Bab 29
TOK! TOK! TOK!
Ketukan di tingkap kayu biliknya menyedarkan dia dari lena. Terpisat-pisat dia bangun. Mamai. Jam dinding ditilik. Sudah beranjak ke 1 pagi. Siapa yang berani ketuk?
Qisya mengikat rambutnya yang terlepas. Diikat ala kadar lalu dia mengambil tuala untuk menutupi rambutnya. Jarinya yang ingin menarik kunci ke bawah terhenti apabila dia tiba-tiba teringat sesuatu.
Macam mana kalau penyamun? Apa yang patut dia buat?
Seketika dia bagai orang dungu berdiri statik depan tingkap. Teragak-agak. Sudahlah sekarang pagi buta.
"Hey bukalah! Buka!!"
Bisikan keras itu datang sekali bersamaan dentuman yang agak kuat hingga memeranjatkannya. Suara Rayyan. Lekas-lekas dia membuka kunci pintu lantas tingkap dibuka.
"Aduh sakitlah!" Ean memegang dahinya yang dihempas pintu tingkap. Sekejap sahaja sebelum sengihan miang terlorek apabila matanya dapat menangkap kelibat yang dirinduinya.
"Hai." Sapanya tanpa niat ingin masuk ke dalam. Hanya bertenggek seperti hantu di luar tingkap. Rumah kayu begini memang senang dia pijak mana-mana untuk tampung dirinya.
Qisya mendadak berundur ke belakang. Kaget. Matanya sedikit membulat besar.
"Jom ikut aku pergi hotel." Ujar Ean lagi.
Hah? Otaknya sedang memproses kata-kata itu. Hotel? Lama juga dia berdiam diri dari membuka mulut.
Seketika Ean mendengus marah apabila melihat Qisya tidak merespon. "Lembab lah kau ni. Aku tak ada masa nak tengok kau berdiri macam patung buat masa ni. Cepatlah."
"Tak nak." Setelah tersedar, lekas-lekas dia ingin menutup kembali tingkapnya. Namun pintu tingkap ditahan oleh tangan besar Ean dari ditutup. Terdengar rengusan marah Ean. Gelabah jadinya. Janganlah marah pagi buta begini.
"Choose. Sama ada kau ikut aku dengan rela hati atau aku ketuk pintu rumah kau buat bising. Mesti kau tak nak kan?"
"Ray—Ean, saya tak boleh ikut awak. Nanti orang dalam rumah ni cari saya." Hampir tersasul mulutnya.
"Okey. Itukan pilihan kau." Ean berura-ura ingin turun. Pijak saja kasutnya atas tanah, suara Qisya menghentikannya.
"Kejap! Okey saya ikut awak. Tunggu situ. Jangan pergi mana-mana." Cemas nadanya berkata untuk menahan langkah berani Ean. Masaklah jika lelaki itu benar-benar mengotakan kata-katanya!
Tergesa-gesa langkahnya ke arah almari. Tudung sarung dicapai dan disauk ke kepala. Handbag yang terletak elok atas meja solek di ambil laju tanpa ingin memasukkan barangan lain. Rasanya cukuplah hanya membawa barangan peribadi saja.
Dek kerana langkahnya yang laju, tidak sedar kakinya melanggar kaki katil hingga membuatkan tubuhnya ingin terhempas jatuh. Lekas-lekas dia menahan tangan kirinya di atas lantai supaya punggungnya tidak terhempas dulu. Khuatir akan membahayakan kandungannya.
"Aduh!"
Qisya memejam mata erat menahan sakit apabila tangan kirinya terasa terkehel. Sebelah tangan menyentuh pergelangan tangan kiri. Bibirnya digigit kuat daripada mengeluarkan sebarang bunyi.
"Qisya! Hey kau kenapa tu?!" jeritan separa berbisik dari Ean di bawah kedengaran.
"Kau tak jawab, aku naik atas!"
"Saya okey lah!" Qisya mendecit kecil. Tangan kanannya dipaut ke arah birai katil untuk membantunya bangun.
"Bagilah aku tengok kau dulu baru aku tahu kau okey ke tidak!" rasa seperti mereka sedang berlawan bicara saja di pagi buta.
Entahlah. Semenjak Rayyan mengaku dia 'Ean' rasanya memang Qisya yang dulu sungguh penakut ingin berlawanan kata dengan Rayyan sudah hilang. Baginya watak Rayyan yang sekarang sedikit sebanyak membuatkan ketakutannya beransur pergi. Bodohkah jika dia terlalu mempercayai kata-kata lelaki itu dengan cepat sedangkan kesakitan yang dia tanggung selama ini sungguh lama?
Sungguh dia tiada jawapan untuk itu. Buat masa ini, dia cuma mengikuti kata hatinya.
Dan kata hatinya menyuruh dia sentiasa ingin berdekatan dengan Rayyan.
WANITA-wanita yang berpakaian mencolok mata direnung dengan mata sedikit membulat. Qisya meliarkan pandangan ke sekeliling hotel bajet yang baru sahaja kakinya jejak setelah mereka menuruni kereta.
Seram sejuk dibuatnya apabila melihat pengunjung lelaki di hotel ini sedang digoda oleh mereka. Rasanya cepat saja otaknya dapat berfikir sesuatu.
"Jangan jalan belakang aku! Sinilah lembab!" Bisik Ean dengan keras. Cepat saja tangan kanan Qisya dicekup kasar. Tubuh genit itu ditarik merapatinya.
Qisya menjeling wajah Ean tajam. Oh ya, hari ni tiada pula lelaki ini memakai topeng hitam. Bebas saja menunjukkan wajahnya di depannya. Aneh benar kenapa Ean memakai topeng pada hari itu.
Mereka beriringan jalan menuju ke bilik hotel Ean. Tidak tahu di mana, dia hanya mengikuti saja langkah lelaki itu. Seketika jalan mereka dihalang dengan seorang perempuan.
Mengucap panjang Qisya apabila melihat pakaian yang dipakai perempuan itu. Sungguh sangat seksi! Hanya menutup apa yang patut saja! Dia sendiri sebagai kaum hawa sangat malu walaupun bukan dia yang tunjuk auratnya.
"Hey malam ni I ada buat promosi. Satu jam Rm250.." bersamaan itu, lengan kekar Ean disentuh oleh jari perempuan itu.
Qisya bagai tunggul saja di sebelah. Tidak nampakkah perempuan itu akan dirinya? Jika ada perempuan di sebelah siap berpegangan tangan bermakna mereka merupakan suami isterilah. Kenapa suami orang juga mahu di goda?
Cekap saja Ean menangkap jari perempuan itu dengan sebelah tangan yang bebas. Dipulas kuat jari itu tanpa menghiraukan mimik kesakitan yang tertera pada wajah perempuan itu.
"Move your fucking hand, slut!"
"Auch! Sakitlah!"
"Awak!"
Qisya sudah gelabah apabila melihat Ean seakan ingin mematahkan jari-jari itu. Terbit rasa kasihan dalam hatinya. "Dahlah tu! Kesian..."
"Kau diam!"
Bibirnya terus tertutup erat tatkala dijerkah kuat oleh Ean. Rasa takut menyelinap di sanubari. Lantaran itu, dia hanya menikus saja di sebelah Ean.
Tumpuan Ean terus terarah di perempuan sebelahnya. Pandangan jijik dilemparkan. Atas bawah dia memandang perempuan itu. Lalu dengan sekuat tenaga, dia menolak kasar tubuh itu hingga terhumban jatuh menyembah kasutnya.
"Lain kali..."
Kakinya diangkat memijak jari perempuan itu. Tidak kuat tapi cukup membuatkan jeritan sedikit kuat kedengaran di ruangan ini. Mata yang memerhati diabaikan.
"Lacurkan diri kau dekat lelaki yang bernafsu dengan pelacur macam kau saja." Lantas dia memijak kuat.
"Arghh!"
Usai itu, Ean menarik kasar lengan Qisya mengikutinya. Tidak sampai beberapa langkah, kaki Ean terhenti. Kunci dikeluarkan dari poket lantas dicucuk di tombol pintu.
Buka saja pintu, tubuh kecil Qisya dihumban masuk dahulu kemudian baru dia melangkah masuk setelah menjeling kiri kanan. Seperti ingin memastikan sesuatu lagaknya.
"Aku nak mandi. Kalau kau rasa nak mandi sekali, aku alu-alukan."
Matanya menjeling raut wajah tidak beriak Ean. Apabila lelaki itu berura-ura membuka baju, barulah Qisya mengalihkan matanya. Tiba-tiba meremang bulu romanya berduaan begini.
"Dengar tak?"
"Allah!" Bagai nak tercabut jantung tatkala hembusan nafas Ean tepat-tepat berada di tepi telinga. Serentak itu, pinggangnya di lilit dengan lengan kekar Ean.
"Hm..." Ean menggeselkan hidungnya di telinga Qisya.
"Jom mandi sama-sama."
"A-awak! Tak nak! Saya dah mandi! Saya tak boleh mandi pagi buta macam ni. Sejuk." Pantas dia berkata apabila Ean sudah menariknya ke bilik mandi.
Ean berdiam diri beberapa saat sebelum melepaskan pelukannya. Tanpa sepatah kata, dia berjalan masuk dengan santai ke dalam bilik mandi.
Qisya mengurut dada lega setelah melihat kelibat Ean hilang dari pandangannya. Rasa sesak dadanya dengan perilaku lelaki itu. Bulu roma yang masih meremang naik menandakan dia benar-benar rasa seram.
Sewaktu diluar bilik, boleh nampak perangai lama Ean. Dan bila mereka masuk ke dalam bilik saja, terus Ean bertukar watak. Entahlah makin runsing fikirannya.
Malas ingin berfikir lagi dek kerana rasa kantuk menjengah. Tudung dibuka lalu di sangkut di kerusi. Handbag diletakkan atas meja solek. Qisya berjalan perlahan menuju ke katil sambil mengusap lembut perutnya.
Tatkala kepala lutut kanannya mencecah katil, terdengar kuakan pintu bilik mandi terbuka. Secara refleks kepala Qisya memutar ke arah itu.
Deg.
Mata mereka bersambung. Lama. Hingga Ean sudah berada di depannya pun dia tidak perasan. Sungguh dia terbuai dengan pandangan Ean. Pandangan dari mata hitam pekat. Tiada lagi pandangan kebencian yang selalu diterimanya dari Rayyan. Pandangan jelak. Jijik. Dan pandangan tiada cinta. Tiada lagi.
Sedar-sedar saja, dia sekarang berada di bawah Ean. Sedang terbaring di katil. Membulat matanya melihat keadaan mereka. Rasanya tidaklah malu sangat tetapi bila matanya dapat menangkap tubuh Ean tidak memakai baju, barulah rasa malu menyinggah.
"Err awak pergi pakai baju. Mesti sejukkan..."
"Shh."
Jari telunjuk Ean berada di bibirnya. Menahan bibirnya dari bercakap terus.
"Takpe kau ada boleh hangatkan badan aku." Nada menggoda dikeluarkan. Ibu jari mengusap leher Qisya. Lembut.
Pucat terus mukanya apabila mendengar itu. Pantas saja Qisya menggeleng laju. Air liur ditelan payah. Tangannya menahan dada Ean daripada mendekat.
"Saya tak nak..." kepala digeleng beberapa kali. Risau. Takut. Risau dengan bayinya. Takut dengan sentuhan Ean.
Terhenti pergerakan Ean. Matanya berubah tajam tajam menatap Qisya bagai nak ditelan.
"Kenapa?" soalnya agak sedikit tinggi. Namun dikawal nada sebaik mungkin.
"S-saya ngantuk...penat. D-dah pagi buta ni. Se-sepatutnya kan waktu sekarang waktu orang tidur." Menggeletar dia ingin memberi alasan. Kecut perutnya bila menatap pandangan tajam Ean.
Pandangan yang sungguh dia benci.
"Okey." Dikucup jemari Qisya sekilas. Lalu tubuhnya di angkat dari menindih tubuh Qisya. Ean bergerak menuruni katil. Plastik yang berada di sofa diselongkar kasar. Mencari sesuatu. Habis dibaling saja barangan yang tidak diperlukan atas lantai hingga membuatkan lantai berselerak.
Pelik. Macam tu saja? Terkebil-kebil Qisya menatap dari atas katil. Mahu menegur takut pula dengan baran Ean. Meskipun Ean bukanlah watak Rayyan tapi dia tahu, Ean juga mempunyai kesabaran yang tipis. Buktinya baru saja tadi dia dijerkah.
Jumpa saja baju singlet berwarna hitam, terus disarungkan ke badan. Selamba tuala dibuka dan dilempar atas lantai.
"Ish." Terpejam mata Qisya. Hampir-hampir saja dia melihat.
"Tidur. Aku nak keluar sekejap."
Matanya terus tercelik. "Awak nak pergi mana?" soalnya ingin tahu. Tubuh Ean yang sudah berpakaian lengkap direnung.
"Aku nak jumpa orang." Ringkas jawapan diberikan. Jaket kulit hitam diambil.
"Apa sebab awak bawa saya ke sini kalau akhirnya awak tinggalkan saya sorang-sorang?" tidak terlalu kuat tetapi cukup membuatkan telinga lintah Ean dengar.
"Okey aku temankan kau sampai kau tidur." Ujar Ean lalu kakinya berpatah balik menuju ke katil. Ruangan kosong di sebelah Qisya diduduki. Tubuhnya bersandar di kepala katil.
Qisya jelas terpinga-pinga. Dia memandang saja tingkah laku Ean. Dilihat lelaki itu sedang bermain telefon.
"Tidurlah. Kau nak aku tidurkan kau ke? Lain jadinya kalau kau nak." Katanya tanpa mengalihkan mata. Masih kekal merenung skrin telefon.
Laju saja mata Qisya tertutup. Selimut ditarik menutupi tubuh badan. Lalu dia menyelesakan dirinya. Agak susah juga ingin melelapkan mata setelah kantuknya hilang. Namun dek kerana takut dengan ugutan Ean, dipaksa juga untuk terlena. Beberapa belas minit berlalu, akhirnya dia ingin lelap.
"Good night, my little poison."
Samar-samar kata-kata itu kedengaran. Qisya mamai. Dirasakan dia sedang bermimpi. Namun bunyi pintu tertutup menyedarkan dia sesaat. Lantas setelah dia menutup matanya kembali, lena menjemputnya.
___
Don't forget to vote and comments oceyy!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro