Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

7 ; hate to admit

Her bad boy - 7

• Hate to Admit •

⬜⬜⬜⬜⬜

Baby tonight 잘 자요 오늘 밤
괜히 둘 사이 어색한 기류만
흐르던 첫 문자와 첫 통화
기대하던 첫 만남 근데 난 왜 손톱만
물어뜯었을까 긴장해서였을까

Baby tonight, have a good night
Our first text and phone call that
Was filled with awkward moments
Our highly anticipated first date
Why did I bite my nails? Why was I so nervous?

- BTS, Coffee

⬜⬜⬜⬜⬜

Nobody's Pov

Pagi itu, Taehyung terlambat lagi ke sekolah, buat kesekian kalinya. Kali ini sungguh lambat, menjelang waktu rehat baru dia memunculkan diri.

"Eh? Ingatkan tak datang," tegur Namjoon apabila Taehyung duduk di sebelah Yoongi.

"Memang ingat taknak datang, tapi bosanlah duduk rumah," Taehyung menjawab perlahan. Hakikatnya dia tidak mahu duduk di rumah kerana hari ini ayahnya tidak bekerja. Tidak ingin dia bersemuka dengan ayahnya lagi.

"Rachel datang tak?" Taehyung mengubah topik, bertanya kepada Jimin yang duduk di berhadapan dengannya.

"Mestilah datang. Ada ke top student selalu tak datang sekolah? Selalunya kehadiran budak-budak pandai ni penuh," Jimin menjawab dan yang lain mengangguk setuju.

"Tae.." Jin memanggil.

"Ya?" Taehyung angkat kening.

"Kau suka Rachel eh?!" tanya Jin sambil tersenyum sinis. Taehyung yang terkejut, terus menukar riak wajahnya kepada serius, menyembunyikan perasaannya.

"Ma-mana ada! Kenapa pulak aku nak suka dia?" Taehyung membidas kasar.

"Oh? Tak suka eh?" Jin membalas dengan nada hampa. Taehyung memandangnya pelik sebelum mengangguk laju.

"Habis tu kau suka siapa?" Jin mula dengan dramanya. Dia mengelap mata seolah-seolah sedang menangis. Yoongi yang tidak tahan melihat aksi Jin itu mengambil tisu lalu dibaling ke muka Jin.

"Hodoh betul. Tak payah nak buat drama kat sini," kata Yoongi sedikit kasar.

"Suka hati akulah." Jin mencebik sebelum memeluk lengan Hoseok di sebelahnya.

"Kook tak tau kenapa, tapi Kook rasa Taehyung ada perasaan dekat Rachel tu," tiba-tiba Jungkook bersuara. Taehyung memandang lelaki yang muda setahun dari mereka semua itu tajam.

"Kenapa?" Taehyung membuka mulut untuk bertanya.

"Entahlah, I just think she is the one for you," Jungkook menjawab, kemudian dia tergelak. Taehyung memuncungkan bibirnya, tidak setuju.

"Aigoo, tak lama lagi habislah semua perempuan-perempuan simpanan hyung kena tinggal. Ada yeojachingu baru lepas ni," Jungkook berkata lagi, senyuman tidak lekang dari bibirnya, menyerlahkan gigi arnabnya yang comel itu.

Taehyung berdehem seketika. Masing-masing diam.

"Mengarut, okay? Aku takkan jatuh cinta dengan mana-mana perempuan. At least, buat masa sekarang." Yakin Taehyung menyuarakan isi hatinya walaupun dia sendiri tidak pasti. Separuh dari hatinya mengatakan dia mula sukakan Rachel, namun separuh lagi menafikannya kerana ego.

"Kita tengok je sampai bila," ujar Jimin sebelum tertawa apabila Taehyung mencubitnya.

◼◼◼

Rachel yang duduk dengan Hana dan Aerin menjatuhkan pandangannya pada Taehyung yang berjalan selamba ke meja Bangtan.

"Kau dengan Taehyung macam mana sekarang?" tanya Hana apabila dia tersedar kawan baiknya itu memandang Taehyung tidak lepas.

"Macam mana apa? Macam tulah. Mana ada apa-apa," kata Rachel perlahan. Betullah, kan? Dia dan Taehyung hanya sekadar kawan sekelas. Tak lebih tak kurang.

"Yeke ni? Aku dengar ada orang tu keluar makan sama-sama, siapa eh Hana?" Aerin bertanya, buat-buat tak tahu. Hana pula sudah tergelak.

Rachel mengangkat kening.

"Macam mana korang tahu? Kejap, orang lain pun tahu ke?"

"Entahlah. Yang aku tahu sebab ada lah macam fan account si Taehyung ni, dia upload gambar Taehyung dengan seorang perempuan ni tengah makan sama-sama. Tak nampak muka, tapi kitorang tahu tu kau," jawab Hana panjang lebar. Rachel mengeluh.

"Tak nampak muka kan?" tanya Rachel ingin tahu.

"Tak. Sebab tu kitorang tanya kau ada apa-apa ke dengan dia?"

"Tak ada, aku pasti. Sebab dia bawak aku makan pun sebab aku buatkan kerja dia. Jadi, aku rasa tak ada masalah pun." Jujur Rachel kepada Hana dan Aerin. Budak berdua tu hanya mengangguk faham.

"Baguslah kalau macam tu. Taehyung tu, bukan boleh percaya sangat. Perempuan keliling pinggang kot. Lebih baik kau jangan tersangkut dengan dia." Aerin memberi nasihat kepada Rachel.

Rachel diam, dia juga bersetuju dengan pernyataan Aerin. Bukan dia tidak pernah nampak Taehyung bermesra dengan ramai perempuan. Bertukar-tukar setiap minggu, ada juga yang setiap hari.

Dari situ Rachel mula faham dia patut meletakkan had dalam perhubungan dia dan Taehyung.

◼◼◼

Taehyung's Pov

Habis sahaja rehat, aku masuk ke kelas selepas berjumpa dengan Haeun, Yena dan Dahyun. Fuh, menggelikan betul perempuan-perempuan tu.

Aku mengerling ke arah Rachel yang kelihatan sedang menulis sesuatu. Lama aku perhatikan dia sehingga satu tangan memetik jari di hadapan muka aku. Aku pandang orang tersebut. Jimin rupanya. Tch.

"Apa kau nak?!" Aku menolak tangannya ke tepi. Rachel yang terdengar kami bising-bising menoleh ke arah kami, namun aku lebih cekap memandang ke tempat lain.

"Angau eh?" usik Jimin sambil ketawa mengejek. Aku menjelingnya.

"Mana ada, okay!" balasku, masih menafikan.

"Hahahaha. Tak apalah Tae, biasalah tu jatuh cinta. Rachel tu perempuan jugak, bukannya lelaki. Tak payah malu sangat." Jimin berkata sebelum pergi ke tempatnya di sebelah Namjoon.

Aku berfikir seketika. Tak, aku tak rasa aku ada perasaan pada Rachel. Aku anggap dia kawan, dan dia cuma tolong siapkan kerja sekolah aku.

Aku angguk, setuju dengan pemikiran sendiri.

"Taehyung?" panggil Rachel. Ish, perempuan ni. Terkejut aku.

"Ya, Cherry?" Aku pandang dia, terasa jantung berdegup kencang.

"Bu—buku awak. Saya dah siapkan." Rachel hulurkan sebuah buku kepada aku. Aku menyambut dan lihat buku itu sudah tertulis nama, kelas dan perkaranya. Aku sengih.

"Bagus. Thanks." Aku senyum sikit kepada dia. Dia balas dengan anggukan dan terus menyambung kerjanya yang tergendala tadi.

◼◼◼

Nobody's Pov

"Baiklah, kelas! Untuk kerja kimia kali ni, saya nak kamu buat kerja dalam kumpulan seramai dua orang. Jadi, saya izinkan kamu pilih sendiri partner kamu dan sila maklumkan pada saya." Guru Kimia, Puan Seohyun memberi arahan kepada kelas 18-A.

Maka, berteraburlah kelas itu dengan semua orang sibuk mencari pasangan masing-masing. Kelas itu menjadi bising seketika. Puan Seohyun meletakkan jarinya di bibir, memberi isyarat agar mereka memperlahankan suara.

Rachel memandang Taehyung yang nampak tidak kesah langsung untuk mencari pasangan. Lain pula di sebelahnya, terdapat tiga pelajar perempuan sibuk merayu agar dia menjadi pasangan mereka. Rachel menggelengkan kepalanya.

"Jimin? Awak dah ada pasangan?" Rachel menegur Jimin terlebih dahulu. Jimin tersenyum pada Rachel.

"Awak nak jadi pasangan saya ke Rachel?" tanya Jimin, sedikit teruja. Rachel tergelak sedikit.

"Boleh saja, kalau awak tak ada pasangan lagi."

"Oh, mestilah boleh!" Jimin tertawa kecil.

"Tak ada. Rachel, kau dengan aku." Tiba-tiba Taehyung menyampuk, dia menarik lengan Rachel agar berdiri di sebelahnya. Hampir sahaja Rachel tersadung di hadapan mereka. Jimin merengus geram.

"Alah, kacaulah kau ni Tae!" marah Jimin, tapi dia masih tersenyum.

"Dah, dah. Kau dengan aku je." Namjoon tiba-tiba muncul, dia menyangkut lengannya pada Jimin yang lebih pendek darinya itu. Jimin memuncungkan bibirnya namun dia mengangguk. Mereka berdua pun berlalu pergi dari situ.

Tinggallah Rachel dengan Taehyung. Rachel angkat mukanya, memandang Taehyung yang tinggi darinya.

"Kenapa awak tak jadi je pasangan diorang?" Rachel bertanya, dia menjuihkan bibirnya ke arah tiga pelajar perempuan yang mengeluh hampa melihat Taehyung memilih Rachel. Taehyung menggeleng laju.

"Kau tak nampak ke? Menggatal je kerja diorang. Nanti bukan siap pun kerja. Baik aku buat dengan kau," jawab Taehyung dengan serius. Ada betulnya juga. Siapa-siapa yang berkumpulan dengan Rachel pasti mendapat markah tinggi.

"Nampaknya kamu semua dah dapat pasangan masing-masing. Saya akan beri tugasan pada kamu semua sekarang."

Puan Seohyun menulis di papan putih, dan dia mula menerangkan apa yang perlu mereka buat. Semua pelajar mengangguk faham.

"Saya bagi kamu semua masa hingga minggu hadapan. Isnin, saya nak tugasan kamu atas meja saya, tak ada alasan. Faham?"

"Faham, cikgu!"

◼◼◼

"Kita nak buat dekat mana ni Taehyung?" tanya Rachel apabila mata pelajaran Kimia tamat, sekaligus menamatkan masa persekolahan mereka pada hari itu.

"Ikut kau. Bila kau free? Nak buat dekat rumah aku pun boleh je. Rumah kau pun okay." Taehyung menjawab. Teringin juga dia masuk ke dalam rumah Rachel yang dia pernah hendap diam-diam tu.

"Kita buat dekat rumah sayalah. Saya tak biasalah pergi rumah orang. Segan pulak," jawab Rachel sambil tersengih. Mereka berjalan beriringan keluar dari kelas.

"Noted. Jadi, bila kita nak buat?" soal Taehyung.

"Esok jelah. Boleh ke? Hari ni saya kerja. Esok off day," putus Rachel. Taehyung mengangguk tanpa perasaan.

"Dah, aku balik dulu. Nak tumpang tak?" pelawa Taehyung tiba-tiba.

"Eh tak apalah, saya boleh jalan kaki sendiri." tolak Rachel. Segan pula.

"Suka hati kau." Taehyung menjawab, terus masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.

Rachel mengangkat bahu, tak faham betul dengan Taehyung. Kejap baik, kejap jahat.

"Dasar mamat gila," kata Rachel sendirian.

◼◼◼

To be continued...

Next update bila dah reach 100 votes okay. Yang belum vote tu cepat tekan vote hehehe ❤

28/04/2020, 05.38 p.m.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro