Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 10


Cap di kepala diturunkan lagi untuk menutupi mukanya dari pandangan orang ramai. Kepala menunduk merenung cawan berisi air coke ditangannya. Sedari tadi, dia setia menunggu seseorang lelaki. Tidak lepas dia mengangkat pandangan apabila melihat lelaki-lelaki di sini lalu lalang. Suasana di club yang bising ini tidak langsung dihiraukan dia.

Tatkala matanya dapat menangkap sekujur tubuh lelaki yang dinantikan, laju dia berjalan ingin mendekati sebelah sofa yang berhampiran lelaki itu. Tubuh di bawak duduk. Pantas dia menunduk wajah agar mereka disebelahnya tidak perasan.

"You baru kena kejar ahlong ke? Teruk betul lebam muka you." Sindir suara perempuan dari kerusi sebelah. Dia tarik senyuman misteri mendengar perlian itu. Telinga dibukak luas untuk mendengar segala perbualan mereka. Kedudukan rapat antara sofa memudahkan kerjanya.

Henriq tergelak kuat. Perempuan yang berada di ribanya dari tadi tidak henti menyentuh mukanya. Dibiarkan saja tangan itu. "Nope. Lebam ni sebab I kacau bini orang." Ujarnya selamba.

Tercebik bibir perempuan itu. Lalu tangan dilingkari di leher Henriq. Senyuman menggoda ditarik nya. Jari jemari bermain di kolar baju kemeja Henriq.

"Dengan isteri orang pun you ada selera eh?"

"Of course, I orang pertama yang ambil dara dia dulu dari suami dia. Mana tak I kempunan dengan tubuh dia..."

Terdengar gelakkan kuat dari mereka membuatkan tangan dia mengepalkan penumbuk. Jijik mendengar kata lucah itu. Berkemuncak jiwanya. Namun disabarkan hati nya dari melepaskan pukulan di muka Henriq.

Henriq elus rambut perempuan di ribanya. Sesekali ditarik rambut itu untuk mencium bau. "You ni memang gila lah. Suami dia tak tahu ke isteri dia dah tak ada dara?"

Tangan Henriq mendepa ke sofa. Diputarkan mata melihat sekumpulan manusia terkinja-kinja menari di depannya. Henriq hanya diam tidak membalas. Untuk apa dia balas jika pelacur di ribanya tiada kena mengena langsung dengan hal hidupnya.

"You, I nak pergi toilet sekejap. Wait for me yeah..." Mata dikenyit kearah Henriq lalu tubuh didirikan. Baru saja selangkah dia bergerak, ada satu tepukan kasar dipunggung nya. Terus dijeling menggoda ke Henriq.

"Nakal..." Kata-katanya disambut dengan gelakan dari Henriq.

Lalu kaki berjalan dengan lenggok ke tandas. Tidak sedar ada yang mengekorinya dari belakang.

Dia menyandarkan tubuh agak jauh dari tandas. Sabar menunggu kelibat perempuan itu keluar dari tandas. Tangan berpeluk tubuh. Keluar saja perempuan itu, laju dia menyambar lengan dan disentak tubuh itu kasar ke dinding.

"Hey gila ke, you siapa..."

"Aku nak kau masukkan benda ni dalam air lelaki tadi." Sebungkus serbuk diletakkan atas tapak tangan perempuan itu.

"You ni siapa nak arah I macam tu?" Ujarnya kasar. Berkerut dahinya. Lelaki di depan direnung tajam sebelum renungan dia berubah kepada terkejut.

Terangkat saja kepala lelaki itu dari menunduk, terus dia terkedu melihat wajah lelaki di depannya. Kacak nya. Seakan terpukau dia membalas renungan mata coklat jernih milik lelaki itu yang terlihat kosong saja. Lalu dia tarik senyuman manis, barang yang ada ditangan dia, di genggamnya. Dimatikan niat asalnya ingin melemparkan barang itu.

"Alright, anything else..?" Jarinya dilarikan bermain-main di atas dada tegap yang bersalut jaket kulit hitam milik lelaki itu. Menggelitis dia dibuatnya. Sukanya. Lagi handsome dari Henriq.

Dikeluarkan satu sampul yang agak tebal lalu dihulurkan kepada perempuan di depannya ini. "Upah kau." Lekas dia menangkap jari itu dan dipulas kuat menjauhi dia.

"Auch... auch sakitlah!" Sebalnya sambil mengibas jari yang dipulas itu. Namun melihat sampul itu terus bersinar matanya. Tebalnya! Laju dia ambil tanpa banyak soal.

"Pastikan kau letak serbuk tu sampai habis dalam minuman Henriq. Jangan tinggal sikit pun." Ujar dia tegas.

"Okay sayang." Mata dikenyitkan kemudian kaki bergerak pergi meninggalkan lelaki itu. Hatta langsung dia tidak bertanya pasal lelaki itu walaupun lelaki tadi ada menyebut nama Henriq. Janji dia dapat duit sudah cukup menutupi mulutnya.



Tubuh Henriq yang dari tadi terhuyung-hayang itu dihumban atas katil dengan kasar oleh seorang lelaki bertubuh tegap. Terpejam mata Henriq tatkala tubuhnya terhempas namun diabaikannya. Apa yang dia rasa sekarang lebih penting. Tubuhnya berasa panas. Gelisah. Selepas mendengar hempasan pintu, tangan bergerak-gerak membuka butang baju kemejanya.

"Kenapa? Panas?"

Henriq diam tidak membalas soalan itu. Diteruskan kerjanya untuk membuka baju. Buka saja semua butang, terus dia buka laju bajunya. Berkerut dahi Henriq tatkala dia masih rasakan panas yang membahang.

Kekehan halus bergema di bilik sunyi ini. Henriq seakan tersedar, dia memusingkan kepala melihat satu tubuh lelaki sedang duduk di sofa sambil menyilangkan kaki. Dikecilkan matanya untuk melihat dengan jelas raut wajah itu dek kerana bilik ini samar-samar saja.

"Rayyan?"

Rayyan mendirikan tubuhnya. Dengan langkah tenang, katil dihampirinya. Dibalas pandangan mata Henriq. Perlahan bibir mengoyak senyuman ngeri. Dilihat dengan mata sendiri tubuh Henriq sudah seperti cacing kepanasan.

"A..apa kk..kau buat dekat sini?" Ujar Henriq lemah. Mata semakin kuyu.

Rayyan membongkokkan badan setentang dengan kedudukan Henriq. "Kau kempunan dengan tubuh Qisya?" Soalnya.

Henriq ketawa tiba-tiba. Teringat bayangan Qisya makin membuatkan badannya panas. "Aku nak dia..."

"Mana dia..."

"Bawak dia dekat sini..."

Merancau-rancau Henriq selepas itu terus ketawa. Rayyan cuma merenung kosong. Badan ditegak kembali. Kedua tangan berpeluk tubuh. Membiarkan Henriq yang sudah dikuasai nafsu itu.

"Kejap lagi 'dia' datang dan aku harap kau puas dengan 'dia'." Bicara Rayyan membuatkan Henriq tersengih suka.

"You should know, once your hand touch my woman. I swear you will get the best 'present' from me." Rayyan berkata lagi walaupun jelas Henriq seakan tidak ambil peduli.

Tatkala itu, dua orang lelaki seorang bertubuh kurus kering dan seorang lagi berbadan gempal masuk ke dalam bilik. Mereka berjalan menghampiri tubuh Rayyan. Masing-masing menunduk hormat kearah Rayyan.

"This is my 'presents' for you...enjoy." Tutur Rayyan dengan sinis. Lalu dibawa tubuh keluar dari bilik ini. Sempat mata menjeling kearah kamera yang dari tadi merekod perbuatan mereka.

"Ja..jangan sentuh aku!"

Rayyan tersenyum suka mendengar sayup-sayup jeritan meminta tolong dari Henriq.

"You raped my wife and I will make sure you get back what you did."





Pantai yang terbentang luas di depannya di renung suka. Sesekali tudung di pegang tatkala angin kencang pantai meniup kuat. Bibir kadangkala ternaik senyum apabila melihat kanak-kanak riang bermain air. Bergelak ketawa tanpa memikirkan sebarang masalah.

"Nah! Sorry lambat, saya cari keropok lekor tadi." Cawan plastik yang berisi air tembikai dihulur oleh satu tangan.

"Terima kasih." Cawan bertukar tangan. Qisya pantas menyedut air itu. Mata menjeling kearah orang disebelahnya yang leka menjamah keropok lekor.

Aina Dahlia yang perasan pandangan itu, terus tersenyum malu. Plastik dihulur kearah Qisya. "Awak nak?" Pelawanya.

Qisya menggeleng untuk menolak. Lalu mata kembali melihat ke depan. Sungguh hatinya sangat tenang berada di sini. Idea doktor muda itu membawanya ke sini memang tidak salah walaupun pada mulanya Qisya ingin menolak.

"Awak cantik bila senyum..." Puji Aina Dahlia ikhlas. Sejak mereka datang kesini memang dia tidak lepas memerhati perilaku Qisya.

Tergelak kecil Qisya mendengar itu.

"Awak berganda lagi cantik daripada saya." Ujar Qisya. Rasa kekok pula tatkala dipuji begini sedangkan lama sudah dia tidak menerima pujian dari orang.

Plastik berisi keropok lekor diletakkan di tepi. Mata Aina Dahlia juga merenung pantai di depan. "Saya dah lama tak ke sini. Rasa tenang jiwa saya yang berserabut dengan masalah bila dapat merasa angin pantai ni."

Qisya angguk setuju. Siapa saja tidak suka pantai?

Aina Dahlia menoleh kearah Qisya. Badan ikut dipusing menghadap perempuan itu. Bulat matanya merenung wajah yang sedikit berseri itu berbeza daripada semalam. Pucat saja.

"Kita berdua je dekat sini, jadi awak nak cerita apa-apa dekat saya?" Soalnya berhati-hati.

Jujur, waktu dia nampak Qisya yang berjalan kaki di jalan raya seorang diri membuatkan hatinya sungguh terkejut. Dengan perasaan belas kasihan, dia ingin menumpangkan Qisya namun berkali-kali ditolaknya lembut. Tapi akhirnya setelah agak lama, barulah Qisya menerima pelawaannya.

Qisya agak terkedu mendengar soalan tidak terjangka itu. Pantas dia berdehem halus. Namun mata kekal tidak membalas pandangan mata Aina Dahlia.

"Tak apa jangan takut.." ujarnya lagi apabila melihat Qisya seakan takut-takut.

"Hm bukan masalah besar pun, biasalah dalam rumah tangga ada pasang surut. Saya bergaduh sikit dengan suami saya." Jawab Qisya ringkas.

"Suami awak yang jaga dekat luar tu ke?"

Kepala digeleng halus. Bibir diketapnya. Qisya tidak tahu mahu bercerita atau tak. Melihat raut wajah bersungguh Aina Dahlia membuatkan hatinya yakin untuk bercerita namun Qisya tetap payah ingin membuka mulut.

"Hari ni awak discharged kenapa..."

Bunyi telefon milik Aina Dahlia berbunyi nyaring membuatkan bicaranya terpotong tanpa sempat dia sambung. Qisya sudah lega sendiri. "Saya jawab sekejap." Qisya angguk kearah doktor itu yang sudah berdiri menjauh.

Baguslah, tidak perlu dia membuka masalahnya. Aina Dahlia membawanya kesini saja sudah membuatkan dia bersyukur. Sejujurnya, Qisya sengaja melarikan diri dari hospital. Awal sedikit dari jam dia keluar hospital. Tidak tahu kenapa hatinya menyuruh dia melakukan itu.

"Sorry Qisya, saya kena pergi hospital ada emergency. Jom saya hantar awak balik rumah." Tergesa-gesa Aina Dahlia mengemas barangnya di atas tempat duduk mereka.

"Tak apa awak pergilah hospital, tak payah hantar saya. Saya masih nak duduk sini." Tolak Qisya lembut.

"Are you sure? Siapa yang ambil awak?"

"Pergilah, terima kasih bawak saya ke sini..." Tidak dijawab soalan itu malah Qisya menyuruh Aina Dahlia meninggalkannya.

Pada mulanya, Aina Dahlia seakan teragak-agak namun melihat wajah yakin milik Qisya membuatkan dia pasrah. Tanpa sepatah kata, laju dia berlari anak kearah keretanya yang diparkir tidak jauh dari kedudukan mereka.

Keadaan sunyi setelah doktor muda itu meninggalkannya. Lama dia termenung memandang ombak-ombak pantai. Jiwanya tenang. Dia suka berada disini lama-lama namun Qisya tahu tak sampai 24jam mesti keberadaannya dapat diketahui Rayyan. Jadi Qisya hanya menikmati waktu yang tersisa ini.

Tidak, Qisya tidak lari kerana jika dia lari, Adam akan berada ditangan Rayyan. Qisya tidak mahu merisikokan anaknya. Bukan tidak boleh dikira dengan perangai gila Rayyan.

"Kakak..."

Qisya pantas memandang anak kecil perempuan yang memanggilnya. Dilihat dalam tangan anak kecil itu mempunyai satu tangkai bunga rose berwarna merah. Qisya ukir senyuman manis. Badan dibongkokkan menyamai wajah kecil itu.

"Kenapa?" Jawabnya lembut.

"Nah. Ada abang katak suruh bagi kakak.." petah si kecil itu menjawab sambil menghulurkan bunga itu kearah Qisya.

Dahi dikerut pelik. Namun Qisya menerima juga huluran itu. Baru bibir mahu bertanya, tapi terus terhenti tatkala tubuh kecil itu berlari menjauh. Qisya tidak sempat menahan. Cuma mata saja memandang tubuh kecil itu yang berlari ke satu custom katak yang badannya juga menghadap kearah Qisya.

Tersentak Qisya tatkala katak itu melambai tangan kearahnya sekali dengan anak kecil tadi yang menunjuk kearah Qisya. Terus dia tersenyum malu. Namun tangan diangkat separa tinggi sebagai tanda berterima kasih.

Bunga ditangan di pandang lama. Bibir dari tadi tidak lekang dari tersenyum manis. Perlahan bunga itu dibawa untuk menghidu. Wangi.

Siapa pun yang bagi, Qisya sangat berterima kasih...

Hari yang semakin senja, membuatkan Qisya berdiri dari duduknya. Sudah agak lama dia di sini. Pantas tubuh dipusing kebelakang melangkah pergi. Sampai di jalan, langkahnya terhenti. Dilihat ada satu kereta hitam tidak jauh dari tempatnya. Satu tubuh lelaki keluar dari tempat pemandu.

Nayyis membuka pintu penumpang. Badan dihadap kearah Qisya yang berjalan perlahan kearahnya.

Qisya tarik nafas hambar. Sudah dikata, akan ada yang mengambilnya. Lihatlah sekarang, Nayyis pembantu Rayyan seakan sudah lama berada disitu, menunggu dengan sabar untuk membawanya pulang. Qisya tersenyum hambar.

___

Chill dulu okay, kita tunggu lagi sikit...

Vote& comments

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro