Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3


Sedari tadi, tidak puas mata Rayyan merenung wajah di sebelahnya. Muka tak bermaya, pipi cengkung tapi tetap nampak manis. Itulah yang dapat di simpulkan olehnya setelah agak lama memerhati Qisya.

Dulu boleh dikatakan seorang Qisya Mikayla sangat mementingkan penjagaan kulit muka serta penampilan diri. Namun sekarang hilang sudah Qisya itu. Digantikan dengan Qisya yang tidak bermaya.

Tersentak sedikit dia apabila cermin diketuk dari luar oleh Nayyis. Cermin tingkap diturunkan.

"Tuan jet dah ready. Tuan nak bergerak sekarang atau tunggu puan Qisya bangun?"

"Gerak sekarang." Nayyis hanya mengangguk faham tanpa bantahan. Gila nak bantah? Ada yang mengaum nanti.

Cermin tingkap dinaikkan setelah selesai memberi arahan. Qisya yang masih lena serta Adam yang berada dipangkuan direnung kosong.

Tangan bergerak menepuk pipi cengkung itu kuat ingin membangunkannya. Masih lena malah siap mengetatkan pelukan di badan Adam. Hati sudah terbakar. Kali ini dia menepuk lagi kuat.

Melihat Qisya yang mulai terjaga, Rayyan pantas mengalihkan pandangan. Pintu di buka lalu dihempas kuat. Berlalu pergi tanpa memberi kata.

Adam terpisat bangun apabila mendengar dentuman kasar. Qisya lekas sahaja menarik picu kereta. Dibiarkan Adam keluar dahulu barulah dia mengeluarkan badannya.

Setia Qisya dan Adam mengekori langkah panjang Rayyan. Sampai sahaja di dalam jet peribadi yang diwariskan oleh ayah mertuanya kepada Rayyan, mata memerhati sekeliling. Mewah!

"Tuan, boleh jet berlepas?" soal Nayyis lagi menunggu arahan. Mendapat anggukan dari tuannya, Nayyis bergerak ke bahagian depan.

Qisya menarik Adam duduk di kerusi berkusyen setelah mendapat arahan jet ingin berlepas.

Nayyis kembali ke arah Rayyan tatkala lelaki itu memberi isyarat. Dikerling sekujur tubuh Qisya sebelum mata memandang Rayyan.

"Bagi Adam ubat tidur." Bisik Rayyan lalu Nayyis terkelu sebentar sebelum patuh menurut arahan.

Gugup dihati merenung dua manusia dihadapannya yang sedang berbisik. Disebabkan kerusi bertentangan, Qisya tiada pilihan selain melabuhkan punggung di situ. Hati sudah memasang prasangka buruk. Dia sedaya upaya ingin mendengar. Namun halus sahaja suara mereka.

Rayyan berdiri menghampiri Qisya lantas menarik lengan kecil itu memaksanya untuk berdiri. Rontaan kecil tidak dihiraukan langsung.

"Sekejap tuan, Adam..."

Tubuh kecil Adam diangkat Nayyis agar tidak mengikuti langkah orang tuanya.

"T...tuan! Adam!" bergema suara Qisya menjerit.

Mata Nayyis serta Adam bertentangan seketika. Kelu ingin bicara! "Nak air coklat tak?"

"Nak!" Riang Adam menjawab. Tangan kecil merangkul erat leher Nayyis.

"Daddy nak bawak ibu pergi mana uncle Yis?" soal si kecil tanpa takut. Uncle Yis baik sebab tu Adam berani tanya! Tak macam daddy garang macam singa!

Nayyis garu kening dengan muka terpinga. Aduhai nak jawab apa ini? "Err main game tembak-tembak kut," tuturnya walau teragak-agak.

"Game tembak-tembak? Ibu dengan daddy main dekat mana? Kenapa jauh. Tak bawa Adam sekali pun..."

Ah sudah! Nayyis rasa macam nak hempuk sahaja kepala sendiri. "Tunggu sini kejap. Uncle Yis nak ambil air coklat Adam."

Lantas tubuh kecil itu diletak kembali di kerusi. Nayyis bergerak laju ke arah seorang lelaki yang setia berdiri di situ. Memerhatikan mereka. Di tangan lelaki itu sedang memegang sesuatu.

"Mana?" Nayyis tarik nafas sebelum menyambut huluran itu. "Kau sure tak letak dos tinggi?" serius nadanya bertanya.

Lelaki itu mengangguk ringkas. Nayyis mengacau perlahan air itu sebelum langkah kembali ke tempat duduk Adam.

"Minum ni. Uncle tu yang buat. Kalau tak sedap kau tendang je dia." Ujarnya selamba lalu kerusi yang kosong diduduki.

"Kenapa nak kena tendang dia kalau air tak sedap? Ibu cakap t..."

"Sebelum uncle amb..."

"Okay uncle nah dah habis. Terima kasih!" Tidak habis menyambung ayat, Adam hulur cawan kosong ke arahnya bersamaan sengihan panjang.

Tercengang Nayyis di buatnya tapi tangan tetap menyambut. Haih Adam bila depan bapaknya bukan main macam patung cendana.








Butang baju kemeja dibuka satu persatu. Pandangan kosong diberi kepada Qisya yang sedang duduk menunduk diatas katil.

Perlahan kaki mendekatinya. Badan dibongkokkan. Dagu Qisya diangkat mendongak. Membulat matanya memandang Rayyan. Tersentak habis kerana dari tadi dia sibuk memikirkan keadaan Adam.

"Jom mandi."

"T...tuan mandi du...dulu." Tergagap-gagap dia berkata. Qisya berdoa di hati supaya lelaki itu tidak akan menengkingnya seperti selalu.

Lama mereka bertentangan mata. Rayyan mencium nipis bibirnya lalu menegakkan kembali badan. Ternaik keningnya melihat Rayyan berlalu pergi. Nafas dihembus lega. Alhamdulillah singa tidak mengaum!

"Arghh!" Jeritnya terkejut tatkala Rayyan secara tiba-tiba mengendongnya ke atas bahu. "Turunkan saya! Apa..apa ni!"

"Kau dah hidup dengan aku lima tahun Qisya Mikayla. Kau tahu aku tak suka kau membantah." Ujar Rayyan dingin. Bilik air ditujunya.

Kedua tangan yang terjuntai menumbuk belakang badan Rayyan. Kaki menendang.

"Tak nak! Saya tak nak! Lepaskan!" Raungnya lemah. Bibir diketap tatkala kedengaran pintu ditutup.

Rayyan meletakkan Qisya di atas bidet. Pantas tangannya menahan badan kecil itu. Tudung yang masih terbalut dikepala dibuka dan dilempar ke bawah oleh Rayyan. Tengkuk Qisya disauk tangan besar Rayyan.

"Agaknya tak cukup lagi kesakitan yang aku bagi dekat kau sampai kau berani macam ni." Bisik Rayyan sinis. Bibir mereka yang hampir bertemu sehingga terdengar nafas masing-masing menambah debar di dada Qisya.

Air mata mengalir lesu di pipinya. Tangan menggenggam erat hujung baju Rayyan. "M...maaf."

"Say it again." Hujung bibir ternaik suka. Suka apabila Qisya menjadi lemah begini. Mengikuti semua arahan serta kemahuannya.

"Saya...saya minta maaf tuan." Qisya menunduk patuh arahan Rayyan. Seraya tiada sinar sudah hidupnya di dalam kurungan lelaki itu. Dia berjanji, satu hari nanti...dia akan bebas!

Rayyan tersengih ngeri. Mata coklat jernihnya tidak lepas memandang air mata yang turun di pipi Qisya. Bibir mendekati pipi itu sebelum lidah di keluarkan untuk menjilat air mata yang tak segan silu tumpah.









"Sss..." Desis Qisya halus apabila dia cuba menggerakkan badan. Mata terbuka perlahan cuba menyesuaikan dengan cahaya lampu. Terasa sudah lama rasanya dia tertidur.

Drastik Qisya bangun terduduk memerhati sekeliling. "Ibu dah bangun?"

Kepala dipusing menghadap empunya suara. Terkebil mata polos si kecil memandangnya.

"Dekat mana ni Adam?" soalnya perlahan. Gebar dialihkan. Kaki menjejak ke lantai menghampiri tubuh Adam yang berada di sofa. Qisya mengerutkan dahi memegang pinggangnya. Aduh! Sakitnya.

"Tak tahu. Adam bangun dari tidur memang kita dah ada dekat sini. Adam nak pergi dekat ibu tapi daddy kata jangan kacau ibu."

Ruang kosong disebelah Adam didudukinya. "Daddy cakap macam tu? Daddy ada marah Adam ke?" risau Qisya bertanya. Tubuh Adam ditilik memastikan tiada kesan pukulan.

"Tak! Daddy cakap macam tu je lepas tu daddy bagi Adam coklat!" Riang Adam berceloteh. Plastik coklat yang sudah habis ditunjukkan kepada Qisya.

Seperti tidak percaya dengan jawapan Adam namun Qisya hanya diam. Takkan Adam nak tipu? Ah agaknya Nayyis bagi mungkin.

"Baguslah tu. Daddy pergi mana?" Adam hanya menjungkitkan bahu sebagai balasan atas soalanya.

Qisya membawa diri mendekati pintu balkoni. Dijengkit kaki memerhati kawasan luar. Membulat matanya tatkala sedar dimana dia berada.

Perancis! Sudah terang ada bendera negara itu serta Eiffel Tower berdiri gah nun jauh namun tetap dapat dilihat. Qisya tidak berani membuka pintu balkoni, hanya berdiri penuh teruja sahaja. Sepanjang lima tahun, buat pertama kali Rayyan membawanya jauh ke sini.

Adam bersusah payah menuruni sofa yang agak tinggi. Kaki tembam nya terkedek kedek mendekati Qisya. Kedua tangan Adam melekap ke cermin. Adam juga seperti Qisya, merenung fokus walhal tidak tahu apa yang ditenung.

Bibir dicebik. Adam mendongak melihat sinar mata Qisya. Tangan menepuk betis itu. "Ibu tengok apa?"

Menunduk Qisya menentang mata coklat jernih itu. Lantas tubuh Adam digendong lalu jari menunjuk besi di depannya. "Adam tahu tu apa?" Soalnya

Pantas Adam menggeleng. "Itu Eiffel Tower. Kita sekarang ada kat negara Perancis!" Riangnya berkata.

"Epel tawel."

"Bukan sayang, Eiffel Tower!" Qisya membetulkan sebutan Adam.

"Eish epel tawel lah!"










Malam menjelma, dua beranak berbual kosong sambil menikmati pemandangan diluar balkoni. Qisya merasa tiada tanda-tanda Rayyan itulah dia berani membuka pintu balkoni.

"Adam lapar?" Tidak dapat disorok sudah riak wajah kelaparan itu.

Adam angguk laju. Jari tembamnya bermain sesama sendiri. Nak bagitahu ibu tapi takut.

"Ibu pun lapar. Tak apa kita tunggu daddy balik dulu. Mungkin daddy ada bawa makanan." Balas Qisya menyedapkan hati Adam.

Adam hanya mengangguk faham sebelum berdiri melangkah ke tembok cermin. Adam cuba melihat ke bawah namun terundur terus kaki kecilnya.

Eee! Yayat! Eh. Sagat! Berkerut kerut Adam memikirkan satu ayat.

"Ibu kalau orang takut tinggi tu kita panggil apa?" Laju Adam bertanya setelah dia tidak dapat jawapan sendiri.

"Oh gayat. Kenapa?"

"Tak ada apa ibu! Tentiu bagi jawapan." Adam gayat! Ternangguk angguk dia. Kaki melangkah kembali ke tempat tadi.

"Ibu.. ibu! Ada kolam besar la dekat bawah. Besar sangat ibu! Ramai yang mandi situ." Mulut Adam riuh berkata sambil menunjukkan kebawah. Mukanya memang jelas teruja.

Qisya ikut sekali teruja. Ingin melayan karenah Adam.

"Iya ke? Wah mesti besar sangatkan sampai Adam suka."

"Haah bu...besar sangat! Kalah kolam dekat rumah daddy. Adam tak sabar la nak pergi bawah!"

Adam berlari ke arahnya lalu tangan Qisya diambil.

"Ibu, boleh kita pergi sana lepas ni? Adam nak mandi dekat bawahla. Adam tengok ramai budak-budak mandi pakai pelampung." Dengan muka teruja Adam mengajaknya. Qisya terdiam.Tidak sampai hati ingin membunuh keterujaan Adam.

"Kita tunggu daddy dulu, ibu tak biasa dekat sini. Lagipun ini bukan Malaysia. Ini negara orang jadi ibu tak reti jalan dekat sini." Alasan munasabah diberikan oleh Adam.

Adam hanya mengiyakan. Tangan digenggam dengan muka gembira.

"Harap-harap daddy balik cepat! Boleh Adam main dekat bawah!"

Dia hanya mampu tersenyum hambar. Tidak tahu mahu respon apa dengan kata Adam dan tidak mahu memberi harapan tinggi.

Di saat kami sedang leka melihat keindahan alam, pintu terbuka dari luar menandakan ada orang masuk. Qisya menoleh ke arah pintu.

Rayyan masuk dengan muka yang tegang. Sampai kecut perutnya apabila dia menatap mukanya. Singa tak ada mood!

Tanpa dijangka Adam tiba-tiba berlari mendekati Rayyan yang sedang berdiri menanggalkan jam di meja solek. Tak sempat menghalang kerana Qisya tidak berfikir Adam akan seberani itu.

"Daddy! Daddy! Tadi Adam tengok dekat bawah ada kolam besar! Jom daddy kita turun main dekat situ. Adam tengok budak macam Adam pun mandi dekat situ pakai pelampung." Suara kuat bercerita tanpa mengetahui keadaan ayahnya yang bila-bila masa saja boleh meletup.

Rayyan mengetap rahang kuat. Adam yang memegang seluar slacknya dipandang bagai nak telan. Tali leher di buka kasar. Qisya terus bangun mendapatkan tubuh Adam.

Tak sempat Qisya ingin meminta maaf, badan nya dihumban jauh. Terhentak kuat punggung di karpet hotel.

"Daddy! Sakit daddy! Telinga Adam sakit!" Raung si kecil sambil tangan menarik tangan besar Rayyan yang kuat memulas telinga kirinya.

Semakin kuat Rayyan memulas telinga itu. Hati menggelegak panas. Kemaharan dilepaskan kepada mereka.

"Apa masalah kau sial. Aku balik penat-penat lepas tu dengan bodoh nya kau ajak aku main! Kau hidup memang menyusahkan aku! Kenapa mak kau lahirkan kau. Aku dah suruh gugurkan kau dia tetap lahirkan kau! Bodoh!" Jerkah Rayyan sangat kuat.

Tangisan Adam semakin bergema apabila tangan besar Rayyan menampar kuat pipi kanan Adam sehingga Adam terjelepok jatuh.

"Tuan! Tolong jangan pukul Adam. Pukul saya...jangan Adam." Qisya mengesot kearah Adam. Tubuh nya dibawa ke dalam pelukan seolah-olah melindunginya.

"Kau pun sama! Menyusahkan hidup aku! Pergi mati aje lah kau dengan dia!"

Rayyan menyepak tubuh Qisya dari tepi. Qisya tergolek bersama Adam. Tangisan Adam dan Qisya bersatu dibilik ini. Ditarik kuat rambut Qisya memaksanya melutut.

"Sakit...maaf! Saya minta maaf...jangan...saya sakit." Kedua belah tangan dirapatkan memohon secebis simpati Rayyan. Berkali kali laungan maaf dipohon berharap dapat meredakan kemarahan dihati Rayyan.

Permohonan maaf di abaikannya. Hati tetap berbisik suruh meneruskan. Pipi cengkung itu ditampar buat sekian kali. Sudah tidak terkira berapa kali pipi ini ditampar. Terjelopok jatuh tubuh Qisya menerima tamparan kuat oleh tangan besar Rayyan.

"Jangan pukul ibu Adam! Daddy jahat!" Adam yang tadinya terbaring mula bangun ingin membantunya. Adam memeluk erat tubuh lemah Qisya saat kaki Rayyan ingin menendang tubuh itu.

Belakang badan Adam menjadi tempat tendangan Rayyan. "Allah Adam!"

Qisya memeluk Adam erat dan memusingkan badan kami. Saat ini belakang badannya pula menjadi mangsa. Qisya memejamkan mata hanya mengharapkan Rayyan berhenti. Setelah beberapa minit Rayyan berhenti dan meludah ketepi.

"Lain kali, kalau aku penat jangan kacau aku. Emak dengan anak sama je. Bodoh!" Rayyan melangkah ke bilik air membersihkan diri. Merah menyala mukanya menahan bengis.

Sekali lagi kata-kata kejam Rayyan toreh dihatinya.

"Adam okey? Ada sakit mana-mana? Meh ibu tengok belakang badan Adam." Dengan kudrat yang ada Qisya bangun dan menyelak belakang baju Adam. Ada kesan merah di serata badan nya. Qisya usap sedih. Adam tak patut kena. Qisya yang patut kena! Qisya yang patut tanggung!

"Adam okey ibu!" Sengihan ditarik kepadanya.

"Ibu jangan tengok Adam. Adam okay. Ibu yang tak okay. Daddy pukul ibu teruk sangat." Sambil itu tangan kecil Adam menari di sekitar lebam dibibirnya.

Qisya tersenyum pahit. Kasihan hidup Adam yang masih kecil terpaksa menghadapi perkara ini.

"Ibu okey sayang. Alah sikit je ni lagipun ibu kuat. Tengok sekarang ada ke ibu sakit-sakit?" Walaupun jelas sekali dia menipu Adam. Tapi Adam hanya budak polos yang mudah tertipu.

Pintu bilik air terbuka. Badan menggigil ketakutan. Tubuh kecil itu juga menggigil halus.

Rayyan hanya mengabaikan kami lalu kaki melangkah ke arah katil setelah selesai memakai baju. Setelah beberapa minit dia kelihatan terbuai lena.

Bersyukur lihat Rayyan terlena. Qisya membawa Adam ke sofa. Tubuh Adam diangkat dan diletakkan di atas sofa.

"Ibu nak tidur mana?" Walau pun jelas mukanya mengantuk tetapi Adam masih bertanya kepadanya.

"Tak apa, ibu tidur tepi Adam. Dah Adam tidur. Dah malam ni." Qisya mendodoikan adam. Tak lama itu Adam pun lena. Kelaparan yang dirasai tadi kini tidak lagi. Sekarang hanya kesakitan yang dirasai.

Kaki bersimpuh dilantai dan kepala diletakkan di tepi sofa. Sakit di belakang badan membataskannya untuk baring melentang. Air mata yang sudah berhenti kembali bergenang. Teresak-esak Qisya menahan sendu tidak mahu kedengaran.

Menangis tanpa suara itu sungguh sakit.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro