Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 23


"DADDY."

"Daddy..."

Kelopak matanya terus tercelik besar. Tercungap-cungap dia mengambil nafas. Lantas tubuhnya dibawa menyandar di kepala katil. Berpeluh hebat seluruh tubuhnya meskipun aircond terpasang.

Rayyan bergerak membuka bajunya dan dilempar baju itu ke bawah katil. Jam di meja kecil ditilik. 3.47 pagi. Saban hari dia terbangun waktu begini kerana mimpi aneh yang sering dia alami. Mukanya diraup dengan kedua tangan.

Kemudian, dia berdiri dan berjalan masuk ke dalam bilik air. Bath up diisi penuh dengan air suam-suam hangat. Sambil menunggu air penuh, Rayyan berdiri tegak memandang wajahnya yang dipantulkan oleh cermin. Sepasang matanya kekal merenung wajahnya sendiri.

Daddy...

Siapa itu? Kenapa sering kali suara itu muncul di dalam mimpinya. Kenapa waktu dia ingin melihat wajah anak kecil itu terus dia terjaga dari tidur.

"Sstt..." matanya terpejam seketika menahan pening di kepala. Lantas dibuka kembali.

Bayangan dirinya dalam cermin di depannya direnung tajam. Tidak tahu kenapa tetapi dirinya itu seolah-olah sedang mengejeknya. Dirinya dalam cermin itu tersenyum sinis kearahnya. Matanya yang hitam pekat memandangnya garang.

"Muhammad Rayyan yang bodoh biarkan manusia-manusia di sekeliling kau perbodohkan diri kau."

"Argh!" Rayyan tumbuk cermin itu dengan kepalan buku lima. Turun naik dadanya mencuri nafas. Tidak dihiraukan luka yang berada di kekura tangan.

Retak di cermin itu tidak membuatkan bayangan itu menghilang. Dia masih memandang sinis kearahnya. "Cari dia atau aku sendiri bunuh kau!"

"Pergi!" Jerkahnya lantang. Bergema suaranya di dalam bilik air yang cukup luas ini.

"Cari 'dia'!" Perlahan bayang-bayang itu hilang sendiri.

Rayyan menekup telinganya kuat seakan tidak sudi mendengar suara-suara itu. Perutnya terasa ingin meledakkan sesuatu. Laju dia memuntahkan isi perutnya. Bucu singki digenggam kuat menahan diri supaya tidak jatuh terjelopok.

"Tch." Decitnya halus setelah selesai memuntahkan isi perut.

Lantas dia membuku paip membiarkan air itu menderas laju. Dia membasuh mulutnya dan berkumur beberapa kali.

Cermin yang retak itu dipandang kosong. Buat beberapa saat lalu Rayyan membuka seluruh pakaiannya. Membiarkan diri tanpa seurat sebenang. Dia menapak perlahan ke arah bath up yang penuh air hingga melempah keluar titisan air itu.

Badannya dibawa masuk ke dalam bath up. Lantas kedua kaki menjulur panjang. Kepalanya terdongak memandang syiling bilik air. Kedua tangan diletakkan atas bucu bath up.

"Mimpi bodoh." Bisiknya perlahan.

"Jangan masuk lagi dalam mimpi aku." Bisiknya lagi seorang diri.

"Aku tak pernah buat anak lagi dengan mana-mana perempuan."

Dia masih memandang syiling yang memantulkan dirinya. Syiling di dalam bilik air ini berkonsepkan mirror ceiling. Boleh memantulkan semua benda yang berada dalam bilik ini.


TING TONG! Ting tong! Ting tong!

Rayyan terjaga dari tidurnya apabila bunyi loceng bilik bertalu-talu kedengaran. Dia merengus sedikit sebelum bangkit dari bath up. Terserlah tubuh kekarnya yang dibanjiri air. Laju air turun menitik di lantai tatkala kakinya bergerak melangkah.

Rasanya baru saja dia melelapkan mata setelah terjaga dari mimpi buruk.

Tuala di penyangkut di capai dan dibalut ke pinggang. Dia menapak laju keluar bilik menuju kearah pintu utama. Screen monitor yang berada di sebelah pintu direnung untuk mengenal pasti orang yang berada di luar kondominium nya. Setelah dapat mengecam orang itu, baru Rayyan bergerak membuka pintu.

"Lambatnya awak nak buka pintu—"

"Ouch sayang seksinya awak!" Terjerit kecil Shania tatkala matanya dapat menangkap dada Rayyan yang terdedah bebas.

Sejurus itu, dengan selamba dia merempuh masuk tanpa dipelawa oleh tuan rumah. Berkerut dahinya apabila melihat suasana di dalam rumah cukup gelap. Lantas dia capai remote yang berada di dinding dan ditekan satu butang lampu.

"Gelaplah rumah ni. Memang suka duduk dalam gelap ke?" Bebel Shania.

Rayyan mengeluh tanpa suara. Pintu rumah ditutup rapat lalu tubuhnya dipaling memandang Shania yang masih berjalan di sekeliling ruangan tamu.

"What do you want?" soalnya dengan nada malas.

Shania berpusing dengan senyuman di bibir. Plastik yang berada ditangan kanan diangkat tinggi. "Saya ada bawa sarapan. Jom breakfast sama-sama!"

"Awak pergi pakai baju dulu biar saya hidangkan."

Tidak berkata apa, Rayyan cuma berjalan menonong memasuki biliknya. Sehelai t-shirt serta seluar di ambil dan di sarung ke tubuhnya. Ubatnya yang berada di atas meja solek yang masih tidak disentuh dipandang kosong lalu dengan tidak teragak-agak dia buang ubat itu ke dalam tong sampah yang berdekatan. Lantas kakinya dipesongkan kembali berjalan keluar.

Kakinya tepat berhenti di meja makan iceland kitchen. Matanya menjeling makanan di depan. Huh pancakes? Kerusi ditarik untuk melabuhkan punggung.

"Kau beli?" Soalnya berbasa basi.

Shania yang sedang menuangkan air dalam gelas terus mengangguk kepala. Dia mengambil tempat di sebelah Rayyan.

"Aku pun tahu buat pancakes simple macam ni. Kau pula bersusah payah nak beli." Selamba dia berkata tanpa memandang wajah Shania. Tumpuannya cuma ke arah makanan di depan.

"Saya reti aje masak okey! Cuma tak sempat, sekejap lagi saya nak kena masuk kerja." Bidas Shania perlahan.

Mereka menjamah sarapan tanpa suara. Fluffy pancakes dituangkan dengan maple syrup. Beberapa minit telah berlalu, Rayyan berdehem sedikit kuat. Gelas berisi air disambar dan diteguk perlahan.

"Aku nak tukar ubat," ujarnya dengan nada biasa.

Kening Shania sedikit berkerut mendengar itu. Kepalanya dipaling memandang sisi wajah Rayyan. Pelbagai soalan yang mula muncul di benak fikiran.

"Kenapa? Ubat tu tak okay ke?"

"Suara tu...baru muncul pagi tadi. Dia suruh aku cari 'dia'." Perkataan dia ditekan sedikit kuat.

"Hah? Dia? Saya tak faham. Cuba cerita elok-elok." Tumpuan Shania kini sudah terarah kepada Rayyan.

"Nia, kita pernah ada anak ke?"

Meskipun agak pelik dengan pertanyaan itu, Shania tetap menggelengkan kepala. Sepasang matanya tidak lepas dari memandang Rayyan. Ingin membaca raut wajah itu. Seketika dia mengeluh. Tiada emosi. Hanya kosong. Lelaki ini pandai benar menyorokkan emosinya.

"Sayang, awak boleh cerita semuanya dekat saya. Luahkan apa yang awak sedang rasa sekarang. I'm here okay?" Bahu Rayyan disentuh.

"It's just a dream. I didn't saw the face but he keep calling me daddy." Nadanya kedengaran tertekan.

Shania terdiam. Rayyan pernah ada anak ke? Lalu tangannya dialihkan menjauh. Abang Seth tak pernah cakap pasal hal ni.

"Mimpi kan mainan tidur. Lupakan lah nanti lama-lama hilang lah mimpi tu. Okaylah saya nak gerak dulu. Bye." Bergegas dia menyambar beg tangan di atas meja. Laju kakinya menapak keluar tanpa memandang ke arah Rayyan.

Ada sesuatu yang perlu dia tanya dekat Seth tentang hal ini.

PANDANGAN dilemparkan ke sawah padi yang terbentang luas di depannya. Angin sepoi-sepoi menerjah kulit wajahnya. Dia cuma termenung jauh mengenangkan sesuatu yang sejak akhir-akhir ini mengganggu jiwanya.

Anak ini...

Lantas disentuh perutnya.

Ialah anak Rayyan...

Dan dia masih isteri kepada lelaki itu.

Qisya tidak tahu sampai bila dia mampu menyorokkan diri dari ditangkap Rayyan, tapi sudah enam bulan berlalu dan dia hidup tenang saja di kampung terpecil ini.

"Jauh termenung." Mak Lijah menepuk lembut belakang badan Qisya. Tubuhnya dilabuhkan bersebelahan wanita muda ini.

Qisya sedikit tersentak namun cepat saja dikawal riaknya. "Mak kan sakit kaki, kenapa berjalan sampai ke sini?" Soalnya dengan nada risau.

"Orang tua macam mak ni kalau duduk terperuk dalam rumah aje memang tak boleh. Bosan."

Seketika mereka berdiam diri selama beberapa minit. Mak Lijah sempat mencuri pandang ke arah Qisya.

"Mak tak tahu apa masalah rumahtangga kamu, tapi mak harap kamu berdua boleh selesaikan dengan cara baik. Anak ni juga nak merasa kasih sayang seorang ayah," ujarnya lembut.

Jari jemari Qisya bermain sesama sendiri. Dia tertunduk merenung jarinya. Qisya dan Nayyis tidak bercadang ingin memberitahu hal sebenar kepada mak Lijah. Biarlah semua ini menjadi rahsia antara mereka.

"Tak elok bermasam muka lama sangat dengan suami." Sambung mak Lijah lagi.

Kepala Qisya terdongak lalu seulas senyuman hambar dipamerkan kepada orang tua di sebelahnya. "Dah mak, jom balik." Ucapnya mematikan topik ini.

"Ish kamu ni kan..."

Lantas Qisya paut lengan mak Lijah untuk menolongnya berdiri. Mereka bergerak bersama-sama dengan berbual kecil.

Ada masa nanti, Qisya sendiri akan bertentangan mata dengan Rayyan dan pada saat itu, sama ada dia ingin menghantar borang penceraian atau balik semula kepada lelaki itu.

Dan Qisya harap waktu itu dia tidak salah membuat pilihan.


___

Ada sebab knp saya buat rayyan version sebelum hilang ingatan tu terseksa sekejap jer.

Firstly org depression yg dah tahap teruk sangat klau tk makan ubat dia jdi nak bunuh diri.

Nk Rayyan mati ke acane ni 😔

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro