Bab 15
Qairil mematikan enjin keretanya selepas saja dia memarkir kereta di depan rumah. Sewaktu dia sedang mengambil barangannya di belakang, baru dia ternampak kelibat tubuh Qisya sedang duduk di pangkin sedang termenung jauh.
Barangnya diletakkan kembali lalu Qairil keluar dari kereta. Dia berjalan menghampiri Qisya. Meskipun begitu, dilihat Qisya langsung tidak sedar. Qairil mengambil duduk di ruang kosong. Muka pucat kakaknya ditelek dengan kedua mata.
Sembab saja mata, mesti baru lepas menangis.
"Kak menung apa tu." Sapanya untuk memulakan perbualan. Tidak betah lihat keadaan Qisya.
Qisya pantas menoleh kearah Qairil. Terkejut dia mendengar suara Qairil secara tiba-tiba. Mata memandang kereta Vios yang terletak elok itu. Tidak sedar langsung dengan kepulangan Qairil. Sebelum mata kembali membalas pandangan mata Qairil. Qisya menarik senyuman hambar.
"Tak ada apalah. Qairil bila balik?"
Terangkat kedua kening separa tebal pemuda itu. Dia kemudian mengulum senyuman kecil. "Dah lama balik, akak tu yang tak dengar. Agaknya kalau ada bunyi bom sebelah akak pun memang tak sedar ni." Ujarnya berjenaka.
Tergelak kecil dia dengan lawak Qairil. Qisya mengalihkan mata memandang kembali tempat tadi. Pemandangan di hadapan lebih membuatkan jiwanya tenang. Matahari yang terbenam. Awan yang kelihatan berwarna oren. Senja sungguh cantik.
"Akak leka sangat tengok pemandangan dekat depan ni. Cantik sangat." Qisya berucap halus. Tudung sarung di kepala diperkemaskan.
Qairil turut melihat pemandangan yang sama. Dia menjulur kaki ke bawah. Kedua tangan ditongkat ke belakang. Hilang penat kerjanya seketika memandang keindahan ciptaan tuhan.
"Hilang rasanya penat Qairil."
Qisya diam tidak membalas namun bibir tetap melorek senyuman. Suasana begini sudah lama dia tidak rasa sejak menjadi isteri Rayyan. Hati Qisya tenang. Tiada perasaan takut, cemas dan gelisah. Terkadang Qisya tetap akan menangis bila malam, bila dia keseorangan dan bila dia merasa sepi. Menangis meratapi pemergian Adam.
Qairil menoleh ke sebelah memandang dari tepi wajah kakaknya. Dia dapat lihat Qisya masih bersedih sebab itulah Qairil sedaya upaya tidak mahu menggangu emosi kakaknya. Qisya perlukan ruang, jadi orang di sekelilingnya patut memahami emosi Qisya.
"Kak Qisya dah rasa okay? Kalau nak keluar jalan-jalan, boleh ajak Qairil nanti Qairil apply cuti. Cakap je dekat mana akak nak pergi nanti Qairil cuba usahakan bawak akak kecuali kalau kak Qisya ajak pergi luar negara memang Qairil ruqyah akak nanti." Dihujung ayat nada suaranya kedengaran berloyar buruk.
Qisya menepuk bahu adiknya perlahan. Ketawanya terlepas lagi. Dia turut menolehkan kepalanya. Namun begitu, dia bersyukur mempunyai adik yang memahami. Qisya dapat lihat Qairil sedaya upaya menjaga percakapannya agar tidak mengusik emosi Qisya.
"Tak payah lah, akak tak terasa nak keluar. Duduk rumah pun okay sebab mak dan adik akak ni tak putus semangat nak gembirakan akak. Setakat dua minggu ni akak makin okay dah tak selalu teringat." Jelasnya dengan tenang kepada Qairil apabila adiknya seakan risau keadaannya.
Dua minggu telah berlalu sejak pemergian Adam. Qisya redha walaupun pada awalnya sungguh perit untuk menerima sehingga terkadang dia merasa tidak redha dengan kematian Adam. Namun ibunya dan Qairil yang selalu ada memujuknya membuatkan Qisya sedar. Ada hikmahnya semua ini terjadi. Contohnya, emaknya sudah mula rapat dengannya. Berbual mesra, tidak dingin lagi.
"Qairil gembira kalau akak makin okay. Ni ha abang Rayyan mesej tadi, esok dia nak datang ambil kak Qisya. Dia tu setiap masa mesej dan telefon Qairil nak bertanya tentang keadaan akak. Ada satu masa dia call waktu tengah kerja. Nasib lah tak ada ramai customer boleh lah jawab." Adu Qairil sebelum mengeluh kecil.
Bukan dia tidak suka cuma waktu kerjanya diganggu nanti Qairil juga yang dimarahi majikannya. Dia cuma manager saja di satu restoran makanan laut. Terpaksa juga dia menerima pekerjaan itu dek kerana interview pada hari itu tidak lepas. Tak mengapalah, tiada rezeki mungkin.
Terkaku terus dia. Qisya seakan tidak percaya mendengar itu. Hati menolak keras untuk percaya. Mungkin Rayyan tak mahu Qisya lari kot. Mindanya cuba berfikir positif.
"Qisya! Qairil! Buat apa lagi tu dekat luar! Dah nak maghrib budak bertuah. Masuk cepat. Tak tahu ke waktu macam ni banyak setan bertenggek. Nanti..." Makin perlahan bebelan puan Wati apabila tubuh tua itu berjalan memasuki rumah selepas dia menegur anak-anaknya yang berada tidak jauh.
Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum kedua-duanya tergelak. "Mula lah bebelan cik Wati tu. Dah cair tahi telinga Qairil dengar."
Namun tubuh tetap berdiri. Dipegang lengan Qisya untuk membantu kakaknya berdiri. Setelah itu, mereka berjalan beriringan. Qisya memuat lengan Qairil. Sengaja saja ingin bermanja.
Sepasang kaki kelihatan mundar-mandir. Penampilannya cukup serabai dan berbau sehingga orang-orang boleh mengira yang dia tidak membersihkan diri dengan cukup lama. Manakan tidak, dia sedang diburu polis memang tidak sempat memikirkan penampilan diri.
Cap hitam tidak terlepas langsung dari kepalanya. Seketika dia merengus marah menunggu kehadiran seseorang yang tidak kunjung tiba. Lorong yang sunyi itu menjadi tempat untuk dia berjumpa.
Dia menggigit ibu jarinya kuat. Diendahkan saja rasa sakit yang menjalar. Acap kali dia berbuat begitu hingga ibu jarinya boleh dikatakan rosak. Dia memerhati lagi sebelum matanya dapat menangkap satu tubuh gempal yang memakai cermin mata hitam mendekatinya. Laju dia berlari kearah itu.
"Mama ada bawak kan duit yang Henriq suruh?" Tanpa ucapan salam terus dia meminta. Ah dia sudah tiada masa! Risau ada polis menjejakinya.
Puan Hayati menghela nafas risau. Ditelek penampilan Henriq atas bawah. Cukup kesian. Bagai orang gelandangan saja. Lalu dia mengambil sampul kertas berisi duit di dalam handbag nya dan dihulur kepada Henriq.
Laju Henriq menyambar kemudian kaki ingin bergerak pergi. Tergesa-gesa lagaknya. Namun puan Hayati menarik lengan Henriq. Tidak membenarkan dia pergi.
"Sampai bila Henriq nak lari ni sayang? Henriq pergilah serah diri. Mama janji mama sedaya upaya keluarkan Henriq dari situ. Kalau macam ni lagi lah Henriq hidup dalam ketakutan. Dengar cakap mama ye sayang." Ujarnya sayu.
Henriq tepis kasar tangan puan Hayati. Hatinya menggelegak marah.
"Mama cakap senanglah! Henriq yang kena tanggung sendiri dekat sana! Henriq tak nak duduk lagi dalam penjara. Mama tahu tak serik. Mama tak pernah rasa duduk penjara! Sengsara hidup Henriq!!" Tengking nya kuat.
"Henriq tahu sengsara tapi kenapa pergi bunuh budak tu? Henriq liwat dia dan Henriq bunuh dia! Henriq sendiri yang buat diri Henriq terjerumus balik dalam penjara." Dibidas tengkingan itu. Kaca mata hitamnya yang terlorot dibetulkan.
Henriq menyepak dinding batu yang berada di depan untuk melepaskan geram. "Henriq tak sengaja! H..Henriq tak berniat nak bunuh dia. Waktu tu dia sendiri yang melawan. Henriq geram tak sedar terpukul kepala dia dengan kayu."
Bahu anaknya diusap sayang. Pilu hati dengan keadaan Henriq. Hati tua nya tidak sanggup melihat.
"It's okay sayang, mama akan buat apa saja untuk bebaskan Henriq...pergi serah diri okay?" Dipujuk nya lembut supaya Henriq termakan pujukannya.
Kepalanya tergeleng-geleng laju. Tidak, walau apapun jadi dia takkan serah diri! Tanpa berkata apa-apa dia berlari pergi meninggalkannya ibunya keseorangan yang masih dilanda risau.
Matanya sudah menikam tajam kearah Qisya. Marah. Hati nya yang tadi tenang boleh meluap marah dengan kedegilan Qisya.
"Saya tak nak balik lagi. Bagi saya duduk dekat sini seminggu lagi lepas tu baru saya balik."
Ya, itulah yang membuatkan dia baran. Qisya yang berdegil tidak mahu pulang padahal sudah dimaklum awal-awal kepada Qairil. Kedua tangan berpeluk tubuh merenung Qisya bagai singa kelaparan. Sudahlah dia sendiri yang memandu berjam-jam lamanya untuk mengambil Qisya sendiri di kampung alih-alih jawapan begini dia dapat.
"Dua minggu aku tinggalkan kau dekat sini sebab nak bagi kau masa tak cukup lagi? Sekarang ni aku tak kira, kau kemas sekarang pakaian kau dan ikut aku balik. Titik!" Ujarnya dengan nada tertahan tidak mahu meninggikan suara.
Terbit di hati Qisya perasaan takut namun dicekalkan dirinya agar terlihat kuat. Air liur ditelan kesat. Dia yang sedang duduk bersandar di kepala katil tertunduk bermain dengan jari sendiri yang berada di atas pehanya.
"Cepatlah kau tunggu apa terhegeh-hegeh! Aku tak ada masa nak layan karenah kau! Aku ada banyak lagi kerja nak dibuat! Menyusahkan!" Rengusan kasar keluar di bibir. Dia yang berdiri tegak menyandar punggung di meja solek merenung saja tubuh Qisya.
Qisya mengemam bibir. Tidak tahu kenapa hatinya tercuit sakit apabila mendengar itu. Kalau dia menyusahkan tinggalkan saja dia di sini. Tak payah datang menjemputnya sampai bila-bila pun Qisya suka.
"Saya masih perlukan ruang. Saya harap tuan faham keadaan saya." Ujarnya dengan suara kecil bagai tidak mahu keluar saja suaranya. Wajah ditundukkan lagi supaya tidak bertentangan mata dengan Rayyan.
Terpejam mata Rayyan. Urat-urat di dahi mula timbul. Tanpa berkata, dia bergerak laju kearah almari pakaian. Pintu almari dibuka kasar lagak ingin menanggalkan pintu itu saja. Pakaian-pakaian yang bergantung diambil dan dibaling kearah katil. Sekali pakaian yang masih elok terlipat. Dilihat almari itu sudah kosong baru dia menutup kasar pintu itu kembali.
"Aku bagi masa kau 10 minit untuk kemas. Kau lambat seminit memang aku heret kau balik terus." Tintah dikeluarkan dengan nada dingin. Dia berdiri tegak menunggu pergerakan Qisya. Kosong saja pandangannya.
Qisya sudah berganjak menjauh apabila melihat baju-baju miliknya dilempar oleh Rayyan sesuka hati. Tangan sudah mula mengeluarkan getaran halus. Emosi yang memang tidak stabil mula membuatkan Qisya ingin menangis. Dia memandang takut-takut kearah Rayyan.
"Tak nak..." Sebelum tangisannya bergema halus cukup mereka berdua saja dengar.
"Saya tak nak balik..."
"Saya tak nak duduk lagi dengan tuan..." Terhinjut-hinjut dia menangis. Kedua tangan menekup wajah.
"Saya nak bebas..." Ucapnya lagi dengan sayu di dalam tangisan. Tiada apa lagi kepentingan untuk dia berada di sisi Rayyan. Itulah yang dirasakan oleh hatinya.
Rahang Rayyan mengeras. Mukanya berubah bengis. Bicara itu menjentik tangkai hatinya. Bercampur baur antara marah dan takut. Marah sebab Qisya tidak mendengar arahannya. Takut kerana Qisya sendiri yang berkata begitu.
"Stop with this bullshit! Kemas pakaian kau! Aku tak nak dengar lagi mulut kau bercakap! Now Qisya!!" Tempelaknya tanpa sempat ditahan. Mujur tinggal mereka berdua di dalam rumah ini. Tidaklah nanti Rayyan perlu bersoal jawab dengan mak mertuanya.
Dia angkat wajah sambil lengan baju mengelap cairan yang berada di pipinya. Dengan perlahan dia mengambil bajunya untuk melipat. Lambat saja pergerakannya mampu menambah lagi kemarahan Rayyan yang sedia ada. Rayyan yang melihat memang tidak mampu menahan sabar. Lalu dia bergerak menggenggam lengan Qisya memaksanya turun katil.
Qisya yang terkejut dengan tindakan pantas itu, sedaya upaya cuba menyeimbangkan diri. Berdiri saja dia, Rayyan menariknya kasar keluar bilik. Qisya sudah tidak sedap hati. Dia meronta-ronta kecil.
"S..saya nak kemas dulu! Lepaskan lengan saya." Ditarik-tarik lengannya dari genggaman tangan besar Rayyan. Sesekali bibir mendesis sakit apabila Rayyan menguatkan cengkaman.
"Dah cukup 10 minit aku bagi. Tak payah kemas nanti dekat sana aku beli baju baru untuk kau." Ucapnya tegas dengan wajah datar.
Makin dekat dengan pintu utama rumah, makin berdebar perasaan Qisya. Dia sudah ketakutan. Berkali-kali dia cuba meronta namun itu lagi menambahkan kesakitan di lengannya.
Namun satu tubuh yang muncul di muka pintu menghentikan langkah Rayyan. Drastik sehingga Qisya yang tak sempat berhenti terus tubuh ingin terhumban kedepan. Rayyan cepat menahan tubuh itu. Dia memandang puan Wati yang berkerut pelik melihat mereka.
"Nak balik dah? Mak ingat nak masak sikit untuk Rayyan isi perut. Dah tengahari mesti perut dah lapar. Balik lepas zohor jelah." Pinta puan Wati dengan lembut ke anak menantunya. Seketika dia dapat menangkap wajah kebasahan Qisya. Mulut ringan ingin bertanya.
"Tak apa mak Rayyan nak cepat. Ada banyak kerja nak kena selesaikan. Kami balik dulu." Rayyan terus membawa Qisya melintasi puan Wati dengan laju.
Qisya sudah meronta lebih kuat. "Mak.."
Terketap gigi Rayyan. Dihela nafasnya kuat kemudian dia lepas perlahan lengan Qisya. Dia berpusing menghadap puan Wati yang masih terpinga-pinga itu. "Pergilah salam mak dulu." Tajam dia menatap Qisya memberi amaran.
Kalau Qisya berani membuka mulut memang takkan teragak-agak dia mengangkat tubuh itu membawanya pergi. Kisah apa dia jika perbuatannya dilihat oleh mak mertuanya. Dia suami Qisya dan dia lebih berhak!
"Kenapa ni? Kenapa Qisya menangis--"
"Tadi Qisya teringat pasal Adam. Biasalah emosi dia masih tak stabil." Datar dia bersuara mereka cerita. Mata masih menikam tajam ke arah Qisya tanpa sedikit pun dialih.
Dalam keterpaksaan Qisya angguk mengiyakan. Dia tarik senyuman agar ibunya tidak mengesyakinya walaupun hati meronta-ronta ingin memberitahu semua nya namun dia tahan. Tangan kanan puan Wati diambil dan dia salam penuh hormat. Tubuh tua itu didakap erat untuk menyalurkan semangat. Selepas itu dia tarik tubuh menjauh.
"Jaga diri mak..."
Sejurus itu, dia dengan tidak rela terpaksa mengikuti langkah Rayyan.
___
Makin hambar...
Vote&comments
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro