Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22


PELBAGAI sayur di susun satu persatu di atas meja. Lincah tangannya mengibas air yang berada di daun-daun sayur itu. Suasana pasar yang hingar-bingar diabaikan. Sudah terbiasa.

"Ini berapa kak?" Jarinya ditunjukkan ke arah satu sayur.

Qisya terdongak memandang wajah orang yang berada di depannya. Lantas sebuah senyuman dipamerkan. Tangannya memegang perut lalu tubuhnya ditegakkan perlahan-lahan.

"Sayur kangkung ni seikat lima ringgit," jawabnya lembut.

"Tak boleh kurang kak? Saya nak ambil tiga ikat."

Matanya memanah pelanggan di depannya. "Ini pun dah cukup murah kami jual..."

Mendengus dia mendengar jawapan Qisya lantas not dua puluh ringgit dilemparkan atas meja tanpa rasa bersalah.

"Aku nak tiga ikat sayur ni. Kedekut, minta kurang seringgit dua ringgit pun tak boleh." Bebel pelanggan itu dengan suara sengaja dikuatkan.

Qisya terus tertunduk merenung duit itu. Perlahan lekuk bibirnya hilang. Bukan tak biasa dia melayani pelanggan seperti ini cumanya kali ini tidak tahu kenapa hatinya dirundum pilu.

Nayyis yang sedang mengangkat bakul sayuran lain terus dia letakkan bakul itu dengan sedikit kuat atas bonet van yang terbuka. Aksi pelanggan itu sudah dilihat dengan sepasang matanya. Laju dia menerpa ke arah tubuh Qisya.

"Kenapa ni?" Soalnya tegas. Silih berganti dia memandang pelanggan perempuan di depannya dan kearah Qisya yang kekal menunduk.

Qisya pantas menaikkan wajahnya. Dia menggeleng perlahan dan melemparkan senyuman kearah Nayyis. Tanpa membuang masa tangannya bergerak ingin mencapai plastik.

"Saya nak minta kurang seringgit dua ringgit je sebab saya beli sayur kangkung ni tiga ikat. Tapi dia ni tak bagi pula." Adu si pelanggan. Matanya statik merenung wajah tampan Nayyis. Walaupun pakaian agak lusuh serta seluar yang terkoyak itu tetapi tidak mengurangkan sedikit pun ketampanan lelaki itu.

Nayyis merenung tajam kepada perempuan di depannya. Tangan kirinya menahan pergerakan Qisya yang ingin meletakkan sayur di dalam plastik. Manakala tangan kanannya pula mengambil kembali duit yang dilemparkan tadi lalu Nayyis baling balik duit itu.

"Pergi beli dekat kedai lain. Kami tak terima pelanggan yang kurang ajar." Nayyis cuba mengawal suaranya agar tidak mengganggu orang lain.

"Nayyis..."

"Diam Qisya. Memang kerja kita ni jual sayur aje tapi itu bukan satu tiket untuk orang lain kurang ajar dengan kita."

Qisya sudah menelan air liur. Wajah pelanggan di depannya sudah seperti cacing kepanasan. Makin menebal rasa bersalahnya.

"Macam ni ke kau layan pelanggan? Kalau macam ni lah memang bankrap kedai kau!" Cetusnya geram lantas diambil duit yang terjatuh atas jalan raya itu. Kemudian dia berjalan laju dengan hati yang sebal.

"Tak payah Nayyis. Biarkan je dia." Qisya menghalang Nayyis yang berura-ura ingin mendapat pelanggan tadi.

"Jangan baik sangat Qisya! Kalau kau terlampau baik memang orang pijak kepala kau!" Cukup tidak suka dia dengan sikap lemah lembut Qisya.

Qisya sedikit tersentap apabila dijerkah begitu walaupun suara Nayyis tidak tinggi mana. Namun dah kalau hati tisu memang mudah tercuit. Wajah Nayyis yang tegang dipandang lembut.

"Saya okay, lagipun dia pelanggan kita, kena lah layan baik-baik." Ucapnya.

Nayyis mendecit halus. Kemudian matanya jatuh memandang mata Qisya sebelum dia larikan pandangan. Tidak betah merenung lama-lama.

"Kau tak payah nak buat kerja sangat. Duduk aje jaga sayur. Kalau ada pelanggan, panggil aku tak pun panggil mak. Ingat sikit kau tu mengandung."

Usai Nayyis berkata, laju Qisya memegang perutnya. Namun tidak ada baby bump lagi kerana kandungannya masih awal. Lagipun Qisya gemar memakai pakaian yang labuh jadi makin tersorok bentuk perutnya.

"Saya taknak susahkan awak dengan mak. Tak apa memang saya ikut sekali awak berniaga sebab niat nak tolong awak."

"Lantak kau lah." Sejurus itu, Nayyis kembali mendapat bakul yang diletakkan atas bonet van nya. Diangkat dan diletakkan atas meja. Sayur-sayuran yang berada di dalam bakul itu dikeluarkan serta disusun satu persatu.

Qisya cuma merenung perilaku Nayyis dari jauh sebelum matanya dilarikan memandang tubuh tua yang berjalan menghampiri mereka.

"Jauh betul mak beli air. Dekat depan sana ada air lah mak." Qisya lekas mendapatkan tubuh itu.

Mak Lijah tersenyum. Plastik yang berada ditangan dihulur kearah Qisya.

"Qisya kata teringin nak minum air barli. Mak cari lah kat hujung sana sebab kedai depan ni tak ada air barli." Mata tua nya menatap lembut ke wajah Qisya.

Qisya sudah serba salah. Namun diambil juga huluran mak Lijah. Lantas tangannya memeluk bahu tua itu. "Terima kasih mak. Tak sangka pula mak ingat Qisya nak air ni."

"Untuk anak dengan cucu mak ni, semuanya mak boleh tunaikan janji jangan yang mahal-mahal lah." Guraunya.

"Tiba-tiba Qisya mengidam nak naik helikopter pula."

"Amboi!"

Lantas mereka ketawa-ketawa. Nayyis yang dari tadi memasang telinga ikut sekali menarik senyuman. Tangannya saja bergerak tapi telinganya tetap statik mendengar perbualan mereka. Matanya mencuri pandang kearah wajah Qisya.

Syukur selama enam bulan ini, tiada satu pun tanda-tanda mereka dijejaki. Mungkin Rayyan sudah buntu ingin mencari mereka.

"Kali ni biar aku yang jaga dia."


TAMAN bunga di depannya direnung dengan pandangan sukar ditafsirkan. Banyak bunga yang dah layu. Seperti tiada sesiapa yang menjaga bunga-bunga ini.

Matanya beralih memandang papan yang gah terpacak. Nama di papan itu dibaca dalam hati.

Taman Shania.

Dia melangkah masuk dengan perlahan. Melihat sekeliling taman yang dipenuhi pokok bunga itu dengan pandangan kosong. Kakinya berhenti tepat kearah pokok bunga matahari yang sudah layu kebawah.

Dejavu.

Itulah yang dirasakannya apabila matanya tepat merenung bunga matahari itu. Tangan kanannya berura-ura ingin menyentuh bunga itu.

"Rayyan! Awak dekat sini rupanya. Puas saya cari awak dekat dalam bilik!" Suara itu menyentakkan tangkal hati Rayyan.

Lantas Rayyan memusingkan badannya merenung gerangan yang mendekatinya. Tidak berkelip satu saat pun kelopak mata.

"Awak buat apa kat sini? Jangan duduk sini lama-lama. Panas lah!" Rungut Shania.

"Ini taman bunga kau?" Soalnya dengan nada ingin tahu.

Shania terdiam seketika. Matanya pula diputarkan memandang sekeliling tempat. Lalu kepala diangguk beberapa kali. "Yes...kenapa awak tanya?"

Matanya statik merenung tepat kearah wajah Shania. Tidak lepas seakan ingin mencari satu kebenaran. Kenapa hatinya kekal menolak untuk percaya dengan kata-kata Shania?

"Sayang kenapa ni? Awak fikirkan apa." Shania menyentuh lengan sasa Rayyan.

Lekas-lekas Rayyan menggeleng kepala. Bunga matahari ditunjuk dengan jari. "Kau suka bunga ni?"

Shania memandang bunga itu. Bibirnya digigit sedikit. "Saya—saya tak suka bunga tu. Err dah lah jom kita gerak sekarang."

Dia ingin menarik lengan Rayyan tapi Rayyan menahan tubuhnya dari bergerak. Hatinya sudah berdetak laju melihat tingkah Rayyan.

"Kalau kau tak suka bunga ni, kenapa kau tanam juga?" Ujarnya dingin. Namun tidak menolak tangan Shania yang kekal memegang lengannya.

"Sebab erm awak bagi taman bunga ni kat saya. Saya tak boleh nak tolak pemberian awak." Shania menjawab pantas.

"Awak tahu kan saya ni doktor? Saya mana sempat nak jaga bunga-bunga ni semua. Lainlah kalau saya ni suri rumah sepenuh masa, memang saya jaga betul-betul bunga ni semua." Bersungguh dia berkata.

Sedetik dua detik dan akhirnya Rayyan menggangguk sekilas dengan jawapan Shania. Tanpa sepatah kata, Rayyan mengikuti saja langkah Shania yang berjalan keluar dari taman bunga ini.

"Abang dah tunggu kita lama. Awak lah pergi melencong tengok taman tu." Shania membebel kecil.

Rayyan cuma beriak kosong. Dia merentap pegangan dari tangan kecil Shania. Laju tangan besarnya pula menggenggam lengan Shania. Tubuh kecil itu ditarik merapatinya.

"Sorry." Ringkas dia berkata. Namun terbit juga senyuman lebar di bibir doktor itu.

Kedua tangan Shania menekup pipi kiri kanan Rayyan. Diusap-usap lembut pipi itu yang sudah ditumbuhi kumis halus.

"Maaf diterima," ujar dengan hati riang.

Mata mereka bertentangan lama. Shania dengan pandangan yang penuh cinta. Dan Rayyan dengan pandangan kosong. Tapi itu tidak diambil kisah olehnya kerana sudah terbiasa. Matanya meneroka seluruh wajah itu. Dia hanya membiarkan apabila tangan besar Rayyan melilit pinggangnya.

"Ehem!" Seth berdehem kuat untuk menyedarkan mereka berdua.

Terkulat-kulat terus Shania. Laju dia menarik tubuhnya menjauh. Mukanya sudah membahang malu.

"Nak lebih-lebih tunggu kahwin dulu." Seth berkata dengan nada mengusik.

"Kacau daun lah abang ni!" Getus Shania lalu pintu kereta penumpang dibuka kasar.

Mereka berdua hanya melihat tingkah laku Shania. Lalu mata Seth kembali merenung Rayyan. "Jom bro." Ujarnya kemudian tubuh dibawa masuk ke dalam kereta.

Buat kali terakhir, Rayyan melihat rumah yang tersergam indah di belakangnya. Seperti ada satu perasaan yang kuat untuk dia agar tidak meninggalkan rumah ini. Langkahnya juga seakan berat.

"Sayang jomlah! Panas tu dekat luar!"

Dan akhirnya, kaki Rayyan tetap melangkah masuk ke dalam kereta. Perlahan-lahan kereta bergerak meninggalkan perkarangan rumah.

___

voteee untuk buka next chapter

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro