9 ; miss right?
“ Her bad boy - 9 ”
• Miss Right ? •
⬜⬜⬜⬜⬜
Baby why you far away?
慣れない君がいないと なんかね
何か足りない気がする
ずっと一緒に 人いたいだけなのに
Baby why you far away
I can't get used to you not being here
I feel like something is missing
I just want to be together with you always
- BTS, For You
⬜⬜⬜⬜⬜
Nobody's Pov
"Rachel? Boleh tolong saya tak?"
Rachel yang sedang berjalan dengan Hana berpaling ke arah suara yang menyebut namanya.
"Ada apa, cikgu?" Rachel dengan sopan membalas sapaan Puan Lee.
"Ni, tolong bawakan barang-barang ni ke bilik sukan." Puan Lee menghulurkan sebuah bakul yang dipenuhi dengan bulu tangkis dan bola hoki kepada Rachel. Rachel mengambil lantas memberi isyarat kepada Hana agar pergi terlebih dahulu.
"Terima kasih ya, Rachel." Puan Lee tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada Rachel. Rachel senyum lebar dan angguk sebelum berlalu dari situ.
"Berat pulak benda ni. Apa dah tak ada budak lelaki ke yang cikgu boleh minta tolong? Ishhh." Rachel merungut sendirian apabila bakul itu mula terasa berat. Langkah kakinya dipercepatkan. Terasa bilik sukan yang sering dianggap dekat itu kini berjarak 10 kilometer pula.
"Andwae! Yah, dah la tu. Argh!"
Rachel hampir saja terjatuh di situ, namun sepasang tangan cekap menyambutnya. Bakul yang penuh tadi sudahpun jatuh dan isinya berterabur. 'Sehari tak ada masalah memang tak sah.' Getus Rachel dalam hati. Dia mencarut sendiri.
Pelajar lelaki tahun pertama iaitu freshman berkali-kali meminta maaf kepada Rachel. Akibat dia dan rakannya sibuk berkejaran, Rachel yang menjadi mangsa.
"Dah, jangan sibuk kejar-kejar lagi. Lain kali, tengok sekeliling. Kan dah jatuh noona ni."
Rachel memandang pemilik suara tersebut. Orang yang menyambutnya dari terjatuh. Tinggi betul lelaki ni. Makan apa agaknya?
"Baiklah, maafkan saya sekali lagi, sunbaenim."
Mingyu mengangguk lalu mengibaskan tangannya, menghalau budak lelaki itu. Dia memandang Rachel yang memandangnya tanpa berkelip.
"Aku tahu aku hensem. Tak payah pandang macam tu." Mingyu tunduk lalu mula mengutip bulu tangkis dan bola hoki yang masih berada di atas lantai.
Rachel terasa pipinya membahang dek kata-kata Mingyu tadi. Dia cepat-cepat membantu Mingyu mengutip barang-barang tersebut sambil berkata, "Mana ada saya pandang macam tu."
Mingyu diam. Dia meneruskan perbuatannya sehingga semuanya kembali ke dalam bakul.
"Ni kau nak bawa pergi mana?" tanya Mingyu, dia menghalang Rachel yang ingin merampas kembali bakul itu.
"Bilik sukan. Bagilah saya balik," pinta Rachel namun Mingyu menggeleng laju.
"Kau jalan pun terkedek-kedek, kalau kena langgar lagi baru tahu."
Rachel mencebik. Baru kenal dah poyo semacam. Mingyu mengingatkan dia kepada Taehyung. 'Kenapa aku teringat mamat tu pulak ni?' Rachel ketawa menutup malu dalam hati.
"Teman aku, jom." Mingyu mengajak Rachel namun belum sempat gadis itu membalas, dia sudahpun berjalan meninggalkan Rachel. Rachel menahan geram namun dia ekori juga langkah Mingyu itu.
"Tunggulah! Dasar tiang lampu!"
"Mworago?! Tiang lampu?!" Hampir mencarut Mingyu mendengar nama panggilan itu. Rachel ketawa perlahan. "Ha, macam tulah. Janganlah jalan laju sangat."
"Haish, perempuan ni. Cepat sikit." Mingyu menggulingkan biji matanya sebelum berjalan beriringan dengan Rachel.
"Awak ni, garang sangatlah. Cuba senyum sikit." Rachel menegur Mingyu apabila mereka sudah keluar dari bilik sukan. Kini, mereka beriringan pulang ke blok pelajar tahun akhir.
"Taknak. Kalau aku senyum nanti habislah," Mingyu menjawab selamba.
"Apa yang habis pulak?"
"Kau."
"Ha? Kenapa pulak?" Pelik Rachel, dia tak faham.
"Lembab betul. Habislah kau, nanti kau jatuh cinta pulak tengok aku senyum." Mingyu menjawab tanpa riak. Bersahaja.
"Kepala otak awaklah, tiang lampu. Tak adanya saya nak jatuh cinta," bidas Rachel kasar. Mingyu memandang Rachel yang hanya tinggi paras bahunya.
"Aku bukan tiang lampulah! Nama aku Mingyu." Mingyu berkata dengan geram.
"Eo? Yeke? Ingatkan tak ada nama, nametag pun tak ada." Rachel memandang blazer Mingyu yang kosong, langsung tak ada lencana apatah lagi tanda nama.
"Suka hati akulah nak pakai nametag ke tak."
"Apa-apa jelah, Mingyu. Saya masuk kelas dulu." Rachel mengetuk pintu sebelum masuk ke kelasnya, meninggalkan Mingyu berseorangan.
"That girl is really something." Mingyu kini tersenyum, namun dalam satu saat sahaja, kemudian wajahnya bertukar serius kembali.
Kelas 18-A
Taehyung mengecilkan mata, memerhati kelibat Mingyu yang berjalan di sebelah Rachel. Rachel yang sudah masuk ke kelas itu dipandangnya tajam. Guru mereka menyambung pelajaran namun Taehyung masih tidak melepaskan pandangannya kepada Rachel.
Rachel yang berasa tidak selesa membuat isyarat, 'Kenapa?' pada Taehyung. Suka betul pandang dia macam nak telan.
"Kau pergi mana dengan Mingyu tadi?" tanya Taehyung tanpa berkias. Rachel mengeluarkan alat tulis sambil menggeleng.
"Mana ada pergi mana-mana," jawab Rachel. Dia mula menyalin nota yang diberikan oleh cikgu dengan pantas, bimbang terlepas.
"Tipu. Cakap betul-betul dengan aku." Taehyung masih tidak mengalah. Rachel hanya diam.
"Cherry, jawablah aku tanya ni." Taehyung mengambil pen di tangan Rachel. Rachel merengus geram.
"Jangan kacau sayalah, Taehyung." Rachel menggapai tangannya untuk merampas kembali pennya, namun Taehyung lebih pantas mengalihkan tangannya, menjauhkan pen dari Rachel.
Rachel mencubit lengan Taehyung.
"Argh!" Kuat betul suara Taehyung. Tumpuan seluruh kelas kini tertumpu kepadanya.
"Ada apa-apa masalah ke Kim Taehyung ssi ?" Cikgu mereka mengangkat kening, pelik dengan sikap anak muridnya itu.
"Rachel ni ha, dia sibuk kacau saya cikgu." Taehyung menipu sambil membuat muka geram kepada Rachel.
"Eh? Mana ada, cikgu." Rachel cuba menafikan.
"Rachel, kalau kamu pandai tak bermakna kamu boleh kacau kawan kamu yang nak belajar. Berdiri kat luar sekarang!" Cikgu tersebut mengarahkan dengan rasa kesal. Rachel mengeluh. Dia bangun dan menjeling Taehyung. Taehyung menjelir lidah kepada Rachel sebelum berpaling ke hadapan.
"Maafkan saya, cikgu." Rachel menunduk tanda maaf sebelum melangkah keluar dari kelas.
"Pssst."
Taehyung buat tidak tahu. Malas melayan Jimin yang sibuk nak berbisik itu.
"Pssst!" Makin kuat pula Jimin memanggil. Taehyung menoleh dengan pandangan 'Apa?'
"Rachel buat apa dekat kau?" bisik Jimin sambil pura-pura menyalin nota. Takut juga kantoi dengan cikgu.
"Tak buat apa pun. Saja buli dia." Taehyung tersengih, menampakkan senyuman petaknya.
"Ish, tak baiklah. Budak tu nak belajar tahu tak?" Jimin mencebik, tidak setuju dengan cara Taehyung membuli Rachel.
"Sekali-sekala. Alah, nanti pandai-pandailah dia catch up sendiri. Budak pandai katakan." Taehyung membalas selamba. Langsung tidak memikirkan baik dan buruk.
Jimin diam. Malas melayan kerenah Taehyung yang tak matang itu.
"Cikgu?" Taehyung mengangkat tangannya.
"Ya, kenapa Taehyung?"
"Saya nak pergi tandas."
Setelah mendapat kebenaran, Taehyung keluar dan menarik tangan Rachel agar mengikutnya. Rachel membulatkan matanya.
"Taehyung! Awak dah gila ke? Cikgu ada dalam kelas, lah." Rachel cuba menarik tangannya namun tidak berjaya. Dia mengikut langkah Taehyung sehinggalah mereka tiba di rooftop bangunan. Taehyung melepaskan tangan Rachel.
Rachel mengikut Taehyung, mereka duduk melunjur kaki keluar dari lantai rooftop tersebut. Masing-masing senyap melayan perasaan.
"Taehyung? You buat apa dekat sini?"
Rachel dan Taehyung menoleh. Kelibat seseorang yang berada lebih kurang 5 meter dari mereka dipandang serentak.
◼◼◼
To be continued...
Agak-agak siapa agaknya? Hehehe~
Vote and comment <3
9/5/2020, 1.19 a.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro