buka saja mata, muka Ean berada dekat dengannya.

Dari tadi Qisya termenung sendiri. Lama rasanya ingin menunggu Ean terjaga. Sudahlah perutnya lapar. Jadi, dia buat keputusan untuk keluar membeli makanan sendiri.

Tudung semalam di ambil dan di sarung ke kepala. Tiba-tiba rasa menyesal pula kerana tidak membawa baju lebih. "Lain kali cakaplah suruh bawa baju. Habis tu aku nak pakai baju apa nanti?" Bebelnya sendiri sambil tangan menyauk tali beg ke bahu.

Perlahan dia menapak ke arah katil. Matanya mencari sesuatu. Di geledah meja sebelah katil Ean. Tiada. Qisya bercekak pinggang. Matanya memutar ke arah belakang poket seluar jeans yang di pakai lelaki itu.

Teragak-agak jarinya ingin menyentuh. Jumpa! Benarlah kunci bilik hotel ada dengan Ean. Dia ingin keluarkan kunci itu. Namun pergerakan dari lelaki itu menyentakkannya. Drastik tubuhnya mengeras. Apabila melihat tiada tanda Ean tersedar, Qisya laju saja menarik kunci itu. Dapat!

Lekas-lekas dia menuju ke arah pintu bilik hotel. Tombol di pulas perlahan. Berhati-hati agar tidak menghasilkan sebarang bunyi. Khuatir akan menyebabkan Ean terjaga. Setelah dia keluar. Pintu kembali di tutup. Kunci di masukkan dalam tombol pintu dan di kunci bilik itu.

Lagak seperti pencuri saja dia. Walhal dia hanya ingin membeli sarapan di luar saja.

Bunyi pintu tertutup menyedarkan Ean dari lena. Tidak kuat tetapi telinganya yang persis lintah laju sahaja mendengar. Menggeliat dia bangun. Seketika Ean menoleh ke ruangan sebelah yang kosong. Hanya ada bantal yang tersusun rapi.

"Qisya kau dekat bilik air ke?" Suaranya dikuatkan sedikit agar di dengari oleh Qisya. Di sangkakan perempuan itu berada dalam bilik air.

Seminit...

Dua minit...

Tidak menyahut. Ean merengus sedikit. Dia bingkas berdiri. Tubuh badannya diregangkan sedikit apabila merasa lenguh. Kakinya perlahan menuju ke arah bilik mandi. Namun sedikit pelik kerana tiada bunyi air dari dalam.

"Qisya...?"

Telinga di lekapkan ke pintu. Tiada bunyi. Laju saja dia memulas tombol pintu. Berderau darahnya tatkala tiada kelibat yang di carinya di dalam ini.

"Oh shit!" Pantas saja dia melangkah ke arah meja solek. Ingin mengambil telefonnya.

Tiba-tiba dia baru saja tersedar, handbag Qisya tiada. Tudung juga tiada. Makin resah hatinya. Jarinya menekan nombor seseorang. Beberapa kali juga dia menelefon nombor itu tetapi tiada yang jawab.

Ean merengus marah.

Baju semalam di ambil dan di sarung ke tubuh badannya. Tangan mencapai dompet dan di masukkan dalam poket seluar. Dia meraba-raba belakang poketnya mencari kunci bilik.

"Eh?" Di geledah meja solek serta laci-laci yang ada untuk mencari kunci. Tetap tiada. Ke mana dia letak semalam? Rasanya dia masukkan ke dalam poket belakang seluar.

Rambutnya di serabaikan setelah merasakan otaknya berfikir bukan-bukan. Takkan Qisya lari? Dia balik ke rumah kah tanpa memberitahunya?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro