Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 11


Tutup saja pintu utama rumah, terhenti langkah Qisya. Jantung mengepam laju menahan debar. Bunga rose yang berada di tangan laju disorok ke belakang tidak mahu bunga itu dilihat oleh mata tajam milik Rayyan.

Sekujur tubuh tegap milik Rayyan sedang elok duduk di sofa dengan kedua tangan memeluk tubuh. Hening suasana dirasakan sekarang tatkala mata itu langsung tidak beralih dari wajahnya. Qisya tunduk menahan takut. Melihat wajah lelaki itu yang tegang walhal mulut masih diam tidak bercakap namun tetap menggentarkan hati dia.

"Aku tak pernah bagi keizinan kau untuk keluar sesuka hati."

Qisya hela nafas lemah. Terbit dihati perasaan rimas. Dia ambil keputusan untuk mengabaikan bicara Rayyan. Kaki elok melangkah ingin melepasi ruang tamu.

"Aku cakap dengan tunggul ke?!" Petir suara Rayyan kuat sekali dengan lengan kecilnya diselar kasar. Qisya terdongak memandang wajah itu. Mendesis sakit bibirnya.

Rayyan tergemap tatkala mata berkaca itu memanah matanya. Perlahan dia melepaskan lengan kecil itu. Rayyan membuang pandang ketepi. Namun wajahnya masih terbias tegang.

"Ini first and last aku bagi kau tengok dunia luar, lepas ni kalau kau buat lagi aku takkan teragak-agak nak kurung kau dalam rumah. Kau takkan boleh langsung tengok atau rasa macam mana suasana dekat luar." Tuturnya dingin.

"Selama ni memang tuan kurung saya dalam sangkar ciptaan tuan. Tak ada beza pun." Bersamaan itu, Qisya tergelak sayu.

Tidak sedarkah lelaki ini, Qisya sendiri sudah terkurung lama di dalam rumah ini. Tanpa dibenarkan bekerja, tanpa dibenarkan membeli barangan dapur. Hatta dia sebagai ibu Adam langsung tidak tahu menahu di mana Adam sekolah.

Menggelegak hati Rayyan yang sedia membara itu tatkala mendengar ucapan sayu milik Qisya. Hatinya tidak terjentik rasa kasihan langsung. Yang ada cuba rasa tercabar.

"Kalau aku tak kurung kau, ikat kaki kau, memang entah berapa banyak lelaki kau nak goda. Nak jual tubuh kau yang dah tercemar ni dekat lelaki lain."

Berderai sekeping hati Qisya.

"Kalau tuan dah habis cakap, saya naik atas dulu." Balasnya ringkas tidak mahu meneruskan pergaduhan.

"Huh nak tunjuk perasaan? Lepas dahi kau terhantuk terus kau rasa nak memberontak?" Nada Rayyan kedengaran sungguh sinis di deria telinga Qisya. Dia pejam mata sekejap sebelum dibuka kembali.

"Maaf, saya minta maaf." Qisya tahu perkataan maaf yang dimahukan Rayyan dari tadi. Jadi dia yang sudah cukup penat dengan semua ini hanya menuturkan maaf tanpa perasaan saja.

Mendengar ucapan itu, Rayyan panah tajam wajah Qisya.

"Kenapa? Tuan nak saya melutut minta ampun?" Ujar Qisya lagi setelah mata Rayyan bagai mahu meluapkan marah.

Rayyan melepaskan dengusan kasar. Rambut yang jatuh mengenai dahi diraup kebelakang. Entahlah perasaan dia cukup keliru. Hati mahu mengucapkan kata maaf tentang hal semalam namun tidak terluah dari bibirnya. Ya, Rayyan masih memenangkan egonya.

"Pergi naik dan jangan sesekali kau keluar dari bilik. Aku tak izinkan kau jenguk Adam." Arahan dikeluarkan kepada Qisya.

Kali ini mata Qisya pula memandang tajam kearah Rayyan. Dahi berkerut geram. "Tuan tak boleh larang saya nak berjumpa dengan anak saya." Ujarnya tegas.

Qisya mahu ke bilik Adam. Ingin berjumpa anaknya dek kerana sudah lama rasanya dia tidak berbual berdua dengan anak kecil itu. Ingin dia bertanya bagaimana hari pertama persekolahan Adam.

"Aku tak kira, sama ada kau tak boleh jumpa dia malam ni atau aku tak benarkan kau jumpa dia sampai bila-bila. You choose." Keras Rayyan menuturkan kata. Tidak suka bibir pucat itu melawan.

Turun naik dada Qisya menahan marah. Tanpa berkata, dia bergerak melangkah pergi. Namun langkahnya terhenti dek kerana lengannya dicekup dari belakang hingga terpusing badannya mengenai badan tegap Rayyan.

"Sekejap...sekejap."

"Kau pegang apa dekat belakang kau?" Usai berkata, laju Rayyan merampas bunga itu yang sedaya upaya Qisya cuba sorokkan dari dia masuk ke dalam rumah lagi.

Saat ini, Qisya rasakan pucat di wajahnya. Lupa pula dia masih memegang bunga itu dek kerana marah di hati.

"Siapa yang bagi dekat kau?" Tanya Rayyan lagi. Bunga rose ditangan di renungnya tajam.

"S..saya ambil dekat taman bunga saya.." Gugup dihati cuba disorokkan. Tidak mahu kedengaran sangat jelas. Qisya sudah resah tatkala mata Rayyan tidak lepas memandang bunga rose itu.

"Kau fikir aku bodoh? Aku tahu dekat taman bunga kau tak ada langsung pokok bunga rose yang kau tanam!? Aku tanya lagi sekali, dari mana kau dapat bunga ni! Siapa yang bagi!" Jerkah Rayyan kuat sehingga terpejam mata Qisya. Sudahlah dijerkah tepat di depan mukanya. Kaki sudah menggeletar.

Bibir Qisya bergerak ingin menjawab namun tidak terluah. Lalu dia cuba merampas bunga itu dari tangan Rayyan namun Rayyan lempar bunga itu di lantai. Melihat itu, Qisya menunduk ingin mengutip kembali. Tetapi lengannya pula ditarik menjauh.

"Sakitlah! Tu...tu bunga kk..kawan saya bagi."

Rayyan menunduk mendekati wajah mereka. Rahang Qisya dicengkam kuat. "Jawab jujur Qisya...kau sendiri tahu baran aku macam mana." Menderam marah suara Rayyan.

Mata Qisya sudah berkaca. Sakit dirahang tidak sesakit di hatinya. Lalu dia tolak kuat tubuh Rayyan menjauhinya. Bunga dilantai di kutip nya selepas itu, Qisya berjalan laju kearah tangga kerana jarak antara lift agak jauh.

Mencerlung mata Rayyan melihat aksi berani mati Qisya. Dengan laju langkah itu dikejarnya. Sanggul Qisya ditarik kuat dari arah belakang lalu dia merampas bunga ditangan Qisya. Bunga itu dicampak di lantai dan dipijak lumat sehingga hancur.

Ditariknya lagi sanggul Qisya menjauh tatkala Qisya ingin menolak kakinya. Apabila sudah dirasakan bunga itu tidak berupa, baru Rayya menghentikan aksinya dan melepaskan cengkaman di sanggul itu.

Qisya terduduk di lantai. Bunga itu dipandang dengan tangisan yang lebat. Terketar-ketar tangannya menyentuh kelopak bunga yang sudah hancur. Gila! Rayyan dengan bunga rose yang tak bersalah pun mahu mengamuk.

"Kalau tak nak aku pijak hancur macam tu dekat badan kau, jangan berani kau nak curang dengan aku. Aku haramkan kau terima pemberian lelaki lain."

Sakit hati Rayyan apabila Qisya menangis teresak hanya kerana bunga itu. Seperti bermakna sungguh bunga itu kepadanya.

"Apa lagi tuan nak buat dekat saya..?"

"Tak cukup lagi pukul saya, sekat kebebasan saya..tak cukup lagi untuk puaskan hati tuan?"

Rayyan selar lengan Qisya memaksanya berdiri menghadapnya. Bengis wajahnya menyapa wajah kebasahan Qisya.

"Pandang aku! Kau cakap sekarang bermakna sangat ke bunga murah ni bagi kau? Kau nak bunga rose ni? Aku sendiri boleh belikan satu taman bunga ni untuk kau sekarang jugak!"

"Tak, saya tak perlukan semua tu. Saya cuma perlukan kebebasan dari tuan. Kalau pun dengan meminta cerai, saya sanggup asalkan saya bebas dari sangkar tuan! Bebas dari kebencian tuan yang tak pernah habis!" Tutur Qisya penuh berani di depan wajah Rayyan.

Cengkaman diperketatkan walaupun terlihat wajah Qisya sudah berkerut sakit. Namun diabaikannya. Bicara berani milik Qisya membuatkan dia diamuk perasaan.

"Kau nak cerai dari aku? Jangan harap!"

"Kalau macam tu saya akan lari dari tuan!"

"Sial!" Tempik Rayyan cukup kuat. Lalu tubuh itu ditarik nya menuju kearah tangga. Rayyan menaiki tangga dengan laju tanpa mengendahkan rontaan Qisya.

Kaki Qisya tidak boleh stabil melangkah menaiki tangga dek kerana langkah Rayyan yang laju. Terseret badannya mengikuti Rayyan. Bibir sudah berselawat menahan sakit. Sampai di bilik tidur mereka, tubuh Qisya dihumban keras atas katil. Terpejam mata dia menahan hentakan kuat di dahinya. Lagi-lagi di bahagian lukanya.

Badan Qisya diterbalikkan memusing mengadap wajah marah Rayyan. Esakan kuat terlepas di bibirnya. Saat ini, sungguh ketakutan menjelma di hati Qisya. Berharap dia mahu ghaib dari pandangan mata Rayyan.

"Kau takut?" Terkekeh lelaki itu ketawa. Lagak seperti orang tak siuman saja. Baju t-shirt dibadan, ditanggalnya lekas. Badan menindih tubuh Qisya.

"Jangan takut, mari sini aku ajar kau biar mulut kau tak berani lagi nak melawan aku..."




Terjenguk-jenguk leher Qairil melihat dari luar pagar tinggi yang menutupi rumah besar di depannya. Kereta Saga peninggalan arwah ayahnya sudah terparking elok di luar. Susah juga mahu mencari rumah abang iparnya. Tersorok jauh di kawasan pendalaman. Seolah-olah memang sengaja ingin menyorokkan rumah dari pandangan orang ramai.

"Tekan loceng lah. Bagi salam bukan ada yang dengar pun." Puan Wati mendengus kasar.

"Dah lah mak, naik lenguh tangan Qairil tekan. Tak ada juga yang keluar. Agaknya tak ada orang kut." Balas Qairil tenang. Cuaca panas terik di luar membuatkan Qairil putus asa. Baru dia ingin mengajak ibunya pulang namun terhenti langkahnya kerana pagar tinggi di depannya terbuka secara automatik.

Qairil mengecilkan mata tatkala melihat satu wajah yang tidak dikenalinya. Tubuh tua itu berlari anak menghampiri mereka. Jauh juga rumah dengan pagar itu disebabkan tubuh tua itu tercungap-cungap menarik nafas.

"Maaf lambat buka, saya tak perasan loceng berbunyi. Marilah masuk." Mak Jiha mengesat peluh di dahi. Kelam kabut dia.

Mak Jiha melemparkan senyuman kearah keluarga Qisya. Nasib baik dia masih mengenali wajah mak Qisya jika tidak memang dia biarkan saja mereka diluar kerana Rayyan tidak membenarkan orang luar memasuki rumah ini tanpa izinnya.


"Kak Qisya ada kat dalam?" Soal Qairil ingin meminta kepastian.

"Puan ada, dia tengah tunggu kat dalam rumah." Jawab orang tua itu cukup sopan.

Setelah itu, mereka memasuki kereta Saga. Qairil memakir kereta di halaman rumah yang terbentang luas. Setiap kali datang ke sini memang dia agak jakun. Rumah abang iparnya seperti istana. Besar namun sedikit menyeramkan. Dengan ada beberapa lelaki yang mengawal diluar rumah.

Qisya sudah berdiri menunggu adik dan ibunya di muka pintu. Badan yang letih tidak bermaya dipaksa kan juga untuk dia menyambut kedatangan mereka. Bibir terukir senyuman manis tatkala tubuh Qairil mendakap erat tubuhnya.

"Qairil tak sempat nak bermanja dengan akak lepas Qairil balik hari tu.." Dipeluk erat tubuh kecil kakaknya.

Qisya menepuk-nepuk bahu Qairil. Ditolak menjauh tubuh adiknya lalu kedua tangan ditekup ke pipi Qairil. Kaki terpaksa dijengket kerana ketinggian mereka jauh beza.

"Adik akak sihat? Dah makin tinggi Qairil akak tengok sekarang. Dulu tak adalah tinggi macam ni." Ujarnya lembut. Qairil memegang tangan kakaknya menarik jauh dari muka.

"Akak tu yang ketinggian masih terbantut. Ni kenapa dahi akak berbalut? Macam teruk sangat luka tu sampai bertampal bagai." Dalam sendaan guraunya, tetap dia bertanya risau kepada kakaknya.

Qisya pegang dahi yang berbalut. Tika ini dia seakan lupa dengan lukanya. "Terhantuk sikit je ni, tak ada apalah.."

"Iyalah kak, abang Rayyan dengan Adam mana kak? Sunyi je rumah ni." Terjengul-jengul Qairil melihat ke dalam rumah. Benar, sungguh sunyi seperti tiada orang di dalam rumah ini.

"Abang Rayyan kerja, Adam pula dah mula masuk tadika. Mari masuk dalam." Ajak Qisya lalu tangan dihulur kearah puan Wati. Kali ini salam nya disambut. Hati Qisya sudah cukup gembira dengan itu.

Qisya mengambil tempat di sofa berhadapan Qairil. Seketika, datang Mak Jiha sedang menatang dulang. Jug kaca yang berisi air oren diletakkan atas meja. Usai menjamu mereka, Mak Jiha meminta diri ingin memasuki dapur.

"Jadi akak selalu kena tinggal sorang lah? Tak seram ke?" Ujar Qairil setelah membasahkan tekaknya yang kering.

Puan Wati sesekali melihat kawasan ruang tamu yang cukup luas ini. Diperhati saja sekeliling ingin mencari sesuatu. Tiada langsung gambar-gambar suami isteri tergantung. Hairan hati tua nya. Seketika puan Wati dapat menghidu sesuatu yang tidak kena. Kadang mata menjamah raut wajah lesu Qisya walaupun Qisya sedaya upaya mempamerkan wajah ceria.

"Tak pun, ada je pembantu rumah teman. Kalau akak bosan akak tanam pokok bunga dekat belakang." Jawabnya berhati-hati.

Qisya resah kerana dia perasan puan Wati beberapa kali memandang dia dengan pandangan curiga.

"Hm lagi satu, kenapa Qairil telefon akak banyak kali tapi nombor akak macam dah mati. Akak tukar nombor telefon ke?"

Jari jemari digenggam sesama sendiri. Terkedu juga mendengar soalan tidak terjangka milik Qairil. Telefonnya? Jangan dicakap sudah hancur berkecai angkara ulah Rayyan. Mahu beli baru dia pula tidak dibenarkan keluar.

"Tak...hari tu telefon akak terjatuh. Dah tak boleh guna. Akak tak sempat nak beli baru sebab tak ingat, iyalah sibuk urus Adam sekolah buat pertama kali." Qisya tidak tahu logik ke tidak alasannya namun dia harap Qairil tidak bertanya lagi.

Qairil terdiam sekejap mendengar balasan kakaknya. Lama dia merenung wajah itu seakan mencari kebenaran. Kegugupan Qisya sudah dapat ditangkap olehnya tapi dia cuma diam mengangguk.

"Mak dengan Qairil dari rumah ke?"

"Kami cadang nak singgah dulu rumah kak Qairin tapi tengok macam tak ada orang, lepas tu Qairil terus gerak rumah kak Qisya." Ujar Qairil tenang.

Qisya terangguk-angguk faham.

"Tidur lah sini alang-alang tu. Boleh Qairil main dengan Adam malam nanti." Pelawa Qisya.

Dirasakan jika Qairil pulang tentu sudah larut malam dek kerana jauh juga kampung nak ke sini. Jadi Qisya tidak mahu ambil risiko membiarkan adiknya memandu malam.

"Tak apalah kami datang pun cuma nak jenguk je. Baju apa semua tak bawak. Menyusahkan je." Kali ini puan Wati membalas. Biasa saja raut wajah tua itu. Tidak menunjuk sedang marah atau tidak suka.

"Mana ada menyusahkan Qisya mak, nanti sampai kampung tengah malam. Bahaya pulak nak drive."

"Qairil tak boleh lah kak, esok ada interview dekat company yang Qairil mohon tu, lain kali jelah." Qairil ikut membantah. Sejujurnya, dia mahu saja bermalam disini. Rasa tidak puas melepaskan rindu dengan kakaknya.

Jika Qairil cakap begitu, Qisya terpaksa mengangguk faham. Tidak mahu mendesak. "Mak nak pergi tandas sekejap." Suara puan Wati menyentakkan mereka. Qisya memandang tubuh puan Wati yang sudah berdiri itu.

"Pergilah. Mak nak Qisya tunjuk jalan?"

"Tak payah, nanti mak tanya aje dekat pembantu rumah."

Hening. Selepas puan Wati bergerak menjauh. Suasana kembali hening. Sebenarnya kepala Qisya sangat berat tika ini. Ingin saja dia merebahkan badan namun dia tahan saja.

"Kak Qisya bahagia?"

Deg. Terkedu dengan pertanyaan Qairil. Kenapa? Adakah Qairil tahu sesuatu.

"Qairil nampak hujung bibir akak lebam, cerita dekat Qairil sekarang. Abang Rayyan ada pukul akak ke?" Ujarnya lagi. Dari tadi ingin bertanya tentang hal itu namun ditahannya. Meskipun samar-samar saja lebam itu tetapi matanya cepat saja menangkap.

Qisya cepat-cepat menekup tempat lebam itu. Rasanya sudah di tutup lebamnya dengan foundation miliknya. Terlihat jelas sangatkah?

"Hari tu lepas keluar beli barang sekolah Adam, kak Qisya terhantuk dekat tembok dinding tapi nasib baiklah dahi je yang luka sikit. Yang lain lebam macam tu jelah." Terangnya lancar. Pasal terhentak tembok itu memang benar. Selebihnya biarlah Qisya mereka cerita.

Biar dia simpan semua aib suaminya.

___

Okay ke? Tengah buat versi Qisya yang makin lama makin memberontak..

Vote& comments

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro