Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Prologue - 1 ; top student

[IMPORTANT AUTHOR NOTE]

kalau ada yang baca balik buku ni, tolong jangan spoilkan apa apa untuk first time reader ♥️

if wisya ada jumpa comment yang menjadi spoiler, wisya akan delete!

terima kasih.

•••

" Her bad boy - 1 "

• Top Student •

⬜⬜⬜⬜⬜

되고파 너의 오빠
너의 사랑이 난 너무 고파
되고파 너의 오빠
널 갖고 말 거야 두고 봐

I want to be your oppa
I'm so hungry for your love
I want to be your oppa
I'll have you, just watch

- BTS, Boy in Luv

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's pov

Peperiksaan akhir tahun bagi pelajar tahun kedua akhirnya tamat. Ppalgan Highschool kini hingar bingar dengan suara pelajar-pelajar yang akan memasuki tahun akhir persekolahan tinggi pada tahun hadapan.

Turut menyibukkan diri ialah Kim Taehyung. Dia dan enam orang kawan serangkainya bukan main seronok lagi bergurau senda, bukan setakat dengan geng sendiri, tapi juga dengan mereka yang lalu lalang di situ. Lagi lagi kaum wanita.

Tch, lelaki.

"Taehyung, nak awek satu," pinta Jimin dengan sisa-sisa tawanya. Tersenyum sinis Taehyung mendengarnya. Kening diangkat.

"Yang macam mana kau nak? Yang lawa, yang pendek-pendek comel, tak pun yang body lawa? Just name it."

Semakin tergelak Jimin dibuatnya. Dah macam bapak ayam Taehyung ni. Padahal, semua tu bekas dia.

"Kalau aku, macam biasalah. Nak yang pendek-pendek comel. Kalau dapat yang body baik pun okey jugak." Jimin tanpa segan-silu menyatakan hasratnya. Taehyung menggangguk sambil tersenyum lebar.

"Ada! Ni seorang awek ni, kau kenal tak? Nama dia Yewon. Ala, budak kelas sebelah kita. Geng-geng Hyerin," jelas Taehyung apabila muka Jimin macam ingat-ingat lupa akan gadis bernama Yewon.

"Oh dia tu. Macam susah je nak dapat. Serius ah kau ni?" Jimin memandang wajah Taehyung yang yakin amat itu. Taehyung memandang sekilas ke arah kawannya yang lain yang masih sibuk bersiul, mengganggu orang di sekitar situ. Dia mengalihkan pandangannya kepada Jimin semula.

"Ini Taehyung lah. Semua mesti jadi punya. Takpe, nanti aku tolong kau. Nak dapat dia memang susah, tapi ada caranya." Taehyung memberi semangat kepada Jimin. Jimin mengetap bibirnya sebelum tersenyum manis.

Aish, awek baru!

◼◼◼

Di suatu sudut yang lain pula, Rachel sedang sibuk mengemas lokernya yang akan ditinggalkan lama sempena cuti akhir tahun nanti. Buku-buku yang sudah tidak digunakan Rachel ganti dengan buku baru.

Setelah memastikan semuanya berada dalam keadaan yang sempurna, Rachel mengunci kemas lokernya. Dia memandang sekeliling. Ramai pelajar yang bebas melakukan apa sahaja, sedangkan guru mereka sudah meminta mereka mengemas loker. Rachel menggeleng kesal melihat gelagat pelajar-pelajar lain yang sudah semestinya membuat kerja pada akhir waktu.

Hm. Inilah dia pelajar contoh Ppalgan Highschool. Rachel Park. Seorang yang sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan. Rachel tak ramai kawan. Walaupun dia seorang yang baik dan sangat bising apabila sudah kenal dengan mendalam, dia cuma mempunyai beberapa kerat kenalan sahaja. Em, mungkin contact dekat telefon pun tak sampai 50 agaknya.

"Rae! Jom teman aku pergi kafeteria kejap."

Muncul dua orang teman baik Rachel, Hana dan Aerin. Hana sibuk melihat mukanya di cermin kecil, manakala Aerin sedang memegang perut tanda lapar.

"Hodoh la rupa macam tu. Tak malu ek?" Rachel menyiku Aerin yang membuat muka buruk apabila memandang Hana yang asyik dengan cermin.

"Tak kesahlah. Yang aku tau aku lapar. Jom lahhhh~" Aerin yang paling mengada mula melembikkan badan. Rachel mencubit lengan Aerin geram.

"Dah, cepat cepat!" Hana yang selesai touch-up rambutnya tiba-tiba paling bersemangat sekali. Dah rasa diri sendiri lawa kot.

"Weh, weh tengok tu."

Jimin dan Taehyung yang berada berhampiran Rachel dan rakan-rakannya mengalihkan pandangan ke arah Jungkook.

"Apa?" tanya Taehyung dengan muka blur.

"Ish! Tu lahh." Jungkook menjuihkan bibir. Mata Taehyung dan Jimin tertumpu ke arah Rachel, Aerin dan Hana. Masih tak faham apa function Jungkook suruh diorang tengok budak bertiga tu.

"Ha, kenapa?" Giliran Jimin pula yang bersuara.

"Taknak try ke? Budak budak tu cantik apa," kata Jungkook. Macam dia tak kenal pula Taehyung dan Jimin, tukar perempuan macam tukar baju.

"Hm. Hana dengan Aerin tu susahlah. Setakat sembang gitu bolehlah, mintak nombor je aku dah mati baru nak bagi kot," keluh Jimin. Bukan dia tak pernah mengayat budak dua orang tu.

"Yang lagi sorang tu, siapa nama?" Taehyung tiba-tiba bertanya.

"Tu? Rachel. Budak kelas Namjoon. Pandai do dia. Takkan tak kenal, budak yang selalu dapat ranking nombor satu," terang Jungkook. Taehyung mencebik.

"Tak kenal pun."

"Ha sekarang dah kenal kan. Pergilah try. Kalau dapat, pergh hari hari Taehyung belajar weh HAHAHAHAH!" Tak tahulah apa yang kelakar sangat, Jungkook ketawa kuat.

"Hm, boleh ke? Budak pandai kot. Dia ada masa ke dengan aku nanti?" Taehyung menjeling sedikit ke arah Rachel dari belakang.

"Alah, itu belakang cerita. Kau kan Taehyung, mana pernah tak dapat apa kau nak, lainlah si Jimin ni. Dah pendek sibuk nak perempuan keliling pinggang." Selamba Jungkook mengutuk Jimin.

"Amboi amboi amboi! Sedapnya mengutuk kita." Jimin memuncungkan bibirnya.

"Hm, sedaplah jugak. Rasa macam tteokbokki."

Pecah lagi tawa mereka bertiga kerana lawak bodoh Jungkook.

◼◼◼

To be continued...

Everyone? Ready for chapter seterusnya?

Vote and Comment ! Masheh !

1/11/2019, 11.03 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro