special chapter ; ii
" Her Bad Boy - Special Chapter II "
⬜⬜⬜⬜⬜
I just wanna be happier
내 손의 온길 느껴줘
따뜻하지가 않아서 네가 더욱 필요해
Oh this ground feels so heavier
I am singing by myself
먼 훗날 내가 웃게 되면
말할게 그랬었다고
I just wanna be happier
Feel the warmth of my hands
It's not warm, so I need you more
Oh, this ground feels so heavier
I am singing by myself
In the distant future, when I laugh
I'll tell you I did
- BTS, Blue & Grey
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
Sebaik saja keluar dari hospital, Rachel menerima panggilan daripada Mingyu. Dia mengangkat panggilan tersebut dengan teruja, kerana sudah lama dia tidak mendengar khabar Mingyu.
"Yeoboseyo?" Mingyu memulakan, senyuman yang nyata di bibirnya terbentuk saat mendengar Rachel menyambut panggilan.
"Mingyu! Mana awak pergi? Dah lama awak tak call. Busy ke?" tanya Rachel, senyumannya semakin melebar mendengar tawa Mingyu yang dirinduinya.
"Lama ke? Seingat aku baru minggu lepas kita call each other," balas Mingyu lalu dia tergelak lagi. Rachel mencebik sedikit walaupun dia tahu Mingyu bukannya boleh nampak.
"So, cakaplah. Kenapa awak telefon?" Rachel bertanya, sedikit tidak sabar hendak tahu. Mingyu kalau telefon, pasti ada saja yang nak disampaikan. Dia takkan telefon saja-saja, katanya sebab Rachel dah bersuami jadi tak manis pula dia selalu telefon.
"Kau ada hal ke? Boleh tak aku nak ajak kau jumpa?" Mingyu meneruskan perbualan, terus pada topik utamanya. Memang dia ingin bersemuka dengan Rachel untuk memberitahu sesuatu.
"Kenapa? Penting sangat ke sampai kena jumpa? Cakap dekat telefon tak boleh?" Sengaja Rachel cakap begitu, walaupun dia memang nak berjumpa Mingyu juga.
"Tak boleh! Kali ni penting, kena cakap depan-depan. Boleh tak?"
"Boleh! Saya memang kat luar ni, cakaplah awak nak jumpa kat mana."
"Eh? Habis, mana anak-anak kau?"
"Dekat rumah mentua saya, saya tinggalkan sekejap dekat sana."
"Oh, macam tu. Risau pula aku. Okeylah, kita jumpa dekat Dandelion Restaurant. Kau tahu kan? Dah lunch? Kalau belum, jom!"
"Okey, I'll be there. Jumpa nanti!"
Rachel mematikan panggilan sebelum menanti teksi untuk ke sana. Dia tak memberitahu Taehyung, biarlah. Taehyung pun macam tak kesah saja. Buat apa dia beritahu kan?
Tak lama kemudian, dua manusia itu bertemu di tempat yang ditentukan oleh Mingyu tadi. Tanpa berkata apa-apa Rachel menarik Mingyu ke dalam pelukannya.
"Eh, rindu sangat ke?" Mingyu tergelak sedikit namun masih membalas pelukan Rachel. Lima saat kemudian pelukan itu dileraikan oleh Rachel sendiri. Dia mengambil tempat di hadapan Mingyu. Pelayan tiba dan mengambil pesanan mereka sebelum mereka menyambung perbualan.
"Haah, rindu sangat! Dah lama juga kan kita tak jumpa? Siapa tak rindu? Dulu muka awak yang saya tengok hari-hari, sekarang sebulan sekali pun susah nak jumpa," rungut Rachel dengan bibir yang memuncung. Memang Mingyu jarang bertemu dengannya sekarang, terasa seperti mereka semakin menjauh pula.
"Alah, aku ada je cuma malas nak ajak mak budak ni keluar. Aku tahu kau bukan senang nak keluar kan? Nak suruh kau bawa anak kau sekali susah pula kau nanti," balas Mingyu tidak mahu kalah. Betul juga, bukan senang nak bawa budak dua orang tu keluar.
"Yelah, yelah. Awak betul. Now tell me, apa yang penting sangat sampai kena jumpa face to face tu?" Rachel yang malas mahu berbalah lagi pun mengangkat bendera putih. Dia meneguk airnya yang baru tiba di meja mereka.
"Aku nak kahwin."
Terbatuk Rachel di situ, hampir tersedak juga dia mendengarnya. Apakah? Mingyu nak kahwin?!
"Awak dah ada calon ke?" tanya Rachel, matanya semakin membulat. Mingyu mengangguk dan senyuman terukir menampakkan gigi taring tarikan lelaki itu.
"Dah, cuma kau belum kenal dia. Aku belum jumpa waktu yang sesuai untuk temukan korang. Nama dia Areum. But she's nice, and understanding too. Macam kau," kata Mingyu lagi dan Rachel tergelak sedikit. Teringat zaman dulu-dulu pula.
"Baguslah! Saya gembira untuk awak. Dah ada tarikh ke?" tanya Rachel lagi. Sangat teruja dia untuk melihat Mingyu berkahwin. Siapa pula gadis yang bertuah tu?
"Erm, buat masa sekarang semuanya masih dalam perbincangan lagi. Tapi, syukurlah. Dia setuju untuk terima aku seadanya," jawab Mingyu masih dengan senyuman. Tampak benar bahagianya.
Rachel pun ikut tersenyum lebar. Nampaknya betullah, Mingyu pun dah jumpa kebahagiannya sendiri. Tak perlulah dia susah hati lagi selepas ini.
"Kau macam mana? Taehyung ada buat hal?"
Soalan dari Mingyu yang tidak dijangka itu membuatkan senyuman Rachel semakin memudar. Namun dia cekap menyembunyikan dengan sebuah tawa kecil. Mingyu mengangkat keningnya sebelah, pelik dengan tingkah gadis itu.
"Kenapa? Aku ada salah cakap ke?" tanya Mingyu pantas, sedikit risau. Bukan dia tak perasan akan perubahan riak wajah gadis di hadapannya itu.
"Eh! Tak ada. Saya okeylah, dengan Taehyung. Kan saya dah pernah cakap, dia kebahagiaan saya," jawab Rachel dengan senyuman tipis, cuba menyembunyikan kesedihannya. Manakan tidak, dia pernah bertanya pada Bomi dan ternyata wanita yang dia jumpa dengan Taehyung hari itu selalu datang ke pejabat suaminya. Entah apa hubungan mereka, Bomi pun tidak tahu jawapannya.
"Betul ni?" Mingyu mengecilkan matanya dan Rachel sengih sebelum dia mengangguk yakin.
"Betul! Sekarang, jom makan dulu! Saya laparlah."
◾◾◾
Malam itu, sekali lagi Taehyung pulang lewat. Hampir pukul 11 malam barulah dia memunculkan diri ke dalam bilik. Waktu itu, Rachel sudah pun terlelap. Taehyung melepaskan keluhan perlahan sebelum dia mencabut kotnya dan menyangkut pada belakang pintu.
Kerana Alyssa, masanya bersama keluarga semakin berkurang. Sedangkan Hyunsuk dan Hanna pun dia jarang berjumpa sekarang, kerana kedua-dua si kecil itu selalunya sudah tertidur sewaktu dia pulang ke rumah. Pagi-pagi pula pasti sekejap saja dia dapat meluangkan masa dengan mereka berdua kerana dia terkejar-kejar ke pejabat.
Dengan Rachel pula? Seperti biasa, isterinya itu akan mengelak daripadanya sepanjang hari. Bangun awal sebab tak nak mengejutkannya, dan tidur awal juga tanpa menunggunya pulang.
Taehyung membiarkan lampu kecil saja terpasang di dalam bilik itu sewaktu dia membersihkan diri. Hampir sepuluh minit, dia akhirnya keluar sambil mengelap rambutnya dengan sehelai tuala. Taehyung duduk di birai katil, membelakangi Rachel sambil menilik telefon bimbitnya.
Tanpa disedari Taehyung, Rachel telah terjaga semula apabila dia mendengar pancuran air dari dalam bilik air tadi. Secara senyap-senyap, Rachel mencelikkan matanya dan mengintai Taehyung yang kelihatan tersenyum dengan telefon di tangan.
Rachel mengetap bibirnya, rasa ingin tahu dengan siapa Taehyung chat sehingga dia tersenyum begitu. Namun tidak pula dia bertindak apa-apa. Rachel mengeluh perlahan, terasa sangat bodoh ketika ini. Taehyung itu suaminya, bagaimana pula perempuan lain boleh mengambil haknya tanpa dia sedari? Rachel memaki diri sendiri, lemahnya kau Rachel!
Beberapa minit kemudian, Taehyung meletakkan telefonnya semula ke tempat cas. Terus Rachel menutup matanya rapat-rapat, tidak mahu Taehyung tahu yang dia masih belum tidur.
Tanpa dijangka Rachel, Taehyung melingkarkan tangannya pada pinggangnya dari belakang. Rachel terasa berdebar tiba-tiba, entah kenapa. Rasa janggal dengan pelukan Taehyung yang selama ini sangat biasa padanya.
Bunyi deruan nafas Taehyung jelas kedengaran di cuping telinganya, membuatkan Rachel pula yang sukar untuk bernafas. Rachel cuba melenyapkan semua yang berlegar di mindanya, kerana dia juga ingin tidur lena.
"Saranghae." Ayat itu terbit dari mulut Taehyung yang masih tidak tahu isterinya itu masih sedar.
Rachel terasa ingin menangis saat itu juga. Ayat itu, sangat dia rindu. Sudah lama dia tak mendengarnya dari Taehyung. Satu ayat yang membuatkan dia rasa segalanya, bahagia, sedih dan juga terharu. Tapi, adakah Taehyung memaksudkannya? Rachel terus-terusan berfikir sehinggalah dia sendiri terlelap.
◾◾◾
"Serius hari ni?"
Jungkook mengangguk laju. Taehyung kelihatan ragu-ragu pada mulanya sebelum dia mengangguk, bersetuju saja dengan keputusan Jungkook yang sudah dianggap seperti adik sendiri itu. Tak apalah, lagi cepat lagi bagus.
"Malam ni tau, hyung! Jangan lupa pula," kata Jungkook sekali lagi. Taehyung mendengus kasar.
"Tahulah! Tak perlu ulang banyak kali," balas Taehyung sinis. Jungkook tertawa kuat.
"Tapi, bukan hari ni anniversary hyung dengan Rachel noona ke? Tak nak sambut? Dia tak sedih ke nanti?" Jungkook menyoal dengan sedikit risau. Bukan dia tak tahu yang hari ini merupakan ulang tahun kedua pasangan itu. Mahu patah hati Rachel dengan rancangan gila Taehyung.
"Tak kesahlah, yang penting Alyssa!" kata Taehyung kuat. Meja pejabatnya diketuk sedikit, seakan-akan hakim yang membuat keputusan di mahkamah.
Jungkook mengangguk saja, macam biasa. Huh, lelaki memang tak faham hati perempuan!
◾◾◾
26 Mei.
Tarikh yang sangat istimewa bagi Rachel. Manakan tidak, tarikh dia disatukan dengan Taehyung oleh perkahwinan yang ditunggu-tunggu sejak dulu.
Buka saja mata pada hari itu, Taehyung tiada di sebelahnya. Habis di segenap rumah dia cari, hasilnya hampa. Kereta Taehyung sudah tiada di halaman rumah menandakan mungkin lelaki itu sudah beredar ke tempat kerja.
"Macam orang tak ada suami je aku ni," bebel Rachel sendirian saat melihat notifikasi telefonnya yang bosan. Tiada langsung panggilan atau mesej dari Taehyung, jauh lagi wishes malam semalam tepat pada pukul 12. Mereka tidur seperti biasa saja semalam.
Dalam kesedihan, Rachel mula mengemas rumah yang bersepah. Hyunsuk dan Hanna sedang elok terbaring bersebelahan di ruang tamu, berhadapan dengan televisyen yang memaparkan lagu-lagu Pinkfong.
Terbit rasa gembira di hati Rachel apabila melihat Hyunsuk yang asyik melirik ke arah Hanna di sebelahnya dengan sengihan. Hyunsuk memang sangat suka pada adiknya itu, kalau boleh setiap masa nak melekat saja dengan adiknya yang comel itu!
"Mama..." panggil Hyunsuk tiba-tiba apabila Rachel menunduk di sisinya, mengutip blok Lego Hyunsuk yang bersepah di situ. Rachel mengerling ke arah Hyunsuk.
"Ya, sayang? Hyun lapar?" tanya Rachel dengan lembut. Tangannya mengusap perlahan kepala Hyunsuk yang beralas dengan kusyen sofa di atas karpet itu.
Hyunsuk menggeleng tanda bukan. Dia menarik lengan Rachel agar ibunya itu duduk di sebelahnya. Rachel ikutkan saja, dengan tangan yang penuh dengan blok-blok Lego, dia menunggu ayat Hyunsuk yang seterusnya.
"Hyun nak papa..." kata Hyunsuk dengan suara lirih. Rachel senyum kecil, mengusap pipi Hyunsuk pula.
"Hyun rindu papa?"
Hyunsuk mengangguk laju.
"Papa kerjalah sayang. Papa balik lambat. Mama kan ada ni? Hyun nak main apa-apa tak dengan mama?" Rachel cuba memujuk namun malangnya Hyunsuk menggeleng lagi. Dia mula teresak-esak menyebabkan Rachel terus melepaskan semua blok Lego yang dipegangnya. Hyunsuk dipeluknya erat.
"Hyun nak papa!" rengek Hyunsuk dengan juraian air mata di pipi. Rachel mengusap belakang badan Hyunsuk lembut, cuba menenangkan anaknya yang berusia dua tahun itu. Ya Tuhan, apa dia nak buat ni?
"Papa... Papa. Nak papa!" Hyunsuk menjerit lagi dan cepat-cepat Rachel keluarkan telefon bimbitnya dari seluar. Dia menaip sesuatu dan terus menghantar pada Taehyung.
"Kejap, sayang. Mama cuba tanya papa boleh tak dia balik cepat hari ni?" beritahu Rachel apabila Hyunsuk tersedu-sedu melihat sekali skrin telefonnya.
"Tak nak! Hyun nak papa sekarang mama, nak sekarang juga!"
Taehyung membalas. Rachel terus membuka pesanan itu.
You
Taehyung, boleh awak balik awal hari ni?
Hubby Taehyungie 💓
Busy.
Rachel terasa mahu menumbuk muka Taehyung pada saat itu juga. Tanpa berlengah, dia mendail nombor Taehyung dan terus melekapkan telefon di telinganya.
"Helo?" Taehyung mengangkat juga.
"Awak busy apa, hah?! Balik awal untuk hari ni je pun tak boleh ke?" Terus saja Rachel menyembur, dan kedengaran Taehyung mengeluh di hujung talian.
"Tak boleh. Aku sibuk hari ni, maaf."
"Anak kita, Taehyung. Hyunsuk, dia rindu sangat dekat awak. Dia menangis panggil awak, itu pun tak cukup untuk awak tinggalkan kerja awak tu untuk dia? Sekurang-kurangnya tolong fikirkan soal anak kita kalau awak tak nak pedulikan saya. Anak-anak ni bukan anak saya seorang, anak awak juga. Kalau awak sibuk sangat, tak apa! Biar saya jaga Hyun dengan Hanna seorang! Awak dengan skandal awak tu boleh pergi mampus!"
Geram, Rachel terus mematikan talian. Dia kemudian memandang Hyunsuk yang terkebil-kebil melihatnya apabila dia menguatkan suara pada Taehyung tadi. Tak pernah sekalipun dia tinggi suara dengan suaminya kecuali tadi. Terkejut Hyunsuk dengan nada suara Rachel yang biasanya ayu dan lembut itu berubah sepenuhnya.
"Mama... mama okey?" tanya Hyunsuk dan spontan Rachel mengesat pantas air matanya yang hampir luruh. Dia mengangguk dan memeluk Hyunsuk semula.
"Hyun, kita tunggu papa balik macam biasa okey? Papa tak boleh balik lagi, dia sibuk sangat! Nanti kalau papa tak kerja, nanti atuk marah dia. Kasihan papa nanti." Rachel berdalih dan Hyunsuk mengangguk lambat-lambat. Serba salah Rachel dibuatnya apabila terpaksa menipu Hyunsuk begitu.
Ting!
Notifikasi dari Taehyung. Rachel buka dengan segera.
Hubby Taehyungie 💓
Malam nanti kita keluar makan.
Bawak anak-anak sekali.
Restoran Blue and Grey, 8 pm sharp.
Cakap je tempahan atas nama aku.
Rachel biarkan tanpa membalas. Nak pujuk baliklah tu!
◾◾◾
Alyssa bersiap secantik yang mungkin, seperti yang diberitahu oleh Taehyung. Dia mengenakan sebuah gaun hitam yang cantik, sebelum dia memadankan dengan aksesori berwarna putih iaitu sepasang anting-anting.
Senyum, Alyssa berasa puas hati dengan penampilannya pada malam itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, nama Taehyung naik di panggilan. Alyssa pun mengangkat.
"Ya, I baru nak gerak. Restoran Blue and Grey, kan?"
Selepas mendapat kepastian, Alyssa memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg dan dia menggalas ke bahunya. Kunci kereta dicapai dan gadis itu pun beredar masuk ke dalam keretanya sendiri.
Sebelum pukul 8 malam yang dijanjikan, Alyssa sudah tiba di restoran itu. Dia terus duduk di tempat yang ditempah Taehyung apabila dibawa oleh pelayan di situ. Dia menanti kehadiran Taehyung di situ sambil menilik telefon bimbitnya.
"Tempahan atas nama Kim Taehyung," ujar Rachel apabila dia disambut oleh pelayan di restoran itu. Hyunsuk berada di sebelah kanannya, tangan si kecil itu memimpin erat tangan ibunya.
"Err... sekejap ya," kata pelayan itu apabila pelik kerana terdapat dua orang wanita yang datang dengan tempahan nama yang sama. Sekali lagi dia periksa, mungkin mereka ke sini untuk satu acara bersama-sama memandangkan meja yang ditempah Taehyung muat diduduki sehingga 10 orang.
Apabila dibawa oleh pelayan tadi ke tempat duduk itu, nafas Rachel tersekat tiba-tiba apabila menatap Alyssa yang turut terkejut di situ. Masa seolah-olah terhenti seketika sehinggalah Rachel terasa bajunya ditarik oleh Hyunsuk dari bawah.
"Mama, nak duduk!" kata Hyunsuk dengan cebikan, tidak suka berdiri lama-lama. Selalunya papa dia ada nak dukung, tapi kali ini ada mama saja, mama dia pula mestilah dukung Hanna!
"Okey, okey. Kita duduk." Rachel cepat-cepat menenangkan Hyunsuk yang kelihatan seperti akan melepaskan tangisan bila-bila masa saja ketika itu.
Hyunsuk didudukkan di kerusi paling hujung di situ, dengan mata Alyssa tidak berkedip memandang mereka. Rachel agak kekok sedikit, sebelum Alyssa yang menegurnya.
"Awak ni, isteri Taehyung kan? Saya Alyssa." Alyssa menghulurkan tangan kanannya, sebagai tanda perkenalan. Rachel teragak-agak seketika sebelum dia menyambut huluran tangan itu dengan tenang.
"Ya, saya isteri Taehyung. Rachel Park. Selamat berkenalan," ucap Rachel dengan nada biasa walaupun dia terasa ingin marah Taehyung sekejap lagi. Apa lelaki itu tersalah buat tempahan? Macam mana pula mereka nak family dinner dengan perempuan lain menyibuk sekali?
"Awak ke sini... dengan siapa?" tanya Rachel apabila keadaan di situ hening tanpa suara. Alyssa tersenyum nipis.
"Dengan Taehyung. Awak?" Alyssa bertanya pula dengan kening terjongket sebelah.
Rachel menghela nafasnya sebelum dia sedaya upaya mengukirkan senyuman seikhlas mungkin kepada Alyssa. Mungkin... tempatnya bukan di sini.
"Tak apalah kalau macam tu. Saya... balik dulu," kata Rachel sebelum dia bangun, mengangkat Hyunsuk dari kerusi yang terpinga-pinga agar berdiri semula di atas kaki sendiri. Hanna didukungnya berhati-hati.
"Eh, Rachel! Awak nak pergi mana?" Alyssa yang terkejut melihat gerak-geri Rachel itu melaung kuat, malangnya Rachel sudah meluru ke arah pintu keluar, dengan Hyunsuk diheretnya laju.
Rachel terus saja berjalan laju tanpa menghiraukan panggilan Alyssa tadi. Akibat terlalu sibuk menunduk ke bawah, dia terlanggar seseorang. Rachel terhenti melangkah tatkala terhidu wangian yang dikenalinya pada tubuh yang dilanggarnya itu.
"Aww! Sayang?" Taehyung yang baru tiba di situ memegang lengan Rachel yang baru melanggarnya tadi. Terasa hendak gugur jantungnya melihat pipi Rachel yang sudah basah dengan air kata.
"Hei, nak pergi mana? Kita nak makan kan?" Taehyung berkata lagi apabila Rachel melepaskan genggamannya pada lengan gadis itu dan ingin melangkah pergi.
"Kalau awak datang sini hanya untuk kenalkan saya dekat skandal awak tu, lebih baik saya makan dekat rumah, tahu tak?!"
Taehyung termangu seketika di situ, sebelum Jungkook yang baru sahaja meletakkan kereta tiba di tempat itu. Dia melihat Taehyung dan Rachel yang berdiri bertentangan antara satu sama lain, dengan wajah Rachel yang basah dengan air mata manakala Taehyung yang bingung.
"Hyung? Noona? Apahal ni?" tegur Jungkook, memecahkan suasana jeda antara pasangan suami isteri itu. Wajah mereka berdua ditilik silih berganti.
"Jungkook, noona balik dulu. Pergilah masuk, Alyssa dah sampai tadi," beritahu Rachel dengan suara seraknya, menahan tangisannya dari pecah lagi di situ. Buat malu saja pada Jungkook.
"Oh? Alyssa dah sampai? Okey! Kook masuk dulu!" pamit Jungkook dengan ceria sebelum dia melangkah masuk dengan derapan kaki yang laju dan sedikit terlompat-lompat persis budak kecil.
"Cherry, you're not going anywhere. Kita makan dulu, please. Aku akan explain everything, pasal Alyssa sekali." Taehyung mengendurkan suaranya, cuba kedengaran lembut pada halwa telinga Rachel. Rambut Rachel yang hampir menutupi mukanya diselak perlahan oleh Taehyung sebelum dia menyelitkan anak rambut Rachel ke telinga isterinya itu.
"Tak payahlah, Taehyung. Saya boleh balik sendiri, masak sendiri dekat rumah. Terpulang pada awak nak balik makan dengan saya atau nak makan dengan Alyssa." Rachel menunduk lagi, terasa nak menangis lagi. Taehyung menyeka air mata Rachel yang tersisa sebelum dia menggapai tangan Rachel perlahan.
"Sayang, jangan degil okey? Ikut cakap aku, dan semuanya akan okey nanti. Hyunsuk, jom! Cakap dekat mama jangan sedih-sedih, papa tambah sedih kalau mama menangis macam ni," kata Taehyung kepada Hyunsuk yang terdiam dari tadi. Mungkin pelik melihat ketegangan antara ibu bapanya.
"Mama, jangan sedih. Nanti Hyun dengan papa sedih sekali..." pujuk Hyunsuk, dia mengambil tangan Rachel dari Taehyung dan mengusap perlahan. Rachel tersenyum sedikit mendengar bicara Hyunsuk yang memang berjaya memujuknya itu.
"Now, come. Lama dah Alyssa dengan Kook tunggu," ajak Taehyung dengan senyuman manis. Hanna yang ada di tangan Rachel diambilnya lantas dia pula yang mendukung bayi hampir berusia setahun itu.
"Taehyung, saya tak nak, saya nak baliklah," ujar Rachel tatkala mereka sudah melangkah masuk ke dalam restoran itu semula. Dia mengeraskan kaki, tak mahu melangkah lagi apabila sudah ternampak kelibat Alyssa.
"Hey, hey. Trust me, okay? Aku tak buat apa-apa pun yang kau tak suka."
Akhirnya, Rachel mengalah juga. Dia melangkah perlahan dengan tangannya digenggam oleh Taehyung. Hyunsuk dah menonong ke depan, menuju ke Jungkook yang dikenalinya. Dan mereka tiba di meja makan itu, Alyssa menayangkan wajah berkerut.
"Kenapa awak lari tadi, Rachel? Saya terkejut tahu." Alyssa memandang muka Rachel yang tersenyum nipis dan menggeleng saja sebagai jawapan. Taehyung mengambil tempat di sebelah Rachel dan Hanna diletakkan di kerusi bayi.
"Nak makan apa, sayang?" soal Taehyung apabila pelayan tiba di situ dengan sebuah tablet untuk mengambil pesanan. Rachel hanya menjawab perlahan, sekali dengan hidangan untuk Hyunsuk dan Hanna. Tersenyum Taehyung mendengarnya, memang Rachel seorang ibu mithali! Tahu sangat dengan selera anak-anaknya.
"Kami mengganggu anniversary kau orang ke?" tanya Jungkook tiba-tiba dan dia tersengih menampakkan gigi arnabnya. Rachel dan Taehyung berpandangan sebelum Taehyung tergelak melihat muka Rachel yang tidak faham dengan apa yang ditanya Jungkook tadi.
"Hmm, idea siapa sebenarnya ni? You ke Taehyung oppa?" sampuk Alyssa di sebelah Jungkook, dia turut berasa pelik dengan tingkah kedua-dua lelaki itu. Lagi bertambah pelik apabila mendengar hari ini hari ulang tahun perkahwinan Taehyung dan Rachel.
"Actually, both of us. It's a surprise for you ladies! Macam mana? Terkejut tak?!" Jungkook dengan nada gedik bertanya. Makin berkerut dahi Alyssa dan Rachel. Kejutan apa pula ni?
"Lys, today is your big day, because..." Taehyung menghentikan ayatnya, dan melirik ke arah Jungkook yang sudah bersiap sedia dengan sesuatu di tangan.
"Will you marry me, Alyssa Choi?"
Alyssa menekup mulutnya, sungguh terkejut dengan Jungkook yang tiba-tiba melutut di hadapannya. Sekotak cincin turut ditunjukkan pada Alyssa.
Rachel ternganga manakala Taehyung dan Hyunsuk dah bertepuk tangan. Apa semua ni?!
◾◾◾
"Jadi, Alyssa tu sebenarnya tunang Jungkook dan bukannya skandal awak?"
Rachel kini duduk bersebelahan Taehyung di sebuah pondok kecil yang ada di taman mini yang ditempah oleh Taehyung. Katanya, untuk menyambut ulang tahun perkahwinan mereka. Hyunsuk dan Hanna ada bersama Jungkook dan Alyssa, mereka membawa dua budak itu berjalan-jalan di sekitar taman yang dihiasi dengan pokok-pokok berlampu.
"Haah. Banyak kali aku cuba terangkan, tapi kau asyik mengelak. Sampailah aku teringat yang anniversary kita dah menjelang tiba, jadi aku rasa ini surprise terbaik untuk kau."
Rachel mencebik mendengarnya. Kepalanya ditundukkan, memandang kakinya yang terayun-ayun kerana pondok yang agak tinggi untuknya. Taehyung menoleh ke arah Rachel yang tidak menjawab itu.
"Hei, kau marah?" Taehyung menyoal lantas dia tarik pinggang Rachel mendekatinya, membuatkan Rachel menempel padanya. Rachel hanya membiarkan, agak rindu dengan skinship dengan Taehyung yang kurang didapatinya sejak seminggu lalu.
"Tak marah," jawab Rachel perlahan. Dia menyandarkan kepalanya pada bahu Taehyung manja. Taehyung tergelak sedikit.
"Kalau tak marah, kenapa muka monyok semacam je?"
"Taklah, saya terfikir apa yang jadi selama ni sepanjang awak keluar dengan Alyssa berdua, tak ada Bomi pula tu."
"Hm? Kau siasat Bomi?" Terangkat kening Taehyung mendengar ayat Rachel tadi. Rachel mengetap bibir, terbocorkan rahsia pula.
"Er.. ya. Yalah, saya curious. Selalunya kalau klien mesti Bomi ada sekali, tapi waktu kita jumpa hari tu, dia tak ada pun. Jadi saya tanyalah dia, kot-kot dia kenal siapa Alyssa tu."
Taehyung tergelak lagi. Hidung Rachel diciumnya sekilas dan Rachel menepis, kegelian. Entah, sejak mereka kahwin hidung Rachel menjadi tempat baru Taehyung mendaratkan ciuman. Tapi, sweet apa? Mestilah Rachel biarkan!
"Curious, huh? Are you sure it's not jealous actually?" Taehyung tersengih sinis, lagak mamat kerek pada mata Rachel. Rachel terus menggeleng laju.
"Betullah, curious. Buat apa pula saya nak jealous?"
"Cherry, kau isteri aku, tau. Tak salah pun kalau kau jealous, tapi kau boleh terus tanya aku, tak perlu tanya Bomi. Kau tahu, Bomi tanya aku kat pejabat sama ada aku curang ke tak? Terkejut aku masa tu, barulah dia beritahu yang kau dah tanya dia pasal Alyssa. Alahai, comelnya isteri aku ni." Taehyung menggosok-gosok kepala Rachel, bagaikan budak kecil pula. Rachel menahan tangan Taehyung dan dia menggenggamnya erat. Taehyung tersengih suka.
"Fine, saya jealous tahu tak? Puas saya duk fikir dekat rumah kat mana kurangnya saya sampai awak boleh terfikir nak curang. Yalah, Alyssa tu cantik sangat, jauh lebih sempurna daripada saya, mana tak insecure," balas Rachel perlahan, masih terasa hati dengan Taehyung walaupun tahu semuanya adalah prank semata-mata.
"Haah, dia cantik sangat. Sebab tulah dia pernah jadi girlfriend aku dulu," beritahu Taehyung tanpa segan silu, membuatkan Rachel mengangkat kepalanya dari bahu Taehyung dan menatap mata lelaki itu.
"Hah? Dia pernah jadi girlfriend awak?"
Taehyung angguk. Rachel ditariknya lagi, sehinggalah gadis itu terduduk di atas pehanya menghadapnya. Rachel menunggu ayat Taehyung lagi, sambil itu dia mainkan jarinya pada butang baju kemeja Taehyung berwarna biru laut itu.
"Sebelum aku jumpa kau, aku pernah couple dengan dia. Tapi macam biasalah, aku tak serius pun dengan dia. Tup tup setahun kemudian, Jungkook cakap kat aku yang dia memang suka dekat Alyssa tu, lagipun mereka kan sebaya."
"Alyssa sekolah dengan kita ke dulu?" Rachel membulatkan matanya dan Taehyung angguk sekali lagi. Pipi gebu Rachel diusap oleh Taehyung perlahan.
"Saya tak kenal pun?"
"Siapa je yang kau kenal? Aerin, Hana, Mingyu dengan kawan sekelas kau je kan?" Taehyung menggulingkan matanya ke atas, dan Rachel tergelak. Ada betulnya juga kata Taehyung itu. Memang dia tak ramai kenalan, asyik belajar saja! Macam tak ada kehidupan pula.
"Okey, okey. Betul apa awak cakap tu," ujar Rachel, mengaku kekalahannya kali ini. Taehyung tersenyum petak. Jari Rachel bergerak ke pipi Taehyung lantas dia tekan jarinya pada pipi Taehyung. Tersengih Rachel melihat wajah cemberut lelaki itu.
"Awak comel," puji Rachel tiba-tiba.
"Tak comellah! Handsome." Taehyung menggeleng tidak setuju.
"Yelah, suami saya ni memang handsome sangat, sebab tulah dia ramai ex!" Tertawa Rachel apabila menuturkan ayat itu. Taehyung tersengih saja. Lelaki itu menilik jam tangannya, hampir pukul 12 malam dan hari istimewa mereka akan tamat.
"Rachel, happy anniversary to our second year of marriage." Taehyung berbisik perlahan ke telinga Rachel. Rachel tersenyum dan mencium bibir Taehyung sekilas.
"Happy anniversary. Saya ingat awak tak nak ucap pun," ujar Rachel dengan cebikan di hujung ayat. Taehyung tertawa kecil lantas dia bermain dengan rambut panjang Rachel.
"Takkanlah tak ucap? Kau seorang je isteri aku, bukannya aku ada isteri lain nak ucap anniversary. Dan lepas ni, please, kalau kita ada masalah, jangan lari. We must fix it together, wifey. Kalau tak, macam mana masalah nak selesai, right?"
Rachel memuncungkan bibir, namun dia mengangguk jua. Ada betulnya juga kata-kata Taehyung itu. Dia tak patut biarkan masalah mereka lama-lama, boleh jadi salah faham yang lebih serius nanti.
"Saya janji, lepas ni saya akan jadi isteri yang lebih baik untuk awak. Saya takkan merajuk dan cemburu sebab benda bodoh lagi," kata Rachel dan dia menyelitkan jari kelingkingnya pada jari kelingking Taehyung.
"That's my wife. Rachel, aku sayang kau sangat-sangat, tahu? Saranghae," ucap Taehyung dengan nada lembut menyebabkan senyuman di bibir Rachel terbentuk.
"Nado saranghae, hubby."
Dan tepat pukul 11.59 malam, bibir Rachel dan Taehyung bertemu. Mereka berciuman dengan lembut sementara Hyunsuk dan Hanna tiada di situ. Hampir dua minit kemudian, Taehyung melepaskan ciuman apabila Rachel sudah tidak dapat menahan lagi.
"Sayang, kau penat tak jaga anak-anak kita?" tanya Taehyung tiba-tiba. Dia tersengih gatal.
"Taklah. Kenapa?" Rachel bertanya, pelik.
"Great, we need another three babies to complete my family goal. Can you handle it?"
HER BAD BOY OFFICIALLY END
◾◾◾
Alyssa pernah muncul, sebagai crush jk
dalam chapter 37 and 46. tak ada
orang ingat eh?
kita jumpa dekat epilog tau!
tunggu dan jangan lupa vote ❤️
25/11/2020, 11.55 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro