Bab 21
⚠️ tolong baca bab ni supaya korang faham untk bab seterusnya! ⚠️
____
"KENAPA kau tak makan ubat-ubat ni?" tanya Seth lalu mencampak kesemua ubat atas riba Rayyan. Dia memeluk tubuh memerhati datar wajah lelaki itu.
Rayyan tunduk kebawah. Kosong pandangan melihat ubatan itu. Sertraline. Quetiapine. Lalu mulutnya terhambur ketawa perlahan. Tidak kuat namun cukup buat bulu roma Seth meremang naik.
"Aku tak gila. Buat apa aku kena makan ubat ni semua?" Ubat itu dicampak ke merata tempat. Berterabur pil-pil itu.
Seth sudah bengang sendiri.
"Memang kau tak gila! Tapi kau sakit Rayyan! Ubat tu boleh tolong kau—"
"Ubat ni tak boleh tolong aku! Bullshit! Aku tetap dengar suara-suara yang bingit setiap hari dalam kepala otak aku!" Bidasnya tegas.
Jeda. Seth tidak tahu ingin membalas apa. Acap kali dinasihatkan Rayyan untuk makan ubat-ubat itu namun seperti masuk ke telinga kanan keluar ke telinga kiri pula nasihatnya. Dia tidak tahu lagi bagaimana ingin menasihati Rayyan.
Seth keluh kesal. Kemudian punggung disandarkan di bucu meja. Menatap wajah kosong Rayyan. Ingin saja dia merobek kepala otak lelaki itu supaya dia boleh baca apa yang difikirkannya.
"Dah cukup rasanya untuk aku berehat. Tolong bagi aku jumpa Qisya." Tekan Rayyan.
Ini satu lagi bala Seth kena hadap. Sudahlah orang yang diupah masih tidak dapat lagi jejak keberadaan Qisya serta Nayyis. Sekarang, macam mana nak jelaskan? Dia yakin sekejap lagi memang Rayyan mengamuk teruk.
"Qisya hilang Ray, aku dah cuba cari tapi lokasi dia tak dapat jejak juga. Aku rasa Qisya tak ada dalam Malaysia." Seth gali nafas dan kekuatan untuk memberitahu hal sebenar.
Rayyan terpempan. Badannya mengeras tatkala hawa telinga menangkap bicara Seth. Terus pandangan dipasakkan ke sepasang mata itu. Cuba meneliti kata-kata itu bukan bergurau.
"Kau cakap apa? Kenapa baru nak bagitahu aku sekarang pasal benda ni?!" Jerkahnya. Penumbuk dikepal.
"Aku nak cari Qisya," ujar Rayyan penuh penekanan.
Laju Seth menerpa kearah Rayyan. Tubuh itu ditahan dari berdiri. Riak wajahnya sudah berubah tegang. "Sebab ni lah aku tak nak bagitahu kau! Kau makin sakit bila melibatkan dia! You're just torture yourself!"
"She is just poison for you, Rayyan. Just let her go..."
Rayyan tolak kuat tubuh Seth dengan kasar.
"Kalau tak kerana dia aku takkan hidup sampai sekarang Seth! Kau tahu tu dan kau tahu macam mana lemahnya diri aku dulu!" Tidak, Qisya bukan racunnya. Dia cukup pantang jika mereka memisahkannya dengan Qisya.
Seth angkat kedua tangan. Menandakan dia tidak mahu bergaduh. Nafasnya ditarik perlahan cuba menenangkan diri. Emosi Rayyan sedang tidak baik-baik. Jadi dia perlu berjaga-jaga dalam setiap patah perkataannya.
Lantas ubat yang terdampar di lantai diambil. Ubat itu diangkat di depan wajah Rayyan.
"Kalau kau makan ubat ni mungkin kau terima bila aku cakap Qisya ialah racun untuk kau! Tapi hakikatnya kau tak usik satu pun pil ni. Kau bergantung harap pada dia. Stupid!" Bentak Seth cukup membuatkan Rayyan mendidih marah.
"Sekali lagi kau cakap dia macam tu, pecah bibir kau," tutur Rayyan penuh amaran. Dipandang tajam wajah Seth.
Seth merengus marah. Emosinya juga mendadak naik. Lebih baik dia angkat kaki dulu daripada mereka akan bergaduh mulut.
"Suka hati kaulah. Kau duduk sini diam-diam. Aku tak benarkan kau keluar," katanya memberi arahan sekaligus ingin menamatkan perbualan ini.
Namun Rayyan ialah Rayyan. Dia tetap tidak mahu mendengar. Lantas dia berdiri dan berura-ura ingin melangkah. Otaknya sudah berserabut apabila mendengar macam-macam suara.
Dia hilang sebab dia dah tak nak kau...
You're just a loser...
Buk! Buk!
Cukup dua kali tumbukan di rahang membuatkan tubuh Seth berundur jauh apabila dia cuba menahan langkah Rayyan dari keluar. Pergh senget muka aku nanti.
"Sial! Kau yang sorokkan Qisya! Kenapa beria-ia halang aku cari dia! Mana dia sekarang!!" Rayyan menerpa laju ke arah tubuh Seth.
"Bukan akulah setan! Nayyis yang ambil dia!" Seth cuba pertahankan diri. Dia tepis tangan Rayyan yang menarik kolar bajunya. Tapi seketika dia terhenti melihat sesuatu yang janggal. Warna mata Rayyan... Gelap. Warna hitam. Seth tahu sekarang ni, fikiran Rayyan memang dah tak waras. Bila-bila masa saja lelaki itu hilang kawalan.
Lantas tubuh Rayyan dipeluk kuat. Tidak kisah dengan rontaan hebat yang diterima. Seth humban tubuh itu ke katil. Walaupun sedikit susah namun dikuatkan tenaganya.
"Aku nak cari Nayyis! Diam! Diam setan! Aku nak Qisya!" Lantang suara Rayyan berkata. Bingit! Suara-suara yang muncul di kepalanya sangat membuatkan dia bertambah tertekan.
Seth sudah berkerut dahi. Makin merapu yang keluar dari mulut lelaki itu membuatkan dia semakin risau. Kemudian butang merah di atas palang katil ditekannya.
SETELAH Rayyan dicucuk ubat penenang, Seth masih berdiri tegak disamping katil. Tidak berganjak. Memerhati wajah itu cukup lama.
Rayyan terbaring lesu. Sepasang matanya menatap siling bilik. Seperti biasa, dia akan selalu terbayang wajah Qisya. Senyuman manis Qisya membuatkan jiwanya yang memberontak perlahan-lahan terduduk jatuh.
"I fucking loved her. Why wasn't that enough to convince her?" Lirih suara itu kedengaran.
"You loved her but you're just destroyed yourself. That's not love, Ray."
Bebola matanya beralih merenung tepat ke dalam mata Seth. Perlahan warna matanya kembali ke warna asal. Coklat jernih.
Buat pertama kalinya, Seth sendiri menyaksikan sisi lemah Rayyan. Sisi yang seboleh mungkin untuk Rayyan sorokkan. Dia diserbu sayu melihat keadaan Rayyan.
"DIA memang dari dulu dah ada depression dan psychotic?" soal Shania kepada Seth yang berteleku di depannya.
Seth angguk sekilas. Lantas dua ubat dikeluarkan. Dia letak ubat itu atas meja berhadapan Shania. Rambutnya sudah serabai. Ingatkan balik Malaysia dapatlah juga dia tenangkan diri.
Shania tilik kedua ubat itu. Tertera nama ubat itu. Sertraline. Quetiapine. Membulat sedikit matanya. Seperti tidak percaya raut wajah tampan itu dalam diam mempunyai penyakit berkaitan mental. Benarlah tiada siapa yang sempurna di muka bumi ini. Lihat raut wajah seseorang yang tenang itu tidak semestinya dia sedang gembira. Boleh jadi dia mempunyai sakit yang dipendam.
"Patutlah encik Rayyan mudah hilang kawalan." Bisiknya perlahan.
"Tak ada cara lain ke selain makan ubat? Aku tak rasa dia akan makan ubat ni."
Shania letak ubat itu kembali. Tumpuannya di fokuskan kepada Seth. Nampak sudah riak serabut yang tertera di wajah itu. Jatuh kasihan dia.
"Ubat antipsikotik biasanya mesti disyorkan sebagai rawatan pertama untuk psikosis. Mereka berfungsi dengan menyekat kesan neurotransmitter, seperti dopamin, yang merupakan bahan kimia yang menghantar mesej di otak."
"Tapi tak sesuai atau berkesan untuk semua orang, kerana kesan sampingan boleh mempengaruhi orang secara berbeza." Sambungnya lagi.
Sakit kepala otaknya mendengar penjelasan berbelit dari Shania. Maklumlah Seth tidak tahu sama sekali tentang hal perubatan.
"Macam mana abang dapat tahu encik Rayyan ada sakit ni?" Soalnya ingin tahu.
"Aku kawan dia dah lama cuma tak rapat sejak aku pindah Perancis. Aku tak tahu sekarang ni kena buat apa. Dengan Rayyan yang selalu memberontak." Keluhnya.
Shania terdiam sekejap. Lalu matanya jatuh ke ubat yang terdampar itu. Sertraline.
"Abang kena juga bantu encik Rayyan. Dia pun ada depresi. Bahaya tinggal dia seorang diri. Tanpa rawatan, kemurungan boleh menjadi lebih teruk dan bertahan lebih lama. Dalam kes yang teruk, ia boleh menyebabkan kecederaan diri atau kematian dengan membunuh diri." Jelas Shania senada. Dia bukan doktor psikiatri tapi adalah juga serba sedikit dia tahu.
"Apa patut aku buat ni, Nia?" Ujarnya lemah.
"Siapa Qisya?" Soalnya balik apabila teringat kembali nama itu disebut banyak kali oleh mulut Rayyan.
"Qisya tu isteri dia. Jangan tanya aku dekat mana isteri dia. Sekarang pun aku dah cukup serabut nak fikir masalah rumahtangga diaorang." Awal-awal lagi amaran dikeluarkan. Tahu sifat busybody adik tirinya ini.
Terjuih bibirnya. Kedekut. Nak tahu sikit je.
"Isteri dia tak tahu ke encik Rayyan ada sakit ni?"
"I think she doesn't know. Rayyan perahsia orangnya. Aku dapat tahu dia ada depression dan psychotic pun sebab aku pernah terjumpa ubat tu. Kalau tak sampai kiamat agaknya aku tak tahu."
Shania mengangguk faham. Tubuhnya disandarkan di kerusi. Memikirkan sesuatu.
"Encik Rayyan memberontak nak jumpa isteri dia. Kalau dia tak dapat jumpa, I think he might lose control. Kita tak boleh selalu bagi dia ubat penenang sebab takut overdose."
Benar, dah berapa kali Rayyan dicucuk dengan ubat penenang bila lelaki itu mengamuk.
Tiba-tiba terlintas sesuatu di benak fikirannya. Sesuatu yang baginya mampu meredakan keadaan Rayyan. Sesuatu yang bila dilakukan, mungkin ada impak yang besar terjadi dalam hidup Rayyan.
"Tak ada cara lain nak buat dia lupakan isteri dia. Kita jadikan dia amnesia," ucapnya tegas.
"Abang biar betul? Takkan sampai macam tu?"
"Itu aje cara supaya Qisya hilang dari ingatan Rayyan." Balas Seth dingin.
Dan setelah itu, suasana sepi. Seth betul-betul nekad untuk membuang Qisya dari ingatan Rayyan. Dalam hatinya tetap mengatakan bahawa Qisya ialah kehancuran buat Rayyan.
___
Saya dah bagi hint yg Rayyan ni memang memang ada masalah mental!
Sila vote&komen jika mahu saya update bab seterusnya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro