Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 28


"PAUSE." Laju saja video durasi beberapa minit yang terpapar di skrin komputer ditekan berhenti tatkala mendapat arahan.

Rayyan menggengam kemas bucu meja. Tubuh dibongkokkan memandang penuh tajam ke arah skrin di depan. Diteliti sebaik mungkin untuk kepuasan hatinya. Seketika dia bagai tergamam.

Tak mungkin...

Pupil matanya membulat besar. Bagai tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Lelaki itu di dalam skrin itu, berpakaian hoodie hitam serta ditangannya pula memegang sesuatu yakni dia yakin itu adalah topeng hitam yang dijumpainya tadi.

Tak mungkin itu ialah dirinya sendiri...

"Zoom."

Pekerja itu bagai tersentak. Lekas-lekas arahan itu dilakukan. Terketar-ketar juga jarinya apabila tidak sengaja mengerling sisi raut tegang lelaki di sebelahnya.

Makin di zoom makin jelas wajahnya. Genggaman diperketatkan. Tidak sedar urat-urat ditangan sudah mulai timbul.

Bam!

"Opocot!" kus semangat! Dada diusap penuh debar. Terkejut, terperanjat segala terr lah keluar! Kalau nak hentak meja tu bagitahu lah dulu. Namun dia hanya mampu monolog dalam hati saja. Tidak berani bersuara tatkala melihat badan berketul Rayyan dibandingkan dengan tubuhnya yang keding.

Sekali kena lesing memang sampai ke bulan dia!

"Itu siapa?" keras nadanya menyoal.

"Err tu tuan la." Wajah yang terpampang di depan ditenung lalu dijeling Rayyan di sebelah. Benarlah! Mirip!

Takkan diri sendiri pun tak kenal. Sempat dia kutuk dalam hati.

Bergerak-gerak halkumnya mendengar jawapan pekerja itu. Tidak dapat disangkal lagi, itu memang dia.

"Cuma ini je cctv kedai kau mampu rakam?" serius dia bertanya. Namun mata kekal merenung bagai nak tembus di skrin hadapan.

"Y-ya...kalau tuan nak tengok ke mana tuan pergi selepas lalu depan kedai ni, tuan boleh minta nak tengok cctv dekat kedai sebelah juga."

Tanpa berlengah, Rayyan bergegas pergi tanpa mengucapkan apa-apa. Hanya memasang riak tegang. Baru saja tangannya naik menyentuh pintu, deringan di telefon mematikan tingkahnya. Lekas-lekas dilihat si pemanggil.

Lantas dia menolak panggilan itu. Dia kembali menyentuh pintu kaca ingin membukanya. Namun sekali lagi, deringan berbunyi nyaring menyemakkan mindanya yang sememangnya sedang kusut.

"Kau nak apa!?"

Gulp. Pemanggil yang berada nun disana terkesima dijerkah begitu. Terkebil-kebil matanya memandang skrin telefon lantas jarinya menunjuk diri sendiri.

Apa salah aku? Getusnya dalam hati.

"Kalau kau tak ada benda nak cakap baik tak payah call aku! Semak!!" buru-buru dia ingin mematikan panggilan. Tiada masa!

"Erm Dato' Yusuf tolak untuk berjumpa dengan tuan. Saya berkali-kali tanya kenapa tapi dia tak mahu menjawab dan saya dapati sekitar jam 11 malam dia dan isterinya seperti tergesa-gesa keluar rumah dengan membawa beg agak besar. Saya agak, mungkin diorang pergi bercuti namun bila saya cek jadual dia, tiada pula dalam data. Bermakna Dato' Yusuf tak inform apa-apa kepada personal assistant dia," dalam senafas diterangkan panjang lebar.

Rayyan menyebak rambutnya ke belakang. Sebelah tangannya bercekak pinggang. Stres.

"Cari dekat mana dia berada sekarang!! Aku tak kira sama ada dia pergi Korea Utara hatta ke kubur sekalipun, aku nak kau cari dia sampai dapat!!"

"Jangan berani call aku selagi kau tak dapat jejak dia dan kalau boleh sorokkan diri kau semampu yang kau dapat dari pandangan Seth. Jangan munculkan diri kau depan dia." Noktahnya dalam memberi arahan berbaur ancaman.

Lalu tanpa aba-aba dia terus mematikan telefon agar tidak diganggu. Serabut!

Pekerja tadi yang bersama Rayyan dalam bilik CCTV tertelan air liur saja mendengar jerkahan Rayyan. Dengan muka lelaki itu kelihatan sungguh tegang! Seriau.

Muka dah handsome nyah tapi baran! Seriau makkk.

Bahunya menggeliat nyeri.





"SiAL LA!" Tayar kereta disepak penuh geram. Rambutnya yang sedia kusut makin dikusutkan. Dia marah. Semua kedai yang dia masuk mengatakan CCTV mereka sedang dibaiki. Membuak-buak rasa ingin membelasah mereka.

"Sial!"

"Sial! Arghh!"

Ditumbuk bonet kereta melepaskan amarah dihati berkali-kali. Mujur di sini kawasan parkir yang sedikit tersorok. Jikalau tidak mungkin ramai yang memandang tingkah lakunya.

Mulut Rayyan separa terbuka tatkala dadanya tiba-tiba seakan mengetat menyebabkan dia sukar bernafas. Ditarik nafas melalui mulut. Seketika kepalanya berpinar-pinar hebat. Laju saja tangannya memegang bonet kereta menahan badannya agar tidak terjelopok jatuh.

"Ini waktu aku..."

Rayyan menggeleng laju menghilangkan bisikan itu. Sial. Bukan sekarang. Tolonglah bukan sekarang. Mindanya tiba-tiba teringat akan ubat yang berada di dalam kereta. Lekas-lekas dia membuka pintu kereta ingin mencari ubatnya.

"Shhh... biar aku tolong kau rungkaikan semua masalah kau. Kau pergilah berehat Rayyan...aku tahu kau cukup muak dengan semua ni. Kau penat. Pergi tidur. Aku janji bila kau bangun, semuanya selesai."

Matanya dipejam erat. Kepala berkali-kali menggeleng. Menggigil-gigil tangannya.

"Kau tak percaya aku?"

"Bodoh! Kau tak wujud! Aku takkan percaya benda tak wujud!!" matanya kembali terbuka. Dicekalkan dirinya untuk bergerak mencari ubatnya.

Menggigil-gigil tangannya menggeledah barangan di seat belakang. "Mana ubat tu..." bibir bawahnya bergetar. Peluh-peluh sudah mula mengalir di dahi.

"Tch...aku tak wujud?" bisikan itu seakan tepat di tepi telinga. Lantas dia memalingkan kepala ke arah tepi. Terbuntang biji matanya tatkala melihat seorang lelaki yang mirip dengannya!

"Aku wujud. Aku sentiasa ada di sisi kau. Aku akan tetap ada kalau pun kau buang aku. Just sleep Rayyan. Dunia ni kejam untuk kau. Biar aku pula yang uruskan semua benda ni..." bisikan itu bagai melodi yang memujuk dirinya.

Matanya berlawan mata dengan mata hitam pekat itu. Perlahan-lahan dia bagaikan percaya. Akhirnya dia mengangguk lemah. Membenarkan.

Ean mengulas satu senyuman. Senyuman yang cukup sinis.

"Apa benda yang aku nampak ni siot? Lagi ngeri daripada tadi. Mamat ni gila ke apa cakap sorang-sorang?" kebetulan hari ini tugasnya membuang sampah jadi tanpa sengaja dia melihat kejadian yang tidak terjangka saat ini.

Tuan tadi. Tuan yang sama. Lelaki sama yang menjerkah di depan pintu kedai. Dan sekarang dia melihat pula lelaki itu sedang bercakap seorang diri. Terbongkok-bongkok dia menyorok di sebalik tong sampah hijau kitar semula.

Seketika dia tergamam. Lelaki itu...matanya bertukar hitam pekat dan lelaki itu sedang memandangnya! Tepat ke dalam mata! Seperti lintang pukang dia berlari. Bulu roma sudah naik.

Ean terkekeh-kekeh halus.

"Yeay yeay jumpa Qisya." Dia bersiul riang. Lalu cermin kereta dilihat sebelum bibir mencemuh.

"Apa buruk gila style si Rayyan ni."

"Gaya macam ni nak jumpa Qisya?"

Helaian rambut dibetulkan dengan jari jemarinya. Lincah diselak ke tepi agar terlihat kemas. Selesai saja, Ean merenung dirinya lama. Kemudian tangannya menggapai sesuatu di bawah kerusi kereta sebelum benda itu direnung dengan sengihan lebar.

"Ubat ni tak boleh ada. Kalau dia ada aku tak boleh muncul dan aku tak boleh jumpa Qisya." Ujarnya kosong. Ubat ini dia sendiri sorokkan pada waktu dia muncul.

"Maaf, aku terpaksa buang kau..." lalu dilempar ubat itu diluar tanpa rasa bersalah.




SHANIA menekan loceng berkali-kali hingga naik lenguh jarinya. Sesekali dia mengetuk pintu yang tertutup itu apabila tiada respon dari dalam rumah.

"Mana awak ni Rayyan." Mendengus marah nadanya.

Serabut! Call tak angkat! Pejabat tak masuk. Memang satu clue pun tak diberitahu ke mana keberadaan jejaka itu.

"Ada tak?"

Shania semakin sebal dengan pertanyaan itu. "Tak ada. Dah ketuk banyak kali! Abang pun sendiri nampak kan! Takkan dari tadi berdiri dekat situ—"

"Arkk!"

Matanya terbeliak besar tatkala mendapat serangan mengejut. Sungguh lehernya terasa sangat sakit bagai dijerut dengan tali. Seth mencekiknya dengan tenaga jantan lelaki itu!

"Watch your voice! Makin lama aku tengok kau makin biadap dengan aku." Dingin nadanya berkata. Wajah Shania yang semakin membiru itu direnung kosong tanpa ada niat ingin melonggarkan cengkamannya dileher gadis itu. Malah dia makin memperketatkan.

"A-ab-abang...ll-lep-pas..."

Ditepuk kuat tangan kekar itu untuk melepaskannya. Mata Shania makin kabur. Tubuhnya terasa makin longlai ingin jatuh.

"Last warning. Jangan sesekali tinggikan suara dengan aku." Ugutan dikeluarkan lalu dilepaskan kasar leher gadis itu.

Shania terbatuk-batuk kuat. Tubuhnya melorot jatuh. Lehernya dipegang. Perit.

"Bangun. Jangan nak buat drama kat sini."

Namun Shania masih duduk dilantai. Sisa batuk dilepaskan. Lalu jarinya menggengam erat fabrik baju. Perasaan marah dan takut bercampur menjadi satu.

Seth mendengus. Lantas lengan Shania dicekup kasar memaksa gadis itu berdiri. "Sakit..." rintihan keluar dari bibir sang gadis.

"Lembab!" tuturnya keras. Ditarik paksa Shania agar berjalan laju menyaingi langkahnya.

Sampai saja mereka di lift, kelibat seorang lelaki sedang melihat mereka dengan pandangan hairan. Lagi-lagi mata lelaki itu asyik benar menjeling ke arah Shania.

Seth berdehem kuat. Lalu dia melingkarkan tangan ke pinggang Shania. Dirapatkan kedudukan mereka lantas dibisikkan sesuatu ke telinga Shania.

"Jangan buat muka sedih. Senyum." Bisiknya cukup keras memberi arahan.

Lekas-lekas Shania mengikuti arahan itu meskipun jarinya sudah terketar-ketar. Takut. Gerun. Lehernya yang masih perit itu dibiarkan walaupun tangan acapkali ingin mengusap tempat itu untuk meredakan sakitnya.





___

Don't forget to comments :)

Entahlah makin tak mampulah nak type panjang. So bab pendek jela saya mampu update :(

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro