Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 26


"SAYANG saya nak pergi jumpa kawan saya dekat sana sekejap. Awak boraklah dengan diorang." Shania sempat memaklum kepada Rayyan sebelum dia mengorak langkah meninggalkan tunangnya seorang diri.

Sorot matanya cuma mengikuti langkah Shania. Lalu dia putar mata memandang sekeliling dewan yang gah dihias bunga-bunga indah. Sebetulnya, Rayyan sendiri tidak tahu menahu pertunangannya akan berlangsung hari ini.

Bagai orang bodoh saja dia mengekori rancangan yang diatur Seth. Mulutnya terkunci rapat ingin membantah.

"Itu ke tunang kau? Helokk kau cari laki!" Aina Dahlia menepuk bahu Shania. Matanya banyak kali menjeling raut wajah beku Rayyan.

"Kena pandai cari..." meleret suara Shania membalas. Dia tersenyum manis menunjukkan dirinya yang sedang bahagia.

Ya, bahagia.

"Eyy! Kalau macam tu aku try abang kau nanti! Untung-untung aku jadi kakak ipar kau," bibirnya dicebik.

Lekas saja Shania mencubit tepi pinggang Aina Dahlia. "Gatal eh kau!" getusnya.

"Auch! Gurau jelah! Tapi kan Nia..."

"Aku macam pernah nampak muka Rayyan tu," tepi pinggangnya yang terasa berbisa dek kerana cubitan ketam Shania diusap laju. Namun mulut tetap berceloteh.

Kenyataan itu membuatkan riak wajahnya bertukar. Dari mimik bahagia terus berubah datar.

"Kau nampak dekat mana?" gugup di hati cuba ditahan. Fokus diarahkan kepada rakannya.

Aina Dahlia berkali-kali menjeling raut tampan Rayyan. Seakan ingin memastikan sesuatu. "Dekat media sosial. Kan pernah viral dulu kononnya anak kandung yang dia sorok selama ni akhirnya terbongkar bila anak dia kena bunuh," terangnya serius. Benar kali ini dia tidak salah melihat.

Shania menelan air liur. Kenapa dia tidak pernah tahu tentang kes itu?

"Salah orang kot, tunang aku masih bujang lagi lah weh! Teruna lagi!"

Tepi kepala yang dilapisi tudung di garu meskipun tidak gatal. Bibirnya tersengih janggal. "Tapi muka tu—"

"Kau tahu kan tunang aku businessman terkenal. Mesti ada aje yang nak tabur fitnah!" seboleh mungkin disangkalnya.

Ada benarnya juga kata-kata Shania. Lantas kepalanya terangguk memahami.

Kaki panjang Rayyan di atur ke arah luar dewan. Ingin mencari ketenangan walhal di dalam dewan ini mempunyai aircond yang terpasang. Namun tidak tahu kenapa dirinya terasa membahang duduk lama-lama di dalam.

Tempat tersorok dijadikan pilihannya untuk merehatkan diri. Lalu tubuhnya tersandar penuh di dinding bangunan. Jarinya memicit kepalanya yang terasa berat.

Mungkin faktor dia tidak cukup tidur.

Mengingatkan itu, laju matanya tercelik. Rayyan keluarkan telefon pintarnya di saku poket seluar. Jarinya menekan satu nombor lantas telefonnya ditekap di telinga.

"Hello,"

"Aturkan pertemuan aku dengan Dato' Yusuf secepat mungkin,"

"No, jangan bagitahu hal ni dekat Seth. Ini rahsia kita." Perbualan mereka berakhir.

Rayyan rasakan orang sekelilingnya tidak boleh dipercayai. Termasuk Anggun, personal assistant nya sendiri.

Satu nama yang pernah disebut oleh Dato' Yusuf diputar kembali dalam otak.

Qisya...

Dan 'dia' menyuruhnya mencari seorang perempuan.

Adakah perempuan itu ialah Qisya?


QAIRIL membesarkan dan mengecilkan beberapa kali gambar yang dilihatnya. Seperti tidak percaya saja dengan apa yang terpampang dalam skrin telefonnya.

"Aish, ni bukan abang ipar aku. Mungkin pelanduk dua serupa." Fikiran negatif cuba dibuang.

Namun jarinya membaca caption di bawah. Hilang semua fikiran baik. Sekarang ditukar dengan bermacam-macam perasaan.

"Ini memang abang Rayyan." Bisiknya halus.

Lalu dia pergi ke log panggilan. Nombor Rayyan ditekan. Tidak dapat. Seperti nombor ini dah tidak digunakan. Qairil mengepal penumbuk. Menderam marah.

Hendak menelefon kakaknya, dia tiada langsung nombor baru Qisya. Fikirannya serabut. Benarkah pertunangan itu? Jadi bagaimana dengan kakaknya?







"LAJUNYA awak berjalan! Perlahanlah sikit! Saya pakai gaun ni tak boleh nak jalan laju-laju." Shania terkocoh-kocoh ingin menyaingi langkah besar Rayyan.

"Tak payah ikut aku boleh tak!!?" jerkahnya kuat sembari mendengus marah.

Spontan kaki Shania terhenti tatkala dijerkah begitu. Matanya menatap belakang badan Rayyan yang makin menjauh. "Sayang awak kenapa nak marah saya ni?" soalnya ingin tahu. Lantas kakinya meneruskan langkah kembali.

"Awak tunggu!" lengan Rayyan diselar.

"What!!?"

"Awak ni kenapa? Hari ni kan hari pertunangan kita! Sepatutnya kita happy bukan bergaduh macam ni!"

Rayyan merentap lengannya. Hunusan tajam matanya memandang tepat ke dalam mata Shania yang dilapisi contact lens. Wajahnya tegang.

"Aku berhak marah sebab aku langsung tak tahu menahu tentang pertunangan ini! Kau dengan abang kau buat aku macam orang bodoh! Tak bagitahu apa-apa langsung!! Bawa wartawan tanpa minta persetujuan aku!"  tiada nada baik. Yang ada cumalah nada menengking tinggi.

Wajah Shania berubah mendung. Lantas keluhan dilepaskan. "I though you already agree. Abang yang cakap..." makin dikecilkan suaranya tatkala dia semakin gerun dengan tatapan Rayyan.

"Leave. Jangan kacau aku. Jangan cari aku dan jangan datang kondo aku!" dihambur keras sembari menarik pintu kereta. Dihempas kuat tanpa sempat Shania menahan.

"Sayang!" tingkap kereta diketuk bertalu-talu.

"Sayang! Hey! Dengar dulu penjelasan saya! Okay okay I'm sorry!"

Rayyan tidak mahu sedikitpun mendengar. Malah dia dengan selamba menekan enjin kereta. Mengaum kuat bunyi enjin keretanya di tempat parkir. Lalu pergi begitu saja di hari pertunangannya.

Sejujurnya dia tidak tahu destinasinya menuju ke mana namun dia tetap meneruskan perjalanan. Mengikut gerak hatinya. Yang pasti kali ini dia mahu melakukan keputusan sendiri. Tanpa mahu mendengarkan sesiapa.

"Rayyan! Shit!"

Shania menghentak kaki kuat. Air mata yang menitis dek kerana geram serta sakit hati di kesat kasar. Habis buruk make up nya.




"QISYA, makan sikit. Kau tak makan malam lagi. Tak elok untuk baby." Pintu diketuk bertalu-talu. Meskipun tiada balasan dari dalam, Nayyis tetap teguh berdiri sambil menatang dulang makanan.

"Buka pintu ni, mak dah masak asam pedas yang kau minta hari tu. Tak kesian dengan mak ke? Penat mak masak." Terpaksa juga libatkan mak Lijah dalam sesi memujuk Qisya.

Hasilnya, pintu terkuak dari dalam. Terjengul kepala Qisya yang dibaluti tudung sarung. Raut wajahnya pucat seperti baru lepas menangis. Lantas Nayyis tahan pintu agar terus terbuka.

"Makan sikit, kesian anak dalam perut tu lapar." Dulang dihulur ke arah Qisya.

Melihat gelengan dari Qisya, serta merta dia dihambat geram. Marah. Sesal. Kecewa. Ah semuanya bercampur baur!

"Tak apa, letak dulu kat luar. Nanti saya makan." Serak basah nada nya bertutur.

"Makan."

"Saya—"

"Makan sampai habis lepas tu esok aku bawa kau jumpa tuan Rayyan."

Mata Qisya elok memanah tepat ke dalam mata kosong Nayyis. Nampak sangatkah dirinya sedang menangisi Rayyan.

Lantas kepalanya kembali menunduk memandang dulang tepat di depannya. Perasaan bersalah muncul di hati. Kenapa dengan dirinya?

"Saya—saya minta maaf. Saya tak nak jumpa dia. Saya cuma—" jeda. Tidak tahu apa yang patut dia teruskan.

Berbelah bahagi.

Nayyis hulurkan lagi dulang ke arah Qisya.

"Aku tahu kau nak jumpa dia. Aku anggap mungkin ini pembawakan budak."

"Makan. Habiskan. Kesian dekat mak tengok kau tak jamah langsung masakan mak." Sambungnya lagi.

Terketar-ketar tangannya menyambut dulang itu. Sedikit demi sedikit dia merasa malu. Malu dengan perangainya. "Terima kasih." Ucapnya tanpa menaikkan wajah. Tetap menekur memandang dulang.

"Hm..."

Lalu ekor matanya melihat derapan kaki Nayyis menjauh. Qisya genggam sisi dulang kuat menahan rasa. Dia kuatkan dirinya. Nafas ditarik sedalam mungkin. Lantas dia kembali masuk ke dalam biliknya. Dulang diletakkan atas meja solek. Tudungnya dibuka dan diletak di birai katil.

Sesaat matanya membulat sedikit tatkala dia seakan tersedar bayangan hitam tersorok di tepi almari. Laju dia memusingkan tubuh ingin melihat lebih jelas. Bersamaan itu, bayangan itu dilihat makin menghampirinya.

"Argg—"

Tidak sempat ingin menjerit, mulutnya ditekup kuat. Kuat hingga dia langsung tidak mampu menyedut udara.

"Ermmm!"

Kedua tangannya mencakar wajah bayangan itu. Masih tidak mampu lagi mengecam dek kerana wajah itu dilindungi topeng hitam. Yang dia mampu lihat hanyalah sepasang mata hitam pekat.

"Shh..."

Qisya menggeleng laju apabila tubuhnya jatuh atas tilam. Bayangan itu menindih tubuhnya menjadikan kedudukan mereka semakin rapat. Qisya diterpa rasa takut yang teramat. Senak juga perutnya ditindih begitu.

"Aku boleh lepaskan, tapi kau jangan sesekali jerit." Suara itu berbisik keras di tepi telinganya.

Pada mulanya, Qisya bagaikan tidak peduli. Dia masih meronta. Mencakar. Menolak sehabis daya namun tingkahnya terhenti. Lantas matanya merenung tepat ke arah sepasang mata itu yang tidak lepas memerhatikan nya.

Rayyan? Benar, suara itu kedengaran mirip dengan suara milik Rayyan.

Melihat tiada rontaan lagi, tangannya perlahan-lahan melepaskan tekupan. Sebelah tangan lagi menongkat tilam agar tidak sepenuhnya menindih tubuh Qisya. Faham, perempuan ini sesak nafas bila tubuh besarnya menghempap penuh ke arahnya.

Mata Qisya masih menatap dalam ke arah mata itu. Kenapa berwarna hitam gelap? Ke mana warna coklat cair yang pernah warna mata itu diwarisi oleh arwah Adam?

"R—Rayyan?" bisiknya halus.

Di sebalik topeng yang dipakai. Bibirnya menarik seringai tajam. Wajah ini. Wajah ini yang dirinduinya. Yang setengah mati hatinya meronta untuk terus mencari.

"My beautiful poison, only god know how much I miss you." Serentak itu, kucupan bertubi-tubi diberi di seluruh muka Qisya.

Dia mendengus marah apabila bibirnya tidak dapat menyentuh secara langsung dengan kulit Qisya. Mereka dipisahkan dengan topeng yang dipakai namun secara tiba-tiba dia terkekeh halus sehingga menaikkan bulu roma Qisya.

Dada Qisya turun naik menahan gerun. Tubuhnya seperti beku. Langsung tidak bergerak. Hatta waktu mukanya dikucup pun dia tidak menolak. Bagai magik tatkala dia terus menerus memandang mata hitam pekat itu.

"Say something, I really miss your voice." Lunak suara itu seakan menggoda. Ibu jarinya tidak jemu mengusap kulit pipi Qisya.

"A—awak si—siapa?"

Terhenti. Ibu jarinya terus berhenti dari mengusap. Dia mendecit marah. Lantas tangannya mencekak rahang itu namun tidak terlampau kuat tapi dapat juga dirasakan sakit oleh Qisya.

"Ssst..."

"Kau tak kenal aku?! Ah ni semua salah Rayyan sial tu! Dia memang sial!" makinya kuat. Tilam di tepi kepala Qisya ditepuk sebal.

Qisya menenggelamkan tubuhnya ke dalam tilam apabila makin terasa takut dengan tindak tanduk Rayyan. "Sa—sakit..." keningnya berkerut.

Cemas. Ya dia cemas tatkala mendengar rintihan dari mulut Qisya. Dengan laju dia mendudukkan tubuhnya atas perut Qisya.

"Auch!"

Tubuhnya bingkas bangun. Spontan.

"Kenapa? Aku belum pukul kau lagi! Kenapa kau nak merintih sakit?" suaranya keras bertanya.

Telapak tangan Qisya mengusap perutnya yang senak. Terpejam matanya sambil bibir beristighfar untuk mengurangkan sakit.

Perilaku Qisya dipandang tanpa lepas. Tajam matanya melihat perut itu. "Kau kenapa?" soal dia lagi. Tidak puas hati dipalau begitu.

Lantas matanya tercelik memandang tubuh Rayyan yang mematung di depannya. Kakinya yang terjuntai ke bawah cuba digerakkan tatkala terasa kebas. Qisya menongkat tangan untuk duduk.

"Awak duduk atas perut saya. Sakit." jawabnya perlahan.

"Perut kau besar. Aku tersakitkan lemak kau ke?"

Soalan bodoh itu mengundang senyuman kecil di bibirnya. Lucu namun melihat Rayyan seperti orang dungu saja dia mematikan niatnya.

"Tak. Cuma senak sikit." Qisya memutuskan untuk membalas begitu saja.

Secara tiba-tiba dia paranoid. Takut. Anaknya perlu disorokkan dari pengetahuan Rayyan! Dia tidak mahu lagi kehilangan anaknya. Cukuplah dulu Adam. Sekarang ni jika dia kehilangan lagi, mungkin dia boleh gila!

"Sekarang dah okay?"

Walaupun agak pelik dengan soalan itu, Qisya tetap mengangguk beberapa kali. Mengiyakan saja.

"Arghh!"

Bum!

Dengan selamba tubuh Rayyan kembali menindih tubuhnya. Kali ini tangan kekar itu memeluknya rapat. Qisya kelemasan. Senak diperut makin terasa. Namun bibirnya ditahan dari merintih sakit.

Leher putih melepak Qisya dihidu dalam. Wangian ini. Hanya wangian ini yang akan menjadi penemannya hingga ajalnya sampai. Lantas kepalanya direhatkan di situ. Tanpa membuka topeng. Walaupun sudah senget benget topengnya langsung tidak kisah. Asalkan dia lena tidurnya.

Tok!Tok!Tok!

"Qisya!"

"Kau okay tak?! Aku dengar kau jerit tadi!"

Serentak itu tombol pintu seperti dipulas-pulas.

Suara Rayyan menderam marah. Dia bangun dari perbaringan. Kakinya laju menapak ke arah pintu. Baru saja tangannya naik memegang tombol pintu, lengannya ditarik dari belakang.

"Jangan! Jangan buka! Biar saya buka!"

Tergesa-gesa Qisya mencapai tudungnya yang terjatuh atas lantai. Barangkali kerana pergelutan antara mereka sebentar tadi.

"What the hell?! Kau sengaja nak borak dengan mamat tu kan?" suara keras Rayyan menghentikan langkah Qisya.

"Qisya! Buka pintu! Kau nak aku yang buka atau kau buka sendiri!" tinggi nada Nayyis diluar. Makin membuatkan Qisya resah.

"Tunggu sini!" arah Qisya lalu terus membuka pintu bilik namun hanya kepalanya sahaja terjengul. Badannya masih di dalam bilik.

Qisya memberikan seulas senyuman. Ingin menutup gugup dihati. "Kenapa Nayyis?"

Mata Nayyis tajam memerhati celah ruang pintu yang dibuka meskipun hanya ruang kecil saja. Lalu matanya jatuh menatap raut wajah Qisya.

"Aku dengar kau jerit tadi."

"Ha? Err saya nampak lipas—aduh!"

"Qisya kau kenapa? Bagi aku tengok dalam bilik kau!"

"Jangan!" laju dia menghadang Nayyis. Kukuh tangannya menahan pintu dari terbuka luas.

Jujur, Qisya rasakan mereka seperti sedang ditangkap khalwat saja! Dengan Rayyan yang tiba-tiba memeluknya erat serta menyentuh perutnya bak orang jakun!

Kesempatan itu tangan melingkari pinggang Qisya. Mengusap lembut perut membusung itu dengan tekun. Hm selalu kalau orang ada lemak, perut dia buncit. Kenapa yang ni macam membulat pula. Jenuh pula dia fikir sendiri tanpa kisah dengan situasi yang dihadapi oleh mereka sekarang.




___

Tbh makin merepek cite ni!
Lantaklah saya ikut kepala otak saya sendiri
jelah!

Harap korang tak jemu okay!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro