70 ; family
" Her Bad Boy - 70 "
• Family •
⬜⬜⬜⬜⬜
매번 같은 하루들 중에 (들 중에)
너를 만날 때 가장 난 행복해 (행복해)
매번 다른 일상들 속에 (들 속에)
너란 사람은 내게 가장 특별해 (특별해)
Every time during the same day
I am the happiest when I meet you
Every time even in a different everyday life
You're the most special person to me
- BTS, Telepathy
⬜⬜⬜⬜⬜
Rachel's Pov
Sekali-sekala aku berpusing, memandang ke arah Taehyung yang sedang duduk di meja makan. Agak pelik melihat dia yang asyik memerhati gerak-geriku dari tadi. Buang tabiat ke apa?
Sebuah mangkuk berisi bubur ayam yang masih panas aku letak di hadapannya. Entah mana silapnya, dia dilanda demam panas. Tak ke syarikat dah dua hari, omma dengan appa pun naik risau.
"Thank you," tuturnya dengan nada serak. Memang seksi bunyinya tapi dia tengah sakit. Aku duduk di sampingnya dan mula perhati dia yang menyuap bubur sudu demi sudu.
"Nak sikit?" tanya Taehyung apabila aku pula yang memerhati dia tak lepas. Aku geleng.
"Tengok awak makan berselera macam ni pun saya dah kenyang," jawabku lantas sengihan aku tujukan padanya. Taehyung mencebik.
"Awak makan sampai habis, eh? Saya nak pergi buat kerja sikit." Aku bangun dari kerusi. Taehyung cepat-cepat tarik tangan aku dengan muka sedih.
"Kenapa ni?"
"Teman..." pinta Taehyung, masih dengan muka sedih. Alahai, suami siapa ni?
"Saya ada kerja. Esok kan saya kena pergi mahkamah?" Aku menolak pelawaannya dengan senyuman manis dan dia lepaskan tangan aku. Suapan diteruskan dengan bibir dia memuncung.
Aku tergelak dan berlalu pergi. Nantilah aku pujuk. Biar dia habis makan dulu.
Naik ke atas, aku pilih untuk masuk ke dalam bilik kerja yang menempatkan semua fail-fail kes yang aku kendalikan, lengkap dengan meja dan kerusi. Selesa untuk buat kerja di situ, tak ada gangguan Taehyung dan Hyunsuk.
Hampir sejam aku bertapa di situ dengan fail-fail yang berselerak dan komputer riba yang hampir habis bateri, tiba-tiba Taehyung muncul. Dia menghampiriku dan meneliti hasil kerjaku.
"Kenapa, Tae? Awak nak apa-apa ke?" tanya aku bila dia datang ke sini. Mataku masih tertancap pada skrin komputer riba.
"Nak isteri aku." Taehyung memuncungkan bibir, meraih perhatian dari aku. Dia memang macam manja semacam sejak-sejak dia demam ni.
Aku sengih sebelum menjawab, "Sekejap, sikit je lagi."
Taehyung tak berputus asa, kali ini dia merampas tetikus di tanganku dan dia save kerja aku tadi sebelum dia tutup komputer riba itu. Aku pandang dia tak puas hati.
"Your hubby comes first than your work," kata Taehyung dengan wajah serius. Eii, rasa nak lempang je muka dia, biar tak kacak dah!
"Tae! Dah nak petang dah, saya kena siapkan sebelum esok! Klien saya kali ni penting tau!" bentak aku lantas aku ambil semula tetikus yang ada di tangannya. Dia ingat kerja tu main-main ke?
"Then, berhenti. Quit your work and be my housewife," ujar Taehyung dengan suara dalamnya. Matanya bertaut dengan mataku yang memandangnya tajam.
"Mana boleh macam tu. Ini kan kerja saya..." balasku perlahan, tak mahu dia bulatkan keputusan untuk minta aku berhenti kerja. Aku meredupkan pandangan mata dan automatik Taehyung mengeluh.
"I know, tapi aku serius. Berhenti kerja. Boleh?" tanya Taehyung dan aku mencebik. Tak setuju. Mana mungkin aku pilih untuk tinggalkan kerjaya aku yang satu ni?
"Jawablah," desak Taehyung apabila aku masih membisu. Nak jawab apa agaknya?
"Kau dah terlalu sarat, Cherry-ah. Dah nak masuk 8 bulan, right? Aku tak nak kau terus bekerja dalam keadaan macam ni," sambung Taehyung, katanya lembut berbaur kerisauan.
"Look? Saya okeylah, tak ada apa yang perlu dirisaukan. Memang dah kerja saya, apa saya boleh buat? Besides, it's not like my work is related to anything dangerous. Cuma pergi mahkamah, atau buat kerja penyelidikan di rumah. What's there to worry about?" balasku lantang, sedaya upaya aku cuma pertahankan pendapat aku kali ini.
Aku lihat Taehyung mengeluh, wajahnya ditundukkan menghadap lantai. "Memang degil," katanya perlahan namun aku dengar dan tertawa kecil. Memang tak boleh lari dari perangai yang satu tu kan?
"Rachel, dengar cakap aku. Kali ni je." Taehyung mengangkat muka, dan memandangku dengan pandangan yang dingin. Aku menjongketkan kening, baru ingat aku berjaya buat dia mengalah.
"No... you know how much it takes me to be here. Berapa banyak masa saya dah habiskan untuk kerja saya ni? Berapa banyak benda saya tinggalkan untuk capai cita-cita saya ni? Semua tu, awak tak fikir?" Aku membalas lembut, tak mahu tiba-tiba pergaduhan tercetus. Tambahan pula, Taehyung memang tak suka kalau kami berbincang dalam suasana yang tegang.
"Tahu, sayang... If not, be a private prosecutor instead, tak perlu jadi prosecutor awam macam sekarang. Kau cuma ambil beberapa kes, bukan semua macam sekarang. Lagipun, kita ada enough money, kan? Actually, kau tak payah kerja pun kita masih mampu. Lepas ni, siapa nak jaga anak-anak kita kalau aku kerja, dan kau pun kerja? Ada kau fikir yang tu?"
Aku terdiam. Ada betulnya juga kata-kata Taehyung itu. Perut aku yang semakin memboyot aku sentuh perlahan. Ya, siapa nak jaga baby ni nanti? Sedangkan Hyunsuk pun banyak kali dihantar ke rumah neneknya kalau aku berkejar ke mahkamah, takkanlah newborn baby ni pun macam tu?
"Cherry, aku bukan nak halang kau teruskan cita-cita kau, jauh lagi nak musnahkan semuanya. Sekarang aku nak kau jawab, mana yang lagi penting? Family or work?"
"Family." Aku menjawab lambat-lambat. Bibirku memuncung dan Taehyung senyum kecil. Kepalaku diusap perlahan oleh dia.
"Jadi?"
"Saya ikut cakap awak..." kataku lagi. Kepalaku anggukkan perlahan, tanda aku serius.
"That's my wifey."
◾◾◾
Nobody's Pov
Beberapa minggu berlalu, dan kini Rachel hanya menunggu masa untuk bersalin. Atas permintaan Taehyung, Rachel bercuti dari kerjanya buat beberapa bulan. Lepas ni, dia akan aktif semula bekerja, hanya sebagai private prosecutor dan bukannya pendakwa raya awam.
"Ish, sayang! Dah tak kerja pun sibuk buat itu ini. Cuba duduk diam-diam!"
Taehyung yang menapak ke dapur itu cepat-cepat mencapai Rachel yang baru saja ingin membasuh pinggan mereka makan malam tadi. Terpinga-pinga Rachel dibuatnya apabila dia ditarik dan didudukkan di ruang tamu.
"Duduk diam-diam okey? Biar aku yang basuh pinggan tadi," ujar Taehyung sebaik saja Rachel memandangnya dengan muncung panjang. Tak suka dilayan begini! Dia boleh saja buat kerja-kerja rumah, bukannya susah pun.
Beberapa minit kemudian, Taehyung pun siap membasuh pinggan. Dengan peluh-peluh di dahi, dia hampiri Rachel. Isterinya itu tergelak, kelakar pula tengok Taehyung basuh pinggan sampai berpeluh sakan. Macam baru lepas lari maraton!
"Aigoo, kasihan suami saya ni. Tulah, sibuk nak buat kerja. Meh sini, duduk." Rachel menggapai lengan Taehyung dan kemudian lelaki itu duduk di samping Rachel di sofa itu.
"Baby sihat tak?" tanya Taehyung sambil berbaring sisi Rachel. Dia memegang perut Rachel yang semakin membesar, membuatkan isterinya itu asyik dilanda lenguh pada kaki dan juga belakang badannya. Tapi, tak apa. Sebagai suami yang mithali Taehyung selalu tolong urutkan!
"Sihat, papa. Papa tak penat ke hari-hari tanya benda sama?" jawab Rachel, tangannya mengusap perlahan rambut Taehyung yang panjang menutupi dahinya. Taehyung tergelak mendengar soalan Rachel itu.
"Mana ada penat. Permata hati, kena jaga elok-elok," balas Taehyung, begitu manis sehingga menyebabkan Rachel menggulingkan anak mata. Taehyung tergelak sekali lagi.
"Sayang ada teringin nak makan apa-apa?" tanya Taehyung tiba-tiba. Rachel sengih dan menggeleng.
"Makan apa lagi? Kita baru je habis makan kan?"
"Manalah tahu, ada mengidam apa-apa ke."
"Kim Taehyung, saya ni dah masuk 9 bulan tau. Apa yang nak mengidam lagi?"
Taehyung tergelak melihat wajah cemberut Rachel. Aduhai, kelakar sungguh soalan pun. Ada ke orang yang mengidam waktu dah nak melahirkan? Kalau ada pun, orangnya bukan Rachel. Dia hanya mengidam pada usia awal kandungan. Lepas 4 bulan, dia dah tak ada mengidam apa-apa.
"Okey, okey. Ish! Aku gelak je kan?" Taehyung mencebik pula apabila tangan ketam Rachel hinggap di lengannya apabila dia tak berhenti gelak. Payah betul, nak gelak pun kena cubit dengan isteri sendiri.
"Awak ni, annoying!" bentak Rachel lantas dia bangun dari sofa itu. Meluru naik ke atas dengan Hyunsuk.
"Nak pergi mana tu?" tanya Taehyung sambil bangun dari baringan. Apalah nasib, kena tinggal pula dekat situ seorang diri.
"Tidurlah! Tak nampak ke pukul berapa tu?" laung Rachel dari tingkat atas, automatik Taehyung tersengih. Dah pukul 10.30 malam rupanya.
◾◾◾
"Awak!" Rachel mencengkam lengan Taehyung dengan kuat, membuatkan Taehyung terbangun dari tidur. Dia memandang Rachel yang berkerut dahi, tangan yang sebelah lagi memegang perut.
"Kenapa?" tanya Taehyung yang masih belum sedar sepenuhnya. Terkelip-kelip dia melihat Rachel yang sudah berpeluh itu.
"Perut saya, sakit."
"Ha? Pergilah tandas, itu pun nak kena ajar ke?" Taehyung berura-ura untuk baring semula, namun lengannya sekali lagi dicengkam oleh Rachel membuatkan tindakannya terhenti.
"Bukan sakit perut tulah! Saya rasa... saya nak bersalin," kata Rachel laju, sungguh rasa sakit yang teramat. Taehyung membuka matanya luas.
"Sekejap, aku siapkan apa yang patut."
Serentak itu, Taehyung bangun dan meluru mendapatkan beg yang sudah siap berkemas sejak beberapa hari lepas, dengan segera dia meletakkan beg itu ke dalam kereta yang sudah dihidupkan. Kemudian, dia mendukungl Hyunsuk yang masih lena masuk ke tempat duduk belakang kereta itu.
"Jom! Boleh jalan tak?" tanya Taehyung sebaik saja dia masuk semula ke dalam bilik. Rachel mengangguk perlahan sebelum dia dibantu oleh Taehyung untuk bangun.
"Jalan elok-elok, sayang," pesan Taehyung, memastikan isterinya itu baik-baik saja. Tak mahu dia tersalah langkah pula.
◾◾◾
"Rachel! Kamu okey?" Puan Kim meluru masuk ke dalam wad yang menempatkan Rachel. Dia berasa sungguh risau apabila Taehyung menelefon dan memaklumkan bahawa Rachel telah dimasukkan ke dalam hospital kerana dia mengalami sakit-sakit tanda bersalin. Tepat pukul 8 pagi, terus dia ajak suaminya ke hospital.
"Okey, omma. Belum boleh bersalin lagi, doktor kata." Rachel mengusap perlahan tapak tangan Puan Kim yang menggenggam tangannya itu. Hakikatnya, dia memang rasa sakit yang teramat namun malang sungguh, bukaannya belum cukup lagi.
"Sabar ya, sayang. Tak lama lagi kamu akan okey saja." Puan Kim cuba menenangkan Rachel yang memang tak selesa langsung. Dia tak boleh melelapkan mata langsung sejak tiba di hospital pada jam 4 pagi akibat sakit yang mencucuk-cucuk itu.
"Tae, biar omma jaga Hyunsuk. Dah sarapan belum ni?" tanya Puan Kim kepada Taehyung pula. Taehyung geleng tanda belum.
"Omma bawa Hyunsuk turun makan boleh? Kasihan dia, lapar dari tadi." Taehyung menyuakan tangan Hyunsuk pada ibunya, dan Hyunsuk menurut. Dia memimpin tangan neneknya dengan perlahan.
"Okeylah. Kamu nak pesan apa-apa tak? Biar omma belikan je, takkan nak tinggal isteri kamu kat sini seorang."
"Belikan apa-apa jelah, Tae tak kesah."
Puan Kim mengangguk, sebelum dia dan Tuan Kim sama-sama turun ke bawah dengan Hyunsuk untuk sarapan. Taehyung mendekati Rachel dengan tatapan risau.
"Sakit sangat ke?" tanya Taehyung prihatin, tangannya naik mengusap rambut Rachel yang sudah serabut. Taehyung mengambil getah rambut Rachel, lantas dia sanggulkan rambut Rachel kemas-kemas.
Rachel mengangguk. Sakitnya tak boleh diterangkan dengan kata-kata. Cukup sekadar dahinya berkerut dengan manik-manik peluh terbit di situ.
"Tae, kalau saya ada buat salah dengan awak, saya minta maaf ya?" Rachel menggapai tangan Taehyung dan dia genggam seerat mungkin. Taehyung tersenyum kecil, ubun-ubun Rachel dikucupnya perlahan.
"Kau tak ada salah dengan akulah. Kalau ada pun, aku sentiasa maafkan. You'll be fine, sayang. Aku ada kat sini."
Rachel tersengih sedikit mendengar jawapan Taehyung tadi. Baru saja dia ingin menjawab, tiba-tiba dia terasa sakit lagi sekali. Terus dia menunduk dan memegang perutnya.
"Cherry? Air ketuban dah pecah ni!" jerit Taehyung apabila menyedari ada air yang mengalir di betis Rachel. Terus dia berlari memanggil doktor.
◾◾◾
"Hai, sayang. How are you?" tanya Taehyung seraya duduk di kerusi yang ada di sebelah katil Rachel. Syukurlah, semalam isterinya sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan dengan berat 3 kilogram. Bayi itu comel dan kulitnya putih kemerahan, macam kulit ibunya.
"I'm good. Baby mana?" Rachel tercari-cari si kecil yang tiada dalam dukungan Taehyung sewaktu dia mencelikkan mata. Taehyung bangun dan mengambil bayi itu dari pegangan Seokjin yang datang melawat dengan isterinya, Aerin. Ahli Bangtan yang lain pun semuanya ada, sibuk nak tengok bayi yang baru dilahirkan itu.
"Ni. Memandangkan kau dah bangun, jom kita pilih nama dia. Boleh aku pergi daftar kejap lagi," cadang Taehyung sebaik saja bayi itu mendarat di lengan ibunya. Taehyung senyum saja melihat Rachel mengusap pipi si kecil itu dengan lembut.
"Awak ada idea ke?"
"Ada! Aku nak namakan dia Kim Chaeri."
"Hei, itu nama saya! Tak boleh!" Rachel menggeleng, tidak setuju dengan cadangan itu.
"Sayang, nama kau Rachel kan? Apa pula nama kau Chaeri?" Taehyung mengerutkan dahi sementara Rachel sudah menggeleng lagi.
"Lainlah! Nama tu sama sangat dengan nama yang awak selalu panggil saya, nanti tak special..." Di hujung ayat, Rachel memuncung. Taehyung tergelak, dengan anak sendiri pun berkira!
"Alah, gurau je. Okey, kita namakan dia Kim Hanna. Boleh?" cadang Taehyung lagi, kali ini tidak main-main macam tadi. Rachel berfikir sejenak sebelum dia menganggukkan kepala.
"Sedap juga nama tu."
"Papa! Nak tengok adik!" Hyunsuk yang dari tadi melekat dengan Pakcik Jimin meluru ke arah Taehyung dan Rachel. Rachel ketawa kecil, sebelum Hyunsuk diangkat naik ke atas katil oleh Taehyung. Hyunsuk mengesot dan menghampiri Hanna.
"Annyeong, oppa. Nama adik ni, Hanna." Tangan Hanna digerakkan perlahan oleh Rachel, menunjukkan bayi itu sedang melambai pada Hyunsuk. Hyunsuk tersengih sebelum dia mencium pipi gebu Hanna.
"Hanna! Lepas ni kita boleh main sama-sama!" kata Hyunsuk penuh teruja. Tak sabar nak bermain dengan adiknya nanti.
"Boleh, Hyun. Tunggu adik besar sikit, baru boleh main dengan dia. Okey?" Rachel menyampuk, tangannya mengusap kepala Hyunsuk yang akan menginjak ke usia dua tahun tak lama lagi.
"Okey, mama! Hyun sayang adik!"
◾◾◾
Tiga hari kemudian, Rachel dibenarkan untuk pulang ke rumah. Buat sementara waktu, Puan Kim mengerah mereka untuk tinggal di rumahnya, agar dia boleh tengok-tengokkan keadaan Rachel berpantang. Taehyung dan Rachel bersetuju, senang hati dengan pelawaan tersebut. Lagipun, kalau duduk di rumah mereka pasti lebih susah, dengan Hyunsuk yang semakin membuas, tak terlarat Rachel nanti.
"Taehyung cuti sampai bila?" tanya Tuan Kim sebaik saja mereka memasuki pintu rumah. Taehyung sengih sedikit sebelum menjawab, "Esok dah masuk kerja. Kasihan pula Jimin yang kena handle semua seorang. Lagipun ada banyak projek tu, lebih baik Tae sendiri yang uruskan."
"Lah, ambillah cuti lebih sikit. Isteri kamu baru sangat bersalin, duduk jelah rumah tengokkan dia sekali," balas Tuan Kim dan Taehyung memandang Rachel. Gadis itu sekadar mengangkat bahu.
"Err... tengoklah dulu macam mana. Kalau tak, Tae balik awal sikit dari biasa. Tak elok pula tinggal lama-lama, nanti apa pulak pekerja kata?" Taehyung ketawa sedikit. Tuan Kim tersenyum nipis.
"Kalau dah itu kata kamu, appa ikutkan saja. Semuanya terpulang pada kamu berdua," jawab Tuan Kim. Tersenyum lebar Taehyung dan Rachel, gembira mendengar ayat orang tua itu.
"Lepas ni, kamu kena jaga makan tau Rachel. Omma akan pastikan Aunty Jung dan omma sendiri masakkan makanan yang sesuai untuk ibu berpantang macam kamu."
"Oh ya ke? Terima kasih, omma. Susah-susah je. Rae terhutang budi dengan omma." Rachel menghadiahkan sebuah senyuman penuh manis kepada Puan Kim dan wanita tua itu memaut bahunya mesra.
"Tak ada apa nak disusahkan pun. Kamu kan anak omma, isteri anak omma pula tu. Dah jadi tanggungjawab omma juga kan?" balas Puan Kim pula. Sungguh dia tidak rasa langsung susah untuk menjaga Rachel berpantang. Lagipun gadis itu baru bersalinkan cucunya. Lagilah dia seronok, boleh tengok cucu dia sekali.
"Yelah, omma. Boleh tak Tae bawa isteri Tae naik sekarang?" pinta Taehyung lantas dia tergelak. Wajah cemberut Puan Kim tayangkan buat Rachel turut tertawa.
"Naik jelah! Omma tak halang pun?" ujar Puan Kim, sedikit mencebik di hujung ayatnya. Tuan Kim pun tergelak sekali melihat telatah mereka.
"Jangan marah-marah omma, nanti cepat tua!" Taehyung tergelak sebelum Puan Kim mencapai kusyen dan membaling tepat pada Taehyung. Taehyung menyambut dan mencebik.
"Jangan sampai omma tumbuk kamu pula," kata Puan Kim. Matanya mencerlung tajam kepada anaknya yang duduk di sofa berhadapan dengannya. Ada juga dia buka gelanggang gusti dekat ruang tamu itu.
"Yelah, yelah. Tae naik dulu. Cherry, jom!" ajak Taehyung dengan ceria. Hanna yang berada di atas riba Rachel diangkat dan pipi bayi itu diciumnya lembut. Hanna berkalih sedikit, mungkin terasa tidurnya terganggu.
"Rae naik dulu ya, omma, appa," beritahu Rachel dengan sopan. Puan Kim dan Tuan Kim hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Hyun nak naik ke dengan mama ke nak duduk bawah dengan nenek?" tanya Rachel kepada Hyunsuk yang dari tidak bersuara. Maklumlah, diberi telefon bimbit yang memaparkan video kartun yang diminatinya, terus tak pedulikan keadaan sekeliling.
"Duduk sini jelah, mama. Tapi kejap," balas Hyunsuk. Dia bangun dan menarik baju Taehyung. "Papa, nak tengok adik!"
Taehyung pun menunduk dan menyua Hanna yang ada dalam pegangannya kepada Hyunsuk. Hyunsuk mencuit pipi Hanna sebelum dahi Hanna diciumnya. Taehyung ketawa kecil.
"Okey, dah. Bye Hanna! Tidur lena," ucap Hyunsuk lembut. Rachel tersenyum, rasanya Hanna pasti sangat terharu kerana mendapat abang sebaik Hyunsuk. Comel saja anak sulung mereka itu.
◾◾◾
Malam itu, Taehyung keluar sebentar untuk berjumpa dengan Bangtan. Rachel dan Hyunsuk sedang duduk bersama di dalam bilik, dengan Hanna yang sedang disusukan oleh Rachel.
"Mama, Hyun nak tanya boleh?" Tiba-tiba Hyunsuk bersuara apabila Rachel ralit termenung. Terus dia memandang Hyunsuk dengan senyuman nipis terukir di bibirnya.
"Tanyalah, apa dia?" balas Rachel lembut. Keningnya terangkat sedikit melihat Hyunsuk yang menunduk memandang lantai. Mukanya pun muram saja. 'Ada apa yang tak kena?' getus Rachel dalam hatinya. Naik risau pula dia.
"Mama janji, tak mar—marah?" Hyunsuk bertanya lagi, sedikit takut-takut untuk membalas pandangan mata Rachel.
Rachel mengangguk laju. "Ya, tak marah."
"Mama dengan papa, tak sayang Hyun eh?"
Soalan itu membuatkan Rachel mengerutkan dahi. Hyunsuk rasa macam itu ke selama ini?
"Taklah, mestilah mama dengan papa sayang. Sayang sangat. Kamu kan anak kami," jawab Rachel yakin. Tangannya mengusap kepala Hyunsuk perlahan.
"Hyun tengok mama macam asyik bagi attention dekat adik je. Papa pun sama. Mesti dah tak sayang dekat Hyun kan?" Hyunsuk bersuara lirih, sekali dengan riak wajah yang sedih.
"Hei, sayang. Mana ada macam tu. Jangan fikir bukan-bukan. Come, tengok adik kamu ni sekejap," kata Rachel lantas dia menarik tangan Hyunsuk agar mendekatinya. Hyunsuk menurut, ada muncung di bibirnya.
"Adik comel tak? Kecil lagi kan?" tanya Rachel dan spontan Hyunsuk mengangguk. Memang Hanna nampak comel dan kecil, takkan sebab tu Hanna dapat perhatian lebih?
"Ha, tahu pun. Adik tak pandai berjalan, tak pandai makan sendiri macam Hyun. Sebab tulah papa dengan mama kena jaga dia lebih sikit. Hyun boleh buat macam-macam yang adik tak boleh buat sendiri." Rachel senyum lagi dan makin panjang muncung Hyunsuk dibuatnya.
"Dulu waktu Hyun kecil macam Hanna, papa dengan mama pun jaga kamu macam ni tau. Jadi, janganlah rasa sedih. Sebab kamu anak sulung, kamu kena pandai jaga adik. Baru adik boleh besar cepat. Boleh main sama-sama dengan adik nanti. Nak tak?" Rachel menyoal dengan suara lembut, membuatkan Hyunsuk mengangkat muka.
"Mestilah nak!" jawab Hyunsuk laju. Kepalanya dianggukkan dan Rachel tersengih. Dia mengusap lagi kepala Hyunsuk.
"Then?"
"Hyun takkan cakap mama dengan papa tak sayang Hyun lagi. Mama janganlah marah. Hyun minta maaf..." balas Hyunsuk dengan serba salah. Takut Rachel marah padanya.
"Mama tak marahlah, sayang. Macam inilah anak mama dengan papa." Sebuah kucupan diberikan pada dahi Hyunsuk dan automatik Hyunsuk tersengih. Rasa macam dah lama tak dapat ciuman. Mama dan papanya asyik cium baby baru saja!
"Hyun sayang mama!"
"Mama pun sayang kamu juga."
◾◾◾
"Tadi, Hyunsuk ada tanya saya something."
Taehyung yang baru tiba di bilik pada jam 11 malam itu menoleh ke arah Rachel. Dia menanggalkan jaket yang dipakainya semasa keluar tadi dan dia sangkut pada penyangkut di belakang pintu.
"Dia tanya apa?" Taehyung bertanya, langkah kakinya mendekati Rachel. Dia mengambil sepasang stokin dari dalam beg pakaian Rachel dan menyarungkan pada kaki isterinya. "Dah tiga hari bersalin, tak ingat lagi kau kena pakai ni?"
Rachel tersengih. "Terima kasih," balasnya tanpa menjawab soalan Taehyung tadi. Sebaik saja stokin itu terpasang pada kakinya, baru terasa lega dan lebih selesa. Entah kenapa, dia asyik terlupa nak memakainya. Alih-alih Taehyung yang akan pakaikan nanti. Alahai.
"Sama-sama." Taehyung membalas dengan senyuman. Punggungnya dilabuhkan di atas katil itu, ada Hanna yang sudah terlena. Dia menarik selimut kecil milik bayi tersebut hingga menutupi Hanna ke paras dadanya.
"Hyunsuk tanya kita dah tak sayang dia lagi ke?" kata Rachel lantas dia tertawa. Kelakar pula bila teringat semula muka Hyunsuk sewaktu dia berkata begitu. Cuak habis.
"Lah, kenapa dia tanya macam tu pula?" soal Taehyung, jelas dengan riak kebingungan. Ada juga perasaan risau berbuku di hati. Tak mahulah Hyunsuk rasa terpinggir sekalipun dia anak angkat, dia tetap disayangi seperti anak sendiri oleh Taehyung.
"Dia kata kita dah jarang layan dia, asyik layan Hanna je. Kasihan pula, mungkin dia rasa kurang dapat perhatian lately ni," kata Rachel lagi membuatkan Taehyung tersengih. Alahai, mengada-ngada budak seorang tu. Nak attention juga rupanya.
"Tak apalah, lepas ni aku layan dia pula. Belikan mainan ke, atau main dengan dia. Kasihan dia," balas Taehyung pantas. Dia akan pastikan Hyunsuk tak rasa terpinggir lepas ni.
"Pasal anak-anak kita, we will both take care of them. Mungkin kau lebihkan Hanna, yelah sebab dia kecil lagi, nak menyusu apa semua, tapi at the same time aku akan lebihkan Hyunsuk. Adil kan?"
"Sounds good." Tersenyum Rachel mendengarnya. Kebahagiaan anak-anaknya, kebahagiaan dia sekali.
"Ah, sambung esoklah sayang. Tidur jom! Aku mengantuklah," kata Taehyung sebelum dia menguap besar. Rachel tekup mulutnya sebelum mereka sama-sama berbaring. Dengan Hyunsuk di sebelah Hanna, Hanna di sebelah Rachel dan Taehyung di tepi sekali.
Keluarga bahagia!
◾◾◾
ending dia macam sakai sikit,
tunggu special chapter ya. kat
situ baru ada reveal pasal sua,
mingyu new lover and else. stay
tuned! untuk epilog juga ❤
#StreamLifeGoesOn 💜
21/11/2020, 4.58 p.m.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro