8 ; rachel's past
“ Her bad boy - 8 ”
• Rachel's Past •
⬜⬜⬜⬜⬜
넌 내 하나뿐인 태양 세상에 딱 하나
널 향해 피었지만 난 자꾸 목말라
너무 늦었어 늦었어 너 없이 살 순 없어
가지가 말라도 더 힘껏 손을 뻗어
You're my sun, one and only in this world
I bloom for you, but you make me thirsty
It's too late, too late, I can't live without you
Even if I'm drying out, I try harder to reach you
- BTS, Run
⬜⬜⬜⬜⬜
Rachel's Pov
"Sekejap!"
Loceng yang berbunyi dua kali membuatkan aku terperanjat seketika. Aku mencapai getah rambut yang terletak di atas meja belajar dan mengikat rambut dengan gaya messy bun sebelum membuka pintu rumah.
Tadaaa, berdiri Taehyung dengan sebuah plastik di tangan kanannya. Aku menjemputnya masuk.
"Apa ni?" tanyaku sambil menyambut huluran plastik tersebut daripada dia.
"Bukalah." Taehyung menjawab malas.
Aku minta dia duduk di sofa yang lusuh untuk ke dapur sebentar. Dia hanya menurut tanpa banyak bunyi dan mengeluarkan telefonnya.
Aku membuka plastik dan kelihatan sebuah kotak piza bersaiz sederhana. Aku senyum sendirian, ada adab juga rupanya dia, bawa buah tangan datang rumah orang.
Aku terus bancuhkan satu jag air anggur, untuk dihidangkan bersama piza tersebut. Ramyeon yang sudah mendidih pun aku hidang. Aku letak semua atas meja dengan tersusun dan panggil Taehyung.
"Wah, ramyeon!" Persis budak kecil, Taehyung kelihatan teruja apabila nampak ramyeon yang aku hidang. Aku tertawa melihat telatahnya. Comel.
"Kita makan dululah ya? Lepas makan, kita buat kerja," beritahu aku pada dia, tanganku cekap menyenduk ramyeon ke dalam mangkuk. Aku hulurkan pada dia.
"Tak kesah. Lagipun aku lapar, tak sempat makan lagi."
Aku duduk dan mula makan bersamanya. Keadaan senyap seketika. Dia kelihatan sungguh berselera menjamah makanan, dan aku rasa senang melihat dia begitu.
"Mana mak ayah kau? Tak ajak makan sekali?" Tiba-tiba Taehyung bertanya, memecahkan kesunyian. Aku pandang dia dan senyum tawar.
"Mak ayah saya dah tak ada," jawabku ringkas.
"Oh, maaf. Aku tak bermaksud nak—" Dia cepat-cepat bertukar riak kepada simpati.
"Tak apa. Saya dah biasa." Aku potong dia. Dia kelihatan serba salah dengan pertanyaannya tadi.
"Tapi, mesti kau terasa."
"Taehyung, tak ada apa-apalah. Saya okay." Aku senyum, kali ni lebih ikhlas dari tadi.
"Kalau kau tak kesah, kau boleh cerita kat aku. I can be your listener." Dia menggapai tangan kananku dan mula mengenggam dengan erat. Aku rasa nafasku terhenti seketika.
Aku pandang mata dia dan dia juga memandangku tepat ke arah mataku. Aku menundukkan pandangan, terasa jantungku berdetak laju.
"Mak ayah saya terlibat dalam kebakaran lebih kurang enam tahun lepas. Saya antara orang yang terselamat dalam kebakaran besar tu, mak ayah saya dua-dua tak dapat diselamatkan." Aku memulakan ceritaku. Sejujurnya, aku tak pernah cerita pada siapa-siapa, kecuali Hana dan Aerin. Taehyung merupakan orang ketiga yang mendengar cerita aku.
"Macam mana boleh terbakar?" tanya Taehyung. Dia membelai rambut panjangku dengan lembut, cuba menenangkan aku yang hampir menangis.
"Sa— saya cuma tahu semuanya ada motif dendam. Ada orang cuba rampas harta keluarga saya. Tapi sampai sekarang, saya tak tahu siapa. Saya takut, sebab saya satu-satunya pewaris harta keluarga saya. 21 September tahun depan, semuanya akan jatuh ke tangan saya sebab saya dah cukup umur. Pendendam tu masih berkeliaran, tak dapat ditangkap. Saya takut mereka apa-apakan saya nanti."
5 Ogos 2014 (Nobody's Pov)
"Anak kita! Sayang, mana anak kita?!" Menggeletar Yura bertanya pada suaminya. Api yang semakin marak dipandangnya sayu. Apalah yang mampu dibuat oleh gadis berusia 12 tahun itu dalam situasi begini?
"Rae minta pergi tandas tadi. Tandas di tingkat ni tutup, jadi saya suruh dia turun ke tingkat bawah," jawab Yeonjun. Dia turut risau dengan nasib anak perempuan tunggalnya itu.
"Macam mana kalau dia terperangkap dekat mana-mana? Saya risau." Air mata Yura mengalir sebelum Yeonjun menarik isterinya itu ke dalam pelukan.
"Jangan risau, okay? Tingkat bawah ada ramai pekerja kita. Tentu mereka boleh selamatkan Rachel," kata Yeonjun, cuba menenangkan isteri kesayangannya itu.
"Kita macam mana?" Perlahan Yura bersuara, tangisannya semakin berlagu.
Yeonjun terdiam. "Saya tak boleh buat apa-apa. Awak nampak kan, kat luar bilik tu macam mana? Kita takkan berjaya keluar. Buat masa ni, kita tunggu bantuan tiba." Yeonjun tersenyum pasrah pada Yura. Yura mengangguk dan memeluk suaminya dengan lebih erat.
Api yang semakin marak itu sedikit demi sedikit memasuki bilik Yeonjun. Yeonjun dan Yura hanya mampu membisikkan kata-kata semangat dan cinta pada masing-masing sebelum api menghentam tubuh mereka.
Ya, Yura dan Yeonjun terkorban dalam kebakaran itu, meninggalkan Rachel, satu-satunya cahaya mata mereka.
◼◼◼
Rachel yang terduduk di tepi bangunan syarikat ayahnya itu menangis kuat.
"Omma! Appa! Rae nak omma!" Rachel menolak dua orang pekerja perempuan di syarikat ayahnya yang cuba menenangkannya. Dia menangis memikirkan nasib hidupnya selepas ini.
"Rachel sayang, kamu kuat kan? Jangan menangis sayang, omma dengan appa baik-baik saja." Hyewon yang merupakan staf paling lama berkhidmat dengan syarikat keluarga Park itu menghampiri anak pengerusi syarikatnya. Dia mengelap air mata Rachel.
"Auntie, lepas ni Rae macam mana? Rae nak duduk dengan siapa?" Rachel memeluk Hyewon yang memang dikenalinya.
"Nanti auntie tolong kamu ya. Jangan risau, nenek kamu dah dimaklumkan. Nanti auntie bawa kamu balik kampung, okay?" Hyewon mengelus rambut Rachel yang keperangan seperti ibunya.
"Omma dengan appa macam mana?" Polos saja Rachel bertanya.
"Dengar sini ya, Rachel. Omma dengan appa kamu dah tak ada. Banyakkan bersabar ya, sayang. Semoga mereka tenang di sana."
Dan tidak kedengaran lagi suara gadis itu melainkan tangisannya yang meluluhkan hati ramai orang di sekitarnya.
◼◼◼
Back to present and Rachel's Pov
"Kau tak ada saudara-mara yang lain ke?" Taehyung menyoalku, aku lap air mataku sebelum geleng perlahan.
"Saya rasa tak ada sebab memang kedua-dua mak ayah saya anak tunggal. Dulu, saya tinggal dengan nenek, tapi dia dah meninggal dunia dua tahun lepas." Aku menjawab dengan sisa tangisan.
"Jadi dah dua tahun lah maksudnya, kau cuma hidup sendiri?" Taehyung masih memandangku, dia mengusap kepalaku, simpati agaknya.
"Ya, saya tak ada siapa-siapa melainkan Auntie Hyewon. Tapi dia duduk dekat Incheon, jadi kadang-kadang je boleh jumpa dia."
"Company keluarga kau, macam mana?" tanya Taehyung lagi. Dia nampak berminat sangat dengan cerita aku. Membuatkan aku terfikir adakah dia memang seorang pendengar yang baik?
"Auntie Hyewon yang uruskan. Dia kata dia cuma jalankan amanah dia, dan saya akan uruskan bila sampai masanya," jawabku mengakhirkan kisah hidupku yang agak sedih.
"Cherry, aku nak kau tahu yang kau memang seorang yang kuat. Bukan semua orang boleh lalui apa yang kau lalui." Taehyung menjarakkan dirinya dariku dan aku rasa wajahku berbahang akibat malu. Punyalah sibuk bercerita, tak sedar yang kami terlalu rapat.
"Geurae. Saya patut teruskan hidup walaupun saya sedih. Saya tak mampu buat apa-apa pun sebab benda dah jadi." Aku menyuap piza ke dalam mulut. Taehyung hanya berdiam, menghabiskan makanan.
"Makan cepat sikit. Aku pergi buat kerja dulu." Taehyung bangun dan berlalu ke meja di ruang tamu. Aku cepat-cepat menghabiskan makanan yang masih tersisa dan mengemas apa yang patut.
◼◼◼
To be continued...
Sorry for the delay update ❤ Thanks for 100 votes! Stay tune for more and don't forget to vote ya.
04/05/2020, 08.28 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro