special chapter ; i
" Her Bad Boy - Special Chapter I "
⬜⬜⬜⬜⬜
꿈이었을까
널 본 것 같아
눈뜨면 다시
아무도 없는 방
Was it a dream?
I think I saw you
When I open my eyes again
The room's empty
- BTS, Stay
️⬜⬜⬜⬜⬜
» Setahun kemudian
Nobody's Pov
Taehyung mengangkat muka apabila terdengar pintu biliknya diketuk dari luar. Dia membuka kaca matanya yang dipakai semasa menyelak fail-fail tadi. Dia berdehem seketika, membetulkan anak tekaknya.
"Masuk."
Kelibat seorang perempuan yang dikenalinya memasuki ruangan pejabatnya. Taehyung mengangkat kening dan bibirnya terukir senyum kepada gadis itu.
"Hai, Taehyung oppa!" ucap gadis itu, agak lantang membuatkan Taehyung tersengih. "Err, tak apa kan I panggil you oppa?" tanya gadis itu sedikit ragu-ragu.
"Tak kesah pun, Lys. Duduklah," pelawa Taehyung sambil ketawa. Gadis itu tersengih malu sebelum mengambil tempat di hadapan Taehyung.
"I kacau you ke?" tanya gadis itu melihat fail-fail yang berselerak di atas meja itu. Muka Taehyung biasa saja, tak nampak macam serabut pula.
"Taklah, kan oppa yang suruh Lys datang sini." Taehyung menutup failnya dan menolak ke tepi. Dia memanggil Bomi melalui interkomnya. Setiausahanya itu masuk selang beberapa saat kemudian.
"Ya, tuan?" Bomi menunduk hormat, sedikit curiga melihat wanita yang tidak dikenalinya duduk dalam bilik itu dengan majikannya. Patut ke dia lapor pada Puan Rachel?
"Kenalkan ni, Alyssa. Alyssa, ini Bomi, setiausaha oppa."
Bomi menjongketkan kening. Betulkah apa yang dia dengar ni? Gadis bernama Alyssa itu memanggil Taehyung dengan nama oppa?
"Hai, Bomi. Saya Alyssa. Nice to meet you," kata Alyssa dengan wajah ceria. Bomi mengagak gadis itu tidak fasih berbahasa Korea kerana sebutannya agak pelat, bukan seperti native Korean speaker.
"Buatkan saya kopi. Err, Lys. Any drink you want?" Taehyung menoleh pada gadis yang masih tersenyum itu. Manis senyumannya, sesuai dengan dirinya yang cantik itu.
"Err, teh sajalah. Kurang manis, ya?" jawab gadis itu. Kali ini senyumannya dihadiahkan kepada Bomi pula. Bomi membalas dengan anggukan sebelum dia berlalu keluar dari situ.
"Tuan curang ke?" tanya Bomi pada diri sendiri sebaik saja pintu bilik pejabat Taehyung ditutup. Dia menggelengkan kepala dan berlalu ke pantri tanpa banyak fikir lagi, takut tersalah anggap. Tak baik juga bersangka buruk.
◾◾◾
Rachel membawa Hyunsuk dan Hanna ke sebuah shopping mall atas permintaan anak sulungnya. Katanya, bosan duduk di rumah tanpa papa dan Hyunsuk teringin nak tengok wayang. Rachel mengikut saja, selesai bersiap dia keluar menaiki teksi selepas memaklumkan pada Taehyung.
"Hyun, galas beg ni. Mama nak dukung Hanna," arah Rachel sambil menghulurkan sebuah beg galas yang berisi lampin dan susu Hanna. Hyunsuk hanya menurut, beg galas itu dipakai di belakang badannya dengan bantuan Rachel.
"Okay, now pimpin tangan mama. Jangan lari, okey? Papa tak ada dengan kita hari ni," pesan Rachel sekadar berjaga-jaga, tahu benar Hyunsuk suka berlari ke mana-mana secara tiba-tiba. Kalut juga dia kalau jadi begitu, dengan Hanna lagi, tak ada Taehyung lagi.
"Okey, mama." Hyunsuk mengangguk tanda faham. Tangannya digenggam erat oleh Rachel dan Hyunsuk sengih saja. Dia lirik sekejap pada adiknya yang ada pada pendukung bayi yang dipakai oleh ibunya pada bahagian hadapan badan. Hanna comel macam selalu, itu fikirnya.
"Kita pergi tengok wayang dulu, lepas tu baru kita makan. Boleh?" tanya Rachel sebaik saja dia menaiki lif dengan Hyunsuk. Hyunsuk angguk laju, tak sabar nak menonton wayang!
Sebelum memasuki panggung wayang, mereka sama-sama beratur di tempat membeli tiket. Hyunsuk tersengih dari tadi, suka dengan movie pilihannya yang diturut saja oleh Rachel iaitu Frozen II.
"Hyun nak makan popcorn?" tanya Rachel sebaik saja mereka selesai memberi tiket. Hyunsuk membulatkan mata, sedikit terliur dengan bertih jagung panas-panas yang baunya semerbak di situ. Rachel tersenyum, lantas tangan Hyunsuk ditariknya untuk membelinya.
"Mama, tak payahlah. Susahkan mama je," kata Hyunsuk tiba-tiba apabila mereka beratur di tempat menjual makanan dan minuman itu. Rachel mengerutkan dahi dan tersengih.
"Hyunsuk sayang, tak susah okey? Mama kena pastikan anak mama ni tak lapar dalam wayang nanti, takut belum habis cerita lagi dia dah merengek nak pergi makan." Rachel sengaja menjawab dalam jenaka, tidak mahu Hyunsuk menganggap dirinya disusahkan. Bukan dia tak ada duit! Ingat papa dia saja ke yang ada duit? Apalah Hyunsuk ni.
"Betul ke okey ni?" tanya Hyunsuk lagi. Dia menyambut huluran popcorn bersaiz sederhana yang baru siap dari Rachel. Rachel angguk saja, pantas dia menarik Hyunsuk masuk ke panggung wayang bernombor 5. Lagi sepuluh minit saja movie pilihan mereka akan bermula.
Kurang dua jam kemudian, mereka keluar dari situ dengan senang hati. Kali ini Rachel membawa Hyunsuk turun ke tingkat bawah yang menempatkan banyak restoran di situ.
"Hyun nak makan apa?"
"Panda Express!"
Rachel tertawa sebelum dia melangkah ke restoran tersebut. Hyunsuk dan Taehyung sama saja, dua-dua peminat tegar Panda Express!
Masuk saja di restoran itu, Rachel meminta agar Hyunsuk duduk sementara dia memesan makanan di kaunter. Hyunsuk duduk dengan akur, menurut arahan seperti seorang anak yang baik.
"Duduk diam-diam ya? Mama pergi sekejap je, jangan pergi mana-mana!"
Sejurus itu Rachel beredar ke kaunter dengan Hanna di pendukung bayinya. Hanna masih terjaga, mulutnya sibuk menggumam beberapa perkataan asing sambil Rachel memesan makanan. Sesekali mata Rachel melirik ke arah Hyunsuk, memastikan anak sulungnya itu baik-baik saja.
"Nah, your favourite!" Rachel meletakkan dulang yang berisi Mushrooom Chicken kepunyaan Hyunsuk, termasuk pesanannya. Hyunsuk terus tersenyum girang. Dulang itu ditarik ke hadapannya.
"Terima kasih, mama!"
"Selain tu, nak kena cakap apa?"
"Er... jal meogesseubnida!"
Rachel mengangguk puas hati. Dibiarkan Hyunsuk menikmati makanannya. Dia menyuap botol susu kepada Hanna sebelum Hanna memegangnya sendiri, dan Rachel pun mula makan.
Hampir habis makanan mereka, tiba-tiba mata Rachel tertancap pada laluan di luar restoran. Berkerut dahinya melihat Taehyung dengan seorang perempuan yang dia tak kenal. Jam di tangan dia kerling, baru pukul 11 pagi. Takkanlah Taehyung keluar lunch seawal ini?
Klien ke? Mata Rachel dikecilkan, memandang mana tahu ada kelibat Bomi di situ. Setiausaha Taehyung memang selalu akan mengikut Taehyung ke mana-mana jika hal yang berkaitan kerja. Tapi, Bomi tak ada!
Siapa perempuan itu? Rachel cuba menyedapkan hati sendiri. Makanannya dipandang sekejap, terasa seleranya mati tiba-tiba. Rasa curiga dan cemburu menguasai dirinya.
"Mama! Tu papa kan?!" Hyunsuk menoleh ke arah yang dipandang Rachel dari tadi dan bersorak melihat Taehyung di situ. Tanpa sempat Rachel halang, Hyunsuk bangun dan berlari keluar ke arah Taehyung.
"Hyunsuk!" panggil Rachel. Cepat-cepat dia mengemas apa yang patut dan mendukung Hanna sebelum mengekori langkah Hyunsuk. Takut Taehyung tak perasan budak itu, tak ke naya kalau Hyunsuk hilang?
"Papa!"
Taehyung menoleh ke belakang, mendengar suara yang dikenalinya. Dia menunduk, menyamakan pandangan matanya dengan Hyunsuk.
"Eh, sayang. Mana mama?" tanya Taehyung dan Hyunsuk sengih sebelum kedengaran suara Rachel memanggil Hyunsuk. Taehyung tersenyum melihat Rachel dengan Hanna di tangannya. Nampak mak budak sangat, nak tergelak dia dibuatnya.
"Hyunsuk, mama dah pesan kan jangan lari-lari?!" marah Rachel, suaranya naik sedikit membuatkan Hyunsuk menunduk. Taehyung menggosok kepala Hyunsuk lembut.
"Hei, janganlah marah. At least he ran to me, so no worries." Taehyung menenangkan Rachel yang sudah merah mukanya. Aik, marah sangat ke?
"Taehyung, siapa ni? Anak you ke?"
Rachel memandang tepat ke arah Alyssa. Mulutnya ternganga sedikit, nampaknya gadis itu nampak lebih cantik bila dilihat dari jarak sedekat ini. Dari atas ke bawah dia menilik Alyssa, tinggi dan kurus macam model, cantik pula tu. Memang dia jauh di telapak kaki jawabnya kalau dibandingkan dengan gadis yang berada di samping Taehyung itu.
Kemudian, mata Rachel memandang mata Taehyung yang redup itu. Seakan faham akan isyarat mata itu, Taehyung mengetap bibir.
"Awak curang dengan saya?"
"No! Aku boleh explain. Ini bukan macam apa yang kau fikir," kata Taehyung dengan lancar. Rachel mengherotkan bibirnya sebelum dia menggapai tangan Hyunsuk.
"Not in front of my children. We'll talk about this later," kata Rachel dingin sebelum dia menapak pergi dari situ, meninggalkan Taehyung dan Alyssa yang terpinga-pinga. Hyunsuk mencebik dan menjerit memanggil papanya namun Rachel tak endahkan.
"She looks furious." Alyssa bersuara apabila Rachel sudah jauh dari situ. Adakah dia baru dilabel sebagai orang ketiga tadi?
"Yup, that's my wife." Taehyung melepaskan sebuah keluhan, kecewa dengan sikap Rachel yang mudah cemburu dan bersangka buruk dengannya. Silapnya juga, keluar berdua dengan Alyssa. Tapi dia ada sebab yang munasabah!
"Cantik. Walaupun dah ada anak dia nampak muda lagi," kata Alyssa lagi, entah pujian atau sindiran, Taehyung tak pasti. Tapi dia setuju, ada anak atau tak, Rachel tetap comel macam zaman remaja dulu!
"I guess she misunderstood," balas Taehyung bersahaja sebelum Alyssa dan Taehyung mengubah topik. Pasal Rachel Taehyung ketepikan dulu.
Ah, senang saja nak pujuk isterinya.
◾◾◾
Hampir pukul 9 malam, Hyunsuk dan Rachel duduk di hadapan televisyen yang terpapar drama tontonan Rachel. Hyunsuk sedang mewarna buku warnanya sementara Rachel pula asyik termenung.
"Mama, tangan Olaf warna apa?" tanya Hyunsuk pada Rachel apabila dia termangu memikirkan hal itu. Olaf yang ada di buku warnanya dipandang sekali lagi, sebelum dia menatap Rachel semula.
"Mama!" panggil Hyunsuk lagi apabila Rachel tidak merespon. Rachel tersentak, cepat-cepat dia alihkan perhatiannya pada Hyunsuk yang sudah memuncung itu.
"Ya, sayang. Kamu tanya apa tadi?" soal Rachel semula, kepalanya digaru sedikit.
"Tak ada apalah! Mama asyik termenung je, biar Hyun warna ikut suka hati je," balas Hyunsuk dengan nada rajuknya. Dia mencapai sebuah pensel warna hijau dan mula mewarna tangan Olaf yang sepatutnya berwarna coklat itu.
"Sayang... mama-" Belum sempat Rachel memujuk, pintu rumah terbuka dari luar dan muncul Taehyung di situ. Rachel dan Hyunsuk memandang serentak ke arah Taehyung yang macam biasa kelihatan penat sebaik saja pulang.
"Mama naik atas dulu, nak letak Hanna dalam babycot," sambung Rachel tanpa menghabiskan ayatnya tadi. Dia mengangkat Hanna yang sudah terlena setengah jam lalu ke atas tanpa menegur Taehyung.
Hyunsuk termangu seketika apabila ditinggalkan begitu saja oleh Rachel. Tapi tak apa, senyumannya melebar melihat Taehyung yang menghampirinya.
"Papa!"
"Ya, sayang. Buat apa tu?" tegur Taehyung sambil mengambil tempat di sebelah Hyunsuk. Penat-penat juga, anak jangan diabaikan. Taehyung masih mengingati janjinya untuk memberi perhatian pada Hyunsuk, jadi dia akan tunaikannya sebaik mungkin.
"Uh... Hyun mewarna! Cantik tak, papa?" Hyunsuk mengangkat buku mewarnanya, menunjuk pada Taehyung. Taehyung hanya tersenyum, comel sungguh hasil karya Hyunsuk. Ada ke Olaf yang matanya berwarna merah, tangan berwarna hijau dan hidung berwarna biru?
"Cantik. Lain kali kita mewarna sama-sama ya? Biar papa ajar kamu warna-warna," kata Taehyung lembut. Senyumannya melebar apabila Hyunsuk mengangguk setuju.
"Okey! Hyun ingatkan mama nak ajar, tapi mama asyik berangan je hari ni. Hyun tanya apa-apa mesti dia tak perasan," beritahu Hyunsuk membuatkan senyuman di bibir Taehyung mati. Namun dia kembali ukirkan senyuman, sedikit kelat namun Hyunsuk tak pedulikan.
"Ya ke? Mama penat, kot. Biar mama rehat, ya sayang. Hyun nak masuk tidur? Dah makan malam ke belum?" tanya Taehyung prihatin. Hyunsuk menutup buku mewarnanya sekali dengan kotak pensel warnanya. Dia simpan semuanya di atas meja kopi.
"Nak tidur! Tapi, boleh papa teman Hyun gosok gigi dulu? Tadi dah makan tapi belum gosok gigi," jawab Hyunsuk dengan sedikit perlahan pada hujung ayatnya. Taehyung tertawa sebelum dua beranak itu pun naik ke atas. Hyunsuk sudah pandai tidur di dalam biliknya sendiri. Jadi selepas memastikan Hyunsuk masuk tidur terus Taehyung melangkah ke biliknya.
"Sayang?" Taehyung memanggil sebaik saja pintu bilik itu ditutup. Rachel ada di situ, berdiri di samping babycot yang menempatkan Hanna. Dia menoleh memandang Taehyung dengan riak kosong.
"Awak nak makan?" tanya Rachel, soalan yang wajib ditanya sebaik saja Taehyung pulang ke rumah. Suaminya itu sering terlepas untuk makan malam bersama keluarga kecil mereka memandangkan dia selalu balik lewat. Rachel agak sedih akan perkara tersebut namun dia diamkan saja selama ini.
"Em, nak. Aku belum dinner lagi, got too much work at the office," jawab Taehyung kemudiannya. Wajahnya betul-betul terbias kepenatan namun Rachel mula menyalah anggap, fikirnya Taehyung penat kerana keluar seharian dengan perempuan tadi.
"Yelah. Saya turun dulu, panaskan makanan. Awak mandi dululah," kata Rachel, sedikit senyuman pahit dia berikan pada Taehyung yang kelihatan tertanya-tanya itu. Belum sempat Taehyung menjawab, Rachel cepat-cepat keluar dari bilik tidur mereka.
Rachel memanaskan makanan sambil termenung lagi. Hampir hangit, namun sempat dia tersedar dan terus dia matikan api. Dia meletakkan semua hidangan ke atas meja makan.
Taehyung turun beberapa minit kemudian. Dia mengambil tempatnya dan Rachel pun duduk berhadapannya. Rasa kasihan pula melihat Taehyung makan seorang diri.
"Nak tambah?" tanya Rachel apabila nasi dalam mangkuk Taehyung sudah hampir habis. Taehyung angguk saja sebelum Rachel menambah lagi nasinya. Taehyung kembali menyuap dengan lauk-lauk yang masih berbaki.
"Buatkan air untuk aku boleh? Air manis, sejuk."
Rachel tidak menjawab namun dia bangun juga dan menapak ke dapur. Segelas air anggur dia bancuhkan untuk Taehyung. Kemudian dia bawakan ke meja makan dan Taehyung tersenyum.
"Terima kasih." Taehyung meneguk air itu dan Rachel hanya membiarkan.
"Sama-sama. Saya naik dulu, eh? Penatlah, nak tidur." Rachel berkata, tidak mahu duduk di situ lagi, tahu yang Taehyung pasti nak katakan sesuatu.
Taehyung menggeleng. "Duduk dulu."
"Nanti jelah, saya mengantuk. Serius. Nanti dah habis makan, tinggal je. Esok saya basuh."
Taehyung hanya memerhati Rachel yang pergi tanpa menoleh itu. Dia menghela nafas berat sebelum menghabiskan makanan. Terasa sedikit sunyi, tiada isterinya yang menemani waktu makan malamnya yang terlewat itu.
Marahkah Rachel padanya?
◾◾◾
Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Sedar-sedar saja sudah seminggu rumah tangga Rachel dan Taehyung berantakan. Bukan Taehyung tidak mahu membetulkan keadaan, tetapi isterinya yang asyik mengelak. Tak mahu duduk dan berbincang macam selalu.
"Aku rasa kau kena terus terang dengan Rachel noona," kata Jungkook sejurus selepas mencicip secawan kopi panas yang terhidang semasa dia dan Taehyung melepak di kafe berdekatan syarikat milik Taehyung itu. Jungkook menjilat bibirnya sedikit, puas hati dengan rasa kopi yang menepati citarasanya itu.
"Entahlah, mesti dia marah nanti." Di hujung ayat, Taehyung mengeluh berat. Sudah dapat mengagak reaksi Rachel nanti. Kalau tak kena cubit, mesti kena terajang. Dah biasa.
"Marah atau tak, itu belakang cerita. Sekarang ni, kau cuma perlu jujur pasal siapa Alyssa tu sebenarnya. Cakap baik-baik, mesti dia tak marah. Rachel noona bukannya garang pun!" tambah Jungkook lagi, ingin mendesak Taehyung agar segera menyelesaikan masalah rumah tangganya ini. Tak pasal-pasal dia terlibat sekali.
"Ya, tahu! Nak buat macam mana, dia sendiri tak nak bagi kerjasama, kerjanya mengelak je dari aku. Apa muka aku jijik sangat ke nak tengok lepas aku kantoi keluar dengan Alyssa tu?"
Ayat Taehyung kali ini membuatkan Jungkook menghamburkan ketawa yang kuat, sehingga mendapat tumpuan beberapa pengunjung di kafe tersebut pada hari ini. Taehyung mempamerkan wajah cemberut, tidak suka akan tindakan Jungkook itu. Dia tak suka dapat tumpuan tiba-tiba.
"Hyung! Isteri kot, bukan awek macam dulu-dulu. Apa salahnya pujuk lebih sikit? Dia bukannya orang luar, orang rumah hyung jugak kan? Janganlah cepat mengalah, kalau ada lelaki lain datang pujuk Rachel noona baru tahu!" kata Jungkook lagi, sengaja memancing kemarahan Taehyung pada ayatnya yang terakhir.
"Jangan merepek eh, Kook! Beranilah mana-mana lelaki dekat dengan isteri aku tu, siap sedia gali kubur sendiri," balas Taehyung berbaur kegeraman. Jungkook terkekeh ketawa, kelakar melihat Taehyung yang dah mencebik-cebik.
"Then, hyung tahu apa yang hyung kena buat kan? Jujur je, Rachel noona mesti akan faham punya."
Kali ini Taehyung hanya mengangguk tanda setuju. Baiklah, dia akan cuba.
◾◾◾
Rachel menapak masuk ke dalam sebuah wad di hospital itu. Dia menyiapkan diri dengan sebuah senyuman manis, berjanji untuk tidak berdendam dengan pesakit yang bakal menerima lawatannya.
Rachel menguak pintu perlahan, menjengulkan kepala ke dalam. Dia tersenyum nipis sebelum menutup semula pintu. Dengan berhati-hati, dia melangkah ke arah pesakit yang sedang duduk berhadapan dengan tingkap.
"Sua?" Rachel bersuara, membuatkan gadis yang sedang duduk itu menoleh. Riak wajahnya kosong sepenuhnya, membuatkan Rachel tidak pasti sama ada gadis itu marah atau gembira dengan kehadirannya.
Rachel memilih untuk melabuhkan punggung di atas katil. Sekadar berjaga-jaga, dia meletakkan jarak antara dirinya dan Sua seperti yang disarankan oleh doktor tadi. Takut gadis itu bertindak di luar kawalannya.
"Kau buat apa kat sini?"
Lebih kurang setengah minit membisu barulah Sua mengeluarkan suara. Barangkali tidak menyangka Rachel sanggup melawatnya setelah apa yang dia buat pada gadis itu, Sua masih menghalakan pandangannya ke luar tingkap.
"Aku... saja nak melawat kau. Kau macam mana sekarang?" Rachel memulakan perbualan apabila respon yang diberi Sua agak positif. Nada suara gadis itu juga biasa-biasa saja, pasti dia dalam keadaan yang baik.
"Aku? Macam yang kau tengok sekarang. Kau mesti anggap aku gila kan, macam orang lain." Sua ketawa perlahan dan Rachel tersenyum nipis. Dia menggeleng kepalanya walaupun Sua tidak nampak memandangkan gadis itu membelakanginya.
"Kau tak gila, Sua. Kau cuma sakit dan cuma perlukan rawatan. Tak apa, it's not the end of the world. Semuanya akan okey nanti. Kau cuma perlu terus tabah dan kuat." Bicara Rachel cukup lembut namun belum cukup lembut untuk meruntuhkan keegoan Sua.
"Aku faham sangat perasaan kau, bila kau dah tak ada siapa-siapa kat dunia ni selain abang kau, dan satu hari dia pun tak ada untuk kau sebab dia dah masuk penjara. Mungkin kau lupa, suatu masa dulu aku pun pernah rasa macam apa yang kau. My parents left me when I was only twelve. Sakit dia lebih dari segalanya." Rachel berhenti seketika, mengenangkan ibu bapanya yang mungkin sudah tenang di atas sana.
Dia tahu, ayah Sua yang bertanggungjawab ke atas kematian ibu bapanya, namun siapalah dia untuk menghukum Sua? Mereka berdua hanyalah mangsa keganasan dunia yang akhirnya ditakdirkan untuk bertemu. Walaupun Sua tidak suka padanya, Rachel sedaya upaya cuba mengikhlaskan diri untuk berkawan dengan gadis itu.
Sehingga kini, dia tak rasa menyesal sedikit pun. Sua baik, baik sangat. Dia hanya dibelenggu dengan dendam yang mungkin tidak ditegah oleh sesiapa sejak dulu lagi. Rachel yakin, jika Sua sudah pulih sepenuhnya pasti gadis itu akan kembali ceria seperti dahulu.
"Jadi, aku harap kau tak rasa terganggu dengan aku melawat. Kalau kau tak kesah, aku boleh datang melawat selalu. Kita boleh bercerita macam kawan rapat, berkongsi apa-apa masalah. Aku tak keberatan untuk jadi kawan kau, Sua." Kali ini Rachel tersenyum semakin manis. Lebih-lebih lagi Sua sudah menoleh memandangnya.
Agak kasihan Rachel melihat wajah gadis itu tanpa secalit senyuman, sebaliknya lingkaran bawah matanya pula yang semakin menebal. Menunjukkan betapa tidak terurusnya Sua saat itu. Rachel tiba-tiba rasa sangat bersyukur, mungkin kehidupan tidak seteruk orang lain. Dia masih punya keluarga kecilnya yang boleh menjadi sumber kebahagiaannya.
"Tak perlulah nak jadi baik dengan aku Rachel. Aku ni anak kepada pembunuh mak ayah kau, aku pernah cuba nak bunuh kau lagi. Takkanlah kau masih nak berkawan dengan aku? Aku ni jahatlah, Rachel." Mata Sua mula bertukar kepada pandangan marah. Dia membuntangkan matanya kepada Rachel yang sedikit tersentak itu.
"Apa kau cakap ni? Aku maksudkan semuanya. Aku ikhlas nak berkawan dengan kau," kata Rachel takut-takut. Tiba-tiba Sua bangun dari duduknya dan menghampiri Rachel. Rachel seakan terkaku di situ dengan Sua yang berada tepat di hadapannya.
"Jujur jelah! Kau tak ingin pun berkawan dengan aku kan?! Aku ni jahat, perangai buruk, manalah sesuai nak berkawan dengan kau yang macam malaikat ni! Kita banyak beza, macam langit dengan bumi, macam syurga dengan neraka. Dan macam Rachel dengan Sua," kata Sua lalu dia ketawa terbahak-bahak. Rachel meneguk air liurnya melihat sisi Sua yang satu ini. Dia menekan butang kecemasan pada tepi katil dengan pantas tanpa disedari Sua.
Beberapa saat kemudian, seorang jururawat berlari-lari anak ke arah bilik itu. Sua menoleh dan sekali lagi dia ketawa kuat sebelum pandangannya jatuh pada Rachel sekali lagi.
"Kau panggil dia? Kau memang takut dekat aku kan Rachel?" tanya Sua pada Rachel yang masih terkaku itu. Jururawat itu mengisyaratkan agar Rachel segera keluar dari situ dan Rachel memahaminya. Dia bangun dan menunduk.
"Hei, kau nak pergi mana? Kau kata nak kawan dengan aku! Kau tipu aku, Rachel! Kau tipu!" pekik Sua dengan tidak terkawal. Berbakul-bakul perkataan kesat dia keluarkan pada Rachel sehinggalah jururawat itu menyuntik ubat penenang kepadanya dan Sua terkulai layu ke atas katil.
Jatuh simpati Rachel melihatnya. Kasihan Sua. Dia segera beredar dari situ, tidak sanggup melihat lagi keadaan gadis itu yang menyedihkan. Rachel memilih untuk pulang.
◾◾◾
Alyssa memerhati sekeliling kedai emas yang dia dibawa oleh Taehyung ke situ. Dengan kening berkerut, dia memandang ke arah Taehyung yang tersengih.
"Kenapa you bawa I ke sini?"
"Saja. Nak beli cincin," jawab Taehyung dengan sengihan penuh makna. Dia menolak Alyssa agar duduk di sebuah kerusi berhadapan dengan pilihan cincin dalam bekas kaca itu.
"Kejap, kejap! Kenapa tiba-tiba je ni?" tanya Alyssa curiga. Takkanlah Taehyung sengaja nak belikan dia cincin? Buat membazir saja!
"Alah, nantilah I cakap. Sekarang, just choose one. Yang paling you suka," arah Taehyung dengan tegas. Alyssa perhati seketika muka Taehyung, nampak gayanya lelaki itu benar-benar serius. Pelik pula, ada apa-apa ke ni?
"Anything? The one that I like the most?" soal Alyssa sekali lagi, membuatkan Taehyung menggulingkan matanya. Taehyung angguk cepat, lantas dia tolehkan kepala Alyssa ke arah cincin-cincin yang tersusun cantik itu.
"Pilih je, mahal ke murah, I beli."
"Err... untuk siapa?" Alyssa bertanya lagi.
"Yang tu, I tak boleh cakap. Surprise. You pilih je dulu. Yang cantik tau!" Taehyung mengingatkan sekali lagi sebelum dia beranjak sedikit, memberi Alyssa ruang.
Taehyung mengeluarkan telefon bimbitnya, melayari internet sementara Alyssa membuat pilihan. Dia tersenyum apabila akhirnya gadis itu memilih sebuah cincin yang memang cantik pada matanya. Terus saja dia menyuruh pekerja di situ untuk membungkusnya.
"Kenapa you suruh I yang pilih?" soal Alyssa tatkala mereka sudah keluar dari kedai itu, beriringan menuju ke kereta. Ya, hari ini mereka keluar berdua lagi.
"Saja. Tak boleh ke?" Taehyung sengih, keningnya terangkat sebelah. Alyssa mengangkat bahunya.
"Tak kata pun tak boleh. But you have a wife, if you know what I mean," ujar Alyssa, sedikit perlahan suaranya pada hujung ayat. Taehyung tergelak sedikit.
"Don't worry, my wife tak tahu. Sekarang, kita pergi lunch!"
Alyssa hanya menurut. Langkah kakinya dilajukan, menyamakan dengan langkah Taehyung yang semakin jauh ke hadapan. Apa yang lelaki ini fikirkan? Adakah dia sedang berlaku curang dengan isterinya? Alyssa sendiri tidak tahu apa yang berlaku.
◾◾◾
panjang sangat! ni pun dah lebih
3k words, so wisya splitkan half,
tunggu special chapter part 2 besok!
special chapter kita agak hot and spicy
yaaaa. kita tengok ending nanti eheh.
anyway ramai sangat silent reader dalam
chapter lepas. yang tak vote lagi, pergi
vote sekarang! 💜
24/11/2020, 10.07 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro