Bab 24
PINTU cafe ditutup kasar setelah kakinya jejak di dalam ruangan kedai ini. Sekeliling dipandang dengan mata untuk mencari kelibat seseorang. Dapat saja mengecam, laju kakinya menapak kearah gerangan itu yang sedang duduk santai.
"Explain it now!" Tanpa aba-aba terus saja Shania melontarkan ayat dengan nada keras. Dihempas handbag ke atas meja. kerusi ditarik kasar.
Seth sudah sedia dengan reaksi ini. Selamba dia tolak bekas plastik air kearah adik tirinya. Bibirnya sempat terherot kecil. "Minum dulu. Macam tak cukup nafas aje aku tengok kau ni."
Terketap kuat gigi Shania. Geram dengan sikap selamba yang ditunjuk oleh Seth. Telapak tangannya ditepuk kuat atas meja. Tidak hiraukan langsung dengan pandangan orang sekeliling.
"Nia tak main-main abang! Nia nak tahu semuanya pasal kehidupan Rayyan sebelum ni!" Jerkahnya dengan nada tertahan.
"Memang dia ada anak sebelum ni tapi—"
"Apa benda yang abang buat sekarang ni!!?" Tanpa sedar Shania meninggikan nadanya. Terkejut beruk dia mendengar kenyataan itu.
Seth ketap bibir marah. Rahangnya bergerak-gerak.
"Aku ada sebab kenapa aku buat semua ni! Kau! Kau yang bodoh pergi rapatkan diri kau dengan Rayyan! Kau juga terlibat dalam hal ni," tuturnya keras.
Shania menongkat kedua siku atas meja. Dia menutup mukanya dengan kedua tangan. Seperti sedang runsing saja. Kenyataan tentang Rayyan pernah mempunyai anak sangat menyentakkan jiwanya. Gila.
"Mana anak dia sekarang ni? Dengan isteri dia? Abang tak patut pisahkan anak dia dengan Rayyan!" Selanya marah. Tajam matanya menatap kedua bebola mata Seth.
"No, anak dia dah mati kena bunuh,"
Tubuh Shania sedikit mengeras. Lagak tidak percaya namun raut wajah Seth yang serius menunjukkan Seth tidak bermain-main.
"So now kau nak tarik diri? Kau nak hilang macam tu? Nak buat Rayyan tertanya-tanya kemana perginya kekasih hati dia? Choose it, Nia," ugut Seth.
Keliru. Shania berada dalam keadaan keliru. Hatinya juga sudah sepenuhnya sayang kepada Rayyan. Manakala di sudut hati paling jauh. Dia takut, serba salah dan was-was.
"What if one day he find it out?" soalnya dengan nada rendah.
Seth mendengus sebal.
"Dia takkan tahu kalau kita terus lakukan treatment dekat diri dia," ujar Seth bernada dingin.
"Kalau isteri dia datang balik, macam mana?" Shania masih ragu-ragu.
"Sebab tu aku dah buat rancangan awal-awal. Aku nak kau dan Rayyan bertunang."
FAIL yang berada di atas meja dilihat dengan kosong. Lembaran kertas yang sedia terbuka untuk meminta tanda tangan nya diturunkan tanpa membaca terlebih dulu. Kosong serta fikirannya sangat kusut membaca isi di dalam yang langsung tidak masuk ke dalam otaknya.
Tok! Tok! Tok!
Tubuh Rayyan sedikit mengeras apabila kedengaran ketukan pintu secara tiba-tiba. Kepalanya didongak memandang sekujur tubuh yang berjalan masuk dengan tangan diseluk ke dalam kocek seluar.
"Tuan Rayyan nampak busy betul," Seth bergurau kecil. Kakinya menuju kearah sofa kulit hitam. Punggung dilabuhkan atas sofa itu.
Rayyan bangun menghampiri tubuh Seth. Sempat dia menepuk perlahan bahu tegap rakannya lantas mengambil tempat di bahagian depan. Tubuh mereka saling bertentangan.
"Tak busy cuma sign beberapa dokumen yang Anggun bagi," balasnya kosong.
Seth angguk sekilas.
"Kenapa kau datang sini?"
"Lah aku dah tak boleh nak jejak kaki kat sini ke?"
"Bukan, cuma pelik kenapa kau datang waktu-waktu macam ni," ujar Rayyan berterus terang.
Seth tersengih kekok. Dia tatap dalam wajah kosong Rayyan. Berkira-kira sama ada mahu memberitahu atau pun tak. Lantas sebuah keluhan halus keluar dari bibirnya. Dia membetulkan duduknya lalu tumpuan diberikan kearah Rayyan.
"Kau tak terfikir nak tamatkan zaman bujang kau?" soal Seth serius.
Rayyan diam lama. Sepasang matanya menatap wajah Seth. "Straight to the point. Aku tak suka kau cakap berkias macam ni,"
Tergelak sinis Seth. Faham benar dengan sikap Rayyan yang tidak suka membuang masa.
"Okay macam ni lah. Aku nak kau bertunang dengan Shania secepat mungkin. Kalau boleh bulan ni," tuturnya.
Rayyan tergemap. Bibirnya terkunci bak tiada suara. Lantas matanya dialihkan memandang jendela kaca pejabat. Nafas ditarik. Setelah menyusun ayat barulah dia bertindak membuka mulut.
"Bagi aku masa. Aku masih merangkak nak ingat tentang Nia. Diri aku sendiri pun aku tak ingat," balasnya dingin.
Seth mendecit.
"Takde kena mengena dengan hal pertunangan ni dengan ingatan kau, Ray," tukas Seth laju.
"Kau tak duduk kat tempat aku Seth, kau takkan pernah tahu macam mana aku berusaha nak cari diri aku sendiri." Wajah mereka mula tegang.
"Dato! Dato tak boleh masuk!"
Tumpuan mereka berdua terus menghunus kearah pintu yang sudah di kuak besar. Muncul lelaki separuh baya dan Anggun yang berada di belakangnya.
"Aku nak jumpa boss kau! Mana dia? Jangan jadi pengecut sangat sampai tak berani nak jumpa aku!!" Teriak Dato' Yusuf kuat.
"Tapi Dato..."
"Let him, Anggun. Kau boleh keluar." Potong Rayyan laju.
Anggun seakan serba tak kena. Sempat dia memandang Seth. Seth cuma angguk saja. Lantas kaki Anggun melangkah keluar. Pintu ditutup erat.
Dato' Yusuf membetulkan kolar bajunya. Dia menapak menuju kearah tempat mereka berdua. Raut wajah tidak berperasaan Rayyan menambahkan marah dihati.
"Tch. Macam ni rupanya manusia yang mungkir janji pasang wajah tak bersalah," ujarnya keras.
Dahi Rayyan mula menghasilkan kedutan. Wajah Dato' Yusuf direnung tajam. Cuba mengenali gerangan di depannya.
"Kita dah deal, kau nak bagi aku tender sebagai balasan aku beritahu kau tentang keberadaan Qisya. Sekarang ni satu hapak pun aku tak—"
"Get out." Tidak. Bukan dari mulut Rayyan malah dari mulut Seth.
"Keluar atau aku call security," ujarnya lagi.
Bibir Rayyan bagai terkunci. Silih berganti dia memandang Dato' Yusuf serta Seh. Suasana sudah tegang.
"Kau siapa?! Ini urusan aku dengan—"
Seth berdiri lekas. Laju dia menerpa kearah Dato' Yusuf. Dengan kudrat yang ada, dia heret tubuh orang tua itu keluar dari bilik.
"Jangan heret aku keluar! Pekak ke? Kau nak aku saman kau!!" Sayup-sayup kedengaran suara Dato' Yusuf.
Qisya...
Siapa itu?
Lantas Seth berjalan masuk kembali. Riaknya resah gelisah. Sepasang matanya menatap wajah tidak beriak Rayyan.
"Jangan ambil peduli lah apa orang tua tu cakap. Dia tu reka cerita sebab syarikat dia dah nak diisytiharkan muflis," ujarnya dengan nada biasa. Dikawal sebaik mungkin agar tidak disyaki.
"QISYA masuk dululah, mak masuk dengan Nayyis nanti."
"Hati-hati," ucap Nayyis senada.
Qisya mengangguk setuju. Lantas kakinya berjalan perlahan sambil tangannya memegang perut yang sudah menunjukkan bentuk.
Hari ini, mereka menemani mak Lijah check up dengan doktornya. Bersamaan itu, Qisya boleh check keadaan bayinya. Orang-orang yang lalu lalang dijeling sekilas.
Sebelah tangannya bergerak ingin menolak pintu kaca namun bukaan pintu dari dalam membuatkan Qisya mengangkat wajahnya. Bibirnya tersenyum simpul. Ringan mulutnya ingin mengucapkan terima kasih.
"Terima kas—"
Terkaku tubuhnya tidak dapat bergerak. Setapak. Dua tapak Qisya berundur kebelakang tatkala matanya menangkap seraut wajah yang cukup dikenalinya. Bawah bibirnya mengeletar halus.
"RR—Rayy—yan..."
Kening Rayyan berkerut menatap sekujur tubuh perempuan di depannya. Pandangan mata itu seakan sungguh takut melihatnya. Cepat saja deria telinganya menangkap nama yang dipanggil dari bibir itu. Lantas kiri kanan dipandang memastikan dia tidak salah dengar. Boleh jadi 'dirinya' sendiri memanggilnya.
"Pardon?"
Kedua tangan Qisya naik memeluk perutnya. Seolah melindungi bayi dalam kandungannya dari Rayyan. Melindungi anak kedua mereka dari penderitaan yang dibina sendiri oleh lelaki di depannya.
Dia makin ditimpa rasa hairan. Selangkah kakinya menapak mendekati.
"Jangan dekat!!"
Kaku. Keras kejung dirinya. Matanya berubah menjadi sorotan tajam. Jeritan gadis ini membuatkan 'dia' yang sedang tidur lena terbangun bak singa kelaparan. Jeritan ini seakan melodi yang sungguh disukai oleh 'dia'.
"Ja—jangan dekat tuan...."
Tuan...
Tuan...
Tuan...
Ssst...Laju jarinya menekan tepi dahi. Kepalanya berputar hebat. Gelodak di perut yang ingin terburai keluar ditahan sebaik mungkin.
"Go!" Halaunya dengan nada tertahan.
Tubuhnya terbongkok. Lantas tangannya mencengkam kuat seluar slack di lutut.
"Not now please...jangan keluar. Bukan sekarang."
Bebola mata Qisya tidak lepas dari memandang Rayyan. Kenapa dengan suaminya ini? Seperti bercakap seorang diri.
"Pergi!"
Tubuh Qisya sedikit tersentak tatkala dijerkah begitu. Dia kekal kaki tidak tahu mahu melakukan apa. Terdetik disanubari nya ingin menolong Rayyan.
Kepala Rayyan terangkat memandang Qisya. "Kau pekak aku cakap apa? Pergi!" Jeritnya lantang.
Orang lalu-lalang sudah mula memerhati mereka. Penjaga yang berjaga dilihat makin menghampiri mereka.
Terundur laju kakinya kebelakang. Hatinya bagai tersentap melihat keadaan lemah Rayyan. Selama dia hidup bersama Rayyan, sisi ini belum pernah ditunjukkan lagi oleh lelaki itu. Bebola mata Rayyan merah bak biji saga. Cukup membuatkan dia gentar lalu tanpa berkata lagi, laju kakinya berlari anak.
"Encik tolong jangan buat bising depan hospital!"
Pantas Rayyan menerpa ke longkang ingin mengeluarkan gelodak yang melonjak keluar dari dalam perutnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro