Bab 16
Rayyan memasuki sebuah bilik yang suram. Tenang saja langkahnya menghampiri dua tubuh yang berada di depannya. Seorang tubuh lelaki yang tegak berdiri dan seorang lagi tubuh lelaki yang terduduk dengan tangan terikat di belakang.
Nayyis berdiri tegak di sebelah Henriq yang sudah cedera parah. Apabila kornea matanya dapat menangkap tubuh Rayyan yang menghampiri mereka, dia ambil satu kerusi dan diletakkan kerusi itu di hadapan tubuh Henriq. Selepas itu, dia jarakkan tubuhnya menjauh.
Rayyan melabuhkan punggungnya. Kedua tangan berpeluk tubuh memandang kosong Henriq yang melutut dengan tubuh bogel. Tiada satu pun pakaian yang ada ditubuh lelaki itu. Bibirnya ternaik senyuman cukup hanya dia saja tanya maksudnya.
"Once a loser will always a loser, right?"
Tubuh dibongkokkan dengan kedua siku diletakkan atas peha. Rambut Henriq ditarik keatas untuk mendongakkan wajah itu dari menunduk. Kemudian dia memerhati seluruh wajah itu yang sudah membengkak teruk. Ada darah yang sudah membeku menunjukkan dah lama darah itu ada.
"Seronok main lari-lari?" Bisiknya di depan muka Henriq. Dilihat Henriq cuba membuka matanya tapi kedua biji matanya yang sudah lebam hanya mampu terbuka kecil.
Henriq terpejam beberapa kali cuba menstabilkan pandangan. Sungguh dia tidak larat dek kerana tiada air dan makanan yang diberi sepanjang tempoh dia di dalam ini. Seingat Henriq, kali terakhir dia menjamah makanan waktu tiga hari lepas dan akhirnya dia ditangkap oleh konco-konco Rayyan.
Henriq melangkah keluar dari 7E setelah selesai membeli beberapa makanan ringan untuk mengisi perut. Dia berjalan melepasi beberapa kedai yang sudah tutup kerana jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.
Tapi hujung matanya dapat menangkap dua tubuh lelaki yang sedang mengekorinya dari dinding lutsinar kedai. Bayang-bayang itu cepat ditangkap matanya. Lalu, Henriq melajukan langkahnya. Dia sudah bergerak ke satu lorong gelap. Badannya dibawa untuk menyorok di dinding.
Tepat sekali, dua orang lelaki itu mengejarnya. Seorang lelaki sudah melintasi lorong itu. Henriq tarik senyum sinis. Bodoh!
"Emir kau cari kat depan biar aku cari bahagian sini." Ujar satu suara memberi arahan. Henriq dapat mengecam raut wajah yang memberi arahan. Orang yang sama waktu dia mengekori Rayyan dan Qisya di satu mall.
"Aku tak rasa dia lari dekat depan. Kita cari dekat lorong ni." Balas Emir lalu keduanya berjalan ke lorong gelap itu.
Nayyis yang mengekori belakang Emir ditendang oleh Henriq secara mengejut. Laju dia melompat ke atas tubuh Nayyis dan dilepaskan beberapa kali tumbukan. Emir yang mendengar itu lantas memalingkan badan. Dia yang cuba ingin membantu terkaku apabila Henriq menyuakan pisau di leher Nayyis.
"Kau datang dekat, aku tikam dia." Ugut Henriq. Ditekan makin dalam hujung pisau yang itu. Emir yang teragak-agak untuk mendekati mereka.
Nayyis ketap bibir kuat. Dia melihat mata Henriq yang sedikit hilang fokus itu. Bibir berdesis sakit apabila hujung pisau itu sudah tertekan sedikit di lehernya.
"Kalau kau nak kawan kau selamat-"
"Arghh!!"
Ditekan makin dalam stun gun yang diambilnya secara senyap di dalam kocek seluarnya ke peha Henriq. Kepala terteleng ketepi untuk mengelakkan hujung pisau menghiris makin dalam ke lehernya. Setelah tubuh Henriq kian melemah, dia tolak kasar tubuh itu ketepi.
Puih!
Diludah tepat air liur ke muka Rayyan.
"Bunuh lah aku sekarang ni, kau tunggu apa lagi? Kau nak aku rogol Qisya-"
Buk!
"Mulut jijik kau tak layak sebut nama dia." Dikesat air liur Henriq yang berada di pipinya kasar. Amarahnya cuba ditahan supaya tidak meletus.
Bibir lebam Henriq cuba mengeluarkan tawa kuat namun yang terdengar cuma tawa halus. Ditahan sakit yang membisa di seluruh tubuhnya. Ditambah lagi sakit yang baru saja dia dapat.
"Kau marah? Kau tak layak nak marah aku sebab kau yang bagi aku keizinan untuk jumpa dengan Adam sendiri. Kalau aku laporkan hal ni dekat Qisya, mungkin dia sendiri fikir kau sekali terlibat dalam kematian Adam." Sinis nada Henriq berkata.
Dia lihat riak datar itu berubah sikit namun cepat dikawal baik oleh Rayyan. Hati berdesis mengejek. Dari dulu kelemahan Rayyan hanyalah Qisya. Jika sesiapa yang berani cuit sedikit Qisya, maka setan di dalam diri Rayyan akan bangun dan sekarang Henriq tahu dia telah membangunkan setan itu.
Gelakan Rayyan terhambur kuat.
"Dia takkan tahu sebab lepas ni aku sendiri hantar kau depan penjara. Kau patut fikirkan diri kau dalam tu. Lupakan niat kau nak buat Qisya tuduh aku." Satu persatu jari Rayyan lincah membuka butang kemejanya.
Henriq mendecit. "Kenapa tak bunuh aku terus? Aku dah bunuh anak kau dan sekarang aku sudi biarkan kau ambil nyawa aku."
Tubuhnya disandarkan di kerusi. Membiarkan dadanya yang terdedah. Datar riak wajahnya merenung tatapan Henriq. Tidak terusik langsung dengan kata-kata itu.
"Aku lebih seronok tengok kau terseksa perlahan-lahan dari kau mati terus." Bibir terherot senyum mengejek.
"Aku fikir kau masih tak nak mengaku Adam anak kau." Dibidas bicara Rayyan dengan berani tanpa gentar.
Rayyan memandang Nayyis yang dari tadi setia memerhati mereka. Memberi isyarat cuma dengan tatapan mata. Nayyis yang faham terus saja bertindak menyarungkan guni yang sudah tersedia di dalam bilik ini ke tubuh Henriq.
"Shit! Jangan sentuh aku bodoh! Kau nak buat apa ni!" Teriak Henriq apabila Nayyis cuba mengikat di hujung bukaan guni itu dan menjadikan guni itu membungkus dirinya.
Nayyis tendang kepala Henriq selamba apabila Henriq kekal meronta hebat. Tidak padan dengan kedua tangan sudah terikat di belakang. "Berhenti bergerak bodoh!" Makinya kasar.
Setelah siap mengikat dia menyeret guni itu untuk digantung atas gelanggang. Menjadikan tubuh Henriq sebagai samsak. Digantung di bahagian kaki dahulu membiarkan kepala Henriq tergantung ke bawah.
Rayyan bergerak ke satu meja. Diletakkan kemejanya atas meja supaya tidak berkedut lalu diambil sarung boxing dan dipakaikan di kedua tangan. Lantas, dia bergerak ke atas gelanggang. Bersiap sedia untuk melepaskan amarah. Dia berdiri tegak di depan tubuh Henriq yang sudah tergantung di dalam guni itu.
"Aku dah mengaku yang tu anak aku. Tapi..."
Kedua tangannya memegang guni itu yang dari tadi terpusing-pusing.
"...aku buat semua ni untuk Qisya. Aku cukup benci tengok air mata dia mengalir sebab orang lain. Dia cuma boleh menangis untuk aku!" Lantas di lepaskan tumbukan beberapa kali. Tidak pasti bahagian mana yang terkena.
Satu kali dua kali hingga tidak terkira dia menumbuk tubuh Henriq. Suara mengerang Henriq makin lama makin perlahan. "D..dia ak-akan pergi da-dari hh-hidup kau...d-dia takkan ta-tahan dengan kau!" Tergagap-gagap Henriq menuturkan kata apabila satu tumbukan terkena bahagian rahangnya.
Henriq sudah tidak dapat menahan lagi kesakitan ini. Dia cuba untuk menendang tetapi tumbukan laju Rayyan membuatkan dia makin lemah.
Kata-kata itu sedikit sebanyak menjejaskan emosinya. Rayyan seperti orang gila menumbuk laju tanpa henti. Sesekali terdengar dengusan kuat darinya. Peluh sudah mengalir di badannya yang tidak berbaju.
Turun naik dada Nayyis tatkala melihat perbuatan Rayyan makin menggila namun dia diam ditepi seakan tiada kekuatan untuk menahan. Dapat dilihat guni putih itu makin lama makin tercemar dengan warna darah.
Rasanya tiada yang menarik setelah dia pulang ke rumah ini. Hidupnya seperti biasa akan berlangsung menjadi boneka yang dikawal oleh Rayyan.
Qisya termenung melihat langit yang gelap. Tiada satu pun bintang pada malam ini. Angin yang menyapa tubuhnya membuatkan Qisya berpeluk tubuh untuk menghangatkan diri.
"Kenapa duduk luar malam-malam macam ni? Masuk."
Ternaik kedua bahu Qisya. Agak terkejut apabila diterjah begitu tanpa salam. Tetapi dia masih kekal tidak berganjak langsung. Masih merenung langit. Dibiarkan arahan Rayyan seperti angin lalu.
Jam yang melilit di pergelangan tangan dibuka dan diletak elok atas meja solek. Dari tadi mata tidak lepas merenung tubuh belakang Qisya yang mengabaikan soalan dia. Rayyan membuka bajunya membiarkan tubuhnya terdedah.
Lantas dia mendekati Qisya yang berada di koridor. Tangannya memegang penyandang di kiri kanan kerusi menjadikan tubuh Qisya terkepung. Tubuh dicondongkan hingga wajahnya tepat berada di pipi Qisya. Hidungnya sengaja digeselkan di pipi itu.
Terperanjat juga Qisya pada mulanya tetapi dia cuma diam ditempat duduknya. Statik tidak bergerak.
Apabila Qisya merasakan perbuatan Rayyan makin menurun, pantas dia tolak kepala lelaki itu hingga terteleng ketepi. "Tuan busuk," ujarnya ringkas tatkala dia mendapat jelingan tajam dari Rayyan.
Rayyan menegakkan kembali badannya. Dia membuang pandang di depan, memerhati halaman yang sunyi sepi itu dengan kosong. Hatinya tiba-tiba terasa apabila ditolak begitu oleh Qisya. Ah sejak dua menjak ini dia pun tidak tahu lah kenapa dengannya. Kerap muntah dan bila dia berada di sisi Qisya barulah dia rasa mualnya seakan hilang.
"Tuan tak rasa hubungan kita makin tak ada arah tuju?" Suara Qisya memecahkan kesunyian antara mereka.
"Aku tak faham."
Qisya melorekkan senyuman hambar meskipun Rayyan tidak lihat.
"Saya nak bercerai. Saya rasa kita dah tak boleh jadi suami isteri lagi-"
"Lafaz cerai di tangan aku dan aku sendiri yang tentukan hala tuju hubungan kita. Kau cuma perlu ikut dan patuh arahan aku." Ujarnya tegas tanpa sempat Qisya menghabiskan ayat. Sejurus dia berkata, Rayyan mengambil keputusan untuk melangkah masuk. Berendam di bath tub untuk menenangkan hati supaya tangannya hari ini tidak menghinggap di tubuh kecil isterinya.
"Macam mana saya nak terus jadi isteri tuan kalau hidup saya penuh ketakutan bila saya bersama tuan! Saya dah tak nak hidup macam ni lagi! Lepaskan saya!" Qisya berdiri dan badan dipusing menghadap tubuh belakang Rayyan. Rasanya dia sudah tak dapat menahan lagi untuk menghamburkan amarah.
Terhenti langkah Rayyan yang baru jejak masuk di dalam bilik.
"Tuan pernah terfikir tak perasaan saya selama ni? Tuan tak pernah fikir sekali pun! Saya bertahan dengan tuan sebab Adam dan sekarang saya hilang Adam. Tak ada guna lagi untuk saya bertahan dalam perkahwinan ini!" Lagi sekali dia melepaskan apa yang terbuku di hati.
Air mata? Langsung tiada yang menitik kerana sudah banyak air mata ini mengalir sepanjang lima tahun.
Hati Rayyan terkesan sedikit mendengar luahan itu. Namun dia masih berdiam diri tanpa mengeluarkan suara. Cuma telinga dibuka besar untuk mendengar lagi. Tapi dapat dia kesan suara itu cukup rapuh. Rapuh seperti sudah lama memendam sakit.
Kedua tangan Qisya genggam erat sesama sendiri cuba untuk memberi semangat buat dirinya. "Saya nak Muhammad Rayyan saya yang dulu...waktu kita awal-awal kenal dan waktu dia cuba pelbagai cara untuk ambil hati saya..."
"...Mana dia yang dulu...?"
"Muhammad Rayyan yang dulu dah lama mati sejak dia dapat tahu bakal isteri dia tidur dengan adik tiri dia." Ditekannya bicara itu dengan tegas. Kepalanya sudah mula sakit. Rayyan angkat tangan menekan kuat dahinya. Bibirnya sedikit menggeletar halus.
Cukup dia lemah apabila Qisya mula mengimbas kenangan lalu antara mereka. Kenangan yang cukup manis cuma Rayyan sendiri yang bertegas untuk menolak menyimpan kenangan itu kerana satu peristiwa.
"Allah...Cukuplah tuan, saya mohon. Cukup butakan hati tuan dengan kisah lima tahun itu. Tuan sendiri jadi saksi pada malam tu...Saya pun mangsa tuan tapi saya tetap terima takdir yang di atur Allah. Tolong berdamai dengan takdir tuhan. Barulah jiwa dan hati tuan redha dengan semua ini." Lemah Qisya bersuara.
Dirasakan tenaganya makin hari makin tiada. Qisya sendiri tidak kuat menghadapi semua ini. Dimanakah kebahagiaan dia? Berkali-kali persoalanan itu berlegar di hatinya.
Riak wajah Rayyan yang sememangnya kosong itu makin datar. Tanpa berkata apa-apa, dia berjalan terus ke bilik air.
___
Jadi dekat sini kita boleh nampak yg rayyan masih tk move on dgn kisah tu..tu sebab dia susah nk terima adam ha gituw.
Next bab Qisya lari pergi rumah kakak sulung dia ehehe..
Vote& Comments.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro