Bab 2
Kaki tidak berhenti bergerak sejak dari tadi. Qisya membasuh dulang setelah selesai digunakan untuk memasak makan malam. Sejujurnya, lenguh juga kakinya tetapi di tahan agar tidak di cop pemalas oleh seisi rumah.
Tiba-tiba terasa kaki dipeluk dengan sepasNg tangan kecil. Pantas kepala memandang ke bawah.
"Adam jangan kacau ibu. Ibu nak basuh banyak lagi pinggan mangkuk. Adam pergi main dekat depan dulu,"
"Adam nak main dengan diaorang tapi diaorang tak nak main dengan Adam. Adam kena halau bila Adam nak pegang mainan diaorang." Bibirnya tercebik-cebik ingin mengeluarkan tangisan.
Qisya tersentak mendengar kata Adam. Paip ditutup untuk menghentikan basuhan dulang. "Siapa halau Adam?" soalnya. Terbit rasa geram dihatinya.
"Maklang...dia kata takut Adam nak curi mainan diorang. Tapi Adam cuma nak main sama-sama je. Adam tak curi pun Ibu!" adunya lagi. Sampai berbekas lengan kecilnya dicubit maklang.
Mata mengecil memerhati bekas merah di lengan Adam. Pantas Qisya menilik lebih dekat. "Ni kenapa ni? Adam kena gigit nyamuk ke?"
Tangan sebelah yang masih bebas menggaru kepala yang tidak gatal. "Itu maklang cubit Adam waktu Adam nak ambil mainan Syafiq."
"Adam ada mintak izin Syafiq ke waktu nak ambil mainan dia?" keras nadanya bertanya. Mata merenung tajam ke arah Adam.
"Tak ada ibu! Sorry ibu!" tercebik bibir Adam ingin menangis apabila melihat Qisya seolah ingin memarahinya.
Keluhan dilepaskan. Tubuh Adam dibawa dalam dakapan. "It's okay, tomorrow you should apologise to Syafiq okay?"
"Alright ibu! Promise!"
Sebagai balasan, Qisya kucup dahi Adam. "Pergilah tidur dulu. Ibu nak sambung basuh ni sekejap lepas tu ibu datang,"
"Adam mengantuk tapi Adam kesian tengok ibu buat kerja sorang-sorang. Kenapa tak ada siapa pun tolong ibu? Ibu nak Adam tolong?" polos sungguh wajah Adam saat berkata.
Paip air dibuka menyambung kembali membasuh pinggan mangkuk yang tergendala. Pertanyaan anaknya hanya mampu membuatkan dia tersenyum nipis.
"Ibu kan datang lambat, jadi waktu ibu sampai banyak kerja dah siap. Apa salahnya ibu pulak tolong basuh pinggan. Tak salah kita tolong orang. Dapat pahala." Sambil itu nasihat diselit sekali.
"Oh Adam faham! Kalau macam tu Adam teman ibu lah okies?" nasihat ibunya disemat di kepala.
"Pergilah duduk dulu dekat kerusi sana. Kalau ngantuk tidur je dulu dekat situ nanti ibu kejut."
Setelah selesai mencuci pinggan mangkuk, kepala Adam yang sudah terlentok di meja makan dihampiri. Jatuh kasihan melihat anaknya tidur dengan keadaan yang tidak selesa.
"Adam bangun sayang, ibu dah siap basuh." Mata Adam terpisat-pisat.
Adam hanya mengekori langkahnya. Hendak diangkat tubuh kecil itu tetapi Adam menolak. Tidak jauh mana tempat tidur kami. Hanya di sebelah tangga dapur. Di situ saja yang dirasakan selesa untuk mereka merehatkan badan.
Qisya fikir bila dia sampai di rumah keluarganya sendiri, dia boleh lari. Boleh tinggal di sini lebih lama. Boleh pergi dari cengkaman suaminya namun layanan dingin dari Puan Wati sangat membuang angan-angannya.
Teringat Rayyan, tiba-tiba terimbas kembali ingatan beberapa hari lepas.
"Aku benarkan kau balik rumah mak kau sebab aku malas nak bersoal jawab dengan adik kau," Ujar Rayyan saat melihat Qisya yang sedang melipat pakaian.
Tersentak Qisya mendengar suara Rayyan yang seakan hampir dengannya. Kejung tubuhnya.
"Ingat...aku tak nak dengar kau mengadu domba dengan ahli keluarga kau!" bisiknya lagi dengan keras. Memberi amaran.
Air liur ditelan payah. Tangan yang sedang melipat baju terhenti. Dada berdebar takut. Sempat mata mengerling Adam yang lena.
"Sss..." desisnya sakit tatkala Rayyan bertindak mencengkam kuat lengannya.
"Dengar tak?" Menderam kemarahan. Qisya dipandang dari tepi bagai nak telan apabila tiada satu suara pun keluar dari bibir itu.
"D...dengar,"
"Stupid! Kalau dah dengar jangan buat aku tunggu lama nak dengar kau balas!" Jerkahnya tepat di tepi telinga Qisya.
Bagai nak tercabut jantung Qisya. "Ma...maaf tuan..." terketar-ketar bibirnya.
Kedua tangan digenggam sesama sendiri menghilangkan ketakutan yang sudah tersalut dihati.
"Good...kiss me." Ujar Rayyan lembut. Baru sahaja tadi dia meninggikan suaranya. Kini Rayyan mengeluarkan arahan yang pelik.
Qisya mengerling Rayyan dihujung mata. Nak paling menghadap sang suami takut tercium bibir Rayyan.
"Hah?" Tidak menunggu lama Rayyan mencengkam rahang Qisya lalu bibir rakus mencari mangsanya.
Tangan Qisya menepuk banyak kali dada Rayyan apabila dirasakan nafas tidak cukup. "Please tuan jangan dekat sini." rayunya.
"Tch! You have to know...dekat mana je aku nak, dekat situ jugak aku dapat! Dan aku..."
Ibu jari mengusap bibir yang bengkak akibat ulahnya. Mata naik menentang mata ketakutan Qisya.
"...tak nak langsung mulut kau membantah!"
Qisya menahan dada Rayyan. Matanya banyak kali menjeling tubuh Adam memastikan Adam tidak melihat perbuatan mereka.
"Jangan kat sini...Adam! Ada Adam!"
Rayyan mendengus marah. Tangan menarik paksa lengan kecil Qisya apabila Qisya bertindak mengeraskan badan.
"Kau nak aku buat kat sini? Sebelah Adam? Biar dia tengok mak dia jadi pelacur? If you don't mind, I don't care!" Badan Qisya ditolak ke katil. Muak rasanya menerima tolakan.
"T...tak! Ki...kita pergi bilik tuan." Laju Qisya menjawab.
"Kan senang dari tadi kau jawab macam ni je!" Balas Rayyan keras lalu menarik tubuh lemah Qisya keluar.
Berkecai ingatannya apabila merasakan ada pelukan di pinggangnya. Drastik tangan menepuk perlahan bahu Adam agar tidak terjaga.
Dia perlu kuat untuk hari yang akan mendatang. Sedangkan lima tahun dia boleh bertahan. Asalkan anak kecil ini ada dengannya. Jika anak kecil pergi, Qisya sendiri yang akan lari meninggalkan derita ini.
Puan Wati mengadakan majlis kesyukuran sempena adik lelaki, Qairil selamat pulang dari Mesir setelah habis pelajaran disana.
Sehingga kini kelibat Qairil tidak dapat dilihat. Jika ada rezeki, memang dipeluk erat tubuh adik lelakinya melepaskan kerinduan.
Di dapur suasana hingar bingar dengan suara maklang yang kuat diikuti suara mak ngah. Mak su tidak kelihatan kerana melayan tetamu didepan.
"Kau nak tahu ngah, anak aku dengan laki dia baru balik dari Paris. Ada lah jugak dia bawa oleh-oleh untuk aku." Riak maklang berkata dengan suara kuat. Ingin satu dapur mendengar ceritanya.
"Untung lah kau dapat oleh-oleh dari luar negara. Nak tunggu aku lambat lagi." Mak ngah mencebik dengki.
"Menantu aku kalau boleh setiap kali dia outstation memang rajin bawa balik oleh-oleh untuk aku. Kalau untuk anak aku jangan cakaplah. Penuh bilik dengan hadiah je. Sayang sangat la katakan. Kalau boleh jemur kain dekat luar pun tak bagi. Siap upah maid lagi."
"Dengki la aku dengan kau lang. Anak aku apa je ada. Setakat bagi gelang emas yang tak seberapa. Tapi tak apa lah aku bersyukur sekurangnya anak aku ada lah jugak bagi hati tua aku senang tak macam anak tu haaa..."
Mulut mak ngah memuncung menunjuk ke arahnya.
"...tak pernah bagi along apa-apa. Nak bahagia kan along pun jangan harap. Selalu la aku tengok long nangis sebab dia. Nasib ada kakak dengan adik dia. Happy la jugak muka along aku tengok. Huh, nak kata suami tak ada harta bukan main lagi kaya suami dia. Siap keluar muka laki dia kat majalah!"
Mata mereka menjeling Qisya.
"Itu la. Datang sini pun jalan kaki. Muka pucat tak bermaya. Baju lusuh nak terkoyak pun masih pakai lagi. Tak akan laki dia tak mampu nak belikan baju untuk dia? Si Adam tu ha aku tengok sama je macam dia. Aku rasa laki dia tu tak nak terima agaknya anak luar nikah tu!"
Qisya tersentak hebat. Sindiran mereka membuatkan hatinya terasa. Kenapa perlu membabitkan Adam? Dia anak sah taraf! Kalau pun Qisya selalu membuat ibunya menangis, dia cuba juga menjadi anak yang baik. Qisya juga tak mampu membeli pakaian baru. Kadang kala pakaiannya sendiri terpaksa digunakan untuk membuat baju Adam.
Nafas ditarik dalam sebelum sindiran pedas mereka di balas.
"Adam bukan anak luar nikah! Adam berbin kan nama suami saya maklang, mak ngah. Sijil kelahiran Adam jelas tertulis. Kalau iya pun saya ni anak tak berguna di mata mak tapi tolong jangan hina anak saya." Lalu dulang berisi buah tembikai diangkat ingin dibawa keluar untuk dijamu oleh tetamu.
"Kau tengok tu ngah... Kurang ajar betul dia ni. Memang padan along tak suka dia! Siap pakej suami tak suka dia lagi!"
Qisya mengabaikan dan terus berjalan keluar. Dipertengahan jalan mak su memanggil namanya. Dulang diletak atas mena sebelum menuju ke arah orang tua itu.
"Mak su rasa tu kereta suami kau kan." Mulut dimuncung ke arah kereta berwarna hitam yang tersadai ditepi jalan.
Hati berdebar hebat tatkala perkataan suami disebut oleh maksu. Apabila mata memandang ke arah tersebut tergamam dia seketika.
Betul, itu kereta suaminya.
"Pergi la panggil suami kau. Ajak makan sini dulu. Dia jemput kau nak balik ke? Awal lagi majlis ni nak habis."
Qisya masih kelu nak menjawab hanya kepala dianggukkan. Teragak-agak. Rayyan mahu menjemput balik? Sangat mustahil lelaki itu berbesar hati menjejakkan kakinya di kampung.
Mak su beredar untuk melayan tetamu yang baru hadir. Semangat ditiup untuk berjalan ke kereta itu.
Nayyis, selaku pembantu peribadi suaminya sudah siap menunggu di luar kereta.
"Puan, beg baju mana?" mata hitamnya melilau melihat tangan kosong Qisya.
"Tuan Rayyan ada dekat dalam?" soalan dibalas soalan. Melihat anggukan Nayyis mendebarkan dada.
"Bagi saya bercakap dengan tuan Rayyan dulu boleh?" pintanya lembut. Tidak selesa kerana ada beberapa mata memerhati ke arah mereka.
Nayyis terdiam beberapa saat sebelum membuka pintu penumpang. Membenarkannya masuk.
Air liur ditelan payau. Apabila badan sudah sepenuhnya masuk, pintu kereta lekas ditutup. Hujung mata mengerling ke sebelah. Terlihat Rayyan yang sedang menyandarkan badan dan sebelah tangan menutup mata seolah sedang lena.
Tangan meramas sesama sendiri sebelum suara terketar mengeluarkan kata.
"Tuan jemput saya?" halus dia bertanya. Dengar tidak dengar sahaja.
Lengan yang menutup mata Rayyan dikalih sebelum Rayyan memandang ketepi. "Kau dah nampak aku dekat sini? Kau rasa aku tengah buat apa?"
Bibir diketap mendengar balasan Rayyan. "Tuan tak nak turun makan dulu..."
"No. Don't waste my time Qisya! Kau nak aku keluar heret anak kau biar dorang nampak ke?"
"Tt...tapi tuan...boleh tak saya nak stay lagi satu hari?" ujarnya dengan nada takut-takut.
Qisya sedar mata helang Rayyan menatap mukanya tajam. Terasa menyesal pula membangunkan singa yang sedang tidur.
"Pergi mampus dengan satu hari kau. Aku nak kau dengan anak haram kau tu ada dekat sini sekarang jugak. Aku tak ada masa nak dengar suara kau,"
"Now Qisya! Tunggu apa lagi! Nak tunggu aku tampar muka kau baru nak gerak!"
Kekuatan yang tersisa hancur lebur apabila mendengar jerkahan Rayyan.
Lekas Qisya keluar dari kereta bersama mata yang bergenang. Langkah laju memasuki rumah. Beg baju diambil dan mata melilau mencari Adam. Sepupu-sepupu yang memerhati tingkahnya hanya diabaikan. Setelah kelibat Adam kelihatan. Kaki laju melangkah ke arah Adam.
"Ibu, kena..."
"Shuhh Adam. Kita tak ada masa. Ibu kena cepat sebab daddy dah tunggu." Ringkasnya.
Sekeliling diperhati mencari kelibat Puan Wati serta maksu. Tetap tak jumpa. Hati sudah gelisah serta takut. Qisya hela nafas dan kaki terus berjalan laju kearah kereta. Maaf mak, maaf mak su! Tak dapat jumpa kali terakhir.
"Qisya nak balik da..." Jelas Qisya menghiraukan pertanyaan Hilam yang kebetulan sedang mengambil air.
Maaf Hilman!
Setelah kami masuk, kereta menderu laju meninggalkan perkarangan rumah keluarganya. Adam di pangkuan diam seolah-olah tahu Rayyan tiada mood.
Mata melilau memandang sekeliling. Lepas ni dah tak dapat tengok semua ini Qisya. Kebebasannya akan terkunci. Sebelum itu baik dia tengok puas-puas. Hati bermonolog sedih.
Perlahan-lahan mata mula memberat. Adam yang sudah tidur diusap kepalanya lalu Qisya menyertai Adam ke alam mimpi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro