Bab 25
KEDUA tangan menekup kuat telinganya. Jarum jam yang menginjak ke angka tiga pagi tidak dapat membuatkan matanya terlelap. Sedari tadi banyak suara yang berlegar di otaknya hingga memaksa dirinya berjaga.
Ada yang menyuruhnya hilang...
Ada yang menyuruhnya mati...
Dan ada yang mendesak dirinya untuk berlari laju, mencari 'dia' di setiap pelosok yang ada.
Tidak dapat lagi menahan suara-suara itu. Kerana itulah, Rayyan sanggup mencari hospital terletak nun jauh dari tempat tinggalnya. Dia sendiri datang ke hospital itu tanpa pengetahuan Seth dan Shania.
Dia tahu, jika perkara ini sampai ke telinga mereka berdua, pasti hari ni juga Seth akan datang ke kondominium nya.
Matanya jatuh memandang ubat yang berada di lantai bersebelahannya. Ubat sama yang diberi oleh doktor itu dengan ubatnya sebelum ini. Kata doktor itu, Rayyan tidak makan ubat secara teratur. Itulah antara sebab muncul halusinasinya.
Tidak tahan lagi dengan suara bisikan itu, tangannya buru-buru mengambil satu pil ubat. Menelannya tanpa meneguk air. Dia terdesak. Terdesak ingin menghilangkan halusinasinya.
"Kau nak apa lagi?" soalnya sendirian dengan nada berbisik halu.
"Dia..."
"Siapa dia!!?"
"Kau bagitahu aku siapa dia!!"
Suara itu terkekeh sinis. Seakan mengejeknya dalam diam. Justeru itu makin membuatkan Rayyan dilanda marah. Ingin menggapai namun yang ada cumalah telapak tangannya yang kosong. Tiada. Seakan benda itu lesap sendiri.
"Tuan..."
"Daddy..."
"Arghhh!!!"
Pekikan Rayyan sungguh kencang. Bersilih ganti mendengar suara yang merayu-rayu itu. Degupan jantungnya makin laju lagak seperti dia sedang melakukan larian pecut.
"Stop. Berhenti. Jangan kacau aku lagi." Lirih nadanya berkata.
Penat. Jiwanya penat. Mindanya lelah. Badannya sudah tidak mampu lagi menampung rasa ini.
"Perempuan tu..."
Itu bisikan terakhir yang didengarinya sebelum Rayyan rebah ke lantai bilik tanpa alas. Mengerekot bak anak kecil kehilangan keluarga.
TENTANG hal minggu lepas, Qisya tidak menceritakan lagi kepada Nayyis. Risau jika dia memberitahu pertemuannya dengan Rayyan pasti Nayyis akan lebih berjaga-jaga kepadanya.
Tapi kenapa hari tu, Rayyan benar-benar tampak tidak mengenalinya. Raut wajah itu kelihatan serius. Tidak main-main. Dia buntu. Benarkah semua itu atau hanya lakonan sang suami untuk mengaburkan mindanya agar dia merasa bersalah?
Tanpa sedar keluhan berat terkeluar.
Nayyis jongket keningnya. Sudu diletakkan atas pinggannya.
"Kau kenapa? Mengeluh kuat sangat,"
Tubuhnya sedikit terenjat mendengar suara Nayyis. Berkecai lamunannya. Lantas matanya dialihkan menatap sepasang mata tajam lelaki itu. Bibir cuba dilorek senyuman. "Saya okay. Takde apa-apa." Balasnya dengan nada dikawal sebaik mungkin.
Mata Nayyis meneliti tanpa lepas ke arah Qisya. Menilik sesuatu yang baginya tidak kena.
"Muka kau pucat," tegur Nayyis datar.
Lekas-lekas tangannya memegang wajahnya sendiri. Tekak berdehem janggal. "Mungkin sebab tak pakai gincu hari ni," seboleh mungkin disangkal.
"Sejak bila kau pakai make up? Aku bukan baru kenal kau puan Qisya," perkataan puan ditekan.
Qisya tersengih kekok. Tidak mampu lagi menipu Nayyis. Lelaki ini ibarat abangnya yang mengetahui semua perangainya.
"Perut saya lately ni sakit. Saya tak selesa bila nak tidur. Kadang sampai tak boleh tidur malam," lagi dan lagi. Untuk kesekian kalinya, dia berbohong demi menutup hal itu.
Tidak tahu kenapa, hatinya menyuruh untuk simpan saja.
Riak wajah Nayyis berubah risau. Sekejap matanya jatuh merenung perut Qisya. "Kenapa kau tak cakap awal-awal tentang hal ni! Perkara macam ni bukan boleh dibuat main! Kita pergi hospital sekarang. Cek baby kau." Tegas nadanya berkata.
Tidak dapat tidak, akhirnya Qisya mengangguk pasrah. Siapa suruh dia berbohong?
"Dah habis makan kan? Jom gerak sekarang." Nayyis bingkas bangun dan berjalan laju ke arah kaunter pembayaran. Lagak seperti ingin cepat saja. Sesudah sesi pembayaran, dia kembali mendapatkan Qisya.
Qisya berdiri perlahan sambil tangan kirinya memegang bawah perut. Sebelah lagi berpaut di meja. "Nak aku tolong tak?" Pantas kepalanya di geleng. Menolak tawaran Nayyis mentah-mentah.
Mulut Nayyis terkunci. Tidak mahu memaksa. Sedar wanita itu menjaga batas. Namun matanya tidak lekang memerhati gerak geri Qisya. Langkah berjaga-jaga.
"Sini aku bawa beg kau." Cepat saja tangannya menyambar beg yang berada atas meja.
"Eh!"
"Err...terima kasih." Ucapnya perlahan. Tidak sempat ingin melarang.
Mereka berjalan bersebelahan namun berjarak sedikit jauh. Tapi matanya acapkali menjeling Qisya. Risau. Nak rapatkan jarak mereka nanti dia yakin wanita itu sendiri akan menjauhinya kembali. Tak apa. Dia faham dan dia menghormati Qisya.
Perjalanan mereka cuma ditemani bunyi dari suara orang sekeliling. Tak apa, Qisya sudah terbiasa. Nayyis pula jenis orang yang tidak cakap banyak dan dia pula memang jenis orang yang agak kekok untuk diajak berbual.
Kaki mereka berhenti di tepi jalan. Menanti lampu isyarat pejalan kaki bertukar hijau. Di hadapan mereka mempunyai satu televisyen besar yang digantung tinggi. Seperti board iklan yang tergantung di tepi jalan. Qisya cuma merenung kosong iklan-iklan yang terpapar.
Matanya baru saja ingin dialihkan tetapi tayangan selepas iklan berlangsung mematikan gerakan matanya. Terpampang besar seorang lelaki dan seorang perempuan sedang dirakam dari angle tepi.
Qisya cuba meneliti lagi. Tidak mahu salah tengok. Berderau darahnya tatkala angle camera mula merakam wajah mereka. Dia kenal itu siapa tetapi perempuan di sebelah lelaki itu dia langsung tidak kenal. Bahkan tidak pernah lagi lihat muka itu.
Mata Nayyis ikut sekali dipincing tajam merenung tayangan di depan nya. Berdegup laju jantungnya. Lekas-lekas dia alihkan mata memandang Qisya di sebelah.
"Nayyis saya tak salah tengok kan? Itu—itu Rayyan kan?" soalnya kepada Nayyis tanpa mengalihkan sedikitpun pandangan. Masih kekal merenung tayangan di depan.
Kenapa mereka memakai pakaian seakan-akan pakaian orang berkahwin? Raut wajah perempuan di sebelah Rayyan ditenung dalam. Siapa itu? Kenapa dia boleh berada di sebelah Rayyan. Memaut manja lengan kekar suaminya.
"I don't know. He's not your husband. Tuan Rayyan yang aku kenal takkan sesekali bagi perempuan lain sentuh dia kecuali kau," jelasnya dengan nada ditekan.
Perubahan Qisya dapat dilihatnya. Tipulah jika hatinya tidak merasa sakit. Kenapa sepasang mata Qisya tidak lepas sedikitpun dari mereka? Mata itu memancarkan sinar kesakitan namun cuba disorok sebaik mungkin.
"Tt-tak cuba awak tengok betul-betul muka lelaki tu! Sebijik macam muka Rayyan! Mirip sangat!" suaranya menggesa Nayyis untuk merenung lebih teliti wajah lelaki itu.
Keluhan dilepaskan kuat. Lantas matanya berpusing kembali ke arah pandangannya sebentar tadi. Terpasak saja pandanganya, terus keluar dua baris nama.
Majlis pertunangan doktor Shania Hasya & Muhammad Rayyan seorang businessman terkenal.
Lalu tayangan itu terus bertukar dengan iklan-iklan produk. Tayangan itu tidak lama. Hanya beberapa minit saja namun cukup membuatkan tubuhnya lemah longlai.
"Qisya hey! Kau kenapa?" terburu-buru Nayyis mendapatkan Qisya. Kedua bahu Qisya dipaut erat agar tidak terjatuh. Raut wajah itu terlihat makin memucat.
Nayyis dilanda risau yang hebat.
Beberapa orang melintasi mereka dek kerana lampu pejalan kaki bertukar hijau. Namun Nayyis dan Qisya masih kekal berdiri. Tidak berganjak.
"Itu Rayyan! Betul! Itu Rayyan. Nama tu nama suami saya! Nayyis—"
"Shh! Calm down!"
"Yes you're right. Itu memang suami kau! Kalau tu suami kau kenapa? Kau nak buat apa?!"
Lantas mata Qisya menatap mata Nayyis. Kabur saja pandangannya dek kerana sudah bergenang air mata. Tidak tahu air mata apakah ini. Namun ianya benar-benar terlahir dari hatinya.
Drastik kepalanya menunduk ke bawah. Memandang kasutnya. Setitik air mata jatuh ke pipi. Bibir dikemam erat menahan esakan keluar. Malu jikalau didengari orang.
"Kau nak balik kat tuan Rayyan dan nak mulakan kembali penderitaan kau? Tell me now, Qisya Mikayla! Aku boleh hantar kau dekat dia semula!" tegas nadanya bertutur.
Kenyataan itu menghadirkan semula kewarasannya. Kata-kata Nayyis sungguh benar belaka. Tidak dapat disangkal lagi. Dengan lesu, kepalanya digeleng perlahan.
"Awak betul..."
"Saya tak patut menangis hanya kerana lelaki yang telahpun beri saya kesakitan, tapi..."
Kepalanya didongak. Merenung kembali mata Nayyis yang langsung tidak dialihkan sedikitpun pandangan dari tadi. Senyuman hambar diukir. Jari telunjuknya dihala ke dada sendiri.
"Hati ni tetap sakit." Usai itu, air mata tidak segan silu mengalir.
Wanita di depannya tidak menipu. Ada binar kesakitan terpancar di matanya. Kesakitan yang sudah lama dipendam. Rahang Nayyis bergerak-gerak.
Heh. Tiba-tiba Nayyis ingin ketawakan diri sendiri. Sebanyak apapun dia cuba untuk tawan hati Qisya, dia takkan mampu kerana dia yakin, masih ada nama Rayyan yang terukir di hati Qisya.
"Menangislah, tak apa. Aku ada teman kau."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro