Bab 1
pain, pain go away I want my happiness back.
بسم لله الرحمن الرحيم
Started : 12|10|2020
End : 22|02|2024
Know as Aku Ingin Bebas.
___
Tangan kanan erat menggengam tangan halus si kecil manakala sebelah lagi membawa beg pakaian.
Kaki berjalan lemah di cuaca terik. Mata sudah berpinar kerana sudah lama berjalan di tengah panas terik. Qisya tunduk memandang si kecil. Rambut hitam si kecil diusap perlahan.
"Adam okay tak? Kalau penat ibu boleh dukung,"
Si kecil itu menggeleng tidak mahu. Pantas kepala didongak memandang wajah berpeluh ibunya.
"Adam penat sikit tapi Adam haus banyak. Ibu ada bawa air?" muka Adam dipenuhi manik-manik peluh. Terutama di dahi. Walaupun sudah memakai topi sebagai pelindung cahaya matahari, tetap saja berpeluh kerana mereka sedang berjalan kaki dibawah terik matahari.
Qisya melutut menyamai paras Adam lalu mengambil sapu tangan mengelap dahi itu. Suasana sekeliling dipandang. Apabila ternampak gerai jualan air terus dia menarik anaknya bersama.
Langkah terhenti tatkala baju ditarik oleh Adam. Qisya mengerutkan dahi merenung sepasang mata polos itu.
"Kenapa ni Adam? Ibu tak bawa air. Tapi depan tu ada jual air. Nanti ibu beli ye. Adam haus sangat ke? Sabar tau." Ujar Qisya lembut. Senyuman dibentuk.
Baru sahaja kaki ingin diteruskan melangkah, ucapan Adam mematikan gerakannya. Terkedu.
"Adam minta maaf sebab menyusahkan ibu. Adam janji lepas ni Adam tak minta apa-apa. Adam tahu ibu tak cukup duit. Jomlah ibu, Adam dapat tahan haus Adam," tangan diangkat seperti berikrar.
Hati terasa sebak mendengar itu.
"Adam kenapa cakap macam tu. Ibu tak suka Adam cakap macam tadi. Adam anak ibu jadi tak ada istilah menyusahkan bila anak ibu ni lapar. Tanggungjawab ibu memastikan anak ibu sentiasa kenyang." Sebak di dada cuba ditahan. Lembut dia berkata.
Tersedar dari emosi yang makin tenggelam dia lantas membeli air. Qisya menarik Adam duduk dibangku kosong. Air dihulur kepada Adam. Rakus dia menyedut air. Apabila melihat keadaan itu tekak mula terasa haus tetapi dia hanya abaikan sahaja rasa ini.
"Hey ni mesti tak baca bismillah kan. Jangan macam ni kan ibu dah ajar sebelum makan atau minum baca bismillah. Adam nak makan dengan syaitan?"
Qisya tersenyum melihat Adam menggeleng dengan muka takut. Ada-ada je budak ni!
"Adam minta maaf. Adam janji lepas ni Adam tak buat lagi. Sebelum makan Adam janji baca doa! Tadi Adam haus sangat ibu." Adu si kecil manja.
Tergeleng dia dengan alasan yang diberikan anaknya. Lantas topi dipakaikan kembali di kepala Adam.
"Ibu nak air?" tanya Adam sambil menghulurkan air yang berbaki separuh itu.
Berkira-kira sama ada mahu atau tidak. Setelah sudah berhabis fikir, Qisya hanya menggeleng. Biarlah sampai rumah nanti dia teguk air sebanyak mungkin dia mahu. Tidak mahu membuang masa, Qisya meneruskan perjalanan yang sudah tidak jauh lagi.
Deringan dari telefonnya di kerling sekilas. Jari menggesek menerima panggilan si pemanggil setelah melihat nama.
"Hello Tuan Rayyan, Puan Qisya dah sampai rumah mak dia. Nak saya perhatikan dia dekat sini jugak?"
"No need, dia baru sampai atau dah lama sampai?" ringkas dia bertanya sambil sebelah tangan menyemak helaian kertas.
"Baru sampai Tuan."
Terhenti jarinya dari menyelak kertas. Dahi berkerut pelik sebelum jam di dinding di perhati lama. 6.54 petang. "Kenapa lama sangat dia sampai? Dia ada singgah mana-mana ke?"
"Tak ada Tuan, lepas Puan Qisya turun dari bus dia terus jalan kaki pergi rumah mak dia,"
"Jalan kaki?!" kuat suara Rayyan menengking.
"Er...ye Tuan. T...tuan tak ada pula suruh saya tumpangkan Puan. Tuan cuma suruh saya hantar Puan ke station bus sahaja."
Rayyan menyandarkan badan dikerusi. Tangan di kepal seakan geram mendengar balasan si pemanggil. Namun dikawal sebaik mungkin.
"Okay, aku nak kau perhatikan dia kalau dia ada keluar dari kawasan rumah mak dia. Ikut dia ke mana pun dia pergi."
Telefon dilempar setelah mematikan panggilan. Rayyan hembus nafas perlahan. Mata terpejam seolah sedang menenangkan diri.
Hati sedang berperang dengan perasaan.
Nafas dilepas lega apabila kaki sudah jejak di perkarangan rumah orang tuanya. Adam sudah lama terlentok dibahu. Penat setelah berjalan jauh dibawah cahaya matahari terik. Boleh pitam dibuatnya.
Kaki melangkah untuk mencari tubuh seorang wanita dikesesakkan orang ramai.
Di kala kaki sudah terpacak masuk ke dalam rumah, dia menjadi tumpuan saudara mara. Mereka memandang sinis. Ada yang berbisik. Ada yang menjeling. Ada yang membuat muka meluat. Dada dipalu gementar. Situasi yang sudah Qisya bayangkan. Nafas ditarik lalu kaki melangkah ke arah mereka. Senyuman dilemparkan kepada mereka.
"Assalamualaikum maklang, makngah." Tangan dihulur ingin bersalam tapi hanya diendahkan orang mereka. Perlahan tangan ditarik apabila salam tidak disambut. Malu. Itu yang Qisya rasakan kerana sepupu seolah tersenyum mengejek ke arahnya.
Tetapi tidak lama sebelum suara nyaring maksu memecah kan kesunyian.
"Qisya! Allah anak buah aku ni! Balik tak bagitahu kan. Orang call tak dapat. Ya Allah rindu nya mak su dengan kau ni,"
Tubuh Adam diturunkan tatkala si kecil itu seolah terbangun. Maksu yang berjalan ke arahnya terus memeluk erat Qisya. Antara mereka mak su lah yang sentiasa melayannya dengan baik. Syukur masih ada yang menerima dia.
"Rindu nya dengan dia ni..." kedua pipinya dicium oleh maksu. Rindu ingin bermanja bersama mak su.
Tangan wanita tua itu di salam penuh hormat.
"Qisya pun rindu mak su. Qisya minta maaf sebab telefon Qisya rosak. Nak beli baru asyik lupa je. Mak su sihat?" balas Qisya lembut. Raut wajah mak su yang telah dimamah usia dipandang.
"Tak ingat konon. Ke laki kau yang tak nak bagi duit kat kau. Maklumlah aku tengok dia pun melayan kau macam tak suka je." Sinis satu suara. Qisya tersentak tidak mampu membalas. Hambar senyuman diukir.
"Eh mulut kau tu jaga sikit lang. Ada yang kena cili dengan aku kang. Macam mana kau tahu laki dia tak suka Qisya. Kau ni ahli nujum ke sampai hal rumah tangga pun kau sibuk tahu," mak su membalas pedas sindiran maklang. Muka maklang masam mencuka mendengar sindiran adiknya. Qisya mengusap bahu mak su untuk mengelakkan pergaduhan.
"Qisya jangan baik sangat. Nanti dia orang semua pijak kepala kau! Pertahankan hak kau biar mereka semua berhenti menjaja buruk pasal kau!"
"Aku tahu la Su. Kalau laki dia baik kenapa tak ikut sekali balik kampung dengan dia? Ni ha kakngah pun kata dia nampak si Qisya jalan kaki dekat seberang jalan tadi." Maklang masih tidak puas melontarkan sindiran. Dada berdebar kerana mata maksu tatap mukanya meminta penjelasan.
"Ya Allah apa yang bising sampai aku nak solat pun ta..." satu suara yang mematikan pergaduhan anak beranak terhenti tatkala mata bertentangan dengannya. Tanpa sepatah kata, Qisya menghampiri tubuh ibunya. Tangan tuanya dicapai dan dikucup hormat.
Puan Wati terlihat keruh. Seperti tidak suka melihat Qisya balik. Tangan Adam dicapai untuk menyalami Puan Wati namun ditolak halus.
"Jom Qisya kita berborak dekat bilik. Mak su rindu nak membawang dengan Qisya." Tahu dengan suasana yang kekok, mak su bertindak mengajaknya keluar dari kesunyian ini.
Jujur, Qisya sangat takut dengan suasana ini. Seolah dia yang membawa keadaan ini.
"Eh Su kau pergi kemas depan. Bersepah dah along tengok. Qisya ni biar aku je urus. Dah lama aku tak borak dengan anak aku." Puan Wati menyampuk tatkala kaki sudah separuh jalan. Hati memanjat kesyukuran mendengar ujaran ibunya.
Baru sahaja ingin membuka tombol pintu, Puan Wati menarik tangannya kasar lalu menuju ke dapur.
"Kau tidur la dekat dapur. Bilik kau anak makngah dah ambil. Jangan tidur dekat ruang tamu sana ramai anak buah aku. Tak selesa pula nanti tengok ada Adam dengan kau." Ujar Puan Wati dingin. Sempat mata dijeling Adam sebelum melangkah pergi.
Hati Qisya seperti dihiris pedang. Sakit. Tanpa bertanya khabar anak dan cucu, Puan Wati sekali lagi membuatkan semangat Qisya merundum. Mata dikelip menahan tangis.
"Ibu kenapa nangis? Ibu penat ye. Kesian ibu. Jomlah kita rehat." Adam terlihat polos bertanya.
Keluhan dilepaskan lemah. Nafas ditarik lagi untuk menarik semangat. Senyuman simpul dilakar. Qisya tunduk memandang mata polos Adam lalu kepala diusap sayang.
"Ibu tak penat, Adam tu penat tak? Kalau penat Adam tidur dulu. Ibu dekat sini kena buat kerja. Kesian nanti kalau ibu tak tolong."
Adam terlihat berfikir. Sampai berkerut dahi seolah memikirkan masalah besar. "Kalau macam tu Adam tolong ibu lah!" semangat Adam berkata.
Tergelak halus Qisya sebelum mata memerhati kawasan dapur mencari tempat yang selesa untuk lena pada malam ini.
Beg pakaiannya diletakkan di tepi tangga. Merasakan disitu tempat selesa dan bersih.
"Ibu nak ambil wuduk sekejap. Adam tunggu sini okey? Jangan pergi mana-mana." Usai berkata, Qisya mengorak langkah menuju ke bilik air yang berada di dapur.
Adam mengangguk lalu mata polosnya terkebil-kebil memerhati sekeliling dapur. Terus matanya tertancap ke arah balang lutsinar yang berisi biskut coklat. Laju kaki menghampiri meja makan.
Kaki Adam terjengket menaiki kerusi. Belum sempat tangan kecil ingin mencapai balang tersebut, suara garau dari belakang menyentakkannya.
"Adam? Adam kan anak Qisya?" Soal satu suara. Kepala Adam menoleh kebelakang.
Perlahan sahaja Adam mengangguk. Mungkin takut kalau kena marah. "Ibu mana?"
"I...ibu solat." Mata bulat coklat terang itu sentiasa menyoroti langkah besar lelaki itu.
"Ibu dengan Adam je datang? Ayah Adam datang tak?" Melihat Adam hanya terdiam lama, pantas dia berdehem.
"Acik Man tanya je. Dah lama tak berbual dengan ayah Adam." Kerusi ditarik lalu penutup balang biskut dibuka dan diletak di depan Adam.
Tersengih si kecil sehingga menampakkan gigi. "Terima kasih acik Man!"
Hilman menarik senyum segaris. Mata merenung habis raut wajah Adam yang sedang lahap menelan biskut.
Mirip sangat. Jujur, Adam sangat mirip dengan Rayyan. Terutama bahagian warna mata. Coklat terang. Hatta sekalipun Hilman jarang melihat Rayyan secara depan namun muka Rayyan banyak terpampang di majalah.
Melihat Hilman tidak langsung mengalihkan pandangan membuatkan kunyahan Adam terhenti. Biskut ditangan direnung lalu disua kepada Hilman.
"Acik nak ke?" tanya nya polos.
"Tak adalah acik Man suka tengok Adam makan. Comel!" Puji Hilman lalu mata dapat menangkap satu kelibat yang tergesa-gesa menghampiri ke arahnya.
"Eh Hilman! Aku ingat siapalah yang tengah berborak dengan Adam!" Qisya tarik nafas lega.
Kening Hilman ternaik sedikit. "Aku tengok anak kau sorang je, itu yang aku teman."
Qisya mengganguk faham. Tidak betah bertentangan mata dengan Hilman. Serasa seperti Hilman seolah mengesan sesuatu.
"Rayyan tak ikut?" Deg! Sudah diagak soalan itu akan ditanya.
"D...dia busy. Minggu ni ada outstation dekat luar." Balasnya gugup. Terlihat Hilman hanya mengangguk faham.
"Mana isteri kau?" soalnya hanya kerana hendak menutup lagi soalan yang terbit dari mulut Hilman.
"Isteri aku ada kat homestay. Kalau nak stay sini dah tak muat. Nak duduk rumah mak aku pun ramai dah." Ujar Hilman.
"Sekejap. Kau tidur mana malam ni? Kalau sini tak ada ruang, jom tidur sekali dekat homestay." Pelawanya. Sudah tahu konflik antara keluarga perempuan itu.
"T...tak apa lah aku boleh je tidur mana-mana." Qisya menolak sopan. Tidak mahu menimbulkan fitnah. Biarlah dia mahu balik disini dengan tenang.
Hilman mengangkat kedua bahu. Dah kalau orang tak nak takkan nak paksa pula. "Okeylah aku nak pergi depan dulu. Nak tolong apa yang patut."
___
My first story!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro